Sunday, December 1, 2013

Klik Click


Ber-habuk dah rupanya blog saya yang satu ni ha.. sedih!! ni datang jenguk pun sebab nak meng-war-war-kan pada teman teman se-blogger dan juga follower (macam ramai je) page saya di FB yang bernamakan seperti tajuk diatas.

Ya benar, la ni saya cuba beramah mesra dengan kamera DSLR pula, nak menge-test bakat natural mengambil gambar .. jadi pada anda yang berada diluar sana tu rajin rajin la ye ke "page" saya di FB , link seperti yang tertera dibawah ini

https://www.facebook.com/pages/Klik-Click/222883587739018

dan jangan la lupa untuk menekan pepunat "like" kat page tu nanti.

sekian terima kasih

nota: juliajulia anda adalah dinasihatkan untuk like page aku itu..timakasih cikpuan

Salah satu hasil tangkapan

Friday, February 1, 2013

Harimau Malaya: Ajman la, bukan Dubai..hishhh..

Dah semangat tahap sultan mahmud mangkat dijulang dah tadi nak pergi menyaksikan Harimau Malaya vs Pasukan Saddam Hussain kat Stadium Al Ahli, Dubai.. Si Chokri yang tak ada kena mengena pun ikut sekali excitednya, jadi disebab kan kami adalah terlalu bernafsu utuk menyaksikan perlawanan yang melibat kan negara Tanah Tumpahnya Darahku, saya dan si Chokri pun pergi la ke Lulu Hypermarket lepas mentedarah breakfast kat Tim Hortons, di Jumeirah Road, tujuan nya cuma satu, nak cari face water color..kita orang nak cat muka kita orang ngan kaler jalur gemilang..tetiba satu SMS masuk berbunyi cam gini:

"confirm..main kat Ajman...dgn rasmi..aku cancel pi sana...maleh nak sampai ke Ajman"

Begitulah bunyinya text yang disampaikan oleh En Rashdan Kassim, informer saya didubai, nak harapkan pihak embassy update kat sesawang diorang memang takde la..apa tah lagi kalau telepon nak tanya benda benda gini...damnnnn!! Tangan kanan saya yang memegang water kaler dan tangan kiri pula marker pen, si Chokri pula dengan card board ditangan tanya ke saya kenapa saya letak balik kat rak ..bila dia dapat tahu yang Malaysia cuma akan beraksi di Ajman dengan serta merta pun beliau meletakkan kembali card board yang diambilnya tadi...

Pelik bin ajaib la.. Asal la diorang buat match ni kat Ajman..siapa la yang nak pergi tengok sampai kat sana..haishhhh...itu lah dulu Hajah Zainon ada pesan dia kata..jangan seronok sangat nanti menangis...(errr....ntah la saya pun kurang pasti kalau ianya bersesuaian dengan situasi saya ni..bedal je labu)

Takpe la..jawabnya saya layan pasar malam je la yang akan berlangsung kat Malaysia consulate petang nanti...tengok kalau kalau diaorang ada jual kopok leko ke... Apa apa pun semoga beroleh kejayaan wahai pasukan Harimau Malaya....Malaysia Bolehhhhh!!! Aummmmmmmmmmm

Tuesday, January 29, 2013

Kronologi Shawarma

Semalam adalah hari dimana saya akan menyampah dengan Shawarma untuk selamanya.
Kronologi kes adalah seperti berikut

28 Jan 2013

5.00pm: saya melangkah keriangan keluar dari office, perut berkriuk – kriuk minta diisi

5.30pm: Sampai di stesen Mall of Emirates dan bergegas pulang kerumah

5:50pm: ketibaan saya di rumah

6:18pm: Chokri tiba dirumah

6.30pm: Kami keluar ke kedai makan

6.45pm: Kami tiba di Kedai makan, sementara si Chokri bayar parking, saya order 4 shawarma. 2 untuk saya dan 2 untuk beliau

Disini lah segalanya bermula……

6:55pm: Melahap Shawarma pertama

7.05pm: Melahap Shawarma Kedua

7:08pm : Chokri memulakan watak antagonist  beliau dengan mencabar saya untuk memakan 10 Sharwarma dengan ganjaran “Dinner on him”

