Friday, December 30, 2011

Afwan Hj Adi: Hombak Rindu



Okay ...mek tahu citer ni dah berkurun abad dah main kat mesia tu..so uols jangan nak carut carut mek hokay.. Sebab kat Dubai ni Hadik hadik arab tak tengok citer hombak hombak ni... 

Mek baru je tengok hombak rindu dari sesawang youtube gitew, voley...? Kelas kau maya kemban sana sini tatap vogue..air mata bercucuran in every the scene tapi tatap malatop..mek sukeh...kau punya acting pun ala ala kak G dalam citer azura..very the.....Mek beria-ia tengok citer melayu yang satu ni sebab uols punya stutus kat FB la...sampai ada hadek- hadek dan juga habang habang feeling feeling maya karin bila si Aaron Aziz memeluk dia dengan ghairah ...haiyo mek pengsan..mek feeling feeling kena peluk dengan Harun Salim Bachik sahajork...kau mampo!!!? 

Hokey la overall citer melayu yang satu ni... Walau pun mek hampir hampir membuat kilangtaik mata depan lap top, Bila start dah nampak best dah ..pertengahan, tipikal stori mori melayu,  bila dah nak end end gitu, very the hindustan...siap ada scene titanik bagai feeling feeling Jack dengan Rose you jump I jump atas kapal...motip tuan derektor?....terkesima mek... Dialog, hazab!! (redha, itu ikhlas..pasrah itu menyerah....mek nanges air mata darah telinga mak bernanah hokey!!) namun mek takde la sampai nak meroyan cucur cucur air mata bagai..macam sesetengah stutus  hadik hadik yang kat FB tu keennnn!!! Mek hokey je....lepas tu  tak la sampai nak tengok lima henam kali macam akak latipah yang kerja di telekom direktori itew...koser sangat hakak itew...motip kau tengok sampai lima henam kali hakak? Hado Aaron Aziz nak hambik kau jadi perempuan simpanan...lepas tu buat jadi bini...? Nan hado.. Verangan je la korang....opssss....mulut mek very the hanjeng keennnn...? Sorry uols...

Apa apa pun buat hadek hadek, habang habang, hakak hakak dan juga makcik makcik..lepas ni korang jangan la pulak berhangan pergi disco pakai tudung litup bagai..dengan harapan ada jejans kaya raya yang nak kat korang buat jadi feremfuan sinfanan lepas tu feeling feeling hombak rindu bagai...very the propa... Takut nanti  si joyah dan si normah tu tulis pasal korang kat dalam peper  kata hombak rindu ni bad influence buat mak cik mak cik dak juga hakak hakak...hokay la uols mek tau uols mesti nak cerca cerci mek kan...hado mek kesah ? yang fenting mek nak feeling feeling dengan harun salim bachik sat...mampo!!!?

Thursday, December 29, 2011

A.Z.A.M



Kenapa kita nak kena ada azam? Perlu ke nak buat azam bila tiba nya tahun baru? Entah la saya pun kurang faham ..saya kalau nak sesuatu takdenya nak tunggu tahun baru and then baru nak set goal..apa kejadahnya nak tunggu lepas 360 hari ..saya kalau nak, selamba redah je tak payah tunggu tunggu..sebab pada saya yang nak tunggu tahun baru tu semua nya alasan buat mereka mereka yang malas dan terlalu banyak alasan..cuba bayang kalau emak korang sumpah korang jadi katak sebab derhaka dengan dia ..ke tak sia sia je ? dah jadi katak nak buat azam macam mana? Apa kes? Kalau korang rasa korang nak berenti merokok..korang berenti je la..tak payah nak tunggu new year baru nak start… kalau korang nak saving duit pun lagu tu juga..start je bila dapat next paycheck , tak payah la poser poser bagi tau satu dunia yang korang nak menjadi seorang penjimat untuk tahun yang akan datang..sebab kalau korang tak boleh nak start sekarang maknanya korang tak akan ready bila bila pun… kalau korang punya azam nak melancong huha-huha sana sini haaa…!!! yang itu memang makan masa sikit lah sebab; satu cuti nak kena aply..duit pun nak kena saving kan…? kalau kompeni tu bapak korang yang punya takpe lah esok pun korang boleh test azam korang tu.. apa apa pun satu nasihat dari pakar yang tak berapa nak pakar soal azam ni…pilih la azam yang realistik dimana korang rasa korang mampu untuk buat..dan kalau boleh tak payah la buat azam tu bila nak masuk tahun baru je…azam ni bila bila pun korang boleh set..dan juga konsistensi wajib ada !!. Apa azam saya untuk tahun 2012!!? Azam saya tahun depan adalah untuk tidak mempunyai AZAM!!!. Anda?

Wednesday, December 28, 2011

Progrem Pelanggan Setia


Baru mendaftarkan diri dengan Emirates Skywards program semalam, sebelum sebelum ni bukan tak nak register dah try dah tapi depa dok bounced back, kata email address saya dah ada kat sistem depa tapi lepas tu bila saya nak log-in depa kata kita tak register lagi…lagu tang mana tu? Disebab kan point traveling ke Europe next year depa kasi 5000miles so saya pun tak nak lah mengamal kan sikap pembaziran , terus saya register lagi sekali namun kali ini saya menggunakan secondary email saya…dan di terima.. Namun masalah berikutnya bagaimana saya nak claim point 5000miles itu sebab tiket dah beli hari kelmarin ..? lagu tu saya tak buang masa, saya terus telepon call centre depa, pompuan dok jawab..manis, nama dia..si Joan..tanya saya tang mana depa boleh bantu..? Saya pun habaq mai la problem saya..ahh depa kata sikit ja problem ni..depa tanya, first name, last name, date of birth, p.o box number..lepas semua selesai tapi depa kata yang point itu cuma boleh dimasuk kan lepas saya terbang bulan 5 tu nanti..saya habaq pada depa..takpa la janji masuk..depa tanya lagi ada apa apa yang boleh dibantu selain problem tadi tu..saya pun habaq kat depa pasal email address saya..kalu boleh saya nak pakai email address yahoo tak mau la hotmail, hotmail ni..cukup la saya sorang je yang hot..depa kata takpa takpa depa boleh tukaq kan..selesai semua masalah cek..senang sangat kalau terbang dengan EK ni ..dak pusing pusing service depa..bukan macam Airline “tu” pi mai pi mai tang tu jugak.. apa apa pun la ni saya dah ada skywards blue..Insya’allah ada rezeki bertukaq la ke silver tahun depan…Amin…

P/s: sejak bila cek pandai cakap utara ni..?

Tuesday, December 27, 2011

Afwan Hj Adi : Kenapa Mek tak naik MAS..?




Hmmmm…. Mek dengar je perkataan M.A.S atau Malaysia Airlines System, Mek terus meroyan panjang..tidak dinafikan Mek hanya pernah menaiki pesawat khidmat dari MAS cuma sekali sahaja, yakni penerbangan KUL-BKI-KUL , dan………………disitu la segala galanya bermula… ek-cheli sebelum ni Mek dah pernah dengar rungutan dari teman teman mek, dan itu juga menyumbang kepada faktor kenapa MAS bukanlah pilihan utama sekiranya Mek ingin travel kemana mana… dan tolong lah jangan bangkit kan isu patriotisma hokay..sebab ini tiada ada kena mengena dengan isu cintakan Negara, owh bye-der-wei syarikat penerbangan mana yang bawa balik Harimau Muda masa diorang menang emas kat SEA game itu hari? MAS kah?… ishhh..ok lah sebelum terlari nya cerita Mek dari topik diatas… biarlah mek terangkan kat uols semua sebab sebab Mek tidak suka mengunakan khidmat penerbangan MAS.

1. Kapal terbang mereka adalah sangat buruk..maksud mek mereka masih lagi mengunakkan kapal terbang kapal terbang yang lama..kalau ada yang baru pun Cuma 5/6 biji sahaja, haiyo..mek pengsan sekejap..contoh macam A380.. henam je Uols mek cakap, Uols bayang kan Singapora (Singapora hokey) Airline beli 19 biji..Emirates beli 20 biji..Mek repeat kita beli henam sahaja..lepas tu route melambak lambak..jadi nak tak nak terpaksa lah mengunakkan kapal terbang diorang yang lama dan nan hado itu..konon kat kos la..sangat..kekekadang tambang uols lagi mahal dan tidak setimpal dengan service yang diberikan itu …mek tak sukeh…venci!!

2. Berat bagasi Cuma 20kg sahaja…Mek pengsan lagi…Emirates 30kg hokey…sampai kaunter boleh lagi cecah 32kg tu tak kira bagasi tangan (hand carrier) lagi..hamik kau!! Kalau kapal tak ful loded, 40kg pun boleh cecah ..mek tak main main tau!! masa first time balik Malaysia dulu bagasi mek cecah 42kg hokay…MAS? Mampo!!? Berhangan la uols….

3. Hon-Lain cheking ..hanjeng!! masa travel ke BKI itu hari la..Mek cuba hon-lain cheking diorang..mak aih..fenin kepala mek!! Ntah hapa hapa yang diorang tanya.. teramat lah mengelirukan dan terlalu komplek..bukan nya kita nak buat transaksi duit pun!! Hon-lain cheking sahajork!!!! sudehnya kaunter cheking je mek buat..Motif ada hon-line cheking sistem tapi hampeh…? Bukan itu sahaja …overall uols punya portal tu mek boleh cakap ntah hapa hapa ntah..uols suruh letak date bila nak terbang dan bila nak balik, bila date yang mek nak tu tak ada at least uols kasi la opsen, ini tidak… and then mek kena start all over again voley? very the lahanat kan!!?

