Wednesday, October 26, 2011

“Metallica Live in Abu Dhabi”

Dapat Menonton Persembahan dari Kugiran Metal kegemaran saya adalah sesuatu yang menakjubkan. Persembahan Metallica malam semalam sesuatu yang amat luar biasa bisanya,sesuatu yang tidak dijangkakan apabila kesemua mereka masih lagi mempunyai tenaga untuk melonjak lonjak diatas pentas sambil mainan musik dan suara masih terkawal dengan baik. Dengan crowd yang sporting dan lagu lagu yang sudah lama hendak didengar "live" dialun kan oleh Metallica sendiri bagaikan mimpi jadi kenyataan Dari Enter sandman, One, Sanitarium (Welcome Home), Seek and Destroy,Master of Puppet etc. betul betul memukau mata yang memandang telinga yang mendengar..boleh dikatagorikan saya adalah beruntung dapat menyaksikan persembahan Metallica sebelum mereka hilang taringnya suatu hari nanti..sepanjang persembahan 3 jam itu saya benar benar kagum dan puas. Hentakkan Double paddle Lars Ulrich masih padu, jitu dan teramat power timing nya, Geselan Gitar Kirk Hammett masih lagi memukau dan bermagis, usah dipertikai kan lontaran padu vokal James Hetfield kerna ianya masih lagi bertenaga dan sesekali lunak kedengaran apabila mendendangkan lagu lagu perlahan terutamanya "Nothing Else Matter" dan slapping bass Robert Trijillo berdentum dentam hebatnya dan second "puaka" voicenya juga tidak kurang awesomenya...memang ini adalah band Heavy metal, thrash metal, hard rock, speed metal yang tidak boleh disangkal kehebatan mereka apabila beraksi live!! untuk keseluruhan saya benar benar PUAS!!! menyaksi kan Konsert abang abang Metallica ini semalam di Yas Arena, Abu Dhabi!!! video

Tuesday, October 25, 2011

6 Hours before METALLICA live in Abu Dhabi


Akhir Nya boss saya mengalah dengan membenarkan saya keluar jam 3 petang untuk roadtrip ke Abu Dhabi bagi menyaksikan konsert Metallica di YAS ARENA..weet!!! weet!! Ada lagi 2 jam untuk dibunuh sebelum saya menutup computer riba dan menukar 3 piece suit ke seluar sendat T shirt dan Snickers yang serba serbinya hitam… dah lama dah tak dress-up cam gini last sekali 4 tahun lepas masa tu tengah gila gila kan dunia UNDERGROUND katanya. Dari pagi tadi kepala asyik hafal lirik lagu “Master of Puppet” je, tak terbayang akhirnya dapat juga menonton Metallica Live dalam tempoh kurang dari 6 jam saya akan sing along bersama sama James Heifield … (OBEY YOUR MASTER!!!!! YOUR LIFE BURN FASTER!!!) sambil lidah dijelir jelir kan dan jari membuat isyarat rock!!! (jadi poser seketika malam nanti) untuk korang korang yang tak berkesempatan untuk menonton kosert METALLICA ni..nanti akan saya update kan di DuriandiDubai okay….NOTHING ELSE MATTER bebeh!!!!!

Monday, October 24, 2011

Seantero

Lebih kurang lama juga dah tak merajin kan jari jemari yang semakin gebu ini untuk menekan pepunat komputer riba atas alasan tiada apa yang menariks untuk saya tintakan. Dan disebabkan kesanggapan yang sudah mencapai tahap boleh membuat kan minda saya berhenti berfungsi tiba tiba pada bila bila masa , adalah lebih afdal jika saya dapat menintakan sebahagia kejadian kejadian major yang telah berlaku dalam minggu ini dan juga yang bakal berlangsung .

