Friday, November 26, 2010

City of Sail : Hari Pertama

Soalan Pertama Bilakah kali terakhir saya membloging di sini? ya betul...Setelah hapir
mencacah angka 3 (tahun) saya diDubai, saya sudah semakin biasa dengan Budaya ,keadaan persekeliling dan juga gaya hidup di Dubai..ohh untuk informasi terkini saya sekarang berkerja dengan syarikat yang berlainan tidak seperti sewaktu saya mula sampai diDubai suatu ketika dahulu..ehemmm.

Tapi saya tak nak berseloroh tentang itu, apa yang ingin saya tintakan kan adalah tentang percutian saya seminggu Ke Mission bay, Auckland, New Zealand.
Perjalanan yang memakan masa selama 17 jam memang amat memenatkan walaupun transit 1 jam di Singapura masih lagi tidak mencukupi untuk menghilang penat "duduk sahaja" diatas "burung besi". sewaktu berada di Singapura, saya telah disoal siasat oleh pegawai lapangan terbangan dengan menanyakan soalan seperti berikut :-

1) apakah perkerjaan anda DiDubai?
2)Sudah Berapa lama kah anda menetap di Dubai?
3)apakah yang membawa anda ke Auckland?
4)dimanakah anda akan menetap di Auckland?
5)Mana kah negara Asal Anda?

Setelah saya menjawab dengan sukses nya saya dibenar untuk ke boarding hall untuk menaiki pesawat yang akan membawa saya ke Auckland (untuk rekod waktu disingapura waktu itu adalah jam 8.00am, 50 minit sebelum pesawat berlepas) Tepat Jam 8.15am saya dibenarkan untuk menaiki pesawat yang akan membawa saya ke City of Sail.

Setelah berada lebih kurang 10 jam diatas pesawat saya menjejakan kaki untuk pertama kali nya di New Zealand..fasa pertama, saya harus melalui pegawai Imegresen yang akan meneliti gambar dipassport dan juga saya yang berdiri dihadapan kaunter (lulus), Fasa Kedua: saya harus dikenakan imbasan x-ray(lulus) fasa ketiga: sekali lagi saya disoal siasat , seperti mana saya disoal siasat sewaktu saya di Singapura tapi kali ini lebih lama, dan fasa keepat dan juga yang terakhir: Bagasi saya digeledah dah soalan yang sama ditanya seperti mana di Fasa yang ketiga..walau pu pesawat saya mencecah kan roda nya tepat jam 11pm waktu di Auckland saya hanya diBenar kan keluar tepat jam 2am. dan iya!! mereka benar benar meneliti setiap manusia yang ingin memasuki Negara mauri itu..

Rasa Penat, Kecewa hilang setelah terlihat kelibat rakan yang setia menuggu saya dari jam 11pm tadi..saya terus dibawa menaiki kenderaan yang berwarna merah yang tertera lambang toyota di bonet belakang. Udara nyaman di New Zealand memang benar Benar Mengasyikan..walau pun musim Sejuk telah lama berlalu dan musim Luruh sedang mengambil alih, suhu cuaca masih lagi di bawah 15 darjah celcius..dan ianya benar benar mencabar keadaan tubuh badan saya yang hanya mengenakan seluar pendek "Billabong" dan juga t-shirt polo "factory outlet store" yang mempunyai tulisan "New Zealand" di belakang. setelah 30 minit saya pun sampi di Kediaman rakan saya yang berlokasi di Patteson Avenue, Mission Bay. INDAH dan TENANG dua perkataan yang terlintas dikotak pemikiran saya setelah melihat kawasa kejiranan tersebut, terletak di kaki bukit dengan susunan setiap rumah yang berselerak tetapi sedap mata memandang dan juga berhampiran dengan pantai, lokasi ini memang benar benar mengasyikan.

Keesokan hari nya saya dibawa mendaki bukit yang terletak berhampiran dimana saya menetap agak memenat kan tetapi berbaloi


Berlatar Belakang kan gunung berapi yang tidak Aktif

Berlatar Berlakang kawasan Kejiranan di Patteson Avenue, Mission Bay, Auckland.

.....Bersambung


Wednesday, August 11, 2010

Saya Kembali!!!