4. Mereka masih lagi mengunakan Manusia (pramugara & pramugari) untuk menunjukkan bagaimana sekiranya berlakunya kecemasan, Kelas… ..mek tak tahu lah kalau International flight pun diorang pakai cara yang sama kan, yang mek tahu masa mek ke BKI itu hari si dolly troly itu lah yang menunjukan bagaimana sekiranya berlaku kecemasan..mek terketawa hokay.. makcik sebelah tengok mek kehairanan..hello makcik!! Apa tengok tengok? tak pernah tengok orang ketawa ke huh? Very the makcik itu…pandang mek atas bawah..chantek ke nak pandang mek cam gitu? Sorry mek teremosinal pulak…

5. Dan yang terakhir sekali…si dolly trolly mereka itu ..ya ampun..tolong la dek non oi…cari la yang can do sikit..ini rupa dah macam tongkang pecah pun hado gak mek tengok, tambah pulak dengan mekap tebal tu ya ampun dah macam Pontianak harum sudal bolong ....tapi mereka tetap tersenyum.. mek sukeh…kalau diorang kekwat dengan mek macam serten Dolly Trolly yang kat SQ itu ha..memang mek hanjeng hanjengkan diorang. NAMUN itu bukalah alasan untuk mek memilih MAS sebagai opsen pertama dikala mek ingin travel gitu tidak sama sekali ye..

Buat masa ini EK masih TATAP dihati mek namun sekiranya dimasa hadapan pihak Malaysia Airline boleh mem-vogey-the-vas-kan perkhidmatan mereka dari segala aspek mungkin mek akan konsideret dari mengunakkan (wah!! mengunakkan ye!!!) EK atau SQ kepada MH.. owh dan toloooooooooooooooooooooong lah amik point no 2 & 3 itu dengan serius sekali ye..sebab mek tak main main ni tau!!!! Yang no 5 tu takpe.. masih boleh mek maafkan…

Okay la Uols, mek penat la membebel..mek nak buat “Menej an eksisting buking” dengan Emirates on-line untuk sot vekesen mek bulan 5 ke Zurich..daaaaaaa…….

Mr.Jingle yang pemalu

Girlfriend budak rumah saya balik Russia untuk bercuti dan dia mempunyai Mr.Jingle yang agak besar dari Mr.Jingle biasa. Berwarna hitam, kuning warna matanya, dan telinga yang agak panjang..kelihatan agak garang tapi pemalu nak mampos…

Sesampai je saya kat rumah, saya nampak cage Mr.Jingle, lepas tu saya nampak portable “tandas” Mr.Jingle dan juga dua jenis makanan Mr.Jingle..satu kering dan satu lagi yang basah…weet!! Weet!! Hati melonjak riang sebab saya tahu Mr.Jingle telah pun tiba ke kediaman kami..terus saya menuju ke dapur kalau kalau Mr. Jingle ada kat sana tapi kelibatnya langsung tak kelihatan ..terus saya menuju ke ruang tamu..Syukri teman serumah yang berbangsa Tunisia sedang sibuk berskype di sofa favorite dia…saya tanya dia mana “housemate” baru…dia pun pointkan kearah bawah kerusi panjang , saya labuh kan badan saya ke lantai dan kelihatan sepasang mata berwarna kuning membiaskan sinar dari patulan cahaya lampu siling.. Jenuh saya panggil dengan pelbagai bagai cara, namun empunya mata yang bersinar itu tidak mahu juga keluar dari tempat persembunyiannya..last last, Syukri suruh saya letak kan bekas makanan Mr.Jingle di tengah tengah ruang tamu dan biarkan seketika…

……2 minit..tiada apa apa yang berlaku…5 minit…masih tiada apa apa reaksi dari Mr.Jingle…15 minit, saya dah give up saya ajak Syukri untuk alih kan kerusi yang besar itu dan……Mr. Jingle teramat lah besar pabila berdiri dengan empat kakinya, belari dia menuju kearah bilik saya..kali ni dia masuk bawah katil pula…terpaksa la saya masuk kebawah juga…kali ini Mr.Jingle tak belari apabila saya join dia di bawah katil tapi kelihatan dia agak nervous ..dan saya juga agak nervous sebab Mr.Jingle itu terlalu besar, risau kalau tetiba dia cakar lepas tu gigit hidung saya yang comel ini..saya beranikan diri untuk usap badan Mr. Jingle lepas saya tengok dia confident dengan saya, saya gosok gosok pula kat bawah tengkok dia..tapi dia buat dek je..kalau kucing kat Malaysia dah menonong ke depan kepala tu bila bahagian bawah tengkuk dibelai separa mengaru…

Hampir 30 minit juga la saya spend time kat bawah katil dengan Mr. Jingle..selepas kelihatan dia dah biasa dengan saya..saya angkat dia untuk dibawa ke depan..mak aihh…berat nak mampos kucing hitam mata kuning ni..sampai je kat depan saya tunjuk kan kat Syukri sebab dia masih belum di introduce kan secara rasmi dengan Mr. Jingle...bila Syukri tengok terus automatiknya dia panggil Mr.Jingle ni dengan gelaran RAMBO, sebab Mr.Jingle ada ciri ciri seorang adi wira kalau ianya seorang manusia katanya…bedal sudah la, janji untuk 3 minggu yang akan datang kami mempunyai kucing di rumah..seronok nya!!!! Tapi yang peliknya semalaman saya tak dengar Mr.Jingle ni mengeow, ngeow…Bisukah? Malahan pagi tadi bila saya tengah sibuk prepare breakfast, pun tak kelihatan atau kedengaran meow-an dari Mr.Jingle , kalau kucing lain dah sibuk sibuk suruh saya buat kan “breakfast” . Takpe saya masih mempunyai 20 hari lagi bersama Mr. Jingle a.k.a Rambo untuk mengetahui sejauh manakah tahap kemaluannya itu…

Monday, December 26, 2011

My dua kupang thought


http://alditta.blogspot.com/2011/12/shampoo-theft-jailed-2-yearswhile.html

Masih lagi sepi ditempat kerja..bosan tahap gampang slowly slowly nak duduk sama, saya check list blog blog kegemaran saya, akhirnya ada gak yang mengupdatekan blog mereka…dari satu blog saya jump to another blog sampai lah akhir saya melekat kat entri yang URL tertera diatas.

Tertarik saya membaca blog si alditta (sila klik URL diatas) mengenai gejala rasuah dan juga bagaimana sikap bias dalam sistem perundangan di Malaysia. Saya tak nak bercerita dengan detail sebab once korang dah baca dalam blog si alditta tu korang faham la cerita yang saya nak sampai kan… macam statement yang datang dari “tokey lembu” tu, sebenar nya ramai lagi pemimpin pemimpin yang korup di Malaysia la ni..Entah mana silapnya saya pun tak tahu..mungkin disebabkan masing masing enak mengenyangkan tempolok sendiri sampai lupa yang ada setengah rakyat yang kat luar tengah sakit!! Apa yang merisaukan saya, takut nanti Malaysia jadi macam Negara yang kuat korupsinya, tak payah la saya sebutkan Negara mana..korang Google je la..tak pun tanya member member korang yang lagaknya seperti PST, mesti depa tau. Saya pernah menulis mengenai rasuah yang berleluasa Negara kita melalui entri yang ini: http://duriandidubai.blogspot.com/2011/11/suap-menyuap.html

Mengenai sistem pengadilan di Malaysia pula..ntah la dimana saya nak mulakan pun saya tak tahu..sebenarnya kita sendiri keliru dengan rang undang undang yang ada kat Malaysia .. bagaimana cara hukuman dijatuhkan ? apa kriteria kriteria yang diperlukan oleh seseorang pejenayah sebelum hukuman hukuman tertentu dijatuhkan kepada mereka..sebab jelas didalam blog si alditta tu kita boleh lihat 2 jenayah yang lebih kurang sama tapi hukuman yang berbeda..dengan jenayah yang ringan dijatuhkan hukuman yang lebih berat berbanding kan jenayah yang dilakukan “orang besar” itu.

Kat sini hendak saya sentuh sikit mengenai hukum Islam seperti yang hendak dilakukan oleh sebuah parti politik di Malaysia. saya menyokong sepenuh nya sekira sistem itu hendak dijalankan.. berada di Dubai membuatkan saya buka mata bagaimana rakyat yang datang dari Negara luar dan bekerja disini mampu untuk mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah Dubai..dan saya boleh katakan yang peraatus jenayah disini adalah rendah sekali..RASUAH!!!? so far saya tak dengar lagi berlakunya perkara itu di sini.. kalau ada dengar pun, itu lah yang macam dalam entri suap menyuap tu…budak Malaysia gak!!!

Jadi bagi mengakhiri entri yang ini biar saya jerit (itu pun kalau pak menteri yang berkenaan dengar la ye) Utama kan lah rakyat!!! Dan bikin lah satu sistem undang undang dimana tiada sesiapa pun yang boleh memperlecehkannya dimasa hadapan dan make sure ianya tulus dan bersih dari korupsi!!.


Di bawah laluan memori



Top-10 perkataan / benda yang budak budak sezaman saya dengar diorang akan paham tapi budak budak zaman sekarang dengar diorang akan blur blur

10. Kodak ; filem yang digunakan untuk Kamera lama bagi mengambil gambar, kalau sebut Kodak sekarang mesti budak budak la ni ingat brand kamera, walhal zaman aku bila sebut Kodak je automatic tahu kena beli filem
Contoh ayat: kau pegi beli Kodak 36 ( 36 membawa maksud banyak atau jumlah Frame dalam satu Kodak /role filem)

09. Cuci Gambar; Hahaha zaman saya diorang tak panggil develop..kalau dengar dek budak budak zaman sekarang mesti dia ingat gambar yang dah di print out lepas tu kena cuci pakai mesin basuh.
Contoh ayat: Wei Leman !! gambar tangkap hari tu kau dah cuci ke belum?

