Sunday, July 10, 2016

Fefelling Blues

Aku dikejutkan Azan yang berkumandang menandakan telah masuk waktu solat subuh, padahal jam yang telah aku set kan untuk mengerak kan aku dari lena telah berbunyi sejam lebih awal, namun otak sengaja melewat lewat kan saraf saraf tubuh untuk bangun ketika itu, Terial kial aku bangun, wudhu, gerak pergi Masjid. 

Selesai ber-jemaah di Masjid berdekatan aku langsung pulang, tukar baju, bagi Tempang (kucing aku) makan, lepas tu letak sikit kat luar rumah sebab kucing kucing pengamen rajin juga breakfast kat depan rumah ni, aku kemudian ke dapur meratah kerepek kerepek dan biskut raya yang masih berbalang balang. 

Tiba tiba aku rasa rindu pula dengan kehidupan aku di Dubai, jadi aku meng archive  tintaan aku yang lepas lepas... betul la pepatah Jawa ada mengatakan.. "you'll only appreciate thing when you've lost it". bersyukur aku kerana sekurang kurang nya aku ada journal yang aku simpan sewaktu 7 tahun permaustautinan aku di-sana, at least terubat sedikit kerinduan aku tatkala membaca kembali tintaan tintaan sewaktu blog ini bernama "Durian Di Dubai".

Itu je la yang nak aku jeritkan buat waktu ini.. biarlah aku layan seketika fefelling blues di pagi Ahad, nak layan series Korea,  subtitle belum ada lagi.. 

'till my next entry ... Cheers!!! 

Saturday, July 9, 2016

The Amazing Race Asia 5 (TARA5)


Hoi!! Korang semua.. How's it going..? How was your Eid celebrations..? Good or not..? kan....? Dah besar panjang macam ni mana ada dapat duit raya lagi ek...? tak apa, redha je la.. like pepatah melayu ada mengatakan.. "What goes around comes around" wah!! tersangat melayu pepatah tersebut.

Apa apa pun, saya tak hingin bising bising mengenai sambutan hari raya yang masih lagi berlangsung tatkala ini. Saya lebih excited  hendak berseloroh mengenai tajuk diatas dimana saya telah men submit kan video untuk dipilih oleh produksi yang bertanggungjawab. 

Harap harap dengan doa kalian saya dan rakan saya berjaya untuk meloloskan diri ke peringkat seterus nya .. 

It has always been my dream to participate in the Amazing Race Asia, wah!!! pehal aku tetiba speakang  agai ni...?  Insya'Allah  kalau diperkenan kan doa, saya berharap dapat memasuki pertandingan ini hingga ke peringkat akhir... 


Friday, July 8, 2016

Rumusan: kehilangan "Durian Di Dubai"




Gila bapak lama tak meninta...dan buat makluman korang semua, saya telah pun meninggalkan negara padang pasir lebih kurang 2 tahun yang lepas. Banyak juga benda yang hendak diwar war kan. Seketika keliru dimana harus saya bermula.

Okay saya akan bermula dengan menukar title blog saya ini, disebabkan saya tidak lagi bermaustatin di Dubai, jadi adalah lebih afdal kiranya saya hanya meletak kan  dot dot dot dot bagi menganti kan Dubai, sebabnya saya sendiri tidak tahu dimanakah saya akan berada dimasa hadapan... Jadi Instead of "Durian Di Dubai" Saya tukar kepada "Durian Di ......." 

Setelah meninggal kan Dubai saya pulang ke Tanah Tumpahnya Darahku..dan setelah beberapa bulan perasaan untuk mengtravelkan diri saya membuak buak..jadi saya ke Australia selama 3 bulan, disana saya memperbanyakan mengambil gambar bagi memperbaharui portfolio photography saya, ye saya mengambil keputusan untuk menjadi Photographer sepenuh masa.

Sewaktu Di Australia, Saya juga membuat pekerjaan pekerjaan ladang bagi menampung perbelanjaan harian saya dan juga sewaan tempat tinggal saya, Ini akan saya ceritakan dengan lebih lanjut di tintaan saya yang akan datang. Selepas Australia saya pulang ke Malaysia dan memulakan perniagaan Photography saya, namun ianya tidak lah mudah seperti merencanakan nya di atas kertas, juga akan saya ceritakan dengan lebih details di posting yang lain.

Saya juga aktif bersukan dan memasuki pertandingan pertandingan yang mencabar fizikal dan mental seperti Spartan Race.  Pertandingan ini telah membawa saya bertanding sehingga ke Korea ...yup!! benar juga akan saya ceritakan diposting  yang lain.... jangan marah aaaaaa......nama posting ni pun rumusan..kan...? jadi saya hanya merumuskan segala isi perot yang berkenaan sahaja.

Jadi....dengan ini saya mengisytiharkan ..... KEMBALINYA "DURIAN DI.........."  ke lembah blogging...

Tuesday, July 29, 2014

Hey!! Melayu why lah you want to be Arabs lah...? apakah? adakah?


Melayu, kenapa nak jadi arab? persoalan yang merungsingkan penulis bernama Noor Azam Shairi gara-gara "setengah" Melayu di Malaysia sudah mula mengunakan perkataan perkataan arab seperti "Iftar" "Hijab" "Eid Mubarak" sebagai ganti "Buka Puasa" "Tudung" dan "Selamat Hari Raya" .  Aku tak pasti apa pasai beliau agak murka dengan pengunaan bahasa arab bagi "setengah" Melayu di Malaysia, yang aku heran tu tak pula beliau menempelak "semua" Melayu yang mengunakan bahasa arab, contoh;

Situasi I

A: Man, lama tak nampak. Hang apa khabar?
B. ALHAMDULILAH, aku sihat.