7.09pm: Kami menanya kepada tuan punya kedai berapa rekod paling banyak untuk seorang pelanggan makan Shawarma satu satu masa. 7 shwarma katanya

7.12pm: Order Sharwarma kedua kami, yang ini roti nya agak kebesaran dari biasa sebab kami mintak yang special

7.15pm: disebabkan saya yakin boleh, saya pun memulakan watak hero saya

7.18pm: Kami order Shawarma ketiga kami, kembai ke roti normal. Masa ni saya masih maintain dan makan mengikut kelajuan yang ditetapkan

7.23pm: Sharwarma ke-empat kami mintak, masa ni si Chokri dah mula senyum senyum  jahat, tapi hero rileks je.

7.25pm: Chokri tanya kalau dia boleh order untuk  yang seterusnya, saya angguk, setuju.

7.31pm: 2 Shwarma sampai tapi chokri tak makan, dua-dua tu untuk saya katanya

7.45pm: Shawarma ke-enam saya habiskan. Perut sewaktu itu dalam keaadan kurang stabil

7.46pm: Chokri sekali lagi menjalankan tugas dengan mengorder 2 Shawarma lagi

7.58pm: Lelah saya menghabiskan Sharwarma Kelima dan terus membuka Sharwarma yang ke-enam. Chokri ketika ini berpura pura memberi kata kata semangat ke saya.

8.01pm: Chokri sekali lagi menjalankan tuggasnya dengan cemerlang dengan mengorder 3 Sharwama

8:20pm: tepat saya habiskan Sharwarma yang ke-sembilan, pelayan kat restoren disitu amat kagum dengan kejituaan saya menghabiskan Sharwarma tersebut, waktu ni perut memang betul betul dalam keadaan tak selesa.

8:40pm: Sampai di rumah. Perut masih dalam keadaan hiruk pikuk. Si Chokri pula menelepon bapak beliau untuk menceritakan peristiwa tadi. Bapa beliau begitu kagum dengan saya, dia kata kecik kecik saya ni pun boleh mentadarah sampai 10 Sharwarma.

8:55pm: Muka didalam mangkuk tandas meng”uweksss –uweksss”

9:05pm:Keluar dari tandas, Chokri berdiri didepan pintu dengan telepon  Samsung S3 beliau diarah kan ke saya

9.15pm: Gambar saya diupload oleh Chokri ke FB beliau

9:16pm: Saya dengan serta mertanya meng”untag” gambar tersebut

9.30pm: walaupun segala isi telah dikeluarkan sewaktu sesi making in love dengan mangkuk tandas perut masih lagi kurang selesa jadi saya mengambil langkah bijak dengan cuba melelap kan mata.

Dengan ini saya mengistiharkan yang saya tidak akan membaham Sharwarma untuk sepanjang tahun ini. Sekian terima kasih.

Sunday, January 27, 2013

Setelah berbelas tahun, akhirnya....


Saya adalah sangat teruja ketika ini tatkala menemui sebuah lagu yang berbelas tahun dalam carian .. Mesti korang kurang yakin kan..?

Mari kita flashback..

Masa tu saya masih dalam lingkungan muda mudi, berbekal kan kereta Nissan Sunny ber"plate" kan BBX 7004,Navy Blue kepunyaan Hajah Zainon kehulur kehilir 24 jam tatkala mempuyai lesen besar untuk memandu..standard la umur masih mentah dapat pula pakai keta hmmmm toksah cakap la bangganya...tak sedar diri..hidung tahap kembang baling bola kriket pun boleh masuk...tengah berenti kat traffik light jalan 222 yang berhampiran sekolah vivikananda tu, saya pun memintal punat radio ..hahaha  dulu tak ada digital digital ni..semuanya mono dan manual..pusing punya pusing punya pusing lagu ni pun berkumandang..tak sampai 20 saat saya dengar terus habis..dan bermula dari situ la pencarian saya bermula...yang saya ingat cuma bass line accapela nya dan juga lirik penghabisannya "dan kau akan diberi, bahagia yang abadi" itu sahaja..punya lah minat sampai kan lepas beberapa tahun sesudah itu bila saya bekerja dengan sebuah kompeni yang baru dibuka, boss tempat saya bekerja buat satu competition untuk mereka cipta lagu kompeni..saya dengan otomatiknya teringat kan bassline lagu ni..terus saya ciplak..tapi lirik original yang dicipta oleh boss saya...dulu tak ada youtube.. Internet? Masa tu tak celik IT lagi...jadi adalah sukar untuk saya mencari lagu ini... Masa terus berlalu..namun bassline dan rangkap terakhir lagu masih tetap dalam kotak kepala ni...

