Thursday, February 16, 2012

"The Grey" yang kelabu ceritanya


Hari tu pergi tengok wayang dengan burung kakak tua…kita orang nengok citer “The Grey”  bajet citer tu best giler la kan, sebab si Liam Neeson berlakon..lepas tu kat dalam trailer pun tengok ada scene gaduh gaduh dengan serigala bagai .. itu yang teruja untuk menonton citer tu berbanding citer “Chronicle” ..dan lagi satu sebab saya pilih citer “The Grey’ ni sebab dia ada show kul 9:15 jadi sempat la untuk saya meng-tough-kan bodi  kat gym sebelum menonton cerita yang endingnya kalau budak budak yang major dalam film akan kata “ itu adalah abstrak…korang kena menjiwai nya baru korang boleh faham…” dan orang orang kebanyakkan macam saya pula akan mengatakan “what the F**K!!!!”

Citer dia lebih kurang cam  gini la…sekumpulan pekerja (entah saya pun tak faham sebenarnya diorang ni kerja apa kat gunung tu) yang bekerja kat gunung (gunung mana pun saya tak tahu) gunung tu sejuk giler, lepas tu digambarkan yang ada banyak serigala juga disitu..si Liam Neeson ni kerja dia bunuh serigala serigala yang suka menganggu orang buat kerja…dia ada sniper dengan dia…dia nampak serigala dia tembak!! Lepas tu kalau tak silap saya, kumpulan pekerja ni sekali dengan si Liam Neeson nak balik rumah diorang unutk bercuti..so kena naik kapal terbang…pendek kan cerita…kapal terbang diorang naik tu terhempas dan macam biasa la Hollywood , adalah beberapa orang yang survived… ha!! Start dari sini la dimana surviver ni memulakan perjalanan untuk mencari bantuan..dan seperti biasa citer citer macam ni handphone 24 jam asyik tak ada line je kan..kalau ada line dah lama diaorang call untuk bantuan dan cerita pun HABIS!!!



Masa journey ni start sorang sorang mati kena makan dengan serigala ni…dalam pada yang sama si Liam Neeson ni juga mempunyai masalah diri sendiri atas kematian isteri dia …balik balik flash back dia dengan wife dia, dimana saya tak dapat nak konek kan lansung dengan jalan citer ni….so  bila sorang sorang dah mati kena bunuh dengan serigala jadi tinggal sorang je yang hidup..cuba teka siapa? Ya betul dia adalah abang Liam Neeson itu…..last scene ni lah yang saya cikidut kat dalam youtube 5 – 6 kali sebab scene ini adalah dimana abang Liam Nelson Berentap dengan serigala Alpha (Ketua) …sebelum dia nak lawan tu dia buat la preparation bagai..walau pun serigala tu ada kat depan dia…saya rasa serigala tu pun nak lawan cara adil kot, jadi dia bagi peluang kat Liam Neeson ni mempersiapkan dirinya…dengan pisau …botol kaca dah ada kat tangan bila Liam Neeson Nak attack Serigala tu…screen terus blank….lepas tu ada tulisan Arabic kat bawah tu yang saya faham sangat bila citer dah habis ayat Arabic tu lah yang akan keluar dibawah screen!!!  Jadi tidakkah “What the F**k” cerita “The Grey” ini!!!?

Moral disini; cerita yang tiada kene mengena dengan serigala jadian adalah tidak menakut kan langsung!!

Tuesday, February 14, 2012

Afwan Hj Adi: Kau Kenapa Hakak...?


Hakak Kamariah korang ketuk pintu rumah Mek malam semalam…di ingat Mek dah kojol macam Whitney Houston …motip, Kau ingat aku dah innalilah …? Dia kata dah lama sangat kau tak hupdate blog !!! yang hari hari kau ngumpat ngumpat  dengan aku kat pantry pasal negro wanita kat opis kita yang mengunakkan fair and lovely walau pun peluang untuk mencerahkan mukanya agak terlalu nipis dengan nisbah 100:1/2 tu hapa!!! Saja je kau kan nak mengedik kat rumah Mek yang ala ala kediaman ketua wanita UMNO ni khennn…? Very the propa tau hakak Kamariah korang ni!!!!

