Tuesday, January 31, 2012

Afwan Hj Adi: AJL 26, Kata Mek.....


Mek Sedih , dah nak kena balik Dubai, hmmmm tak dapat jumpa abang yang cakap Bahasa Malaysia slang slang London tu lagi..  tapi takpe sekurang kurang nya Mek tak payah nak bagi eskus propa Mek kat Abang putih putih merpati itew lagi..rimas sebenarnya mek tatkala bertembung dengan Mat Salleh yang terlebih Sallehnya itew..kalau borak habis lencun muka Mek ini kena tempias saliva nya !!

Dengar citer empunya blog si Bethinas jatuh sakit, deman selesema katanya..kau kenapa jantan? Sedey  “sedetik lebih” tak menang juara lagu? Ha!! Mek bukan nak meroyan uols hokay..worry the not!! Tapi Mek Heran la macam mana lagu “Awan Nano” tu boleh menang!! Lirik biasa biasa sahajork…melodi pun tak adalah can do mana pown..tapi boleh jadi Juara? Macam mana itu? Cara penyampaian okay la .. mamat tu hit la semua not, tapi..semua penyanyi yang bertanding pun hit all their keys .. si Penyanyi Aliya yang Mek tak pernah dengar lagu nya pun boleh tahan teknik nyanyia nya… Mek dah confident confident siput babi yang “Sedetik Lebih” akan menang, alih alih si Nano tu yang menang, macam mana uols …? Redha je la… Mek nak cadang kan la supaya TV3 in the future dapat menetap kan kretaria yang dicari bagi menabalkan pemenang bagi setiap lau yang bertanding… baru la oreng oreng  orang orang kebanyakkan macam Mek boleh faham bila sesebuah lagu itu diangkat sebagai juara!! So nanti keesokan hari nya dekat suratkhabar kita tak payah la baca klise pembukaan si Normah dan si Joyah “Rumah dah siap, pahat masih berbunyi….”  Khen ….? Sudeh!!! kau ingat kau boleh jadi sastrawan Negara setakat letak perumpamaan budak sekolah rendah itew…? Berhangan la ko perempuan!!  

So far untuk Juara lagu edisi yang ke- 26 ni Mek Cuma enjoy bila time dato Shiela Majid buat opening shajork , show yang lain lain tu Mek okay okay aje tak la sampai mek nak berjimba bagai!! Dan lagi satu yang arrangement lagu senandung semalam tu kenapa la masa first verse tu boleh diselang selikan dengan bunyi petir…? Mak ampun…emosi Mek terus terganggu hokay…dah la dengan effect lighting  yang konon konon nya kilat itu telah FAIL dari sudut padangan Mek yang vas ini…!! Haiyo..TV3 tolong lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh……!!!

Apa apa pun masa Mek nak cari VC Sedetik lebih nyanyian si Jac tu Mek terjumpa pulak yang ini…Acis, ya ampun kau teramat la can do!!! Nasib baik lakinya si Dato’ Sheila Majid kalau tak siang siang Mek dah caras  hokay!!! Mek asyik repeat time camera focus kat Acis!!! Haiyo manis sungguh senyuman abang Acis walau pun ber-braces bagai!!!



Sunday, January 29, 2012

Kau beredusta pada kawan ku....

Saya demam , doctor arab tu kasi saya cuti 2 hari...saya tak ada mood nak tulis apa apa hari ni..so korang enjoy la video clip kat bawah ni ye!! jangan tanya kenapa lagu ini..kau beredusta pada kawan ku!!!


Saturday, January 28, 2012

Kpop saya benci!! (sambil buat muka comel)

Macam yang pernah saya tintakkan semasa mengutuk keras fasal kpop Malaysia, yang saya tidak berminat dengan kpop- kpop ini..mahupun yang datang dari Korea, korek shini..setelah menerima surat layang ntah dari siapa yang mengatakan "kau dah dengar ke diorang(kpop Malaysia) punya lagu? Yang Korea pun kau tak dengar, lepas tu nak kutuk kutuk ... Kecoh la kau ni..." lebih kurang macam tu la bunyi surat layang itu...untuk berkelakuan adil saya pun mula mencari satu band dari korea kat youtube.. Macam kat bawah ni.

Not bad...muka memang stock jambu, no wonder remaja remaja perempuan kat Malaysia terkinja kinja bila tengok diorang kat TV atau pun live, music pun boleh tahan sampai kan ibu jari kaki kanan saya bergerak mengikut tempo music, dance pun mantap timming perfect,mereka juga tidak sehabis daya cuba mengkiutkan muka mereka, kerana mereka memang sedia ada kiut, overall memang kena la dengan diorang puya culture..but masih lagi not my cup of tea.