Sehingga la tadi selepas makan malam , selepas pekena ice cream Pistachio, setelah melayan lagu lagu teacher's pet..hati tergerak untuk menaip bait bait rangkap terakhir lagu tersebut dalam enjin carian google....hasilnya...



Nahhhhhh....korang layan lah sendiri...setelah berbelas tahun akhirnya....saya puas!!!

Friday, January 25, 2013

Semalam yang produktif

Semalam deman deman pun saya tetap gigih berjimba ria dengan budak budak rumah..kehulur kehilir ber-huha-huha (kata gati bersuka ria yang sering digunakan oleh Hajah Zainon sewaktu saya muda remaja) 

Against all odds kononnya saya semalam..sebab demam demam pun saya belasah makan ice cream time breakfast..lepas tu boleh lak ke beach winter winter ni dah tu ke Global Village sampai jam 1 pagi...ni tak tido lagi ni, mata dah meronta ronta minta ditutup, hati melonjak lonjak suruh berjalan lagi...jalan konon...jalan dahhhhhhhh....

Apa apa pun pagi ni saya bangun dengan keadaan yang teramat fresh malahan saya amat sihat walafiat..mungkin sebab semalam sebelum saya membuta kan diri ini, saya membelasah setengah tin red bull, 2 biji penandol dan sepeket fervex...namun saya rasa mungkin sebab ice cream yang saya belasah pagi semalam yang mengurangkan tahap kesakitan ngada ngada saya pada hari ini...Apa apa pun semua ini adalah kuasa yang maha Esa, semoga sihat senantiasa hendaknya saya, amin. ( feeling feeling imam muda sat) 

So pada korang korang yang sakit...jangan dilayankan sangat sakit tu...life goes on...lets berjimba bebeh!! 

Thursday, January 24, 2013

Padan muka kau


Saya demam...arghhhh cuti panjang hujung minggu ni dimulakan dengan demam ngada ngada...al maklum lah tengah waktu puncak musim winter..dah duduk sini 5 tahun pun body masih tak reti reti nak adjust.. Rasa nya ini adalah balasan sebab buat buat sakit itu hari sebab malas ke office..orang cakap sekarang ni "God pay in cash" 

Begini ceritanya...

Isnin lepas saya kepura puraan jatuh sakit sebab malas ke office...bukannya apa..sebab the day before budak IT masih tak reti reti nak siap kan desktop saya..jadi kebanyakkan masa yang terluang saya habiskan dengan mundar madir kat office tanpa buat apa apa yang ada kena mengena dengan procurement process ..jadi apakah? Manager? Account director? Telepon IT dept dibilang nya desktop saya hanya boleh siap hari Rabu..nangis..!! For sure la lepas tu kerja melambak lambak kan...yang korang gi amik Laptop saya itu hari apa kes? Saja je kan...?nak buat saya kelihatan seorang yang malas bekerja sekali gus mengurang kan komposit indeks untuk saya merangkul pekerja berdedikasi..kan..? Disebabkan desktop saya hanya akan siap pada hari rabu, pada hari isnin saya pun malas lah keoffice..saya ke klinik mintak MC, cam biasa doc fav saya menganugerahkan MC ke saya..walhal tak sakit apa pun...

Semalam..amik kau..tak fasal fasal badan rasa dedar je..pada hal last day kerja ni sebelum cuti tiga hari...sampai rumah..tetiba berhancoooooooommmm - hacoooooommmmmmm!! ( mana mana yang bangang tu ni adalah saya bersin) Je ...lepas tu selsema pun sampai...tapi masih lagi gagah ni bila si Chokri ajak gi tengok wayang.....lepas abis tgh wayang..badan memang lesu lesi suruh si Chokri singgah super market sat beli, energy drink yang ada vitamin C...sampai rumah telah penadol 2 biji terus tido..