Hakak Kamariah semalam tanya Mek tak celeburit Valentine ke esok (hari ini)? Mek padang dia atas bawah macam Yusni Jaafar padang Ogy Ahmad Daud dalam citer Azura, masa dia tak kasi Ogy duduk kat kerusi rotan dia sebab badan dia basah!!! Lepas tu mak separuh jerit kat Hakak kamariah kau, Mek cakap “Chatek ke kau nak tanya soalan itew kat Mek..?” terkesima sekejap perempuan itu…(apa apa pun semalam tudung kau sebiji macam pah bedah!!! Tak mencerminkan sebagai wanita bekerjaya langsung tau!!)  lepas tu Mek kata kat perempuan yang kelihatan sudah berumur itu walau pun umur beliau baru mencecah 25 tahun (mesti sekarang ni hakak Kamariah sedang menistakan Mek..hado Mek Kesah!!!) Mek kata kat dia yang Mek adalah wanita muslimah jadi adalah tidak afdal untuk Mek untuk meng-celeburit-kan perayaan valentine itu, masa Mek explain kat dia Mek hanya mengenakan seluar pendek yang ketat dan t-shirt tanpa lengan…voley…? Tapi takpe..we’ols adalah muhrim….wah!!!!

Sebenornye Mek adalah single- mingle lagi Kamariah oiii!!! Dan disebabkan itulah Mek tidak hado perancangan untuk kandel light dinner bagai untuk esok!! Kalau kau nk berkandel light dengan Mek malam ini..Mek Hokay je…dengan syarat!! Mek nak kau sposor Mek buat botox kat bibir Mek ini so boleh la Mek kelihatan “jelita” seperti Dang Suria gitew…mampo?


Thursday, February 9, 2012

KFC oh KFC


Saya bukan nak menangkan mana mana pihak pun…tapi lepas tengok balik video staff KFC sepak terajang satu customer  kat dalam premis mereka adalah satu tidakan yang bodoh dan melampaui batas..tak kesah la apa yang customer tu kata atau buat kat korang, sepatutnya korang tak boleh bertidak macam tu sekali…., mana pergi adat resam bangsa korang  yang selama ini korang jerit jeritkan !!!?  Ngeri pula saya tengok video tu dan lagi best ada pula bangsa asing yang tengok perangai korang yang super doper Mala’un tu!!!.

 "customer always right!!!” mana mana business pun akan mempunyai motto sedemikian rupa sebab nak bagi service yang terbaik untuk client mereka… kalau betul staff KFC yang tak puas hati tu tadi bebetul nak perembat customer tu at least kau tunggu la sampai shift kau habis lepas tu kau buat la apa pun yang kau suka… at least tak lah memalu kan tempat kau bekerja itu…agak agak tak boleh handle presure korang berenti je la..tak payah pening pening kepala, sampai nak jadi gengster bagai...

Dah berada dekat Dubai ni hampir 4 tahun memang service restoren restoren kat sini baik yang berkelas 5 bintang  atau Fast food …staff staff diorang semua ikut je apa kata customer..sebabnya? sebab customer yang bayar gaji diorang….itu tak boleh nak dipertikaikan lagi, it’s a FACT!!!! Customer tak ada , restoren tak buat duit, bila restoren tak buat duit , majikan tak ada modal nak buat bayaran gaji kat pekerja, bila ini terjadi pekerja kena buang kerja..siapa yang susah ..? korang juga kan!!!?  Memang kekadang kita terbakar je bila ada customer yang extremely over fussy ..tapi kita nak buat macam mana..? diorang bayar ma!!! Benda ni sebenarnya hman basic commonsense, to both party kena ada sikap toleransi..baru benda ni tak terjadi…