Kemudian saya cari pula video kpop malaysia...seperti dibawah

Saya tak nak ulas panjang...cuma saya nak kata kali ini tapak kaki saya laju je bergerak seperti nak cari diorang ni sekor sekor lepas tu nak bagi tapak kaki saya ni kat sorang sorang...muka masing masing stock tongkang pecah, walaupun telah sehabis daya mengkiutkan diri masing masing haish....,music macam gampang, menari? Masalah nya diorang menari ke? Saya tengok macam beruk kena belachan je..semua point yang saya buat berakhir dengan tanda seruan okay..menandakan saya cukup menyampah!! Overall saya memang akan hadiah kan tapak kaki saya ini kat perut atau muka diorang kalau saya terserempak kat tengah jalan.

Gara gara melihat video lagu kpop dari Malaysia ini..saya terus jatuh sakit; dengan demam, sore throat, flu.....kuat sunguh aura busuk mereka itu...wueksssssss....!!!

P/s: yang kpop perempuan pun ada gak nama nak kiut "gula gula" . tak sanggup nak post kat video diorangkat blog saya ni..sebab saya terlalu menyampah!!!korang search la kat google..jangan salah kan saya sekirannya anda mengalami buasir dan muntah berdarah setelah melihat video mereka.

Friday, January 27, 2012

Afwan Hj Adi: sekus meh!!

Morning  uosl!!! Sini pagi lagi hokey!!! So jangan nak cerca cerci Mek bagai!!! Hahahahaha, tadi Mek pergi breakfast kat restoren hotel ni, lepas tu boleh pulak terjumpa dengan orang Malaysia..dia padang mek, mek padang dia..Mek ingat dia nak feeling feeling ngan Mek...lepas tu dia datang dekat Mek..wahh Mek nervous nehh!! Abang cando kulit putih putih Merpati datang dekat Mek...lepas tu dia tanya Mek!!    " Oreng Malayzia? ", Mek angguk la...wah kelas mat salleh boleh cakap Bahasa Malaysia...Mek tanya la dia local ke..? Dia kata tak..dia kat sini sepuluh hari sahajork..from dialect dia nampak macam dia tak pernah duduk kat Malaysia, so Mek yang busy the bodi ni pun tanya la lagi..." you duduk kat mana?" dia jawab " hi duduks thi Ampeng..."   Wah ...duduk ampang...nak kepastian kenapa dia cakap macam tu mek tanya lagi...al maklum sebelum nak menistakan orang kena pasti kan dulu fact nya..nanti Joyah dan Normah akan mencerca cerci Mek.. So mak tanya la jans sekor ni "tak sebelum ni..sebelum you duduk Malaysia..you tinggal kat mana?" dia balas " no...no hi thidak fernah dhudhuk dhi mana mana shelain Malaysia" Mak telan air luir , lepas tu Mak cakap dalam hati..yang kau cakap macam ada pisang dalam mulut kau tu kenapa? Chachat kah? Mek malas nak melayan takut nanti mak tersembur asid cuka Mek kat muka dia..Mek pun berlalu lah pergi, Mak bagi excuse kat dia Mak cirit berit....belari lari anak mek sambil menyanyi "suri ram, suri ram....." . terkesima saloma abang putih putih Merpati  itew.

nah!! video ni buat habang itu tadi

Mek balik malaysia nanti mek nak cakap tapi ada slang arab kat Lorong Hj Taib tu nanti...supaya habang habang kat lorong tu terkesima terus bertaubat nasuha hendak nya....voley..?

Thursday, January 26, 2012

Indentiti


4 tahun lepas masa mula mula sampai kat Dubai,  nampak pak arab pakai Jubah putih atau “Kadora” merata rata yang perempunya pulak pakai jubah Hitam atau lebih mesra lagi diorang panggil “Abaya” saya dengan geng geng Malaysia dulu kita orang panggil “Siti Nurbakyah”.. masa tengok dulu rasa kesian je dekat diorang macam tak ada baju lain yang diorang boleh pakai dan nampak macam low class sesangat!!  Rupanya saya telah tersilap!! Pakaian traditional ini memang diorang sengaja pakai setiap hari ini untuk memperlihat kan imej dan  status bangsa arab itu sendiri melalui pemakaian tersebut!! Setelah 4 tahun di UAE saya dah terbiasa dengan senario “Kadora” dan “Abaya” ini..kalau dulu rasa kesian sekarang rasa diorang ni macam jenis yang arrogant dan snobbish pulak..sampai kadang kadang saya rasa macam nak lempang lempang je diorang ,lepas tu suruh pandang dinding selama 3 jam kalau yang perempuanya pula..