08. Kaset ; berbentuk 4 segi, lepas tu dalam dia ada dua roda yang menyambung lilitan riben..kena pasang radio yang ada cassette player baru boleh dengar lagu.. dan selalunya bila reben dia terbelit budak budak sezaman dengan saya akan tarik keluar lepas tu pusingkan balik dengan menggunakan pen atau pensil, bagi cepat sikit reben tu masuk.
Contoh ayat: Pinjam kaset Amy Mastura kau sehari

07. BMW ; Bas Mini Wilayah..Comel je bas ni, dulu masa mula mula keluar warna dia kuning air lepas tu dah lama sikit nak nampak kan ke “cute” an dia tukar kaler PINK..sebuah pengangkutan yang agak reliable waktu itu, dengan hanya bermodalkan 60sen anda boleh kemana mana sahaja.
Contoh ayat: wei kau naik BMW ke SRIJAYA (pesaing kepada BMW, tetapi lebih besar dan harga tiket bergantung kepada destinasi yang dituju, selalu nya dari sekolah saya ke bus stop rumah Cuma kena 20 sen je) tadi?

06. Profesor Serba Tahu (PST) ; Ha! Dia ni kira mascot untuk komik paling awesome masa zaman saya..iaitu Gila – Gila .. Kepala botak , janggut sampai paras dada..lepas tu dengan kaca mata hitam bulat.
Contoh ayat: kau ni nak jadi PST ke…? Semua benda kau tahu!!! (selalunya ayat begini digunakan kepada member member yang berlagak tahu semua hal…kalau sekarang diorang akan kata “kau ni google ke?”)

05. Cipan; tidak la diketahui apa kah sebenarnya cipan ini tetapi agak popular setelah pengunaan kerap kali dipakai untuk komik majalah Ujang, selalunya digunakkan untuk mengeksprasi marah yang tak berapa marah, rasa yang best , dan juga boleh digunakan sewaktu sedih. Ingat cipan tiada kena mengena dengan Lipan!!!
Contoh ayat: kau ni perangai macam cipan la (cuba gunakan ayat yang sama tapi tonasi yang berlainan seperti Marah , gembira dan sedih)

04. Walkman: Sejenis gadget yang paling cool sebab dengan benda ini anda boleh mendengar radio dan memain kan kaset dimana mana sahaja..kalau sekarang korang pakai MP3
Contoh ayat: “ kenapa kamu dengar walkman dalam kelas saya!!? bak sini menatang tu..awak boleh amik balik benda ni hujung semester 2!!!” marah cikgu kemahiran hidup ke saya (kejadian benar!!!)

03. Terop: Kad gambar yang datang dalam size kotak mancis dan mempunyai gambar kartun…
Contoh ayat: Jom main terop!! (pelbagai bagai kaedah untuk permainan terop ini..nanti kalau ada kelapangan saya buat entri untuk permainan terop)

02. Pacak: Disebut ketika bermain guli..pemain yang gilirannya untuk membunuh pemain lain akan membaling kan gulinya bagi mengena guli lawan.
Contoh ayat: Pacak la guli dia!!

Yang last dan yang paling aku ingat sekali adalah perkataan:

01. SEP: bermaksud untuk anda menyentuh tapak tangan rakan anda bagi membolehkan dia bermain dan anda boleh berehat untuk permainan seperti polisentri, kaki tempang atau galah panjang..dia lebih kurang macam high-Five la tapi dia tak high …. korang tunjuk je tapak tangan kat member korang lepas tu cakap “Sep ”..mana member yang perangai macam gampang tu ..tak nak di sep sep nya kita sebab tak nak kasi main….
Contoh perkataan: “Wei sep la aku cepat!!!cepat la!! Sep la cepat”

Note: Gambar tiada kena mengena dengan entri ni, cuma zaman saya kecik kecik dulu suka tengok kartun ni..even nama dia pun sama dengan nama saya..hahaha..jangan marah nanti saya pengang subang dan bertukar!!

Sunday, December 25, 2011

Hyda Daud Priest: Zurich adalah confirm !!!



Seperti yang saya bilang hari ni office semua sepi tak ada orang sangat sebab kebanyakan mereka dah bercuti sampai hujung tahun ini.. Baru je dapat satu panggilan telepon dari colleague saya dia habaq mai yang weekly meeting untuk minggu ni telah pun dicancel …bagus.

Disebabkan saya mempunyai waktu lapang yang begitu banyak saya pun mengambil keputusan untuk survey Emirates Airline mana tau kalau kalau tiket untuk saya ke Zurich May tahun hadapan dijual dengan harga borong..disebab cuti untuk bulan 5 tahun 2012 telah pun di confirm kan, jadi adalah lebih afdal sekiranya saya cikidut tiket kapal terbang untuk percutian yang telah pun di rancang ...Awal bulan lepas masa saya check harga tiket hampir hampir mencecah AED4000 dan dengan itu saya mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat malahan sewaktu itu adalah terlalu awal untuk membuat tempahan tiket, walaupun Puan Hyda Daud Priest mengatakan ianya tidaklah terlalu awal (nasib baik aku tak beli tau!!!! Kalau tak menyesal tak sudah)

Setelah selesai saya mengisi semua maklumat dan untuk tidak membuang masa yang sedia ada terluang saya pun tanpa segan silu menghalakan cursor ke butang “Find Flights” alangkah gembiranya hati saya tatkala melihat harga penerbangan ke Zurich, Switzerland hampir separuh dari harga yang saya lihat pada awal bulan lepas, apa lagi saya pun terus lah booking penerbangan ke sana untuk percutian pertengahan tahun hadapan..Puas rasa nya hati dapat membeli tiket dengan harga borong Jalan Tuanku Abdul Rahman ..

Kepada Puan Hyda Daud Priest, sila lapangkan masa anda bermula 1hb May 2012 sehingga 10hb May 2012 ya!!! Kerana tiket dan cuti saya telah pun confirmed … Hang jangan dok ngada ngada nak buat plan lain hokay!!!

Bak balik life Saya


Sunyi sepi Metro pagi ini rasa macam ada yang tak kena je.. lantak lah janji hari ini saya dapat tempat duduk kat dalam Metro.. penat semalam tinggal sipi sipi je pagi ni, tapi mata masih mengantuk lagi, sepanjang saya berjalan dari Metro stesen ke tempat kerja jalan lengang, dah rasa macam suasana malam raya kat PJ je … mana pakcik pakcik dak makcik makcik mat salleh yang kebiasaan nya berebut rebut nak keluar dari Metro stesen dengan saya pada saban hari bekerja? Dang!!! rupa nya hari ini adalah hari Natal… no wonder la..banyak yang tengah bercuti sampai penghujung tahun gamaknya...

Dah tersasul saya sebut hujung tahun, ini bermakna juga yang kita akan menyambut kedatangan tahun baru dalam tempoh 6 hari lagi. Sibuk la tu masing masing nak mencari resulotion baru untuk 2012 ni kan? Saya? Azam tahun baru?

Azam saya dah bermula 2 bulan lepas hahahahaha cikidut (chek it out) la entri : “45 hari tanpa nikotin dan tar” kalau nak tahu dengan lebih terperinci. Namun bukan setakat itu sahaja azam untuk 2012 ni..banyak lagi namun semuanya akan saya lakukan dengan berperingkat..Budak rumah saya yang datang dari Mecadonia kata saya dah start menjadi seorang yang “boring” , entah la…mungkin disebabkan factor usia kot… kalau nak diikutkan banyak gak perubahan yang jelas kelihatan pada diri saya ni.

1. Saya tidak lagi merokok
2. Saya tidak lagi minum kopi
3. Waktu tidur yang consistent (11pm – 5.30am)
4. Bangun seawal jam 8am pada hari Minggu
5. Dalam tempoh 3 bulan ini hanya sekali saya ke kalabu Malami

Sekarang ni juga saya tengah slow slow untuk meninggal kan benda benda yang dulu saya begitu teruja untuk medapatkan nya .. contoh nya sekarang saya dah tak subscribe pakej BeriHitam dengan provider di UAE sebabnya saya dah rasa macam hamba kepada aplikasi aplikasi yang ditawarkan melalui BeriHitam saya.. FB juga saya cuma gunakan untuk mewar war kan entri terbaru dari blog saya dan berhubung dengan rakan dan keluarga sahaja..nak lebih lebih macam dulu, 24/7 asyik buka FB, update status tak dapek la.. dan kalau boleh in future saya nak tutup terus account FB ni.. saya ingin menjadi “untaggable”

Dan saya nak menjalani life macam dulu dulu..sebelum adanya FB, BeriHitam, Epal ………… dan kalau boleh handphone pun saya tak nak pakai…(tapi yang ini macam agak sukar je…)

Lantak lah kalau korang nak panggil saya ni seorang yang bosan atau mamat comel yang mengalamai krisis pertengahan umur…sebab saya dah bosan dengan life yang agak Komplek ini..lebih lebih lagi berada di Dubai (Artificial city) …. Saya nak kembali ke basic !! Semoga saya berjaya!! Berjaya!!! (suara kepit ala ala Sailormoon)

Friday, December 23, 2011

Memasak sambil mengumpat: Tribute buat makcik makcik di Malaysia


Saya tak nak sibuk sibuk isu mengenai ludah meludah si panglima panglima pemuda UMNO mahu pun isu si Arif yang berada di Ireland itu. Saya tahu, mungkin sudah agak terlewat untuk saya menintakan kejadian ngeri sewaktu “Black Friday” yang berlaku baru baru ini di Amerika Syarikat, tapi saya tak kira..saya nak tinta juga sebab saya tengah bosan tahap gampang setelah selesai mengetatkan otot di Gym tadi …

Kononya rakyat diorang adalah sungguh berhemah..Berhemah? mari kita gelak tiga kali…Ha ha dan Ha!! Mana yang rajin meluncur di sesawang sosial sejam selepas kejadian ngeri sewaktu “Black Friday”  pasti terlihat gambar dimana makcik makcik putih dan hitam berebut rebut untuk barang yang dijual dengan harga yang rendah…sampai ada satu klip kat dalam YouTube memaparkan seorang wanita pertengahan umur , obes, lepas tu ada selulit kat pinggang dia, hampir hampir terburai kain yang menutup bahagian pinggang ke bawah dan menampakan benda yang membuatkan kita kehilangan selera makan untuk sepurnama lamanya hanya semata mata untuk mendapatkan pembakar roti (kalau tak silap saya) di kedai terkemuka Walmart. Tak habis setakat itu sahaja ada pulak yang berlagak samseng dengan merampas item yang telah diambil oleh pelanggan yang lain lepas tu siap nak ajak bertumbuk kat dalam kedai tu..mak aih…gila radikal makcik makcik kat USA ni…Yang orang atasan Walmart ni pun satu, dah tahu kejadian macam ni bakal berlaku, kau amik la bodigad 10-20 orang untuk mengawal keadaan..ni tidak..Saya bajet, time tu mesti dia ngan Mr. chairman tengah lepak kat Control Room dengan pop corn beserta segelas coke lepas tu gelak ketawa sambil melihat gelagat gelagat pelanggan yang rakus melalui CCTV…ni mesti acara tahunan buat Encik Mike Duke (President & CEO Walmart) dan Chairman, Encik S. Robson Walton kan? Kalau tidak masakan dia masih tak reti reti how to control the crowd? Hmmmm…pelik ni… Dan rakyat Amerika pula sewenang wenangnya diperbodohkan..opssss…jangan lepas ni saya jadi top-10 wanted list dalam FBI sudah la..hanya gara gara saya menyebut perkataan bodoh dan ianya melibatkan negara Uncle Sam itu.

