Wednesday, December 21, 2011

Gali, Gali, Gali, Gali, Gali Lubang


Masa lunch tadi rakan sekerja saya meluahkan perasaan hatinya…Opsss!!! No, no, no…. bukan dia minat dekat saya!!! Bukan perasaan yang itu..yang ini lebih kepada melepaskan rasa marah yang terpendam dalam hati dia sebab…. DUIT… Ha!!! Isu duit ni memang sensintip punya isu..mana yang tak kuat prinsip dan iman-nya ,dengan family member pun boleh buat gaduh … saya sebenarnya malas nak ambil port sangat , tapi disebabkan member beria ia bercerita walaupun tanpa saya menyoal. Merah lobster muka dia tatkala menceritakan perihal masalahnya. Disebab kan tak mau di cop sebagai rakan sekerja yang tidak perihatin, saya pun dengan selamba arnab pasang je la telinga..

Al-kisah ……. 2 bulan lepas dia loan kan EMPAT RIBU DIRHAM dekat member dia, katanya member dia nak buat duit belanja sikit untuk balik bercuti , tanpa bersyakwasangka apa apa terhadap member dia ni, kawan saya pun kasi la sejumlah wang yang diminta tanpa banyak soal , sebabnya dia dah kenal dengan membernya itu dalam tempoh yang agak lama juga. Macam biasa la sebelum dapat duit cakap semua manis , membernya itu beria ia kata yang dia akan bayar lepas balik dari bercuti nanti.. Story cut short, balik dari bercuti member dia kata tak dapat nak settlekan duit yang dipinjam dulu, dia kata next month salary dia bayar tapi sampai la ni member dia tu diam je.. “wakdek” kata orang UK dan “buat dunno ” kata orang N9.

Saya tanya dia asal dia tak gi mintak….? dia reply balik, kata dia bukan jenis yang suka mintak mintak sebab pada dia “kau pandai mintak, kau pandai la pulangkan” hmmmmm….. macam style saya gak minah ni..so saya pun explain kat dia..
Saya pun kalau ada orang nak pinjam duit saya tak banyak tanya, kalau ada, saya kasi..kalau tak ada, saya cakap tak ada. Bila dah kasi tu selalunya saya tak letak harapan akan dapat balik dan kebiasaanya mereka mereka yang tak pulang kan duit saya tu saya halal kan je .. sebab nya nak marah marah pun tak guna, duit tu bukan nya boleh datang bergolek.. Cuma dimasa hadapan saya tidak mungkin akan menghulurkan bantuan buat mereka ini lagi.. dalam istilah banker “BLACKLIST” ya !! saya SENARAI HITAM kan nama mereka yang busuk ini …... Nak jerit jerit, terlolong, marah marah itu bukan sama sekali cara saya.. selebih nya, itu antara dia dengan Tuhan...

Dia pun dengan mata yang kuyu (kiciwa reaction) kata.. “takpe la, kalau Tuhan kata duit tu duit aku, dapat la nanti, kalau tak ada ….takpe la…at least benda ni boleh dijadikan pengajaran..”

..masa nak angkat kaki tadi ..dia pandang saya dia kata…. “Zamri…… can you settle this one…?” sambil menunjuk kan bil makan tengah hari kami…..

CHAN…….TEK…. sambil anak mata tak tau nak mengarah kan kemana… (takpe la membantu orang di dalam kesusahan adalah digalak-kan)

4 comments:

sawie said...

aku pun kategori ni jugak pandai pinjam pandai le pulang balik.... tapi mereka yang tak pulang balik tu memang kategori muka tembok tul le....

Durio Zibethinus said...

Betul tu bro sawie..tembok besar china pun kalah dengan diorang ni..

Faisal Hamzah said...

Biasalah...tetapi ada sesetengah tu, mula2 kasi hutang pastu dengan harapan orang tu akan kasi dia leh berhutang ngan orang yg dia kasi hutang dengan banyak2 kali...alasan ko kena kenang apa aku tolong ko dulu...manusia macam masih adakah?

Durio Zibethinus said...

Ada kot..sebab masa aku mula mula datang Dubai dulu adak gak 2-3 orang yang aku jumpa perangai yang macam hang sebutkan tu..