Cuba kalau kat Malaysia yang lelakinya pakai baju Melayu setiap hari dan yang perempuan pulak pakai Baju Kurung..baru la kita ada indentiti sendiri .. lepas tu korang pun boleh la ada attitude yang arrogant dan juga snobbish terhadap orang luar..macam kat sini pak pak arab dan minah minah arab (local) kebanyakkan diorang tak pedulik  fasal tata terib dengan bangsa luar..yang diorang tahu apa diorang nak buat, diorang buat ..sebab diorang ada mindset  “ Negara aku ..aku lah tuan, apa aku nak buat sukati mak bapak aku”  dan kebanyakkan expatriate dan juga tourist agak respect kepada  arab arab local ini dan jarang sekali la nak tengok diorang dapat pijak kepala.

bukan baju melayu ini
ya saya suruh buat pakai hari hari.
nanti orang kata kau giler glamour pulak
cari la yang simple sahaja.

Masa saya balik Malaysia itu hari ..masa nak buka puasa kat KLCC ada satu kumpulan awek awek pantai timur ni dah booking 2 table untuk berbuka, lepas tu diorang semua pergi beli makanan..tak sampai 5 minit diorang tinggal kan table, datang 3 orang Mat Salleh yang keji amik satu dari dua table diorang..lepas tu bila awek awek pantai timur ni sampai kat table diorang tengok table tinggal satu je..lepas tu diorang boleh diam dan tak cakap apa apa…yang Mat Salleh yang keji tu pula boleh huhahuhahuha macam diorang puasa…kalau kat sini dah kena perembat dah dengan pak pak arab silap silap yang minah arab pun perembat diorang sekali…

Baju kurung moden

Saya tak nak suruh korang kat Malaysia untuk jadi snobbish macam sesetengah arab kat sini..Cuma kadang kadang tu korang kena fight for your right la juga..jangan la disebabkan kita ni orang Asia senang untuk kita dikotak katik kan!! Hanya disebabkan kemaluan korang terlalu besar (kemaluan; saya merujuk kepada si pemalu  dan bukan “kemaluan” itu okay!! Terima kasih)

Wednesday, January 25, 2012

Semalam Saya...........


Semalam bos kasi cuti suruh re-new UAE national card yang dah expired bulan enam…tahun lepas. Dan disebabkan berkemungkinan besar saya akan dipenaltikan sebanyak AED1000, saya dengan bangga nya mengambil keputusan untuk duduk dirumah sahaja dan cuma akan meng-re-new-kan pada hujung minggu ini.
Emirates National ID yang telah luput tarikh pemakaiannya
Sepanjang keberadaan saya dirumah saya cuma melakukan perkara yang paling digemari iaitu makan-tidur-tengok-tv-makan lagi, walau bagaimana pun saya telah merajinkan diri juga semalam untuk berpeluh peluhan di gym selama 45 minit..kembang kempis hidung tatkala belari atas treadmill.

gigih merekodkan bahan bukti takut korang tak percaya
Balik tengok burung kakak tua tengah masak ..apa lagi saya pun mengambil kesempatan dengan mendudukan diri di meja makan sambil menunggu kemasakkan roti tortilla yang berbungkuskan daging panggang dan disoskan dengan garlic sos!!! Sempoi!! Diet? Takpe esok esok boleh…lepas tu tak cukup dengan itu..saya buat pulak lempeng pisang untuk dessert!! Wahahahahaha !! sedap wei!! Cakap banyak tak mau la korang layan je la gambar di bawah!!

Tortila daging bersama sos bawang putih
Sos Bawang putih, Daging Salai , Sayur dan juga  Sos Kimball
dekat 2 jam setengah saya lenyek pisang ni
hahaha lempeng pisang yang sedang dalam pemprosesan
Lempeng Pisang di Dubai

KAKI ORANG YANG DALAM KEKENYANGAN!!

Pada sesiapa yang nak resipi diatas korang boleh la melayari www.resipi?resipiapa?carisendirilawei.com


Tuesday, January 24, 2012

Afwan Hj Adi: bye bye uols

Sorry la uols, Mek agak keterlewatan mengepost entri Mek untuk minggu ini...sebenarnya kalau ikut kat hati Mek yang melonjak kengumbiraan gara gara akan mengtravelkan diri Mek yang vas ini malas rasanya nak meroyan, namun sebab dah berjanji bagai dengan si Durio Betinas itew nanti dia carutkan Mek pulek khenn...koser sangat kau betinas!!!

Mek sekarang ini berada di lapangan terbang terminal tiga Dubai...pergi mana? Perlu ke Mek nak report kat uols!!? Haiyo very the Normah dan Joyah hokay!! Tak ada makna nya Mek nak bagi tau kat uols..nanti Mek tak ada  privacy nak melacurkan diri Mek diluar negara...ha..kelass Mek... Tak pun nanti jadi macam kes hadek Amelina pelajar cemerlang itu khenn, abis gambar Mek keluar kat internet bagai...siapa yang malu..meveka dan keluarga meveka jua!! Jadi biarlah Mek rahsiakan destonasi percutian Mek..okay uols?