Lepas tu saya terbayang kan kalau makcik makcik dan auntie auntie kat Malaysia buat hal yang serupa sekiranya kedai 1Malaysia buat tawaran yang sama macam Walmart lakukan..jual ikan murah tahap gampang lepas tu makcik makcik yang kat Malaysia berebut rebut nak dapat ikan yang segar dan murah tetapi terhad , siap ada yang terlondeh kain batik nya..tudung tudung  beterbang sana sini..baik Makcik cina ke, India ke, Melayu ke atau dan lain lain ke semuanya menarik kain/tudung sesama sendiri hanya untuk mendapat kan ikan ikan yang dijual di pasaraya 1Malaysia, lepas tu terpapar pula aksi extreme makcik makcik dan auntie auntie yang berebut ikan itu di Youtube…perghhhhhh….baru la awesome nama Malaysia…oits…tak fasal fasal kena ISA (ada lagi ke ?) nanti…hanya kerna membayangkan perkara yang tidak berlaku lagi..

Tapi apa apa pun saya yakin yang makcik makcik dan auntie auntie kita di Malaysia adalah mereka yang mempunyai tata budi budaya timur yang tinggi jadi adalah sangat mustahil untuk perkara seperti “Black Friday” di Amerika itu terjadi di Malaysia… Cuma bila makcik makcik atau auntie auntie ini memandu sahaja perangai mereka akan berubah menjadi seorang yang pembengis…macam mana saya tahu ..? sebab saya pernah tengok emak saya dan juga makcik makcik/auntie auntie yang berada di Malaysia sewaktu mereka memandu…Jadi pesanan saya pada anda semua “Don’t mess with them when they driving!!!”

Salute to Makcik Makcik and Auntie Auntie di Malaysia… Hitam Kuning, Hitam Kuning Go Makcik Go Auntie!!! RoaaaaaRrrrrr!!!


PSA: makcik makcik yang kat Dubai pula, diorang banyak duit tak peduli jual murah ke mahal diorang sebat je..lepas tu diorang punya tahap arrogant …hmmmm semacam. Susah saya nak explain … tapi yang pasti kebanyakkan mereka adalah haughty …Snobbish !!

Thursday, December 22, 2011

Kenapa lah saya dapat Manager yang Bingai



Manager saya yang bingai datang kat meja saya tadi, dia tanya kenapa saya letak semuanya “best best” untuk year-end appraisal saya ? saya pun explain la kat bingai ni…

Saya tanya dia “ni self appraisal kan?” Dia anguk, “lepas saya appraised diri sendiri, saya akan submit kat line manager kan? Dan line Manager saya, kau kan?” Dia anguk lagi. “Lepas tu kita kena duduk sekali bincang dan finalize kan saya punya appraisal kan?” Dia anguk untuk kesekian kalinya. Lepas tu saya bagi satu kali baik punya dekat dia.. “Abis tu!!? Apa masalah nya? apa benda yang saya nak tulis untuk appraisal ni saya punya fasal la, kalau kau tak suka kau tulis la kat column “Line Manager comment”.. dan nanti kalau saya tak suka kau punya comment pula saya tulis la kat last column tu .. En.Manager ..takkan benda ni pun nak kena ajar” berlalu pergi si Manager saya yang bengap itu tanpa berkata apa apa..sambil mencapai telepon bimbit yang berada didalam kocek dan buat buat baca mesej.

Lihat lah betapa bingai nya Line Manager saya..sesungguhnya saya sendiri tak tahu bagaimana dia boleh berada di posisi tersebut….

“ Asal blog kau ni cuma ada 6 orang je follower dia? Kelas… Lol ” - Aninimos -




Saya dibaling dengan soalan cepu emas kat dalam Cbox sebelah ni ha, Individu yang bergelar Aninimos bertanya “ Asal blog kau ni cuma ada 6 orang je follower dia? Kelas… Lol ” . Sebenar nya saya sendiri kurang pasti bentuk soalan yang diajukan itu, adakah ianya berbentuk Progesif? Agresif? Provokatif? Rock Progresif? Alternatif? Modern Rockif? Goyang Gerudif? Atau Retardif? Untuk menjawab soalan yang telah diajukan saya terpaksa menge”post”kan entri ini.

Kehadapan Saudara/Saudari Aninimos (sedap nama anda, ala ala Hippopotamus gitu),

Tujuan saya memblogging adalah BUKAN… saya ulangi, BUKAN untuk meng “collect” follower, mungkin ya bagi anda tetapi tidak bagi saya. Tujuan saya adalah suci dan murni iaitu tidak lain dan bukan hanya untuk menintakan perkara yang saya rasa, perkara yang berlaku terhadap saya, dan segala yang bersangkut paut dengan SAYA!!. Saya bukan lah Kim Kardashian yang mempunyai beribu ribu lemon follower yang menonton rancangan realiti beliau yakni “Kip pit dup wit Kardashian” dan saya yakin anda juga adalah salah seorang follower-nya, bagaimana saya tahu? Ini berdasarkan soalan kurang cerdik yang anda ajukan ke saya melalui cbox disebelah ini. Saya adalah manusia biasa yang tidak kurang tahap ke”cute”tan nya atau dalam bahasa formal; cikidut, yang hanya suka meninta. Jadi sekiranya blog saya ini mempunyai follower atau tidak, itu sama sekali tidak mendatangkan huru hara terhadap saya namun mengapa ianya mendatangkan kerisauan terhadap anda?..bak kata Ramli Sarip “……..aku menulis bukan kerna nama….!! kerna sifat kasih pada sesama….” Nak dengar keseluruhan lagu sila beli album beliau…Dan INGAT!!! dapat kan yang Original!!! Jangan beli cetak rompak..HARAM!!! dan lepas tu hantar surat kat abang Ramli, tanya dia, berapa follower dia dah ada..? pasti Abang Ramli terharu membaca soalan tahap gampang anda itu..

Saya berharap dengan penjelasan ini dapat meleraikan kekusutan yang ada di dalam kepala hotak saudara/saudari yang telah bersarang entah berapa lama pun saya kurang pasti, namun sekiranya penjelasan diatas masih jua tidak dapat difahami, adalah sudi kiranya untuk saudara/saudari untuk menghubungi Telekom Derektori dan melanjutkan persoalan yang begitu menghantui Saudara/Saudari, atau paling tidak pun cuba tanya kat wartawan yang nama pena-nya Joyah (Utusan) atau pun Cik Normah(Berita Harian). Kerana berada pada level I.Q yang sama, mungkin mereka mereka yang saya sebutkan tadi akan dapat membantu anda..dan sekali gus memboleh kan saudara/saudari tidur lena dimalam hari. “ LoL” Juga.

Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,
Durio Zibethinus

PSA: Dah lama ke saudara/Saudari Aninimos follow blog saya ni? “LoL” lagi. Ermmm saudara/saudari ada blog ke? Kalau ada campak mai URL sini.. “LoL” sekali lagi.

Wednesday, December 21, 2011

Gali, Gali, Gali, Gali, Gali Lubang


Masa lunch tadi rakan sekerja saya meluahkan perasaan hatinya…Opsss!!! No, no, no…. bukan dia minat dekat saya!!! Bukan perasaan yang itu..yang ini lebih kepada melepaskan rasa marah yang terpendam dalam hati dia sebab…. DUIT… Ha!!! Isu duit ni memang sensintip punya isu..mana yang tak kuat prinsip dan iman-nya ,dengan family member pun boleh buat gaduh … saya sebenarnya malas nak ambil port sangat , tapi disebabkan member beria ia bercerita walaupun tanpa saya menyoal. Merah lobster muka dia tatkala menceritakan perihal masalahnya. Disebab kan tak mau di cop sebagai rakan sekerja yang tidak perihatin, saya pun dengan selamba arnab pasang je la telinga..

Al-kisah ……. 2 bulan lepas dia loan kan EMPAT RIBU DIRHAM dekat member dia, katanya member dia nak buat duit belanja sikit untuk balik bercuti , tanpa bersyakwasangka apa apa terhadap member dia ni, kawan saya pun kasi la sejumlah wang yang diminta tanpa banyak soal , sebabnya dia dah kenal dengan membernya itu dalam tempoh yang agak lama juga. Macam biasa la sebelum dapat duit cakap semua manis , membernya itu beria ia kata yang dia akan bayar lepas balik dari bercuti nanti.. Story cut short, balik dari bercuti member dia kata tak dapat nak settlekan duit yang dipinjam dulu, dia kata next month salary dia bayar tapi sampai la ni member dia tu diam je.. “wakdek” kata orang UK dan “buat dunno ” kata orang N9.

