Thursday, December 8, 2011

Macam best je si Juri tu....


Apa yang di marah sangat Azmeer si composer tu pun saya tak tahu..dalam Utusan dia kata dia dah buat kerja ni berpuluh puluh tahun so dia tahu orang tu boleh nyanyi atau tidak..kalau dah berpuluh tahun kerja encik Azmeer, takkan masih tak ada sikap professional ? mana perginya kerja puluhan tahun yang kau claim tu?

Saya masih belum berkesempatan menonton rancangan yang dijurikan oleh composer yang “hebat” tu lagi, teringin juga nak tengok episode dimana dia angkat kaki sebab dah tak larat nak dengar nyanyian dari peserta peserta rancangan tersebut..kiranya dia give up la eh ? ke pihak stesen TV ada bagi skrip suruh kau buat cam tu? Walau apa apa pun saya rasa benda ni tak sepatutnya terjadi nama pun pertandingan kalau kau nak perfect kau nyanyi sendiri la…err…kau pernah jadi penyanyikan dulu? Lagu apa yang kau famous tu? Berapa album kau keluar? Nak kata kau ni hebat sangat pun tak la juga setakat 2 -3 penyanyi kau yang meletop yang lain bungkus tak yah claim kau bagus la bro… jadi mentor pun kau bungkus, kan? Hmmmm jadi tak payah la nak tunjuk kan baran kau kat seluruh rakyat Malaysia..kalau dah give up sangat tak suka orang nyanyi sumbang berenti je dari jadi juri…end of the story..hang nak pening pening kepala buat apa..orang pun tak menyampah dengan kau… lagi satu saya nak sentuh la..pengunaan bahasa “kau aku, kau aku” tu best sangat ke?

Kalau En. Azmeer ni rasa dia Best tahap Gaban apa kata dia cari penyanyi yang boleh diketengahkan di arena antarabangsa, bagi tahu kat rakyat dunia yang Malaysia ada penyanyi yang boleh duduk sebaris at least sama dengan Brandy la (kalau Mariah Carey tu melampau sangat) aku nak tengok dia buat..Kerja dah puluh puluh tahun bro, takkan nak berbangga dengan produk cap kampong je? Bila nak merasa peroduk yang boleh diketegorikan GLOBAL? Tengok Macam KRU tu produk dah sampai Negara Mat Saleh tapi masih lagi dengan perwatakkan padi yang sentiasa menunduk..setakat kau punya hasil tangan lepas sampai LEBUH RAYA UTARA SELATAN je , rentikan la salakan salakan yang buat orang mengumpat fasal kau…

Saya tak menyampah dengan lu bro, tapi lepas baca self claim kau kat dalam Utusan tu..terus rasa geli geleman dengan kau..

Ada berani kita fight la..lu cari satu artist wa cari satu artist lepas tu kita masuk next season MENTOR tengok siapa menang amacam ABANG AZMEER? Ada beran tak?

2 comments:

Faisal Hamzah said...

aku dah stop rancangan vokal tu sebab dia la, pertamanya bahasa dia yang x kena tempat "aku kau, kau aku". Pastu secara teknikal tak dak lah aku dengar bernas sangat kepada peserta. Aku ingat Syafinaz akan jadi juri, sbb makcik tu mmg power la. Corporate function mmg dia yg jadi pilihan, ataupun Adibah noor. Kalau komposer, aku setuju KRU, sbb diorang workaholic, bukan attention seeker macam Si Azmeer poyo nieh...so memandang x nak memeningkan kepala, aku pon stop nengok rancangan tu...kesian rating tv3 kurang sorang penonton hehehehe

Durian said...

mamat tu memang meglabah la ..sebab nak terikut ikut sangat style simon cowell la tu kononnya..tapi tak sedar kalau nak banding dia dengan si Cowell tu bagai langit dan Bumi.. dan aku berasa simpati sebab TV3 hilang satu penonton tegar untuk menonton rancangan tersebut hik hik hik