Mek kalau nak bercuti ni uols ..mek very the details..walau pun hanya nak pergi seminggu aje beg toksah citer dreber teksi mek ingat mek nak balik terus!! Lepas tahu mek cuma nak pergi seminggu sahaja dia carutkan Mek!! Voley? Uols mampu dreber teksi sekolah kan uols? Sudah nya mak menadah telapak tangan gaya berdoa meminta drebar teksi tu senyap..terkesima sekejap abang drebar dari pakistan yang hidungnya mak ampun macam pinochio hokey..bulu mata lentik!! Mak feeling feeling Manisha Koraila sekejap?

Hakoy la uols ..mek dah nak check-in ni...mintak mintak seat sebelah mek nanti ada abang abang yang can do boleh Mek mengewdeik kan diri Mek yang sedia ada gewdik ini...

P/s: hari ni mek feeling feeling ustazah pilihan sebab tu mek tak carutkan sesiapa pun untuk entri ni..takut nanti kapal terbang terbalik tak sempat nak bertaubat..

Monday, January 23, 2012

Carca Marba

Mak aih..sejuk la pulak pagi ni kat Dubai sampai ke tulang belikat sejuknya.. semalam suhu cecah sampai 12c giler!! apa apa pun saya nak berterima kasin kepada blogger yang bernama Man Yusoef (korang boleh check out blog beliau kat klik sini ) atas penjelasan tentang siapakah Ben Ashaari melalui komen beliau di entri saya yang bertitle kan “Siapa Bunuh Alice?” “Siapa Ben Ashaari?” ..dan Iya saya tahu siapa Awal Ashaari itu. Saya cukup peka yang blogger Ben Ashaari ni begitu fofular sekali ..tapi saya nak tahu kenapa dia begitu fofular dan kenapa ramai blogger yang begitu teruja bila dia datang menjenguk ke blog korang?

Apa apa pun sebenar nya saya tak tahu nak tulis apa pagi ni…

……Dan yang best nya pagi ni, saya masuk masuk kerja je..Jaga Nepal kat tempat kerja tanya saya dah letak entri baru ke belum? Ketawa berguling guling macam tengeling saya pagi ni…saya tanya dia macam mana dia tahu, dia kata saya selalu advertise kat FB, sebab tu dia tahu, saya tanya dia lagi ..dia faham ke apa yang saya tinta kan tu? Dia cakap tak faham tapi dia nak support gak!!! Caya la Pak Guard!! You’re simply the best!!! So entri yang ni saya dedicate untuk Jaga kat tempat kerja saya!!

Saya selalu gak layan borak dengan Pak Guard ni bila ada masa terluang..macam macam cerita yang saya dapat especially cerita cerita fasal family dia dan juga mengenai kekorupan Negara beliau..kalau korang tengok dari fizikal korang mesti ingat Pak Guard ni umur dalam likungan 30 – 35 tahun..tapi sebenar nya muda lagi mamat ni, baru 24 tahun tapi dah ada 2 orang anak… saya pernah tanya dia macam mana boleh merantau sampai ke Dubai? dia jawab; sebab susah nak cari kerja kat Negara dia tu yang dia merantau sampai ke Dubai!! Dia kata lagi masa dia nak datang sini dia terpaksa bayar 1 lakh ( RM4200 kalau Dirham pula dalam 5000 la) , dia gadai kan motor kesayangan dia buat bayar duit agency ..lepas tu terus dia datang sini.. saya tanya dia lagi, suka tak dengan kerja yang dia buat sekarang ..dia jawab tak..sebab kompeni yang dia bekerja sekarang ni macam gampang!! (dia tak kata gampang ..saya yang tulis..sebab dia tak tahu apakah gampang itu..dia cuma kata dia tak suka.sekian terima kasih) so saya pun kekadang tolong la dia cari kan kerja lain through on line application..so far saya dah submit resume dia kat 2 tempat dan sekarang ianya dalam pemprosesan.. semoga dapat la kerja yang dipohon oleh Pak Guard kesayangan saya ini dan selalu selalu lah jenguk blog saya ini walau pun saya tahu pak guarad tak faham sepatah haram pun.

video


p/s: pak guard ni juga mintak saya ajar kan perkataan dalam bahasa Malaysia so far 3 perkataan telah dipelajarinya " Beruk", "Keldai" dan juga "Hanjeng kau!!"

Sunday, January 22, 2012

Supir Teksi saya yang bingai!!


Nota: Cerita kat bawah ni sebenar terjadi 2 tahun lepas cuma baru sekarang saya nak war war kan kat korang!!!

Untuk perkara diatas , saya memang benar benar teruja untuk menjadi seorang pemarah dikala ini. Gara-gara bermain catur sehingga jam 2.30pagi dan juga mengumpat mengenai seseorang saya telah terlewat bangun pagi untuk bekerja, dengan lantas saya mendapat kan “BeriHitam” dan mendail punat punat hitam dipapan kekunci telepon pandai saya. Pelayan Khidmat pelanggan nya yang dulu seorang manusia kini telah digantikan dengan system suara bekomputer..