Saya tanya dia asal dia tak gi mintak….? dia reply balik, kata dia bukan jenis yang suka mintak mintak sebab pada dia “kau pandai mintak, kau pandai la pulangkan” hmmmmm….. macam style saya gak minah ni..so saya pun explain kat dia..
Saya pun kalau ada orang nak pinjam duit saya tak banyak tanya, kalau ada, saya kasi..kalau tak ada, saya cakap tak ada. Bila dah kasi tu selalunya saya tak letak harapan akan dapat balik dan kebiasaanya mereka mereka yang tak pulang kan duit saya tu saya halal kan je .. sebab nya nak marah marah pun tak guna, duit tu bukan nya boleh datang bergolek.. Cuma dimasa hadapan saya tidak mungkin akan menghulurkan bantuan buat mereka ini lagi.. dalam istilah banker “BLACKLIST” ya !! saya SENARAI HITAM kan nama mereka yang busuk ini …... Nak jerit jerit, terlolong, marah marah itu bukan sama sekali cara saya.. selebih nya, itu antara dia dengan Tuhan...

Dia pun dengan mata yang kuyu (kiciwa reaction) kata.. “takpe la, kalau Tuhan kata duit tu duit aku, dapat la nanti, kalau tak ada ….takpe la…at least benda ni boleh dijadikan pengajaran..”

..masa nak angkat kaki tadi ..dia pandang saya dia kata…. “Zamri…… can you settle this one…?” sambil menunjuk kan bil makan tengah hari kami…..

CHAN…….TEK…. sambil anak mata tak tau nak mengarah kan kemana… (takpe la membantu orang di dalam kesusahan adalah digalak-kan)

Tuesday, December 20, 2011

Adlin vs Chef Wan?.. dua dua bongek aku kata


Adlin Aman Ramli sentap dengan komen yang dibuat oleh Chef Wan didalam laman FaceBook nya mengenai persembahan nya yang berani mati dengan menjadikan barisan juri sebagai material lawak nya untuk show minggu lepas. Adlin juga menyatakan “Perang Alam Maya” sudah bermula antara beliau dan Chef Wan.

Hmmmm…. Kat sini saya Cuma hendak melahirkan pandangan dari sudut kaca mata viewer .. Untuk Maharaja Lawak Mega ini saya telah menonton dari episod 1 lagi dimana saya lihat kumpulan yang konsisten dalam membuat penonton ketawa terbahak bahak adalah dari kumpulna Seihu dan Boboi manakala Osbon dan Pimai dilihat on and off dalam komedi yang dilakukannya..NAMUN saya tidah hendak bising bising mengenai itu…apa yang hendak saya sampaikan adalah …………

Kepada juri, mereka sepatutnya lebih arif …mereka tidak sepatutnya meletakkan syarat syarat tertentu lawak yang bagaimana harus dipersembahkan oleh peserta, cukup lah dengan restriction yang diletakkan oleh pihak lembaga penapisan dan juga dari pihak TV itu sendiri..sebagai pelawak mereka terpaksa membuat orang gelak ketawa dan itu adalah sesuatu yang bukannya senang..(percaya lah saya sendiri pernah mencubanya) jadi mereka harus bijak mengunakan pesekitaran sekeliling untuk dijadikan sketch ..jadi bila Chef Wan ini tadi melanjutkan komen nya ke FB mengenai lawak yang dibuat oleh Adlin adalah tidak appropriate tatkala menjadikan juri sebagai bahan lawak adalah sama sekali tidak boleh diterima!!!. Begitu juga dengan si Wartawan yang menghentam si Sobri dari kumpulan BP (Bawal Power) mengatakan aksi beliau yang meniru gaya penyanyi yang terkenal di era 80an adalah menjengkelkan..harus diingatkan Zaibo pernah menjadi salah seorang juri sewaktu rancangan Raja Lawak, dan kumpulan Jozan , Nabil pernah membuat sketsa mengenai kepala Zaibo yang botak..namun tidak sedikit pun mendatang isu pada waktu itu malah Zaibo tidak memperbesar besarkan hal itu…Aksi Mamat Khaleed pernah ditiru oleh Johan dalam aksi final Maharja Lawak namun beliau tidak melatah dengan cepat…KENAPA?

Ini kerana, bagi mereka yang mengetahui nilai nilai humor itu sendiri akan bersetuju yang bahan atau subjek sesuatu jenaka itu tidak boleh disekat kerana ianya tidak akan mengembang kan sesuatu lawak itu..kalau kita lihat stand up stand up komedi dari barat seperti Eddy Murphy, Peter Russel, Jim Carey mereka akan mengena kan sesiapa sahaja sewaktu melakukan lawak berdiri mereka. Jim Carey pernah melakukan lawak mengenai Steven Speilberg sewaktu acara meraikan producer terhebat itu…Edie Murphy pernah mengutuk habis habisan King of Pop, Michael Jackson dalam jelajah lawak berdiri beliau disekitar era 90an “Delirious” dan pelawak berdiri yang sedang meningkat naik Peter Russel berjenaka mengenai Sultan Abdulla dari Saudi sewaktu melawat Negara teluk itu..tak de pun kita dengar Spielberg marah marah kat Jim Carey, Michael Jackson saman Eddie Murphy atau Russel Peters ditangkap dan dipancung kepala nya…Mengenai Isu Agama pula , saya bersetuju ianya tidak sepatutnya dijadikan bahan lawak dalam konteks atau alasan apa sekali pun..kerana kita masih lagi berpegang pada budaya timur namun selain dari itu saya tidak lihat dimana salahnya untuk berjenaka dengan menjadikan keadaan sekeliling sebagai subjek sketch buat sipelawak ..

Jadi kepada Chef Wan dan juga mereka meraka yang rasa dengan menjadikan sesuatu individu sebagai bahan jenaka adalah salah adalah lebih baik anda anda ini duduk aje didalam gua kerana disana tiada sesiapa akan menjadikan anda sebagai bahan untuk dijadi lawak.. dan kepada Adlin pula..tidak dinafikan yang lawak anda cuma menjadi sewaktu persembahan dimana anda menjadi penari India dan selain dari itu lawak atau jenaka anda dilihat begitu lemah dan tidak mencapai tahap piawaian saya sebagai pengemar pegemar lawak berdiri…buat homework lagi okay…banyak sebenarnya benda yang boleh anda lakukan …untuk ADLIN dan CHEF WAN..berfikirlah luar dari KOTAK!!!

PSA: ....dan lagi satu..korang nak komen komen masa show je la..yang sampai nak bawa ke FB bagai ape ke hei nye...? matang la sikit!!!!

Si BadiGol




Dulu masa saya handle event, semua client happy lepas tu masuk budak baru dan dia start buat perangai cucuk orang sana , cucuk orang sini..dengan saya sekali dia cucuk, sampai saya dengan one of the senior staff bertegang urat…Masa mula mula sibadigol ni join, awak ni buat la baik dengan new comer sebab tak nak dia feel left out alih alih boleh dia ajak main main tikam belakang…so saya pun jumpa manager mintak di tukar ke mana mana dept lain yang tak memerlukan untuk saya berurusan dengan mamat seekor tu..biar la nampak macam saya surrender…bukan apa, malas nak buat perangai poser lagi, sebab kalau saya buat teruk budak tu saya kena kan..tapi sebab memikirkan yang saya ni dah matang dalam menguruskan hal sedemikian jadi saya ambil jalan yang orang kata selamat .. dah dekat enam bulan sekarang saya tak berurusan dengan mamat seekor tu.. terbaru dengar cerita dari colleague yang kerja dari dept lama saya bilang rupanya mamat ni dulu suka buat cerita pasal saya kat client… client yang tahu bebenor fasal saya tak ambil port sangat cerita yang mamat ni bawa tapi mana client yang baru baru nak menjadi bacang terbeli la dengan cerita palsu mamat sekor tu..saya pun tak faham apa motif dia untuk menjaja cerita fasal saya yang comel ini?


Tapi apa apa pun ,apa yang saya nak laungkan kat sini…budak bengong tu, 2 minggu lepas gi vacation, heran gak asal dia gerak awal sebab on his vacation plan minggu ni dia gerak…selidik punya selidik..rupanya dia kena suspended la…discipline issue …dan hari ini bila dia report on duty..KEMUNGKINAN BESAR dia akan ditukar kan ke other business unit!!! Saya mintak la dia ditukarkan ke Business unit yang paling cikai dan budak budak kat sana lebih cipan dari dia!! Biar dia rasa…

Dan yang best nya bila berita fasal mamat bongek ni tersebar rupa rupanya boleh dikata semua colleagus rupanya tak suka dengan dia ni…termasuklah security yang menjaga bangunan ..mak aih!! Tak ku sangka busuk sungguh mamat ni sampai security, tea lady dan office boy pun menyampah nak tengok muka dia…tak sabar rasa nya nak terserempak ngan mamat ni..sebab saya nak pulang kan paku buah keras (err…ke buah paku keras..?) yang dah lama saya simpan!!

Sunday, December 18, 2011

MI:4


Semalam saya ke pawagam dengan burung kakak tua http://duriandidubai.blogspot.com/2009/08/nowa2-minit-nowa.html

Kitaorang tengok citer MI 4: Ghost Protocol .. untuk sesiapa yang dah tonton dan yang akan menonton cerita terbaru abang Tom Cruise ini, untuk pengetahuan korang masa scene dia berlari dalam rebut pasir lokasi nya adalah di tempat kerja saya….tapi sepanjang saya kerja disitu tidak pernah lagi terjadinya ribut pasir yang amat dasyat seperti yang digambarkan oleh Abang tom dalam MI4 sebab di lokasi berdekatan takde padang pasir pun, jadi kalau terjadinya ribut pasir kitaorang kat sini cuma dapat yang sipi sipi sahaja, bukan seperti yang korang tengok itu ye… dan yang bestnya masa dia belari nak kerja sipenjahat ….mak aihhhh…dari Burj Khalifa (tower yg paling tinggi tu) dandan boleh ada kat DIFC (Dubai International Financial Centre) pula, bangunan yang 4 segi itu adalah DIFC .. betul Impossible misi si abang tom ini.