Tapi kalau macam yang terjadi kat KFC i-city tu, pada pendapatan saya yang rendah ini, perkara sedemikian  sepatutnya tak berlaku… kalau stock korang running low at least korang inform la dulu kat customers yang melambak lambak tengah menunggu tu..at least diorang dah diberitahu awal awal..so kalau diorang nak marah gak korang ada FACT untuk counter balik…

KFC pula sepatutnya dah belajar dari kesilapan yang dulu dulu tu…sepatutnya perkara remeh ni diorang dah boleh tackle dulu dulu lagi…..!!! bukan dah terahantuk baru nak tergadah (pergh macam tak percaya je saya boleh berperibahasa)


Dan lagi satu!!! Perkara ini terjadi sebab kekurangan sumber ayam jadi korang korang yang kat Malaysia tu jangan nak timbulkan isu racisms disini!!!

100 hari tanpa Nikotin dan Tar



A reminder for myself


Wednesday, February 8, 2012

Kepandaian telepon kebodohan penguna

Tweeting di tempat Ibadah. Facebooking di kelas. Bermesej ketika keluar bersosial bersama teman. Semua kegiatan ini dilakukan dengan sebuah Telepon Pandai, tapi adakah ianya sesuai secara sosial? Apakan Peraturan Etika Telepon pandai harus diwujudkan?

Kekadang risau juga dengan keghairahan syarika syarikat besar berlumba lumba meng-update-kan system komunikasi bagi menarik perhatian penguna penguna di luar, saya sendiri baru baru ini telah menukar BeriHitam Curve 8520 saya ke Tourch 9800. Namun apa yang merungsing kan dan kadang kadang membuat saya berfikir sendirian adalah tentang penguna penguna kemudahan yang semakin canggih ini, terutama nya mereka yang gemar “berborak” dengan telepon pandai mereka berbanding berinteraksi dengan manusia sebenar. “berborak” dalam erti kata lain berkomunikasi melalui applikasi khidmat pesanan yang di sedia ada didalam Telepon pandai ini.


Sebenar tidak lah salah jika anda ingin berkomunikasi dengan rakan-rakan, jiran-jiran, mak chiks makchiks anda melalui telepon pandai anda tapi harus la kena dengan masa yang sesuai..tidak semesti setiap kali telepon anda berbunyi anda perlu menjawab panggilan atau membalas mesej yang diterima melain kan ia nya benar benar perlu. Saya cukup menyampah kalau keluar untuk bersuka-ria dengan rakan rakan yang mempunyai telepon pandai tapi tak pandai langsung mengenai etika pengunaanya!! Kalau setakat nak keluar ramai ramai lepas tu masing masing sibuk picit pepunat BeriHitam atau pun Epal anda!! Adalah dinasihat kan anda untuk duduk dirumah sahaja dan bercinta lah dengan telepon pandai anda!! .

kekadang saya terfikir juga apa lah guna status status yang disediakan di dalam aplikasi khidmat pesanan sekira nya ada lagi mahluk mahluk yang tidak tahu bagaimana dan bila untuk di guna kan..contoh nya ..jika anda keluar makan malam dengan rakan nyata anda, adalah lebih wajar sekira status di tukar ke “sibuk” berbanding “saya ada” jadi rakan rakan maya anda akan lebih berhati hati untuk meng”ping” anda, dan bagi mereka meraka yang terlihat status “sibuk” rakan anda, tidak perlu lah menghantar pesanan melalui apa jua aplikasi yang disedia kan , melainkan ianya benar benar perlu!!

Jadi sesiapa yang terbaca tintaan saya kali ini..pastikan telepon pandai anda tidak berapa pandai apabila keluar bersuka ria dengan saya!!!

Saturday, February 4, 2012

Jom Makan!!!

Dulu masa kecik kecik time mak ajak makan luar je..seronok giler..mula la terkinja kinja...dalam kepala hotak dah set nak order nasi goreng ayam dengan air coke...dah tak ada menu lain dah...2 item tu adalah wajib untuk saya order. Especially kalau makan kat Medan Selera, Jalan Othman..gerai Naling. Masa kecik kecik gak selalu dengar Hjh Zainon Peket komplain kekadang tak tahu nak masak apa? Pelik juga kan sebab Mak tak tau nak masak apa?