AHLAN WASALAM..BLA..BLA..BLA.... ( Arabic operator)
Press 1 for Arabic
Press 2 for English
-Saya tekan 2-
If you have your address registered press 1 for immediate booking
-Saya Press 1-

Tengah saya siap siap supir teksi menelepon ke BeriHitam hitam saya, saya diberi tahu yang BELIAU akan tiba ke kediaman saya dalam masa 5 minit!!! Jam di dinding menunjukan kedudukan jarum panjang diangka 6 dan yang lebih pendek diangka 7 dan saya cuma ada 25 minit untuk sampai ke office..disini lah bermula episode Cibai!! Tempoh 5 minit yang diberikan oleh supir saya berubah menjadi 10 minit..macam gampangkan, Jadi ? bermakna saya cuma ada masa 20 minit, dalam kotak fikiran saya cuba meng-optimistik-kan diri sendiri yang saya dan juga supir saya ini mampu untuk sampai Di DIFC sebelum jam 8am..

Sheikh Zayed Road jalan kebiasaan yang diambil oleh supir-supir lain tidak menjadi pilihan lelaki berbangsa India ini dengan senang hati dia nyanyi lagu Hindustan dia pun melencong ke kanan menuju freeway Al-khail road seraya dengan itu saya hanya melihat jalan yang disebelah kiri saya,jalan yang menuju ke Sheikh Zayed Road dengan keadaan tecenggang, selepas saya tercenggang untuk beberapa saat saya menyapa supir teksi ini dengan sopan dan tertib, “My friend why you follow this way instead of taking the Sheikh Zayed Road” dia pun balas dengan tertib juga “No my friend this way is much more faster and you will pay less than usual” untuk rekod, perbualan ini belangsung dalam keadaan trafik yang agak teruk dimana kenderaan bergerak secara perlahan lahan gara gara didepan ada satu “roundabout” yang agak besar dan mempunyai lampu isyarat disetiap cabang..YEA!! . 10 minit dihabis kan untuk melewati lampu isyarat berkenaan BERMAKNA saya hanya berbaki lagi 10 minit untuk sampai di DIFC

Sepanjang perjalanan di Freeway dalam kepala hotak saya ini asyik memikir kan jalan alternative sesudah teksi ini memasuki interchange ke DIFC kerana saya pasti, berdepan dengan Dubai Mall pasti kenderaan bergerak perlahan lagi...setelah semua sudah siap sedia dalam kepala hotak saya, dimana jalan berdepan dengan Rotana Al-Morroj Hotel menjadi pilihan saya..Si Supir ni pula boleh jalan terus, BELIAU sepatutnya pusing ke kanan selepas lampu isyarat..saya tanya, dia nak ikut jalan mana dan kenapa, mengapa tak belok ke kanan selepas lampu isyarat tadi, kali ini pertanyaan saya dengan nada agak kecewa dan panas hati..NAMUN si Supir dengan senyum senyum kambing gurun menjawab “don’t worry my friend, I take the DIFC road very fast..Very fast” . Very fast, Very Fast hamik kau depan lori besar juga ada duduk dan iya saya telah beku disitu 15 minit lewat jam 8..dan akhir nya saya BERJAYA sampai di DIFC hasil usaha si Supir tepat jam 8.20..

Saya tak sempat beli kopi...saya masuk lambat...dan ayat ayat manis yang diucapin oleh si supir “you will pay less than usual”...adalah propa semata mata ... 35 Dirham, 12 dirham terpaksa saya tambah dari biasa!!!... keseluruhan perjalan pagi ini amat memberangsang dan AWESOME!!!

Saturday, January 21, 2012

Siapa Ben Ashaari?



Maaf kalau headline entri saya ni agak kekurangan sivik sedikit bunyi nye atau paling tidak pun saya kelihatan seperti manusia yang jauh ketinggalan dengan fenomena blogger di Malaysia..maaf lah..saya follower pun baru ada 8 orang..pageview pun baru cecah 3k sahaja.

Saya cuma ingin tahu siapa kah gerangan empunya nama diatas tapi sampai sekarang pun saya masih kurang informasi mengenai blogger yang saya yakin memang popular sekarang ini di Malaysia..saya dah google nama blogger Ben Ashaari namun tiada wikipedia yang menyentuh mengenai blogger ini, saya cuma diberikan "link" menuju ke blog beliau.. Setelah saya mengklik kan ke URL yang diberi, page blog beliau terus terhidang didepan skrin iPad dua saya..tapi saya masih lagi tidak mendapat informasi tentang si empunya blog...paparan blog pula kelihatan agak "sibuk" dengan iklan iklan yang ditempelkan..namun apa yang pasti blog surarumah ini mempunyai follower yang ramai melebihi angka 22000' dan apabila saya klik kat salah satu follower beliau ada satu entri dimana follower beliau begitu terkejut tatkala melihat Ben Ashaari ini mengikuti perkembangan blog nya... Dalam youtube pun ada sorang vlogger yang berterima kasih kat Ben Ashaari ni sebab beliau ada melawat blog si vlogger ni... begitu sekali auranya..