Dalam movie terbaru Abang Tom ini juga saya dapati yang hidung Abang Tom semakin membesar, tidak dapat saya pastikan sama ada sewaktu pebikinan filem tersebut hidung beliau ada tersepit dimana mana pintu al maklum lah semua aksi stunt yang melibat kan Abang Tom ini dilakukan sendiri tanpa mengunakan khidmat dari pelakon lagak ngeri…atau mungkin kah disebabkan barisan kerusi saya yang terlalu dekat dengan layar putih menyebabkan hidung Abang Tom kelihatan luar biasa besar nya? Tidak lah dapat saya pastikan mengenai itu.. Cuma yang pastinya, dari kacamata kasar saya kelihatan hidungnya memang agak besar dari kebiasaanya.

Aksi pelakon kelahiran British Simon Pegg dilihat biasa biasa sahaja kalau dibandingkan dengan filem filem lain lakonanya yang lepas , saya mula menonton filem lakonan si Abang Pegg ini melalui filem komidi seram “Shaun of the dead” dari situ korang semua boleh lihat aksi lucu tahap gampang yang bersahaja dilakon kan oleh Abang Pegg ini memang menjadi, mungkin disebabkan barisan pelakon dalam movie tersebut adalah mereka yang datangnya dari Negara “God save the Queen” dan chemistry mudah terbentuk berbanding lakonan dia dalam MI4 ini dimana jelas lawaknya tidak selucu dalam filem filem dia yang lepas lepas…namun saya masih lagi suka gaya lakonan Abang Pegg berbanding lakonan Abang Tom yang kelihatan agak tipikal sebagai hero.

Overall filem ini cukup la piawaianya untuk filem aksi…sebab ada scene kerja mengejar, letupan, tembak menembak, elemen elemen suspend dan juga sedikit elemen twisted story-line…kalau watak villain tu boleh dibuat extra brutal lagi awesome, yang macam dalam MI:3 lakonan Abang Philip Seymour Hoffman baru la best…

Apa kata untuk filim Misi Mustahil yang seterusnya kita suruh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia untuk jemput Abang Tom dan seluruh produksinya untuk melakukan pengambaran di Malaysia....nanti korang boleh tengok Abang Tom makan Budu kat Kelantan, aksi kejar mengejar di Ganu kite, tembak menembak kat A’Famosa...lepas tu scene panjat KLCC hahahaha... nak lagi best campak satu dua orang pelakon dari Malaysia .... jadi Extra pun okay..so nanti boleh keluar cover muka depan utusan Malaysia hasil tulisan si JOYAH yang glamour itu...

And last but not least,

Dear Tom Cruise, A Camel in the middle of the city in Dubai,
We said fine, it can be.

Climbing up the Burj Khalifa,We said , can be normal.

Running in the middle of a sand storm and comming out in Deira
We said, its ok

Half an hour jumping and rolling over cars and only breaking ur little toe
Fiiiiiiine

But driving that fast in Dubai without a radar catching u ,
Now that's "Mission Impossible"


The message ends with the dummy saying that it will self-destruct in ten seconds.…. (deng..deng…deng deng…deng..denggg, dengg..dengg tu dudu..tu duu duu…….)

Saturday, December 17, 2011

Rupanya Pelajar yang hilang itu.....



Pelajar yang ditaja PETRONAS untuk belajar di Ireland yang dengar nye hilang itu sebenarnya bukan hilang tapi beliau "menghilangkan" diri bagi mengelak kan dari diketahui oleh pihak keluarga apa sebenarnya yang terjadi pada beliau....mungkin tak nak keluarganya malu dengan perkara yang telah dilakukan beliau. Namun ...ish saya kalau nak komen panjang panjang pun susah..sebab diri sendiri pun banyak yang kurang. 25 kali saya fikir untuk menulis Entri yang ini....

Macam ni je la..setiap individu ada kehendak masing masing, baik dan buruk sendiri tanggung, tapi nilailah sesuatu tindakkan yang ingin diambil itu sebijak bijak nya..fikirkan lah soal keluarga..mana yang masih ada ibu dan ayah tu fikirkanlah air muka diorang, maruah diorang... Boleh nak buat benda yang tak senonoh ( bukan saya mengalak kan) tapi buat lah dimana hanya korang saja yang tahu... Jadi dengan ini maruah keluarga masih lagi terjaga.. Saya ni kalau diikutkan ish.. banyak nye anasir anasir jahat yang saya nak buat ( walau pun ada sebahagian nya saya dah buat...saya buat senyap senyap hahahahahaha ....jeng .... jeng....jeng) dan kalau boleh saya nak buat terang terang..tapi tu la bila fikirkan emak kat Malaysia...hmmmm terus terbantut ( kalau buat pun saya buat senyap senyap lagi..jeng...jeng...jeng...hahahahaha) 

Apa apa pun masing masing dah besar panjang dan lagi educated dari saya yang keji ini...jadi mereka bisa untuk berfikir baik, busuknya sesuatu perkara itu..macam saya cakap awal awal tadi..nak cakap pun susah sebab saya sendiri ni pun tak perfect..kita tak tahu mungkin mamat yang dalam gambar itu dihujung nyawa nya nanti dia berubah dan bertaubat..dan ditempat kan bersama sama golongan mukminin kan? Kita sendiri pun tak tahu...kan? jadi tak boleh lah kita nak menilai sesuatu yang baik dan buruk individu itu , sedang kan perkara yang sama juga kita lakukan...saya yang tak perfect ini terlalu la banyak benda benda nakal yang dah saya buat dan masih buat...cuma saya masih belum ada perasaan bangga untuk mewar warkan satu dunia.... Apa apa pun kita cuma manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan didunia yang fana ini. Baik dan buruk itu seseorang hamba itu, biar lah cuma Tuhan saja yang menilai nya..kerna itu bukan lah tugas kita manusia biasa untuk melakukanya...

Konklusi yang cuba saya sampaikan disini adalah...buat la apa pun yang korang telah fikirkan baik buruknya dan jika perkara yang ingin dilakukan itu agak membatasi norma norma biasa dari segi budaya , agama dan bangsa kita buat la dimana cuma korang saja yang tahu supaya beban malu itu tidak ditanggung oleh keluarga, agama, bangsa dan negara korang...itu aje yang saya nak sampaikan melalui entri kali ini..

Thursday, December 15, 2011

45 hari tanpa Nikotin dan Tar


Sewaktu saya sakit akibat virus yang menyerupai virus campak bulan lepas berbagai bagai perasaan bermain dikepala otak saya sebelum saya mendapatkan nasihat pakar. Disebabkan sakit yang begitu radikal di bahagian kiri dada saya, hanya 2 penyakit yang berlega lega dalam ruang fikiran sewaktu itu; 1 , mungkin saya di serang penyakit jantung dan yang ke-2; penyakit barah Payu Dara (okay, korang boleh gelak ), tapi saya tak nak membebel mengenai itu (okay korang boleh berenti gelak sekarang), apa yang hendak saya lalut kan disini adalah mengenai 45 hari saya tidak merokok.

Ya!!! sudah 7 minggu saya tidak menyedut Nikotin dan Tar gara gara jatuh sakit tempoh hari. Bagusnya, saya boleh mempersiapkan diri untuk azam baru tahun 2012 dimana saya sungguh sungguh hendak berhenti dari merokok. Untuk pengetahuan korang ini adalah percubaan saya yang ketiga dalam tahun ini untuk berhenti, kebiasaannya setelah habis tempoh sebulan keadaan untuk kembali merokok begitu kuat sekali namun untuk kali ini saya tidak merasa untuk menyedut asap yang keji itu lagi dan saya cuma ada tiga sebab yang kuat mengapa.

1. Dua dari teman saya meninggal akibat serangan jantung dan kedua mereka adalah perokok dan mereka adalah sebaya dengan saya. Salah seorang dari mereka berhenti merokok setelah mendapat tahu mengenai penyakit yang dihidapi namun semua nya telah terlewat.

2. Housemate saya yang tidak merokok membuatkan saya teruja untuk tidak merokok juga.

3. Sakit yang diturun kan ke saya bulan lepas benar benar membuka hati untuk berhenti merokok, risau beb..

Walaupun berat badan bertambah sedikit (Hari tu tailor saya datang untuk trial suit yang ditempah..dia cakap saya dah gemok sebab seluar yang dia measure minggu lepas, saya tak boleh nak kancing… sungguh gampang tailor itu..namun beliau jujur) akibat berhenti dari mengambil bahan yang membantu kenaikan kadar metabolisma namun itu tidak sedikit pun membatutkan usaha saya untuk berhenti sepenuhnya dari pengambilan Nikotin dan Tar ini.

Banyak lagi benda yang saya nak lakukan, jadi kalau boleh saya tak nak jatuh sakit di usia yang boleh diketegorikan mentah dan suci ini hanya disebabkan oleh ROKOK!!! Dengan ini saya mengistiharkan perang dingin terhadap tembakau!! Say NO!! NO!! NO!! To Cigarette.

Wednesday, December 14, 2011

Kepochi!! Saya benci


Pagi tadi sewaktu menaiki Metro untuk ke tempat kerja, saya ber-BBM dengan rakan BeriHitam lepas tu ada satu penumpang Metro yang berdiri bersebelahan merenung kearah skrin BeriHitam saya, jelik dengan tingkah laku siberuk ini, saya memandang tepat kearah dia dan mengeluar kan tone suara yang begitu garau dan berkata “Excuse me..” beliau terpinga pinga seolah apa yang dilakukan beliau (membaca contents mesej BeriHitam saya) adalah okay.

Jenuh dengan segelitir individu yang masih tidak faham bahasa, bagi seorang yang begitu mengutamakan “privacy space” saya cukup menyampah kalau tengah saya sibuk draft email datang pula orang yang tak faham bahasa ni duduk dekat dekat lepas tu tenung screen laptop saya dan baca semua yang terpapar, dua; dalam metro, tengah saya membalas mesej BeriHitam “beruk” ntah datang dari mana yang berdiri bersebelah boleh sibuk sibuk pandang kearah skrin BeriHitam saya, macam la mesej yang saya terima sebelum itu adalah untuk beliau..hairan dengan perangain sesetengah Individu ini, yang bestnya macam mana diorang sanggup untuk baca mesej/email orang lain, sebab secara serius saya tak sanggup untuk melihat atau membaca email atau mesej orang lain tanpa kebenaran tuannya, ianya sama seperti mencuri!!

