Sunday, April 29, 2012

Pasca BERSIH 3.0


Selesai sudah edisi bersih 3.0 yang berlangsung semalam, dan macam biasa akhbar akhbar mainstream kat Malaysia akan melapor berita yang hanya dilihat dari kaca mata “hitam” sahaja..namun tidak akhbar di Dubai dan juga rangkaian Al-Jazeera.. untuk maklumat korang kat Malaysia , masa saya tengah tengok berita di Al-Jazeera reporter tu buat lintas langsung dengan hanya mengunakan aplikasi SKYPE melalui iPad beliau, mana pergi kamera?  Abang Polis sudah ambik la encik…motif abang polis ambil kamera abang wartawan tu, tidak la dapat dipastikan..korang tanyalah kat abang polis tu? Nanti jawapan dia kasi mesti berbunyi “ wartawan tersubut bertidak ganas sebab itu kami merampas kamera nya”



Media media mainstream Malaysia melaporkan hanya 10 ribu je yang hadir…wartawan wartawan berkelas dunia CCN, BBC, Al-Jazeera sebut 80, 000 hingga 100, 000 ribu umat manusia yang hadir untuk BERSIH 3.0  dan diketegorikan protes yang paling besar di Asia Tenggara.

Media media mainstream kata protestor bertindak ganas, ada gambar diorang terbalikan kereta , ada gambar diorang pukul abang polis…tapi gambar yang sama je…….media media bebas pula tunjuk protestor kena pukul kena belasah gambar yang berlainan dan dari sumber yang berlainan sampai darah darah dah jatuh kena pinjak pijak lagi, abang abang polis tersenyum riang sambil kaki kat perot orang orang awam..



Media Mainstream kata DBKL dah offer tempat tempat yang bersesuai macam , Stadium Merdeka, Komplek sukan Bukit Jalil……………cuma seminggu sebelum berlangsungnya BERSIH 3.0 , macam biasa la kan..dulu masa nak buat BERSIH 2.0 kat stadium merdeka pun kes yang sama juga diorang tak kasi diorang kata akan menyusah masyarakat, la ni BERSIH 3.0 nak pakai Dataran Merdeka dan dan boleh pula suggest pakai venue lain walhal dah inform kat diorang sebulan sebelum lagi..esok esok kalau BERSIH 4.0 nak buat kat Bukit Jalil diorang akan suruh tukar Vanue lagi suruh buat kat Dataran Merdeka pula …



Beruk Beruk Government kata , kenapa la nak buat demo demo bagai? buat la melalui saluran yang betul…ni  SAYA nak tanya; sila nyatakan bagaimana saluran yang betul boleh dibuat kalau semua saluranya ada KORUP!!!  Tengok TV3, UTUSAN  dan Encik Encik POLIS pun kita dah tahu..bak kata MELAYU moden sekilas babi kat hutan dah ku tahu jantan betina nya…

Nak tanya lagi, apa susah nak bagi kelulusan diorang ni berarak secara AMAN kat Datran Merdeka tanpa ada provokasi dari pihat berkuasa? Ada akal fikir sendiri jangan asyik nak ikut orang lain je..BODOH jadinya!!!


Sunday, April 22, 2012

Mereka berilusi gamaknya...



Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kata dalam Berita Harian “ Sila guna saluran untuk suara bantahan, bukan berdemonstrasi” permasalahannya kat sini hendak ke Gomen kita mendengar luah rasa sesetengah rakyat..? kalau dah semua medium semuanya nak berat sebelah je kan..?  tengok dalam suratkhabar je dah lah… kalau yang sipolan tu punya kes lembu sekejap je..lepas tu senyap terus..kalau hal seks..seks….seks..bisexual….tak pernahnya habis…. Betul ntah tidak belum tentunya lagi kalau nak dibandingkan dengan  LEMBU si polan itu. Belum masuk lagi media elektronik….

Betulkan diri anda dan parti anda dulu ..

Tu perhimpunan yang depa dok buat tu okay je..senang je dapat permit..lepas tu keluar la pulak kat surat khabar menunjukan betapa amannya perhimpunan yang diorang buat…memang la aman  Sebab “40 malau’un” tak kacau… cuba korang buat semua media kat Malaysia betul betul bebas bersuara  tak ada ganguan dari mana mana parti politik..memang sah sah la takkan ada demo berdemo ni…ni saluran pun korang tak bagi nak kata “ sila gunakan saluran yang betul” sebab tak ada SALURAN YANG BETUL la mereka mereka itu berdemonstrasi cik abang wei!!! Apa ke lembabnya…………..

p/s: sila bagi saya chart flow untuk saluran yang betul bagi membuat suara bantahan

Wednesday, April 4, 2012

Melayukah Kita?

Seorang rakan begitu bengis tatkala ramai Melayu yang bekerja dibawah pengawasan bangsa Cina di Selangor (katanya). Dari penulisan beliau terang terangan yang itu adalah kesalahan yang amat besar ..Mungkin kawan saya ni masih berpengang teguh dengan terma KETUANAN MELAYU.

Dimana kah letak nya nilai Melayu itu sekiranya kita tidak sudah sudah mencaci bangsa lain ? sifat tamak haloba, dengki sesama manusia itu seringkali dikait kan dengan kita bangsa Melayu, dan bila ada yang menegur ,sifat mentaliti lapuk terus terpacul “kau ni bangsa apa? Bukan Melayu ke?” . Salah ke kalau teguran untuk memajukan Melayu itu sendiri dibuat? Apa salahnya bangsa lain yang maju itu? Yang boleh dikata hampir 70% menjana ekonomi Negara.

Sepatutnya kita berterima kasih pada mereka mereka , kita jadi kan iktibar dan tauladan dari kejayaan mereka , berkawan dan belajar dengan mereka ini, jangan hanya disebabkan pemikiran keMELAYUan yang menebal pada diri sendiri , kita membina tembok yang kukuh supaya sentiasa berpandang serong terhadap bangsa lain, terkadang pada bangsa sendiri (Melayu)itu juga ada.

Sudah sudah melihat gelas itu separuh MELAYU!! Lihat secara purata. Buat seketika , bogel kan lah warna kulit , perbedaan bangsa yang sering wujud di dalam mentaliti kita ini..lihat kesamarataan pada setiap individu yang berada di Malaysia namun berpegang lah pada ajaran Islam dengan teguh dimana kita diseru untuk bersikap adil pada semua manusia yang ada dimuka bumi ini tanpa mengasing asingkan mereka mengikut status bangsa, warna kulit mahupun agama.

Merdeka nya rakyat Malaysia itu dulu juga dibantu dengan bangsa bangsa yang berada di Malaysia sekarang..jadi kenapa kita menidak kan hak hak mereka? Jadi tunjukkan lah sifat Melayu sejati kita dengan memberi hak sama rata buat mereka mereka ini tanpa ada sifat takut sedikit pun yang ketuanan kita akan hilang.. apa lah ada pada ketuanan kalau kita masih lagi tercari cari maksud TUAN itu sendiri.

Gambar sekadar hiasan