Saya berasa bangga dengan perkembangan yang agak drastik scene blog di Malaysia...cuma kalau ada blogger yang diluar sudi kiranya menjelaskan kepada saya siapa Ben Ashaari ini saya bebenar berterima kasih kepada anda...nak bagi hadiah tiket penerbangan ke Dubai nanti trafik blog saya terus jammed pula..( belagak betul mamat yang cuma ada 8 followers ni)

Nak tanya jullia " karbon kopie" jukongyu  takut kena gelak berjemaah la pulak.

Friday, January 20, 2012

Afwan Hj Adi: apakah masalah pondan tua itu?

Haiyooo!!!! Sampai ke Dubai kecohnya kes pondan seekor tu!! Ni Mek terang terang nak mencerca cerci sikit!!
Hengkau kalau dah tua buat la cara tua !!! Hengat hengat la sikit rumah dah kata pergi neraka dah panggil mari … dulu masa hengkau nak pergi Mekah ..kecoh satu dunia hengkau bagi tau,  kata lepas balik dari mekah hengkau nak insaf nak bertudung litup, menuntup aurat, menjaga mulut tup tup kecoh kena tahan dengan polis, kes apakah? Kes keji mengeji ?…kelasss kau Maria!!!

Mek sebenarnya heran dengan jantan meroyan seekor ni..kejap dia ok karang tetiba naik hantu kak Limah dia terus pergi maki orang sana cerca orang sini kat twitter dia, kata orang ni tak betul, orang itu salah… yang best nya semua orang dia bahasakan..bahasa pula minta hampun very the hazab very the puks!! Cikgu kat sekolah Tamil Ulu Bertam Melaka  pun kalau dengar menanges air mata nanah 3 hari 2 malam, gara gara tatabahasa yang amat lintang pukang…si Normah dengan si Joyah pulak berhenti terus dari menulis berita dan melukut ditepi gantang sepanjang tahun Khinzir . Hengkau kenapakah? kalau ye pun hengkau nak publisiti takkan la sampai cam gitu sekali sundel oiii..

Dulu masa mula mula jantans sorang ni keluar TV hokay je Mek tengok..gagah perkasa , suara macho ala ala abang Mahathir Lokman gitew..lepas kena reject dengan hakak J.Lo terus buat perangai Lorong Hj Taib dia.. muka hengkau kalau suci murni takpe sejuk juga la Mek menengok nya, ini muka ala ala suci dalam debu gitew..ditambah pulak dengan perangai  jijiks nya …Mek rasa macam nak tempeleng tempeleng je lepas tu hempuk kat dinding toilet blueboy biar cacat dan hodoh supaya orang bertambah jijiks dengan jantan penista itu. 

Hokay la uols Mek dah penat membuat onar  dengan menistakan jantas sekor ni…Mek nak mengucapkan selamat tinggal dunia pondan  Selamat hari Jumaat dan selamat beramal buat uols semua semoga ceria ceria selalu…

Nota: Motip Sibetina (Durio) berpuisi bagai untuk entri terbaru ? kau pun nak meroyan jugek?
 
 

Thursday, January 19, 2012

UBI



Ku mencari perhatian yang telah lama tidak ku beri. Teraba aku dalam kepekatan hitam..

Risau juga timbul, gara gara tercalit dalam kegelisahan gelap..

Tuli kala mendengar..buta ketika celik..

Yang terngiang hanya suara bisikan anasir yang terkadang menakutkan, namun hati masih keras untuk tidak bergoyang.. Angkuh!!

Yang terlihat hanya apa yang ingin dilihat..Sombong!!

Diam kan sahaja onar yang pernah terjadi, bisingkan terus sebaris dua nilai budiman agar kepandiran dapat diselubungi…inilah watak sejati si politikus!! Kau, bukan aku…

“Tepuk dada tanya selera”? persetan kan itu…bukan kau dan aku mempunyai selera yang berbeda!!?

Jadi ? dihitung dan ditimbal bagaimana dosa pahalanya?

Aku kah yang benar atau benarkah aku yang salah?

Atau aku dibenarkan untuk menyalahkan kau?

Akan kuhempas dan kulemparkan mainan dalaman “orang besar” supaya tak terjebak kedalam kancah jijik yang sungguh kotor!!

Takut kalau aku sendiri terkeliru antara dosa, pahala..berdosa nanti aku.

Politikus atau Ubi?

Aku pilih Ubi.