Kenapa masih ada lagi orang yang suka menyelak kain orang lain ? ada perkara yang boleh saya kongsikan tetapi sekiranya anda adalah “totally stranger”, minta maaf sila jarakkan kedudukan anda dan jangan nak pandai pandai untuk mencuri baca mesej atau email orang lain..sekiranya saya ingin berkongsi maklumat dengan anda, sila lah layari blog saya di www.duriandidubai.blogspot.com atau anda boleh la men-stalking di page FaceBook saya, selain dari itu saya tidak suka kalau anda melihat BeriHitam, Ipad, Laptop saya tanpa kebenaran dari saya sendiri, kerna itu adalah hak privacy saya!!

Mungkin segelintir individu suka Mesej/email nya di baca oleh orang luar tapi bukan saya. Dan kenapa kita nak baca email/mesej orang lain in the first place? Itu adalah perbuatan yang sungguh keji dan anda yang suka berbuat demikian adalah sangat busuk!!

Tuesday, December 13, 2011

Siri Tv 80an dan 90an

Pagi tadi masa nak naik Metro, Pintu Automatik Metro hampir hampir nak tutup saya dengan segeranya pun berlari dan cuba untuk memasukinya..akhirnya saya berjaya memasuki ke dalam perut metro tetiba terus teringat cerita McGyver, Ingat tak korang masa montage kan ada scene dia (McGyver) belari untuk masuk sebelum pintu tertutup..jadi hari ini saya nak share dengan korang sebahagian dari cerita kegemaran saya sewaktu saya membesar...
































saya pasti ada diantara korang yang ingat bila tengok gambar kat atas tu tadikan? siri Melayu pun ada gak;2 + 1 , Santan Belada, Turun Tangga Naik Tangga, Rumah Kedai etc. tapi takda gambar la......memori shial..... (sebenarnya banyak lagi ni)

Monday, December 12, 2011

Prozionisme, Tak Nak!!



Agak terkejut bila membaca kenyataan Che det (Tun Dr Mahathir) di Berita Harian on-line mengenai badan badan NGO dan Majlis Peguam yang di”sponsor” oleh puak Amerika atau lebih detail lagi “Yahudi” untuk menghuru hara kan Malaysia. Sekiranya ini memang benar benar berlaku bangkitlah rakyat Malaysia dan tentang lah mereka mereka yang bersekongkol dengan puak zionis yang cuba untuk menerap kan pemikiran prozionisme terhadap rakyat Malaysia..

Saya tidak menafikan yang penjajahan sebegini memang wujud yang kadang kala disebut sebagai Neo-Colonialisme. Ia menjajah fikiran dan Minda kita, yang menunjukkan seolah-olah apa yang datang dari Barat khususnya USA, UK, Peranchis, dan negara maju di barat lainnya sebagai "The Best in The World" dan seharusnyalah dicontohi. Cubaan penganjuran Seksualiti Merdeka adalah contoh terbaik menunjukkan ada rakyat negara ini yang telah terpengaruh dengan saranan itu. Ini bermakna Neo-Colonialisme sememangnya diamalkan sekarang ini oleh pihak Barat.

Sekali pun kalau kita ingin membentuk sebuah kerajaan baru tak usah lah sampai dapat bantuan dari rejim zionis itu, perlu ke kita mengadai kan maruah sediri hanya semata mata untuk berkuasa? Kalau maruah sendiri tergadai masih okay lagi tapi kalau maruah Negara yang tergadai? Apa yang akan terjadi dengan rakyat Malaysia nanti? Jadi pengemis, boneka di Negara sendiri?cukup cukup lah dengan kejadian yang menimpa banyak Negara lain yang mampu dijadikan contoh jadi usah la kita mengikut jejak langkah mereka. Umum mengetahui peranan Yahudi dan kuasa besar memporak-perandakan negara-negara yang berdaulat. Lihat apa yang telah berlaku di negara-negara Arab, dan negara-negara yang tidak menyokong mereka.. Pertelingkahan orang Melayu sekarang dapat dilihat dengan ketaranya dan yang akhirnya akan merugikan bangsa Melayu itu sendiri.

Saya sebelum ini memang tidak berminat untuk mengikuti hal ehwal politik Malaysia gara gara cara mereka berpolitik agak keanak anakan, namun statement dari che det yang saya baca di Internet agak menaikan bulu roma dan seram sejuk saya dibuatnya bila mengetahui masih ada lagi sekelompok penduduk Malaysia yang berpelajaran tinggi namun dek kerana gila kan kuasa sanggup bersekokol dengan “syaitan” dan sekali gus memperjudikan nyawa Malaysia itu sendiri . sekiranya ini benar benar berlaku diharapkan kerajaan/pihak berkuasa dapat membenteras pergerakan yang memudaratkan Negara dan rakyat sebelum terlewat.

Thursday, December 8, 2011

Macam best je si Juri tu....


Apa yang di marah sangat Azmeer si composer tu pun saya tak tahu..dalam Utusan dia kata dia dah buat kerja ni berpuluh puluh tahun so dia tahu orang tu boleh nyanyi atau tidak..kalau dah berpuluh tahun kerja encik Azmeer, takkan masih tak ada sikap professional ? mana perginya kerja puluhan tahun yang kau claim tu?

Saya masih belum berkesempatan menonton rancangan yang dijurikan oleh composer yang “hebat” tu lagi, teringin juga nak tengok episode dimana dia angkat kaki sebab dah tak larat nak dengar nyanyian dari peserta peserta rancangan tersebut..kiranya dia give up la eh ? ke pihak stesen TV ada bagi skrip suruh kau buat cam tu? Walau apa apa pun saya rasa benda ni tak sepatutnya terjadi nama pun pertandingan kalau kau nak perfect kau nyanyi sendiri la…err…kau pernah jadi penyanyikan dulu? Lagu apa yang kau famous tu? Berapa album kau keluar? Nak kata kau ni hebat sangat pun tak la juga setakat 2 -3 penyanyi kau yang meletop yang lain bungkus tak yah claim kau bagus la bro… jadi mentor pun kau bungkus, kan? Hmmmm jadi tak payah la nak tunjuk kan baran kau kat seluruh rakyat Malaysia..kalau dah give up sangat tak suka orang nyanyi sumbang berenti je dari jadi juri…end of the story..hang nak pening pening kepala buat apa..orang pun tak menyampah dengan kau… lagi satu saya nak sentuh la..pengunaan bahasa “kau aku, kau aku” tu best sangat ke?

Kalau En. Azmeer ni rasa dia Best tahap Gaban apa kata dia cari penyanyi yang boleh diketengahkan di arena antarabangsa, bagi tahu kat rakyat dunia yang Malaysia ada penyanyi yang boleh duduk sebaris at least sama dengan Brandy la (kalau Mariah Carey tu melampau sangat) aku nak tengok dia buat..Kerja dah puluh puluh tahun bro, takkan nak berbangga dengan produk cap kampong je? Bila nak merasa peroduk yang boleh diketegorikan GLOBAL? Tengok Macam KRU tu produk dah sampai Negara Mat Saleh tapi masih lagi dengan perwatakkan padi yang sentiasa menunduk..setakat kau punya hasil tangan lepas sampai LEBUH RAYA UTARA SELATAN je , rentikan la salakan salakan yang buat orang mengumpat fasal kau…

Saya tak menyampah dengan lu bro, tapi lepas baca self claim kau kat dalam Utusan tu..terus rasa geli geleman dengan kau..

Ada berani kita fight la..lu cari satu artist wa cari satu artist lepas tu kita masuk next season MENTOR tengok siapa menang amacam ABANG AZMEER? Ada beran tak?

Saturday, December 3, 2011

Kenix Sok Yee punya fasal.....

Sepanjang cuti 3 hari tiada apa apa yang produktif telah saya lakukan, hanya berpeleseran duduk di rumah gaya si polar bear yang sedang berhibernisasi..esok dah start kena bangun pagi untuk mencari "kayu api".
La ni saya tengah duduk kat dapur sambil layan victoria secret 2011 show kat youtube, tapi sebelum tu ada member call ajak jumpa kul 11pm pikir lima enam kali gak la nak pergi ke tidak almaklum la, umur bila dah melonjak ke angka 3 ni agak sukar untuk berjaga lepas jam 10, kalau esok weekend boleh dimaafkan lagi. Gara gara saya pikir sampai lima enam kali adalah disebab kawan ni dulu pernah kerja sekali kat Dubai lepas tu dia dapat kerja ngan sea cruise dan dipendekkan cerita kapal dia berlabuh kat port di Dubai dan dia ajak jumpa bersama sama teman yang lain..itu yang dok confuse tu nak pergi ke tidak. (baru dapat message dari dia..yang dia kata esok pun dia kena bangun kul 6pagi! Jadi ini bermakna saya tidak ada alasan untuk tidak berjumpa dengan beliau) hmmmm.... Duit tak "cucuk" lagi ni sekarang dah pukul 9.30, baju tak gosok lagi..mandi pun belum, yup! Saya tak mandi dari pagi tadi (me dun ker) opss battery iPad saya tinggal 8% sahaja..hahahahah saya sebenarnya nak post fasal perkara lain sebenarnya tapi lain pula yang timbul...esok la saya citer ..la ni nak siap siap nak kuar...adios!!!

Wednesday, November 30, 2011

Bond



Saya tak nak marah marah pagi ini, sebab esok public holiday (hari kebangsaan UAE) la ni saya nak cita sikit mengenai Bond...bukan James Bond..tapi...

Minggu lepas saya beli Dubai National Bond, 1 unit berharga AED10, minumum mesti beli 10 unit, hmmmmm seriously saya sebenarnya kalau bab saving menyaving agak sukar sedikit untuk dipupuk..tetapi disebabkan ada perkara lain yang menarik minat saya, dengan tidak teragak agaknya saya telah membeli 300 unit national bond hahahahaah nak tahu kenapa?

