Wednesday, June 27, 2012

Tandas Awam


Korang perasan tak kalau korang pergi mana mana tandas awam di punya kekunci mesti  ada warnakan? Macam gambar kat atas ni ..warna MERAH bermakna tandas sedang digunakan, jadi tak payah la korang berusaha sehabis boleh untuk membukanya!! Kerana ianya amatlah mejengkel kan bagi mereka yang berada didalam!! Nampak merah lu BLAH!!! Saya mejadi seorangan yang jengkel sebentar tadi gara gara sibodoh mana ntah yang tak reti color coding toilet etiquette !! bukan sekali dua dan berkali kali dah kena!!



Dan lagi satu !! bila warna nya HIJAU bermakna tandas adalah kosong dan boleh digunakan!! Jadi  pagi tadi masa saya dah tak tahan nak terkucil saya pun berlari lari anak menuju ke tandas office !! saya lihat warna nya hijau bermakna didalam kubikal tandas adalah kosong saya pun dengan perasaan gumbira membuka pintu tandas..!!!!!!!!!!! adalah sesuatu permandangan yang tidak dapat saya bayangkan sedang elok ntah mamat mana ntah sedang  TERBERAK!!!! Bingai betul!!! dah masuk toilet tu lock lah pintu!! 

HILANG TERUS SELERA MAKAN SAYA UNTUK 2 MINGGU YANG AKAN DATANG!!! SENGAL!!

Ingat TANDAS AWAM bukan tandas rumah anda!!! 

Monday, June 25, 2012

Sarikata please



Bersisa kan 30 minit sebelum saya boleh pulang dari membanting tulang, hendaklah sempat kiranya saya menintakan perkara bangang yang agak lucu menimpa terhadap diri ini sebentar tadi
 Colleague saya yang berbangsa Sudan telepon ke extension saya dan bertanyakan seseperkara yang membuatkan saya ketawa terguling guling macam tenggeling:

Colleague: Hey ! Z I need to ask  a favor, it’s very important

Diri sendiri: Yes!! Shoot….

Colleague: I have a Chinese client with me and he can’t speak English  , can you please speak  Chinese to him

Diri Sendiri: ……………………………

Saya akui saya adalah seorang Asian tapi tak semua Asian boleh cakap cina sayang oii!!!!!!!!!!! 

Wednesday, June 6, 2012

Grüezi !!! English?

Gila babas lama tidak menintakan perkataan disini, bajet nak tinta suatu lepas pulang dari menjenguk kota Zurich, Switzerland namun perasaan malas haloba begitu kuat auranya.. ini pun tidak lah pasti nak menjerit kes apa disini.



Okay la disebabkan dah terlepas cakap fasal percutian saya ke Zurich saya ingin berkongsi pakai perkara perkara yang saya suka disana.

1  -   Sistem pengangkutan awam mereka adalah sangat AWESOME!!!

2  -   Orang orang mereka adalah sangat ramah!!  (saya masa kat sana kalau nak tanya arah jalan saya akan       mulakan dengan Grüezi  yang bermaksud hello, dan dan boleh cakap bahasa german pulakan..!! lepas tu  saya cakap pula, ENGLISH?  Tanya kalau depa boleh cakap omputih dah dapat info saya cakap pula danken sian; terima kasih.  Wahahah terrer tak?

    -      Bandar mereka adalah pedestrian friendly

4  -        EVIAN water merata rata dan ianya adalah percuma



5  -       Mereka berbasikal untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat (di dalam bandar)

6  -     Cokelat mereka yang sangat SEDAP!!!!  Dan croissant mereka yang sangap ranggup diluar, lembut didalam!!! (terus jadi gila sekejap!!)


7  -       Tasik mereka yang sangat cantik dan jernih..siap boleh berenang renang ditepian berakit rakit ke hulu , 3 hari pertama saya disana saya berjogging dikala pagi yang dingin...hari ke-4 dan seterusnya? DIAM KAU!!

8  -       Mereka masih lagi mengekal kan bangunan bangunan lama yang menjadi salah satu penyumbang kepada landskap Bandar Zurich yang klasik itu.



9   -       Pemeriksaan kastam di lapangan terbang yang tidak remeh..(macam kat Auckland itu hari dekat 2 jam  kena soal siasat!!!)

1   -    Sebab anak si cucuda, AREYA itu adalah sangat CHOMEL!!!!!!




Jadi keseluruhan trip saya ke Zurich adalah sangat mengujakan walaupun ada seseperkara yang orang negeri Sembilan kata  “shitty moment” terjadi..namun persetan kan itu semua!!! Zurich membuatkan saya “KU KUAT KUAT!!!!”  (yang ni hanya difahami oleh saya dan host saya di Zurich sahaja, maaf ya!!)