Tadi bagun pagi..tekak rasa separuh perit..selesema masih ditahap semalam...badan rasa tak sedap masih dedar lagi....Dan yang paling gampang adalah ini adalah hari minggu...Kau duduk la kat rumah dengan kotak tisu!!

Pada muka saya...membohong lagi..kan dah kena...

Wednesday, January 16, 2013

Kuih Ketayap dulu Crepe sekarang




Minggu lepas adik si Chokri datang melawat..jenuh layan borak dengan beliau..macam ayam dengan itik je..sebab dia cakap french saya cakap english..hahahaha lepas tu saya pun cakap la french sikit sikit sebab chokri ada ajar saya cakap french..adik beliau ingat saya boleh cakap fluently..saya pun cakap la kat beliau..jeu parel fronce ampu...( mind the spelling ) bermaksud, saya boleh cakap french sikit...hahahaha itu pun dekat sebulan practise, si Chokri asyik marah je kat saya gara gara pronunciation yang tidak mencukupi standard beliau...

Apa apa pun, apa yang saya nak merepek kat sini adalah bagaimana adik beliau ajar saya menyediakan crepe..senang je sebenarnya...dan yang paling best adalah, saya sebenarnya dah belajar pun buat crepe ni dengan Hajah Zainon masa sekolah rendah rupanya...ialah sebiji macam kita nak buat kuih ketayap...cuma yang bezanya kuih ketayap kat Dubai, France dan Tunisia adalah fillingnya boleh diletak mozerella, tuna, cili, zaiton, zaiton sameon ( nak mampos try la)...kalau nak manis boleh je nak letak nutella, strawberry dan macam macam lagi...very the kuih ketayap kan..nak glamour korang pun panggil la crepe...seriously..masa adik beliau menyediakan kuih ketayap berintikan tuna dam mozzerela...saya adalah sangat teruja sewaktu menjamahya kerana ianya adalah sangat sedap sekali...

Nak lari dari tajuk sikit, tadi masa turun dari metro saya jerit kat satu mamat ni "DO YOU MIND!!!!" sebab beliau tak sabar sabar nak turun...main tolak tolak pula...kan sia sia dijeritkan oleh saya yang bengis sewaktu itu..

Okay bebalik pada cerita kuih ketayap...hahaha tak ada apa pun...habis dah cerita kuih ketayap...

P/S: dulu Hajah Zainon jual kuih ketayap seketul 20 sen je..la ni tak pasti lah berapa harga kuih tersebut dijual diMalaysia..mungkin disebabkan namanya telah bertukar ke Crepe maka harganya juga semakin meningkat..mungkin kah...?

Monday, January 14, 2013

Terasa bagai bentang felem hari ini

Tak tahu apasal tapi pagi ni saya bangun saya rasa macam bintang felem (film) feeling feeling jadi abang tom cruise macam dalam citer "monkey business" dalam erti kata lainnya saya adalah sungguh sexy pagi tadi wahahahaha... Sepanjang perjalanan dari rumah ke metro belatarbelakang kan pula dengan musik kak eton " kabut serangkai mawar" kali ni saya rasa macam dalam felem " esok untuk siapa" di tambah pula dengan musim dingin di Dubai..perghhh sebiji saya cakap lu....dah sampai kat area office saya...di Dubai International Financial Centre saya Terasa macam sean connery dalam felem " james bond" ye la yang lalu lalang semuanya ber 3 piece suit bagai...lagu dalam BeriHitam je terkantoi sikit, sebab time tu lagu "aku anak kampung" sedang berkumandang....sampai kat office je ..saya terasa bagai didalam felem " office space" dalam erti kata lainnya..tiada apa apa yang menarik yang berlaku diopis melainkan saya telah memalukan assistant manager saya yang sengal sebab tak faham singular ngan plural...abaikan..saya tinggalkan office hari ni on the dot, malas nak stay back kerja pun semuanya dah settle...masa balik tadi , masa tengah meniti anak tangga kat metro station terasa pula macam dalam citer "rocky" hahahaha korang jeles la tu...kepala otak pula ligat memikirkan bunyi guitar lagu " eyes of the tiger" ... Dah masuk metro...sewaktu metro melintasi bangunan ikon Dubai yakni Burj Al Arab dengan berlatar belakang kan kedudukan matahari yang separuh terbenam tetiba saya terasa macam dalam citer "django unchained" tak ada kena mengena pun melainkan ada satu scene yang berlatar kan sunset..( nak juga ada movie en kuantin tarantino)....