Puasa hari pertama, tiada apa apa yg baru melainkan jam masuk waktu bekerja di lewatkan ke jam 9am dan waktu pulang di awal kan ke jam 3pm , dan iya saya cuma bekerja selama 6 jam sehari.

Semalam saya dan rakan rakan sudah membuat persediaan awal untuk berbuka hari ini dengan kami mengentel karipap sardin bermula tepat jam 11 malam seehingga jam 1.30 pagi..

lagi 45 minit sebelum saya boleh pulang, menu untuk hari pertama adalah seperti berikut

Sambal tempoyak, Ikan masak Cili, Masal Lemak Tauge, Karipap Sardin, Popia, telur Dadar, Buah Kurma dan Ulam-ulaman..

kepada rakan rakan dan taulan ..Selamat menyambut Ramadhan Kareem!!

Saturday, February 20, 2010

phone etiquatte?

I was spoken on the phone with Scott, my american friend the other day, and as usual he will end up the conversation without saying "buh bye" as most of asians does. At first I thought that he was in rushed so I don't really bother, but after happened so many time and as a decent asian guy (shut up) I found it a little bit rude, so a question just pop-up from my mouth asking him why he never say "buh bye" every time he want to put down the phone, soon I learned the word of "buh bye" only used to express farewell, an acknowledgment or expression of goodwill at parting by american, thus since ending up a conversation on the phone doesn't consider as a parting that's why most of americans didn't say "Buh Bye" , explained by Scott. Hmmm well it make sense. Yesterday I had a long conversation with my friend in Malaysia after he said "buh bye" I just press the end button on my mobile without reply to his , and after a few minutes I received a text message from him : " dude, did I offended you in anyway while we talked on the phone just now?. I wonder why he send me the msg so I called him again and asked him why should I feel offended..he replied "you didn't say BUH BYE at the end of the conversation"

To Yusuf, how sorry I really am and to Scott thanks for the long explanation the other day and to my self stop being confused!!!

BUH BYE....

Thursday, February 18, 2010

Performance Review


Saya ada lagi setengah jam lagi sebelum saya punya appraisal..sangap gak ..Wonder what kind of Q they will ask..apraisal tiap tiap tahun tapi macam tu juga saya tengok tak ada apa apa pun follow up action untuk staffs.. DRAMA .. kalau ada world wide survey menanyakan perlu atau tidak appraisal ini dilakukan untuk perkerja pekerja saya dengan senang hati nya akan berkata TIDAK, Sebabnya? Sebabnya semua ni DRAMA je..lepas tu buang masa employer dan juga employee, nak tahu bagus ke tidak seseorang pekerja tu dengan cara mereka berkerja la..tengok end result assignment yang diberikan bagaimana? Lepas tu tgk dari displin mereka..kan senang tak payah nak bazir bazir kan masa..orang melayu kan selalu cakap MASA itu EMAS!! Cuba korang tengok kedai mamak yang melambak lambak kat KL tu cuba korang Tanya aney yang tebar roti canai tu diorang pernah kena appraise tak dengan majikan diorang? Cuba Tanya mak cik yang jual nasi lemak pagi pagi tu, Tanya dia pernah appraise pembantu dia tak? Tak pun Tanya apek kat kedai basikal appraisal tu apa? Jawaban nya mesti , TIDAK, TIDAK dan “apa itu apirasel? “

Selepas sejam……
1. Specifically discuss how well the colleague display the company hallmark and guiding principles:
- Jumeirah Hallmarks
- Guiding Principles

Good quality performance: The Colleague demonstrates competent and consistent performance and meets the all responsibilities of the position (Not bed Ehhh…)

2. Discuss how well the colleage is performing their job, citing examples of both good performance and under performance this is based on results and outcomes against previously agreed target
- Delivering results
- Influencing and Communicating
- Embedding an Accountability culture
- Business Acumen

Also fall under, Good quality performance: The Colleague demonstrates competent and consistent performance and meets the all responsibilities of the position

3. Discuss the colleague ‘s attitude and behaviors in conducting their job, again citing examples of both good performance and under performance:
- Flexibility and Adaptability
- Achievement Drive
- Understanding and Assessing Self
- Understanding people

Exceed Expectations: performance regularly exceeds job requirement and often exceeds expectations, The colleague demonstrate a solid , competent and consistent performance and meet all responsibilities for their position..