Situasi II

A: Man, Malam ni main bola?
B: Insya'Allah , kalau tak ada apa-apa aku datang

Situasi III

A: Assalam'mualaukum
B: Walaikum'musalam

setahu aku perkataan yang aku bold kan diatas ni bukan berakar melayu bunyi nya dan telah berkurun abad Melayu di Malaysia mengunakan-nya dan tak ada pula soalan berbaur provokasi seperti mana diajukan oleh saudara Noor Azam Shairi suatu ketika dulu.

Aku heran untuk kali kedua, kenapa beliau tidak begitu mengambil berat bila ada sesetengah perkataan Melayu digantikan dengan perkataan Indonesia seperti "bekas"digantikan dengan "mantan" atau "musik jalanan"ditukar kepada "pengamen" lagi la bila mana perkataan perkataan tersebut digunakan berleluasa oleh media masa di Malaysia, apakah Melayu nak jadi Indo?(no heart feeling my indo friends, I just wanna make a point here)

Lucunya dalam penulisan si Noor Azam Shairu ni beliau ada menyebut perkataan "wallahu'alam" awat tak guna "dan Allah lebih tahu" apakah beliau juga gila glamor untuk tergolong dalam golongan "Melayu, kenapa nak jadi arab?"

aku konklusikan dari pemahaman aku , tak semestinya bila digunakan "secebis" perkataan Arab dalam sesuatu perkara maka terjejas lah asal usul sesebuah budaya itu.. kalau beliau benar benar nak memperjuangkan bahasa atau budaya Melayu tu , aku cadangkan beliau untuk pergi kat mana mana coffee shop kat bangsar ke? KLCC ke? tak pun pasaraya terkemuka Pavillion kat BB, lepas tu suruh budak budak Melayu muda untuk berborak dalam bahasa Melayu  sebab la ni aku tengok masa aku balik Malaysia itu hari perghhhhhhhh diorang speaking aku rasa macam berada di London walau pun grammar nya campak ke laut...Apakah Melayu, nak jadi English?

last year masa jalan jalan kat souk di Dubai ada satu penjual ni depa tahu kami dari Malaysia, terus beliau menjerit "Jubur!! (Jubah) Murah, Murah" walhal  beliau boleh je menyebut "Abaya" apakah pak arab itu nak jadi Melayu?

Buat sekian kalinya aku nak tanya , Melayu kah kamu sekiranya kamu berbaju Melayu?

#savegaza

Sunday, December 1, 2013

Klik Click


Ber-habuk dah rupanya blog saya yang satu ni ha.. sedih!! ni datang jenguk pun sebab nak meng-war-war-kan pada teman teman se-blogger dan juga follower (macam ramai je) page saya di FB yang bernamakan seperti tajuk diatas.

Ya benar, la ni saya cuba beramah mesra dengan kamera DSLR pula, nak menge-test bakat natural mengambil gambar .. jadi pada anda yang berada diluar sana tu rajin rajin la ye ke "page" saya di FB , link seperti yang tertera dibawah ini

https://www.facebook.com/pages/Klik-Click/222883587739018

dan jangan la lupa untuk menekan pepunat "like" kat page tu nanti.

sekian terima kasih

nota: juliajulia anda adalah dinasihatkan untuk like page aku itu..timakasih cikpuan

Salah satu hasil tangkapan

Friday, February 1, 2013

Harimau Malaya: Ajman la, bukan Dubai..hishhh..

Dah semangat tahap sultan mahmud mangkat dijulang dah tadi nak pergi menyaksikan Harimau Malaya vs Pasukan Saddam Hussain kat Stadium Al Ahli, Dubai.. Si Chokri yang tak ada kena mengena pun ikut sekali excitednya, jadi disebab kan kami adalah terlalu bernafsu utuk menyaksikan perlawanan yang melibat kan negara Tanah Tumpahnya Darahku, saya dan si Chokri pun pergi la ke Lulu Hypermarket lepas mentedarah breakfast kat Tim Hortons, di Jumeirah Road, tujuan nya cuma satu, nak cari face water color..kita orang nak cat muka kita orang ngan kaler jalur gemilang..tetiba satu SMS masuk berbunyi cam gini:

"confirm..main kat Ajman...dgn rasmi..aku cancel pi sana...maleh nak sampai ke Ajman"

Begitulah bunyinya text yang disampaikan oleh En Rashdan Kassim, informer saya didubai, nak harapkan pihak embassy update kat sesawang diorang memang takde la..apa tah lagi kalau telepon nak tanya benda benda gini...damnnnn!! Tangan kanan saya yang memegang water kaler dan tangan kiri pula marker pen, si Chokri pula dengan card board ditangan tanya ke saya kenapa saya letak balik kat rak ..bila dia dapat tahu yang Malaysia cuma akan beraksi di Ajman dengan serta merta pun beliau meletakkan kembali card board yang diambilnya tadi...

Pelik bin ajaib la.. Asal la diorang buat match ni kat Ajman..siapa la yang nak pergi tengok sampai kat sana..haishhhh...itu lah dulu Hajah Zainon ada pesan dia kata..jangan seronok sangat nanti menangis...(errr....ntah la saya pun kurang pasti kalau ianya bersesuaian dengan situasi saya ni..bedal je labu)

Takpe la..jawabnya saya layan pasar malam je la yang akan berlangsung kat Malaysia consulate petang nanti...tengok kalau kalau diaorang ada jual kopok leko ke... Apa apa pun semoga beroleh kejayaan wahai pasukan Harimau Malaya....Malaysia Bolehhhhh!!! Aummmmmmmmmmm