P/s: saja je kasi entri kali ni tergantung...biar korang bengang ala ala tengok citer "the grey" yang ending nya korang pasti akan berkata what the f**k

Sunday, January 13, 2013

Beg, arab dan.....

Tadi masa dalam metro, on the way nak balik rumah ada satu mamat ni berenti kat satu station lepas tu saya perasan kat bawah seat dia ada paper beg..dia turun tapi paper bag tu dia tak amik...lepas tu saya cuak.....bajet dalam paper bag tu ada BOM... Keji kan alter ego saya..asal mamat arab dengan beg je bom...beg je bom...bom je mamat arab...apa apa pun metro yang saya naiki tu tadi tak meletop alhamdulilah...sorry la kepala hotak tak dapat register dengan betul waktu tu..ye lah mental letih la katakan baru lepas membating tulang empat kerat..free free je dapat dosa sebab bersyakwasangka terhadap insan yang turun tapi tak amik paper beg tu tadi...

bercerita fasal arab, beg dan te ba boom ni....masa saya nak fly ke Dubai 5 tahun lepas, masa member member hantar saya ke KLIA ada sorang member saya ni dia budget Dubai ni cam Afghanistan, siap boleh nak suruh saya tukar fikiran supaya duduk dan kerja je kat Malaysia...dengan alasan kebanyakan negara negara aranb ni tak selamat....saya, masa dia cerita dengan membulatkan biji matanya supaya dapat menambahkan effect "suram, takut dan seram" rasa macam nak berguling guling je kat KLIA waktu tu..bukan sebab takut tapi sebab lucu..bab yang betul betul tak boleh blah..watu dia nasihatan saya..kata beliau "nanti dah sampai kat Dubai, kalau ada orang suruh pengang kan beg, jangan amik.... Kau lari selaju yang boleh...takut dalam tu ada bom...!!" tak sampai hati nak gelak saya angguk je la....

Apa apa pun realitinya di Dubai ni....soal keselamatan adalah sungguh tight..hingga kan orang yang kerja masukkan duit kat ATM tak payah nak dikawal kawal bagai...belenggang je jalan sambil duit ribu riban kiri kanan.... Tapi apa kena mengena dengan tajuk diatas...? Tepuk dada pikir la sendiri...tak dapat juga, hantukkan kepala tu kat bucu meja...gerenti cemerlang




Saturday, January 12, 2013

Entri buat anak En. Yusuf Suparman

Dulu masa zaman zaman college dulu, masa tengah sengket, lepak lepak minum air kosong ngan roti banjir kat kedai mamak dengan En.Shahrul Nizam a.k.a Zam Fungus a.k.a Nizam anak Cik Yusuf Suparman, kita orang selalu citer macam mana esok lepas habis study nak kerja luar negara....

11 tahun berlalu, saya kat Dubai, Zam di Bahrain....alhamdulilah apa yang dihajat kan tercapai..one thing about orang yang kerja kat luar negara ni..member member yang kat Malaysia tu nampak kitaorang ni cam best je..tapi realitinya sama je,especially first year bila menjejaki kaki di tanah asing STRUGLE beb..after few years alhamdulilah dah boleh bernafas tanpa menggunakkan tangki oksigen dah...

Untuk bekerja dengan bangsa asing pun penyumbang kenapa saya nak kerja luar dari Malaysia..belajar macam mana culture bekerja mereka..dan di Dubai saya dapat bekerja dengan pelbagai manusia yang datang dari merata tempat dan secara tak langsung dapat belajar banyak benda dari mereka meraka yang saya jumpa secara langsung atau pun secara siaran tertunda... 

