Monday, April 18, 2011

Ramalan kaji cuaca


Sepatutnya pagi tadi kena attend satu meeting tapi diorang cancel last minutes jadi saya decide untuk hanya menghadirkan diri ke pejabat pada jam 1 pm..tengah saya membelek belek website berita harian on-line di kitchen, housemate saya yang berbangsa arab tercegat dipintu sambil memandang kearah saya dan bertanya “zamri, do you think is going to rain today?” (untuk rekod hari sebelum nya hujan mencurah didubai) saya dengan muka tidak bersalah memandang kearah beliau lalu menjawab “hmmm it was raining yesterday” dan menyambung membelek berita harian on-line namun si gadis ini masih lagi tercegat dipintu dapur saya memandang lagi kearah beliau dan berkata “I really have no idea about today but its look clear outside” …masih lagi tercegat dan kali ini mata nya memandang kearah lappy saya. Hmmmm tahu lah saya maksud nya, terus saya susuli dengan soalan berikut “do you want me to check the weather forecast for you?” dengan riak gembira diwajah gadis ini seraya melonjak lonjak dan menjawab “yes..yes..please”

Hahahahaha satu experience yang agak melucu kan..sepanjang hidup saya ini lah pertama kali saya melihat weather forecast..sebelum ini memang tak pernah setakat tertengok masa layan bulletin utama tu adalah..lagi lagi kalau Di Petaling Jaya, Malaysia..apa kejadah nya nak tengok tengok forecast ni..?dah tentu tengahari panas, petang hujan..cam gitu jela cuaca nya di Malaysia.
Setelah memastikan yang cuaca untuk hari ini adalah panas sepanjang hari..si gadis menuju kearah bilik untuk meletak kan payung yang telah disedia kan awal nya tadi.

Haiya diorang ni betul betul bergatung pada forecast cuaca yang pada pendapat umum saya ianya bisa dibaca melalui kecerahan langit pada hari tersebut..namun mereka masih lagi percaya bulat bulat walau pun terang teranga ianya hanyalah sekadar RAMALAN kaji cuaca…

Ok lah saya nak keluar ni sebelum tu biar saya check lagi weather forecast ni!!! Lol

Wednesday, April 13, 2011

Mereka Sungguh Angkuh...

Minggu lepas, disebabkan mesin pengering saya masih belum dibaik pulih saya mengambil keputusan untuk pergi ke Oasis Village untuk mengering kan pakaian saya yang baru lepas dicuci. Sementara menunggu pakaian yang berada di dalam perut mesin pengering saya pun melangkah ke kedai gunting rambut berhampiran..hampir 45 minit semua nya selesai, rambut baru, baju kering.

Saya tidak mengambil teksi seperti biasa kerana tiada apa yang perlu saya kejar kan, jadi saya lebih selesa untuk mengambil metro untuk pulang tambahan waktu waktu sebegini kurang manusia manusia dari negara Pakistan mahu pun India yang menaiki metro jadi saya tidak perlu risau mengenai bau bauan yang kurang enak.
Setelah metro berhenti di stesyen Mall of Emirates saya pun melangkah keluar dari perut gerabak..menuju ke tetangga bergerak sambil mengendong beg berjenama Fred Perry yang penuh dengan pakaian saya yang wangi .

Setelah selesai saya mendaftar keluar melalui mesin keluar/masuk automatik , saya ditahan oleh seorang lelaki yang mengenakan baju seragam berwarna hijau dan diarah kan untuk mengikut salah seorang rakan sejawat beliau kesatu pintu yang saya sendiri tidak tahu bilik apakah itu. Si polis ini tadi menanyakan apa yang saya ada dalam beg Fred Perry itu? Saya menyoal nya kembali apa yang membuat beliau begitu tertarik untuk mengetahui apa yang ada di dalam beg saya itu. Tanpa menjawab persoalan saya..beliau mengarah kan saya untuk membuka beg tersebut sambil meminta kad pengenalan diri. Setelah melihat yang saya ini datang dari Malaysia dan seorang Muslim terus layanan istimewa diberi kan beliau mungkin beragapan yang saya ini tadi seorang yang datang dari Filipina, jika iya saya dari Filipina, mengapa?..disini dapat saya lihat bagaimana layanan yang diberikan terhadap kita sebagai orang yang datang dari Asia terutama nya mereka yang datang dari Filipina.

Setelah mengalami kejadian seumpama tadi saya terfikir mengenai mereka mereka yang datang dari Filipina, India, Bagladesh, Sri Lanka dan juga Pakistan..mereka dibayar dengan jumlah uang yang cukup rendah dan dilayan seperti hamba dan mereka masih lagi setia untuk menetap di negara padang pasir ini yang rata rata penduduk tempatan nya sering berkelakuan angkuh, sombong dan sesetengah nya mengamal kan sikap perkauman.

Sejurus senario yang saya alami tadi saya tanpa segan silu nya terus membuat aduan mengenai kejadian yang menimpa saya tadi.

1. Cara mereka menahan saya tidak mengikut standard
2. Tidak memberi pengenalan diri
3. Tempat penahan yang tidak teratur
4. Tiada mereka yang berjawatan lebih tinggi bersama mereka sewaktu penahanan saya.
5. Dan mereka memaksa saya untuk membuka bagasi pakaian saya walaupun saya bekeras tidak mahu membuka nya

Saya juga mengemukakan soalan dalam borang aduan tersebut, adakah penahan saya dibuat atas gara gara saya beseluar jeans yang koyak rabak dan hanya mengena kan t-shirt dan kelihatan seperti seseorang yang datang dari Filipina? Kerana sepanjang saya berulang alik dari stesyen Emirates tower-Mall of Emirates atau sebalik nya dengan mengena kan three-piece-suit untuk pergi ke kerja tiada sesiapa yang menahan saya sewaktu itu.

Saturday, April 9, 2011

Calling for Ms. Erra Fazira!!!

*Ding !! dong!!...Ding!! dong!!* Paging for Ms. Erra Fazira…paging for Ms Erra Fazira..

Disebab kan saya teramat meminati vokal suara cik Salma mentor 5, ala protégé awak tu la. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merequest kepada Cik Erra supaya Cik Salma ini dibenarkan untuk membawa lagu lagu berikut..Sayang wei kalau vokal yang mantap disia sia kan sahaja..boleh saja kalau si Salma ni nak bawa lagu Cik Erra tapi tak payah lah selalu sangat!!


1. One Moment in Time (Whitney Houston)
2. And I am telling you (Jeniffer Holiday)
3. I don’t wanna miss a thing (Aerosmith)
4. Demi Cinta (Junction)
5. First time I ever saw your face (Roberta Flack)
6. Whenever you call (Mariah Carey & Brian Mcknight)
7. Kabut serangkai Mawar (Zaiton Sameon)
8. Musim berlalu (Anuar Zain)
9. Run (Snow patrol)
10. I wanna love you forever (Jessica Simpson)
11. Merawat luka terpendam (Liza Hanim)


Cik Erra, at least kalau tak semua.., separuh dari list ni you suruh Si Salma tu nyanyi pun dah cukup membuat saya teruja..kmon la..I request jauh jauh dari Dubai ni!!! Hari hari saya tengk kilp si Salma ni Nyanyi kat youtube.. akhir kata maju la Salma unutk negara..Cheers!!!


P/s: Sesiapa yang kenal dengan cik Erra Fazira ni tolong suruh baca note saya!! Sekian terima kasih!!