Wednesday, January 18, 2012

Gula Gula Politik!!?



Katanya bukan gula gula politik!!! Korang tengok gambar tu!! kalau boleh replika cek tu biar besar lagi..baru orang tahu yang korang ada buat sumbangan “bukan gula gula politik”!!! Saya tak kesah kalau betul pun ini adalah gula gula politik!! Tapi tak payah lah kau buat sumbangan siap panggil surat khabar suruh buat liputan lepas tu kata ini bukan “gula gula” politik!! Apa motifnya? Nak buat sumbangan kau buat diam diam je!! Kan ? tak sangka pulak saya cara berkempen macam ni masih wujud lagi kat Malaysia… lagi satu saya nak tanya !! sumbangan RM500 on monthly basis ke? Yearly basis ke? Atau sekali dapat je?

Kalau on the weeky basis :-
RM500/7 Hari = dapat la sehari belanja RM 71

Kalau Monthly pulak :-
RM500/30 Hari = sehari boleh belanja RM 16

Kalau yearly :-
RM500/365 Hari = sehari boleh belanja RM 1. 30


Kalau sekali seumur hidup?
Ini bergantung la kepada jangka hayat seseorang itu..purata jangka hayat seorang manusia diMalaysia boleh cecah sekitar 70 tahun jadi sekiranya saya mendapat bantuan BR1M sekarang ketika berumur 31 tahun , jadi saya ada 39 tahun untuk mengunakan wang tersebut kalau..jadi mari kita lihat berapa ringgit dapat saya belanja kan

RM500/14325 Hari (39 tahun) = mengikut kata mesin kira kira saya sehari saya boleh membelanjakan wang BR1M

RM0.034

Hmmmm…..banyak sebenar nya persoalan saya mengenai bantuan ini…bagaimana pula buat famili yang ada 5 orang anak? Daripada korang buat bantuan bantuan yang hanya boleh buat sekali pakai je apa kata peruntukan RM4 bilion itu korang gunakan buat naik taraf pendidikan di Malaysia, lepas tu hapus kan segala yuran, ini bermakna semua penduduk Malaysia boleh belajar di mana mana sekolah atau institusi pengajian dengan percuma seperti yang dilakukan di sesetengah negara di Eropah. Buat hospital kerajaan yang menawar kan khidmat percuma buat rakyat!! Turun kan harga minyak!! Kalau tak nak turunkan harga minyak..rangka satu strategi untuk menaik tarafkan perkhidmatan sistem pengangkutan awam!!! Bukan kah ini lebih baik daripada sumbangan RM500 itu itu yang hanya boleh diagihkan kepada 4 juta isi rumah ?

Buat rakyat Malaysia pula...korang fikir fikir kan lah... saya kalau nak tahu YB tu boleh buat kerja atau tidak saya tengok Jalan Raya je..kalau lopak lopak tu diorang hanya repair 4 tahun sekali!! maka wajib lah YB itu ditendang dan ditukar!!. ada akal fikir!!

Bahasa "F"


Bukan F**k orait!! Otak nak memanjang kuning je korang ni!! Tak kuning BIRU!!! Wahahahaha… okay la back to the subject!!

Bahasa “F” ini teramat la popular disekitar era 90an, dikatakan bahasa “F” ini diciptakan oleh budak budak perempuan diera itu untuk mengutuk budak budak lelaki supaya kitaorang tak faham apa yang dikatakan oleh mereka… BENARKAH?

Saya cukup menyampah kalau kakak saya start borak borak ngan jiran sebelah rumah atau geng geng dia guna bahasa ni depan saya..

1. Saya tahu diorang cuba sembunyikan sesuatu dari saya especially kalau diorang cakap extra laju dengan nafas yang tercungap cungap…seolah olah minit seterusnya sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap mereka..Chill la..kalau korang cakap slow pun bukan aku faham pun!!

2. Diorang cakap laju giler macam rappers “fifu fafu fafi fufu…ha!! Fafi fufo…fufaaaaaaaa” lepas tu diorang ketawa…lepas tu sambung lagi… dengan hidung diorang kembang kempis, lepas tu mana yang cakap berhampiran dengan muka korang tu, terima je la seadanya semburan atau renjisan air liur diorang !!! tak ada kesedaran sivik langsung!!! Kan? Budget kiut la tu!!!

3. Saya bengang sebab sepatah haram pun saya tak faham..even sampai sekarang pun saya masih belum dapat menguasai pengunaan bahasa “F” ini

Dibawah ni ada beberapa kerat perkataan yang diubah ke “F” word yang saya hafal semenjak Era 90an sampai la sekarang, yang selebih nya .. saya tak tahu dan saya tak kuasa nak ambik tahu!!
contohnya :-

aku = aFa kuFu
dia = diFi aFa.
Diam = diFi amFam.
Nasi = naFa siFi.