Apa yang saya dengar sebelum sebelum ni sama sekali jauh terpesong..contohnya dulu ada member saya kata bangsa arab ni pemalas dan saya sangkal sama sekali..tak semua mereka adalah pemalas..sama juga la macam kita orang Malaysia tak semuanya berbudi perketi, ye dak...? Dan tak semua mereka yang berkulit putih itu adalah bijak bijak belaka sebab ada juga mereka yang kurang cerdik malahan ada yang cuma pandai berkata kata tapi bekerja FAILED!!

Kelompok kawan di dubai pula memang multinational Mecodonia, Lebenon,Tunisia,Uzbekistan,Ukraine,south Africa,Kenya,India,Kazakhstan,Pakistan, UK, Negeria, Bahrain, Pilipina, Indonesia, Morroco, Argentina ..... Jenuh nak sebut yang lain lain, sebab banyak sangat..dan secara tak langsung cara pergaulan saya juga berubah, kalau dulu kat Malaysia saya adalah seorang layback bila berbicara kalau member member ada buat benda yang saya tak suka , saya lebih suka berdiam kan diri atau at least saya akan tegur secara jenaka la ni semenjak keberadaan 5 tahun di Dubai saya menjadi seorang yang straight forward, tiada istilah nak "menjaga hati" saya tak suka saya cakap depan depan..terima tak terima itu masalah mereka, sebab ada banyak lagi masalah masalah first world yang nak saya fikirkan...tapi itu tidak sama sekali mengubah saya menjadi seorang yang lupa akan budaya orang Malaysia..

Apa apa pun buat korang korang yang kat Malaysia tu..kalau ada peluang kerja kat luar negara tu..just grab the oppurtunity sebab banyak benda yang korang boleh belajar..bak kata pepatah omputih..jauh perjalanan luas pemandangan... Sebelum saya letak titik perhentian buat entri yang satu ni saya nak memetik kata kata brilliant yang entah daripada siapa ntah berbunyi begini  " orang boleh curi, boleh rampas harta benda, wang ringgit dari kita..tapi orang tak boleh curi, pengalaman , pengetahuan yang ada dalam diri kita...." brilliant kan....?




Cuti weekend yang bemula lewat

Chokri ( sebutan: Syukri. Beliau adalah dari Tunisia) budak rumah yang selalu chill out dengan saya setiap minggu tu tetiba menunjukkan batang idungnya kat rumah, saya tanya dia tak bawa adik dia jejalan ke..? Dia jawab dia bengang ngan adik dia so dia drop adik dia kat rumah abang beliau..malas nak tanya dengan lebih lanjut sebab muka dia pun merah macam udang karang nanti tak fasal fasal meng "spoil" kan mood beliau sekali gus merosakkam mood saya juga nanti... 

Disebabkan mamat separuh PMS ni kelaparan dia suruh saya temankan beliau makan nasi bryani di restaurant kegemaram kami yang terletak satu blok dari apartment kitaorang..bajet nak keluar pakai short ngan t shirt je..tapi chokri kata masa dia kat luar tadi cuaca agak sejuk ( untuk rekod la ni tgh winter season kat Dubai) saya pun bajet sejuk sejuk cap ayam je la..pakai lah saya jeans ngan sweater...sekali sampai bawah..nyesal tak sudah...sejuk bukan main lagi....dengan mafla tak pakai....haishhhh...sepanjang perjalanan ke warung makan tu rasa macam jauh je...angin pula dengan sepoi sepoi bahasa arab..hamik kau...si chokri dengan eksen meng"zip"kan jaket beliau sampai tengkuk...hanjing.....