La ni bila dah besar panjang, dan duduk jauh dari family..baru la terasa...makan luar itu adalah tidak awesome sama sekali...dan bila masak pula........*sigh* memang betul la kekadang tak tahu dah nak masak apa...pening kepala dok pikiq....lepas tu bila dah tahu nak masak apa...cara nak masak pulak tak tahu macam mana....surf kat internet ..lepas tu bila buat "praktikal" big time gagal!!!.... 

Ni tgh buat preparation untuk masak nasi goreng ayam...ayam goreng nya saya beli dekat lulu hypermarket depan rumah ni


...nasi je yang saya masak dan seperti biasa tak pernah nya perfect, sama ada mentah atau pun lembik macam sekarang ni!!! Arghhhhhh 


Nasib baik ada perencah belachan..rasa okay gak la nasi goreng belachan di Dubai ini.....!!


Jemput makan mak cik!!


Memang sedap!!! macam mana saya tahu sedap? sebab saya ada ini..........




Friday, February 3, 2012

Afwan Hj Adi: Sungguh Mek menyampah dengan you!!

Mek cukup menyampah betul bila orang yang Mek tak suka duduk dekat dekat dengan Mek..rimas rasa nya ..rasa macam nak sepak terajang pun ada jugek…kalau reti duk diam diam takpe la jugek, ni tak ..kejap kejap tanya soalan ..kejap kejap cerita problem rumah tangga dia, kau henggat Mek ni Latipah telekom directori..sesuka hati nak mencurahkan perasaan kau..pegi la mampos ..!!!Mek tak nak tau semua tu!!!!! Lepas tu sengeh sengeh..apa hal!!!? Kalau senyum kau tu menawan macam iklan Darlie ke, Zaiton ke, at least hilang gak sebahagian kenyampahan Mek ni terhadap hengkau..ni tidak ..senyum kambing tu pun lagi awesome dari senyum hengkau tu!!! Kalau la Mek ada power macam mak si tanggang memang Mek sumpah hengkau jadi beruk batu..!! maksud Mek sesudah Mek sumpah hengkau jadi beruk lepas tu Mek sumpah kau lagi sekali jadi batu..ye !! begitu la hangin nye satu badan Mek terhadap hengkau!!! Tolong lah gi main jejauh Feremfuan hoi..Mek tengah takde mood ni..dan juga Mek banyak paperwork yang nak diselesaikan sebab nak harapkan kau macam mengharapkan chiko huharapkah… uols tak kenal? ala anaknya si uji rashid itew....kang kalau Mek sembur kang tak pasal pasal batal posa Mek untuk next Ramadhan sebab pedas nyer semburan yang Mek kasi nanti agak terlampau extreme …aiiii…ada yang Mek tangan gak ni kang..yang hengkau gi ngadap skrin lappy Mek ni pehal ko paham ke yang Mek tulis ni sebenarnya aku mengeji, mencerca, dan menista kan hengkau dan juga tengah berangan macam mana nak menghalau hengkau feremfuan sale 90% (murahan) dari meja Mek yang vas ni..? tak paham? Bagus..pergi la mam!!!!! WOI!!! hengkau kalau nak bergosip gossip ..better hengkau pergi kat minah arab sana tu..Mek rasa dia berminat untuk tahu next month si Racheal nak tukar rambut dia kaler apa…?sebab Mek memang tak berminat langsung nak tahu…!! haiyo kau sedar tak hakak oi!! yang dari tadi dua perkataan je yang Mek reply “really..?” dan juga “owhhh..” selainya Mek cuma nodded je…itu bermakna Mek nak kau pergi main jauh jauh!!!

Semoga Tuhan menyabarkan Mek untuk tempoh 6 jam selanjutnya…..