Wow…….


DRAMA!!!!!!!

Thursday, January 28, 2010

~~~~hmmmm~~~~~


Dah hampir 2 minggu kesangapan melanda life saya kat dubai ni..rutin seharian mejadikan saya seperti robot..bagun pagi, mandi mandi, siap siap pergi kerja, tepat jam 6 petang pulang, mandi mandi siap siap pergi badminton court (tapi dah2 hari tak main gara gara angin yang bertiup) tepat jam 11 lampu padam siap siap untuk balik, sampai saja mandi mandi siap siap tidur… kalau di Malaysia lah dah tentu surat resign dah lama dihidangkan depan majikan…tapi disebab kan mood untuk berkerja diMalaysia masih belum muncul tiba jadi saya memaksa juga diri ini untuk bertahan sambil mencari peluang berkerja di NZ atau Europe.. harap harap bila balik Malaysia bulan 4 nanti ada perkabaran menarik yang menanti..Amin.


Drama di Dubai semakin hari semakin menjadi jadi pula, dengan karenah teman sekerja, keadaaan sekeliling kekadang sampai tak terlarat nak melayan tapi disebab dah tak boleh nak mengelak dilayankan juga. Mentali lebih penat berbanding fizikal nya melayan senandung yang tak putus putus datang, satu hal selesai disuap kan lagi dengan satu karenah, satu karenah selesai di hidangkan pula dengan satu senario…penat !!
Sekarang ini saya lebih senang membazir kan waktu dengan diri sendiri sama seperti waktu mula mula saya sampai di Dubai dulu..layan kepala sendiri..agak agak nak pergi beach, saya pergi..agak agak nak tengok perangai orang ..saya pergi city ..tak pun saya layan DVD, lagi menyenangkan hati saya..tak banyak pengaruh drama yang akan saya terlibat bila kurang pergaulan…


Januari hampir menjatuhkan langsir nya ..dengan harapan Febuari akan cepat berlalu juga…kurang sabar rasa nya untuk pulang bercuti diMalaysia…Mak mesti terkejut sebab saya bilang, saya mungkin tak balik tahun ni…


Cheers!!!

Sunday, January 17, 2010

buh bye kawan


Macam kata bro Jumain bila dah jauh dari family..member2 lah tempat untuk mengadu..gelak ketawa masa happy..lepak lepak lepas habis kerja..

Tadi petang saya baru sahaja mengucapkan selamat jalan pada kawan baik saya di dubai..yup diorang balik ke Malaysia for good..tak pernah pula terfikir jalinan pershabatan selama 20 bulan boleh jadi seakrab macam ni..rasa sedih juga la masa nak hantar diorang tadi dan tidak saya tidak hantar mereka sampai ke airport sebab? Saya tidak suka mengucapkan "goodbye".

Lepas ni dah tak ada lagi dengar lawak lawak dari en hazlan hussin..tak ada lagi dengar Syikin panggil saya "jack". Tak boleh nak kutuk kutuk si aikin dan dah tak ada partner badminton En hazrul..tapi sekurang kurang nya saya berterima kaseh kerana dipertemukan dan berpeluang untuk mengenali dengan mereka mereka ini, setiap satu nya mengajar sesuatu yang saya kurang dari hidup ini.

Macam ada satu lirik indonesia " persahabatan umpama kepompong yang berubah menjadi kupu kupu". Walaupun kekadang terasa masam dan pahit namun itu adalah salah satu "warna" yang mewarnai kanvas dan membentuk satu hasil seni yang bertittlekan "kawan"

Hilang tumbuh patah berganti..mungkin, bukan mungkin tetapi memang tidak akan sama bila bertemu yang "baru". Namun itu lah adat kehidupan yang mempunyai rantai kitaran..yang pergi akan sentiasa diingati dan pasti akan terus berhubung cuma dari fizikal nya sahaja pasti dirindui..dan yang baru dan yang masih bertahan di Dubai..semoga persahatan ini akan terus kekal sampai tak tersampai..

Akhir ..terima kaseh buat Syikin, Aikin, Azrul dan Hazlan atas peluang yang diberikan untuk mengenali anda atas tiket "persahabatan" akan saya memorikan kenangan bersama di dubai!!