Dah habis mamat separuh PMS tu mentedarah 4 Sharwarma mood beliau kembali normal...dan seperti kebiasaan lepas dinner mesti ada dessert kan...ke Gelato kami menuju pekena aiskrim pistachio kegemaran kitaorang...tak kira la sesejuk mana pun cuaca malam tadi..pistachio adalah satu kewajiban...minggu lepas masa kitaorang makan ice cream kat situ,owner kedai berbangsa italy tu ada bagi tau kat saya kalau saya ada mana mana flavor buah yang saya suka dan nak dijadi kan ice cream just let him know..saya bagi tau kat beliau buah durian beliau tahu tak? Dia geleng kepala..jenuh la saya meng "explain" kan ke beliau ..kalau buat karangan pas la karangan SPM 360 perkataan....at the end...masih tak paham gak..dia kata gini...just bring the fruit and i'll transform to an ice cream...okay, deal...(kat hypermarket depan rumah tu ada je jual durian thailand tapi harga sekilo 32 dirham convert ke ringgit adalah sekitar RM30) terfikir kat kepala hotak saya sewaktu diorang nak buat ice cream durian tu nanti..mesti siap pakai gas mask sebab nak cover bau...lantak la janji dapat makan ice cream durian kat Dubai..

Settle pekena ice cream pistachio kita orang gerak terus ke rumah...cuaca sejuk semakin semakin menjadi jadi...sampai je rumah terus pekena green tea ( perghhh rhyme shial....) 

La ni baru selesai main UNO ngan budak budak rumah...si mamat separuh PMS tu menang...dengan score 10 untuk beliau, 4 untuk Ali (mamat dari Labenon) dan 3 untuk saya....adalah sungguh keji menduduki tempat terakhir dimana saya adalah orang yang memperkenalkan game ini kepada mereka!! 
 
La ni dah jam 1:55am Tosbeho‘ala khair saya nak membuta...

Friday, January 11, 2013

Serius sekejap

Serius sekejap

Budak rumah yang selalu chill out ngan saya setiap weekend takde kat umah untuk 2 hari ni sebab adik beliau ada kat Dubai, jadi beliau kena lah bawa adik feremfuan beliau jalan jalan tengok padang pasir, unta unta dan juga pokok kurma... Dan secara paksarela nya saya mempunyai waktu untuk meng"refleks"  diri ini sepanjang keberadaan saya di Dubai... Umur semenjak menjangkau awal 30an ni terasa sedikit kurang tough berbandingkan sewaktu berada di kemuncak usia young adult yakni 20an...2 minggu lepas doktor sarankan saya untuk menghadiri sesi fisio terapi sebanya 5 sesi untuk sakit belakang saya, tapi itu lah kerja punya fasal saya cuma sempat buat 2 kali je..badan pula cepat terasa lemau..kalau dulu asal balik office je terus ke gym la ni saya lebih gemar ajak budak rumah pekena brownies tak pun gelato kat bawah apartment ni..boleh dikata setiap hari...si Patrick  waiter kat gelato tu siap dah tahu  ice cream flavor pistachio fav saya adalah wajib setiap kali kitaorang datang..bila nak start gym balik pun saya kurang pasti...

Bangun pagi tadi terus ke hypermarket depan rumah cari udang nak masak sambal..mals nak pergi lewat lewat sebab ramai mahkluk mahkluk lain yang nak membeli belah al maklum lah weekend..dah dapat semua barang barang saya balik terus masak..tempe yang Hajah Zainon tapau kan bulan Oktober kelmarin masih ada lagi.. Tempoyak...ikan sepat pun ada juga..makanya makan best la tghari tadi...amik tempoyak pun sikit sikit je..budget takut habis...tempoyak tu bai....mana nak dapat kat Dubai ni....kalau kat malaysia mana yang sipi sipi kat sudu tu terus campak kat sinki kasi cuci kat sini sorry la beb ..biar la saya jilat sudu tu sampai berkilat janji tempok tidak dibazirkan...hahahahaha...ikan sepat tu pula kalau boleh ngan tulang tulang  nak ditelan...tapi sebab nak idop lama kan..biar la tulang temulang tu ke tong sampah sahaja.... Tempe yang 7 dozen yang Hajah Zainon tapaukan la ni tinggal 3 dozen je....haish semakin berkurangan simpanan makanan kering Malaysia saya...Mammee Monster tinggal 5 peket je....Meggi Asam Laksa ada banyak gak la....benda yang dulunya saya take for granted  kat malaysia kini menjadi sebahagian benda yang begitu berharga iaitu kicap kipas udang, masih ada sebotol setengah lagi dalam simpanan...