Cepat la masa berlalu supaya Mek boleh balik main angry bird ..selagi Mek ada kat pejabat ni semakin membara je perasaan dan nurani Mek…….
Haaa… bagus..ye betul !! Mek rasa Nancy panggil hengkau tadi..ahh pergi lah…pergi…kang kalau lambat menteri pula tunggu hengkau nanti………

Adios!!!

Wednesday, February 1, 2012

Dimana dia anak kambing saya...?




Pagi tadi bila saya bangun dari tidur, saya ke dapur breakfast coco crunch, channel MTV menyiarkan lagu terbaru dari Britney Spears di pekarangan ruang tamu..Single terbaru “Hold it against me”. Macam mana saya tahu itu Britney spears? Sebab budak rumah saya terkinja kinja berlari lari anak dari kamar nya ke pekarangan ruang tamu sambil menjerit jerit nama penyanyi pujaan nya itu. Sambil saya mengunyah coco crunch yang telah saya rendam kan bersama susu rendah lemak, saya cuba menumpukan sepenuh perhatian untuk membaca berita harian on line namun cecuping telinga ini masih rancak menangkap bunyi beat musik dari si Britney ni tadi sudah nya saya tinggal kan coco crunchsaya, saya tutup komputer riba saya dan menuju ke ruangan tamu untuk melihat sendiri apakah yangbest sangat lagu terbaru dari perempuan Amerika ini.

Musik video yang menguna khidmat bantuan CGI dan juga menguna kan kepakaran penari penari yang hanya mengenakan cawat dan anak baju pada permulaan klip dan kemudian mereka terkinja kinja sambil cuba menyarung kan seluar dan baju separuh tertutup, haruskah saya kagum? Saya tidak melihat bagaimana atau dimanakah terletak nya nilai nilai seni itu pada video klip ini mahu pun dari segi susunan melodi musik dan juga seni kata nya.

Saya melangkah balik ke ruangan dapur bagi menerus kan “perjuangan yang belum selesai” selepas semangkuk sederhana coco crunch saya habis kan dan sebuah artikel bertajuk “ nenek dikena kan hukuman gantung” dari Berita harian on line saya beralih pula ke sesawang youtube kali ini saya mahu melihat , mendengar musik yang kena pada cita rasa halwa telinga saya, jari jemari rancak menekan papan kekunci pada komputer riba menaip di enjin carian “Hottie and the blowfish” kemudian saya klik pula pada tajuk yang tertera “Hootie & the Blowfish perform Let Her Cry on David Letterman 1995” kemudian saya befikir bagaimana sebuah musik dari era ini boleh mengalami transaksi yang agak drastik kepada musik yang boleh saya ketegori “ntah-apa-hapa-ntah” mana pergi nya lagu lagu dari kugiran kugiran seperti Carpenters, ABBA, Sex Pistol, Pearl jam, Bon Jovi, Metallica, Prince U2, Beatles, TLC, Boys II Men, Eternal,dan musik musik seangkatannya?apa pula terjadi kepada lagu daripada penyanyi seperti Tina Turner, Cindy Lauper, Sinead O’ Connor, Brian Mcknight,Michael Jackson, Luther Vendeross, Aretha Franklin, Eva Cassidy. M.C Hammer dan yang lain lain adakah radio dan TV sudah mengangkat bendera putih bagi memberi laluan kepada genre musik sepertiBritney ?

Jika ini adalah benar adakah saya sendiri perlu menukar selera dan memaksa telinga ini mendengar musik musik seperti Britney pada masa akan datang? Atau saya hanya perlu mendengar legasi musik yang ditinggal kan oleh penyanyi penyanyi kegemaran melalui youtube sahaja tanpa perlu menghirau kan musik musik semasa?

Mungkin ada 2-3 genre musik pada masa kini yang kena dengan cita rasa saya..namun iyanya tidak akan pernah standing dengan era – era 60an, 70an, 80 an dan juga 90an ... Mungkin juga faktor usia telah mematang kan halwa pendengaran saya ? bagaimana pula agaknya genre musik dalam 10 tahun mendatang? Hmmmmmmm...........