Monday, December 26, 2011

Di bawah laluan memori



Top-10 perkataan / benda yang budak budak sezaman saya dengar diorang akan paham tapi budak budak zaman sekarang dengar diorang akan blur blur

10. Kodak ; filem yang digunakan untuk Kamera lama bagi mengambil gambar, kalau sebut Kodak sekarang mesti budak budak la ni ingat brand kamera, walhal zaman aku bila sebut Kodak je automatic tahu kena beli filem
Contoh ayat: kau pegi beli Kodak 36 ( 36 membawa maksud banyak atau jumlah Frame dalam satu Kodak /role filem)

09. Cuci Gambar; Hahaha zaman saya diorang tak panggil develop..kalau dengar dek budak budak zaman sekarang mesti dia ingat gambar yang dah di print out lepas tu kena cuci pakai mesin basuh.
Contoh ayat: Wei Leman !! gambar tangkap hari tu kau dah cuci ke belum?

08. Kaset ; berbentuk 4 segi, lepas tu dalam dia ada dua roda yang menyambung lilitan riben..kena pasang radio yang ada cassette player baru boleh dengar lagu.. dan selalunya bila reben dia terbelit budak budak sezaman dengan saya akan tarik keluar lepas tu pusingkan balik dengan menggunakan pen atau pensil, bagi cepat sikit reben tu masuk.
Contoh ayat: Pinjam kaset Amy Mastura kau sehari

07. BMW ; Bas Mini Wilayah..Comel je bas ni, dulu masa mula mula keluar warna dia kuning air lepas tu dah lama sikit nak nampak kan ke “cute” an dia tukar kaler PINK..sebuah pengangkutan yang agak reliable waktu itu, dengan hanya bermodalkan 60sen anda boleh kemana mana sahaja.
Contoh ayat: wei kau naik BMW ke SRIJAYA (pesaing kepada BMW, tetapi lebih besar dan harga tiket bergantung kepada destinasi yang dituju, selalu nya dari sekolah saya ke bus stop rumah Cuma kena 20 sen je) tadi?

06. Profesor Serba Tahu (PST) ; Ha! Dia ni kira mascot untuk komik paling awesome masa zaman saya..iaitu Gila – Gila .. Kepala botak , janggut sampai paras dada..lepas tu dengan kaca mata hitam bulat.
Contoh ayat: kau ni nak jadi PST ke…? Semua benda kau tahu!!! (selalunya ayat begini digunakan kepada member member yang berlagak tahu semua hal…kalau sekarang diorang akan kata “kau ni google ke?”)

05. Cipan; tidak la diketahui apa kah sebenarnya cipan ini tetapi agak popular setelah pengunaan kerap kali dipakai untuk komik majalah Ujang, selalunya digunakkan untuk mengeksprasi marah yang tak berapa marah, rasa yang best , dan juga boleh digunakan sewaktu sedih. Ingat cipan tiada kena mengena dengan Lipan!!!
Contoh ayat: kau ni perangai macam cipan la (cuba gunakan ayat yang sama tapi tonasi yang berlainan seperti Marah , gembira dan sedih)

04. Walkman: Sejenis gadget yang paling cool sebab dengan benda ini anda boleh mendengar radio dan memain kan kaset dimana mana sahaja..kalau sekarang korang pakai MP3
Contoh ayat: “ kenapa kamu dengar walkman dalam kelas saya!!? bak sini menatang tu..awak boleh amik balik benda ni hujung semester 2!!!” marah cikgu kemahiran hidup ke saya (kejadian benar!!!)

03. Terop: Kad gambar yang datang dalam size kotak mancis dan mempunyai gambar kartun…
Contoh ayat: Jom main terop!! (pelbagai bagai kaedah untuk permainan terop ini..nanti kalau ada kelapangan saya buat entri untuk permainan terop)

02. Pacak: Disebut ketika bermain guli..pemain yang gilirannya untuk membunuh pemain lain akan membaling kan gulinya bagi mengena guli lawan.
Contoh ayat: Pacak la guli dia!!

Yang last dan yang paling aku ingat sekali adalah perkataan:

01. SEP: bermaksud untuk anda menyentuh tapak tangan rakan anda bagi membolehkan dia bermain dan anda boleh berehat untuk permainan seperti polisentri, kaki tempang atau galah panjang..dia lebih kurang macam high-Five la tapi dia tak high …. korang tunjuk je tapak tangan kat member korang lepas tu cakap “Sep ”..mana member yang perangai macam gampang tu ..tak nak di sep sep nya kita sebab tak nak kasi main….
Contoh perkataan: “Wei sep la aku cepat!!!cepat la!! Sep la cepat”

Note: Gambar tiada kena mengena dengan entri ni, cuma zaman saya kecik kecik dulu suka tengok kartun ni..even nama dia pun sama dengan nama saya..hahaha..jangan marah nanti saya pengang subang dan bertukar!!

No comments: