Tuesday, July 29, 2014

Hey!! Melayu why lah you want to be Arabs lah...? apakah? adakah?


Melayu, kenapa nak jadi arab? persoalan yang merungsingkan penulis bernama Noor Azam Shairi gara-gara "setengah" Melayu di Malaysia sudah mula mengunakan perkataan perkataan arab seperti "Iftar" "Hijab" "Eid Mubarak" sebagai ganti "Buka Puasa" "Tudung" dan "Selamat Hari Raya" .  Aku tak pasti apa pasai beliau agak murka dengan pengunaan bahasa arab bagi "setengah" Melayu di Malaysia, yang aku heran tu tak pula beliau menempelak "semua" Melayu yang mengunakan bahasa arab, contoh;

Situasi I

A: Man, lama tak nampak. Hang apa khabar?
B. ALHAMDULILAH, aku sihat.

Situasi II

A: Man, Malam ni main bola?
B: Insya'Allah , kalau tak ada apa-apa aku datang

Situasi III

A: Assalam'mualaukum
B: Walaikum'musalam

setahu aku perkataan yang aku bold kan diatas ni bukan berakar melayu bunyi nya dan telah berkurun abad Melayu di Malaysia mengunakan-nya dan tak ada pula soalan berbaur provokasi seperti mana diajukan oleh saudara Noor Azam Shairi suatu ketika dulu.

Aku heran untuk kali kedua, kenapa beliau tidak begitu mengambil berat bila ada sesetengah perkataan Melayu digantikan dengan perkataan Indonesia seperti "bekas"digantikan dengan "mantan" atau "musik jalanan"ditukar kepada "pengamen" lagi la bila mana perkataan perkataan tersebut digunakan berleluasa oleh media masa di Malaysia, apakah Melayu nak jadi Indo?(no heart feeling my indo friends, I just wanna make a point here)

Lucunya dalam penulisan si Noor Azam Shairu ni beliau ada menyebut perkataan "wallahu'alam" awat tak guna "dan Allah lebih tahu" apakah beliau juga gila glamor untuk tergolong dalam golongan "Melayu, kenapa nak jadi arab?"

aku konklusikan dari pemahaman aku , tak semestinya bila digunakan "secebis" perkataan Arab dalam sesuatu perkara maka terjejas lah asal usul sesebuah budaya itu.. kalau beliau benar benar nak memperjuangkan bahasa atau budaya Melayu tu , aku cadangkan beliau untuk pergi kat mana mana coffee shop kat bangsar ke? KLCC ke? tak pun pasaraya terkemuka Pavillion kat BB, lepas tu suruh budak budak Melayu muda untuk berborak dalam bahasa Melayu  sebab la ni aku tengok masa aku balik Malaysia itu hari perghhhhhhhh diorang speaking aku rasa macam berada di London walau pun grammar nya campak ke laut...Apakah Melayu, nak jadi English?

last year masa jalan jalan kat souk di Dubai ada satu penjual ni depa tahu kami dari Malaysia, terus beliau menjerit "Jubur!! (Jubah) Murah, Murah" walhal  beliau boleh je menyebut "Abaya" apakah pak arab itu nak jadi Melayu?

Buat sekian kalinya aku nak tanya , Melayu kah kamu sekiranya kamu berbaju Melayu?

#savegaza