Gadafi dan Libya
Kejatuhan Rejim pemerintah kuku besi di Libya baru baru ini memperlihat bagaimana dunia memberikan reaksi yang agak berbeza beza dengan masing masing mempunya ideologi yang berbeda, ada yang menyokong dengan kematian Kolonel Gadafi akan memberikan rakyat Libya untuk bernafas semula namun ada juga yang bersedih dengan kematian beliau dengan mengatakan Libya adalah 100 kali lebih baik dengan Gadafi menjadi pemerintah walaupun diktator tersebut dicop sebagai “Megalomaniac” namun masih mempunyai moral yang tinggi untuk membantu rakyat Libya untuk meningkatkan taraf kehidupan dan juga cuba untuk menyatukan Negara Negara Arab bagi menentang barat .. Namun entah dimana silapnya akhirnya beliau mati dibunuh oleh puak pemberontak di Libya sewaktu cuba untuk menyembunyikan diri . Semoga Libya akan dapat membentuk satu kerajaan yang akan membawa Libya kearah satu revolusi yang diingin kan oleh rakyat Libya sendiri .

Red Giant Misi 33
Semua sedia maklum The Red Giant kecundang di separuh akhir Piala Malaysia ketika berhadapan dengan salah satu Negeri dari Pantai Timur, Terengganu. Dengan kekalahan 2-0 di stadium Shah Alam dan 2-1 distadium Terrengganu (hahhaha aku tak tahu nama stadium itu) menamatkan misi Selangor untuk merangkuli kejuara berprestij itu untuk kali ke 33.. takpe lah dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan? kita jadi kan sebagai azam tahun baru untuk tahun depan la gamak nya..apa apa pun Selangor tetap the best (Nasib baik tak jadi beli flight tiket itu hari gara gara nak tengok Selangor main kat shah alam….kalau tak…haiya………)

Henam Satu
Kelmarin adalah hari unutk diingati bagi semua umat di muka bumi ini …dimana Man U telah di thrashed kan oleh Manchester City di OLD Trafford!!!! Yup…sesuatu yang amat memalukan..kalau main kat tempat lawan lepas tu kalah setaka 2 gol je takpe la..boleh dimaafkan lagi..la ni HENAM wei!!!! Satu , Dua, Tiga, Empat, Lima dan HENAM!!!!!!! Hahahahaha tak tau nak kata apa dah peminat depa…selalu boleh gak bagi alas an alas an yang tidak konkrit seperti Pengadil bodoh la…pengadil berat sebelah la…la ni depa dah tak tahu dan tak boleh nak kata apa dah..FB pula sepi dari komen komen peminat fanatik si Red Devil ini.. jadi Kelmarin saya declare adalah hari untuk mengelakkan Man U dan sekutu sekutunya (Fans) Wahahahahahahahaha Wahahahahahaha Wahahahahahaha Wahahahahahahahahah Wahahahahahaha

Metallica Live in Abu Dhabi
Weet!! Weet!! Dah tak sabar rasanya untuk memulakan road trip ke Abu Dhabi esok bagi menyaksi kan persembahan terulung buat tahun ini dari band Metal terunggul METALLICA!!! Dan dekat seminggu aku layan kosert kosert lama diorang kat youtube sebab nak dapat kat aura bila dah berada di YAS Island tu esok..siap simpan jambang ni sebab nak kelihatan sebiji macam James Heitfield.. dan yang best nya aku sanggup bergaduh ngan boss aku suruh dia release aku esok kul 3 petang !!! berkeras dia kata dia Cuma boleh lepas kan aku lepas kul 5. Kepala otak dia aku kata..tanpa member apa apa alas an aku cakap kat dia aku nak gerak dari office kul # juga ..apa nak jadi..jadi la…aku tak kira..ini soal METALLICA!! Tau… dia pun malas nak layan aku agaknya … dia pun bilang ..”ok ok..i’ll get back to you in a short while” hahahahahaha…aku pun okay kan je la… hahahahaha OBEY YOUR MASTER!!!!!


Durian..OUT!!