Pagi tadi juga saya terbaca status member saya kat Bahrin..bunyi macam tengah mengalami krisis homesick je..terus saya text beliau...sedikit up and down beliau di sana ... Standard la masih baru lagi..saya masa mula mula sampai dubai pun cam gitu..dah lama besok...sempoi sokmo bak kat orang German...

Oklah takat ni je la..sebab saya nak gi letak krim yang doktor kasi tempoh hari kat belakang badan ni ha...asyik senggal senggal je....nak gi urut tak tahu la pulak kat mana yang available melainkan pakar pakar physio sahaja yang ada kat sini dimana bakal membuatkan dompet saya menjadi seperti dompet budak sekolah darjah satu.....nak tunggu insurance cover kena la tunggu 2 minggu for approval...haishhhhh.....dubai oh dubai...kota atificial yang memberi saya seribu satu pengalaman yang best!!

Thursday, January 10, 2013

Kita minum dulu.....

December lepas hampir hampir dah nak berhenti kerja sebab macam tak boleh handle je workload yang melimpah luah lepas tu terpaksa pula mengenangkan monthly report yang perlu diselesaikan..dalam kepala hotak time tu asyik terfikirkan excel, powerpoint...execl, powerpoint..pdf...powerpoint, scoring, dan selanjutnya..time tu jugalah mandi tak kenyang, makan tak basah...sampai mata dah terlelap pun asyik terkenang kenang je..weekend pun saya ke office settlekan kerja yg bertimbun timbun sambil cuba mentelaah report bulan bulan sebelumnya..minah briton yang bertitlekan manager yang sepatutnya handle report mereport ni  indah rupa dari bahasa...maca mana boleh dapat post pengurus pun saya tidak pasti...cut story short la ni dah boleh tarik nafas panjang panjang...niat nak berenti dah hilang dah...director dari bahrain tu pun dah jadi kawan baik...baik sangat sampai panggil nama saya Abdul Karim...hentam je la janji rock...!! Betul la kata orang perak.."what doesn't kill you make you stronger"  .... Last but not least pecahkan tempurung tu mat!!

Friday, January 4, 2013

Entri yang tertangguh

Mukadimah:kejadian sewaktu hari terakhir bercuti di petaling jaya last year oktober, dan adalah dinasihatkan buat anda anda yang sering travel untuk meng"check" waktu penerbangan anda dengan teliti..supaya cerita yang sama tidak terjadi, sekian terima kasih.

Bangun pagi dengan selamba rileks nya  gara gara saya ingat flight saya ke Doha pada jam 1 tghari, sedang elok tengah saya membuat on-line checking dengan terperanjat berok saya lihat penerbangan saya ke Doha  adalah tepat pada jam 10:10am  dan bukannya jam 1 tghari, jam di didinding menunjukkan jam 8 pagi!! Huh!!!? 


Kelam kabut saya dibuatnya..habis semua adik beradik anak anak buah packing kan mana mana yg belum di pack..semua plan berubah sekelip mata..menglabah saya ... Terus saya call member yang sepatut menghantar saya ke KLIA agar terus berjumps saya di KL central..on the way nak ke Kl central pulak saya call abang saya untuk bertanyakan process droping luggage disana..damn!!! Ianya adalah 2 jam sebelum berlepas..bermakna..saya harus terus ke KLIA..great!! Dengan jalan kesana saya masih belum khatam..dengan selamba merah jambunya saya meredah highway yang menuju ke airport , subang jaya ( betul ke?) setelah menelepon abang saya untuk kali ke-2 untuk bertanyakan route ke KLIA alhamdulilah saya di laluan yang betul...weet!!! Tanpa berlengah saya terus memecut 120-140 km/ sejam, saya sampai tepat jam 9 di KLIA..luggage ada excess 8 kgs ..kereta pulak saya park kat luar tu je...dengan bantuan abang polis trafic yang awesome saya dibenarkan untuk membiarkan kereta park disitu untuk seketika sementara menunggu DJ Radzi datang untuk mengambilnya..terima kasih buat abang polis trafic itu..


Sekarang ini saya berada di boarding gate menunggu memasuki perut kapal terbang...


Credit: Hajah Zainon, adik beradik, anak buah, last but not least boy a.k.a DJ radz (sesiapa nak Guest list kat zouk sila kontek beliau)