Minggu sebelum minggu lepas (2 minggu lepas) lepas saya masuk office dikala pagi yang indah, mamat yang selalu deliver 7 days newspaper datang agak awal dari hari hari kebiasaannya..masa dia pass paper tu dekat saya mata terus menikmati tajuk tulisan si wartawan “Indian waiter won AED 1 000 000” , baca punya baca sampai ke akhir tulisan si wartawan ini maka saya pun mendapat kepastian yang waiter dari india ni menyimpan dengan national bond rupanya dan setiap bulan akan ada cabutan bertuah untuk pemegang pemegang sijil national bond. Untuk melayakkan diri bagi memenangi wang tunai bernilai 1 juta dirhams, jumlah minimum dikena untuk menyimpan adalah AED 3000 sekiranya kurang dari nilai tersebut anda cuma layak untuk untuk cabutan bertuah bernilai AED 10 000 setiap minggu sahaja dan bukannya cabutan bulanan. So dah alang alang nak menyimpan kononnya , sebab tu lah saya terus beli 300 unit ini sekali gus membolehkan saya untuk memasuki cabutan bertuah mingguan dan bulanan !! wee tweet!!!

Sekarang ni , di setiap kelapangan masa yang saya ada..saya cuma akan memikirkan perkara yang akan saya lakukan sekirannya saya berjaya memenangi hadiah 1 juta itu…hmmmmm hahahhahah biasa la darah tipikal melayu ada mengalir sikit kat badan saya ini nak buat lagu mana?

Dan sekarang saya sudah mempunyai sijil Dubai National Bond yang saya beli pada minggu lepas..saya berjanji akan menyimpan setiap bulan dengan Dubai National Bond ………………… agar peluang untuk memenangi AED 1 juta lebih cerah … yeah bebeh!!!!

Ha!! sebab tu la saya tertarik untuk saving menyaving …

Tuesday, November 29, 2011

Si Bangang yang Ego....

Seronok masuk kerja pagi ni, dapat bamboo budak HR yang buat kerja cam palat tu..konon Hantar email cc Sr. Manager dia saya takut la…sorry la wei “takut” tak ada dalam Dictionary saya, tau tak!!? Last last sendiri sakit bila saya reply with facts!! Baru terhegeh nak buat excuse, kononya tak dapat email yang saya hantar early this week..sangat!!! Bukan sekali dua kau tak reply sayang oii..semua email relate to HR saya simpan tau !! siap ada special folder lagi..so tak payah la nak kencing yang kau tak dapat email saya..bukan sekali dua kau tak reply..melambak lambak dah..saya tau bangsa mcam kau ni memang jenis pemalas..nak kena cc “big potatoes” baru la nak buat kerja kalau tak..nan ado!!!

Ada ke cuti sakit saya 5 hari yang saya amik bulan lepas ,yang saya dah hantar certificate nya melalui proses on-line, dimintak lagi supporting documents dari budak palat tu..dia nak supporting documents apa ke jadahnya lagi kalau saya dah kasi sick leave cert.? even dalam contract pun tak ada clause yang mengatakan saya kena sediakan supporting doc bersama sick leave cert bila nak submit ke HR, so tak payah la kau nak buat drama yang bukan bukan cik adik oii… Manager saya pun sama juga,apa yang budak HR tu nak bulat bulat ikut, bukan nak tanya dulu ke apa ke? Bingai..macam mana boleh jadi Manager pun saya tak tahu..sudah nya malu sendiri la korang bila email “Pedas” saya send dan cc ke “big pototes” korang!!

Cerita Moralnya (hahahahaha) : Kalau nak kintai kintai kan orang tengok dulu siapa orang nya itu so nanti tak terkintai kintai sendirian apabila dimalu kan.. pada sesiapa yang bekerja di HR Dept TOLONG la respect your colleagues equally .. jangan fikir anda di HR dept anda boleh lakukan sesuka hati..kerana hati yang suka itu akan menjadi duka kelak (chewah..pinjam skrip dari filem “esok untuk siapa”) and to all the Managers kindly choose your battle!!!

Thursday, November 24, 2011

Bawah tanah kadang aku rindu...

Bila naik Metro balik dari kerja, terlihat serombongan remaja remaja arab dengan seluar jeans biru koyak, rambut ada yang ala punk, skinhead, dengan boot hitam berkilat, kasut Adidas ol’ skool dan Fred Perry; seorang pegang drum stick, 2 orang gendong beg yang kelihat seperti guitar didalam nya dan seorang lagi memegang skrol kertas (vokalis group diorang la tu)..walaupun kerusi di dalam metro tidak berapa penuh dengan penumpang mereka masih lagi ingin duduk di atas lantai di penyambung gerabak , tersenyum saya sendirian melihat karenah mereka “déjà vu” bisik saya dalam hati.





Teringat saya sewaktu umur remaja, gelagat yang sama saya dan rakan rakan “band” saya lakukan sewaktu menaiki LRT menuju ke KLCC lepas tu lepak sampai petang , gerak pula ke Kelana Jaya lepak kat Syed restoran discuss nak jamming kat mana (selalunya booking akan dilakukan sehari atau dua sebelum) Rhythmix ss15, Subang Jaya ke? Jam Studio, ss2 ke? Studio kat belakang KFC (apa nama studio tu ah?) Kelana Jaya ke? Jam Studio ss15, Subang Jaya ke? Akar Karya, Damansara uptown ke? Atau Black Widow Jalan Gasing? (sebenar ada 2 -3 tempat lagi tapi saya lupa la nama studio itu, maaf) bila dah decide nak jamming kat mana, band member kita orang yang bernama Popoi akan membawa ke destinasi yang ingin dituju dengan keretanya (satria merah, tengiling –accord lama- , saga aeroback) kekadang kalau di penat dia suruh saya drive, sebab masa tu Nizam anak pak yusoff, Imran dan Aca tak boleh drive lagi (caya la!!! ari tu masa aku balik vacation zam dah boleh drive!!!dah ada keta sebiji lak tu..) selalu layan jamming sejam dua je (2 jam kalau ada gig minggu tu), dan yang bestnya bila masa jam ada je disagreement sesama sendiri lepas tu masing masing emo..hahahahahaha, lepas tu okay balik.. .. ni dengan band “KULAT” kalau ngan band “PENUMPANG GELAP” pula – Sani, Popoi (lagi), Fendi, Muiz dan saya-
dan situasi lebih kurang sama je...tapi kurang emo (Zam sila jawab!!!! lol)



Bila dah habis jamming gerai gerai menjadi tempat untuk berbicang bagaimana untuk meng-elok kan lagu yang dijamming tadi tempat makan seperti Gerai 223 PJ, Syed Kelana Jaya (tapi ari tu masa balik tengok restoren tu dah jadi tempat letak kereta), ss15, Subang Jaya (quite few places la kat sini) etc. kalau ada duit minum la teh o ice limau ngan nasi goreng ke, mee goreng mamak ke..tak ada sen air suam dan roti banjir je la jawab nya (hahahahahaa)





Nama nama band yang pernah saya tengok gig mereka atau main dalam satu gig atau pun jamming kat studio yang saya pernah kerja dulu la ni dah meletop letop dalam arena mainstream ..syabas buat mereka!! Meet Uncle Hussien, Seven Colar T-shirt, Love Me Butch (Singh, si drummer ni pernah pecahkan symbol Zildjian kat studia A, rythmix yang aku jaga dulu..lepas tak pernah datang datang lagi hahahaha) , andy flop poppy (mamat ni lucu…bangat) banyak lagi la..ngan mambai pun saya pernah berduet kat no Black Tie (layan lagu Eric Clapton –wonderful tonight) masa new year eve lepas selesai satu gig (eksen sikit)..masa tu ada satu band dari Singapore yang agak saya suka (walaupun saya tak suka Singaporean) force vomit nama band mereka…diorang memang sempoi..music ala ala ska punk gitu.. lagu mereka yang berjudul “siti” teramat la best dari susunan lirik nya.




Tapi la ni masing masing dah ada career dah, kurang masa untuk menghambakan diri untuk bermain musik seperti dulu, namun ada gak sorang dua yang masih lagi bermain musik dan persembahan “underground” cuma ianya tidak sekerap dulu setahun mungkin sekali (Zam anak pak yusof yang kata).

Nizam ngan Popoi on and off dengan band “POLARIS” ,agak memberangsang juga instrumental band ini..sampai ada article di majalah majalah meng-review mengenai diorang!! Imran, lansung aku tak jumpa.. dah tak main Bass dah dengarnya mamat ni sibuk dengan kerja ,la ni aku rasa dah dekat 4 tahun tak bersua muka ngan dia, masa balik Malaysia time raya itu hari ada gak borak tak sampai 2 minit dalam telepon, itu je lah. Aca pun dah tak ketuk drum dah, masa dia datang raya rumah mak saya itu hari dia cerita dia kerja kat Port Klang bahagian logistic kalau tak silap …(mamat ni dulu ngan dred-lock hair nya sekarang dah alim dah).

Kalau bandmates “PENUMPANG GELAP” pula, si Sani sekarang lebih cederung untuk travel ke Thailand dengan agak kerap (hmmmmmm kenapa ya?) pun dia dah lama tak slapping bass guitarnya…Fendi si Drummer dah khawin dan ada anak sorang…mamat ni khawin ngan stewardess .. lama gak tak jumpa dan berhubung..Cuma sekali sekali broadcast message melalui BeriHitam sahaja. Muiz gitar ke-2 la ni bekerja di Fat boy (syarikat si Jason Lo) dia buat sales kat sana..lama gak tak dengar citer last sekali jumpa masa saya balik Malaysia 2 tahun lepas...lepas tu masing masing senyap.





Aiseyman…Dah sampai di stesen tempat saya nak turun, tak sempat nak request lagu “Chinese Girl” kat budak budak arab tu tadi……