Ya!!! saya Cuma hafal 4 perkataan sahaja!!!

La ni saya tak tahu la kalau budak budak remaja perempuan masih mengunakan “Morse Code” mereka ini lagi atau tidak!! Sebab saya bukan remaja dan saya bukan perempuan!!!


*dalam keadaan marah penulis berlalu pergi begitu sahaja*

Tuesday, January 17, 2012

Afwan Hj Adi: Sepetang yang Hanjeng

Semalam balik dari opis perut Mek ni boleh berjimba ria bagai dalam metro..Pek Arab yang berdiri sebelah Mek pandang pandang dengan senyuman sinis, konon chantek la tu…sorry la habang arab ye, Mek bukan kekwat..Mek kalau dah lapar Mek tak pedulik.. kalau kat dalam Briefcase tu ada Nasi Lemak, Sambal Sotong,Telor Mata Kerbau, Rendang Kerang dengan Sambal lebih.. hokay Mek senyum balik…uols henggat Mek nak ke senyum senyum dengan orang yang Mek tak kenal? Propa sangat Pek Arabs itew!!


Lepas keluar dari Metro Mek tak tunggu lama Mek terus pecut 100m ala ala hakak G. Shanti, uols kenal? Tak? Ada Mek kesah…!!!? Dalam kepala hotak Mek ni dah tak ada lain dah Cuma Meggi Kari sahajork!!! Lepas penat Mek memecut Mek belari lari anak pulek…sampai je kat tempat yang habang habang kontrak tu Mek jalan ala ala Miss Universe …mana tau kalau tetiba habang kontraktor tu nyanyi lagu Hindustan kennn? Mek dah feeling feeling nak guling guling je atas pedestrian walk ni tapi habang kontraktor tu buat tak kesah je !! hampa Mek!! Mek betul betul dah stanby nak berpele tum, pele tum …sudahnya Mek bertumpaserair sendirian..sedey!!! dah sampai kat Lobby, elevator boleh pulek menghanjengkan dirinya … ni perut dah kriok kriok bagai dah ni.. dekat 10 menet Mek menunggu sudah nya bak kata Jane Fonda “taking Staircase is a good cardio” gegeh mek mendaki sampai tingkat 8, kalau ada award untuk perempuan besi mesti Mek adalah colan yang seswai untuk menerimanya!!


Dah sampai Kat floor Mek…Mek berjalan laju macam acara berjalan kaki, kalau Hakak Mas Idayu tengok menanges!! Dah masuk rumah Mek terus ke dapur!! Hati melonjak Gumbira … Mek buka Kabinet nak Amik MEGGI KARI… tiada !!!? Kemanakah? Perut dah berdangdut dah ni!!! Waaaaaaaaaaaaaa!!! Mek baru teringat 2 hari lepas Mek dah bedal MEGGI KARI itu di kala kelaparan di tengah malam!!! Pepet sangat tau!!! Nak tanak (mana mana uols yang bodoh itew tanak bukan Tak Nak ye!!! tanak adalah kata purba bagi MASAK) nasik Mek males!! Kang dah masak nasik nak kena masak lauk pulekkk kennn? Lepas tu nanti dah masak nak kena basuh segala bagai!! Mek adalah wanita berkerjaya hokay!!!

Sudehnya kol pizza sahajork!! makanan ruji wanita berkerjaya!!! Vensi, Vensi, Vensi!!! 45 menet kau !!!
Besok Mek nak ke Dubai Mall nak cari Meggi Kari buat stock makan bila kebulur!!!!



Monday, January 16, 2012

KPOP? MPOP? IPOP? atau CPOP?


Sebenarnya tak ada plan pun nak tulis pasal Malaysian K pop ni…saya yang Korea punya K-Pop pun saya tak layan lansung…

Tengah boring boring kat dalam toilet ..saya pun meng- google la “Iklan 80an” melalui BeriHitam saya..dan macam biasa, banyak gambar yang akan keluar termasuk la gambar yang tak ada kena mengena langsung dengan kata carian yang telah saya taip kan..tup tup tup keluar gambar di atas yang bertitlekan “247 FIRST KPOP Malaysia” …saya kejung beberapa saat lepas tu muka stock nak ketawa kuat kuat tapi disebabkan teringat yang saya berada ditandas office maka terpaksa saya mengontrol keketawaan saya dengan tapak tangan kanan saya letak kan ke mulut kemudian saya ketawa macam ni “kih ..kih..kih..kih….” sungguh KPOP abang abang gambar diatas ini!!!

Apakah masalah industri seni suara Malaysia ni!!? Main hetam kromo je…Korea Buat KPOP diorang pun nak buat KPOP juga!!!? Kalau K kat sana stand for KOREA kan ? jadi terwujud lah perkataan KPOP, yang abang abang Malaysia ni …? Korang KOREAN ke? lucu saya tengok gambar “KPOP” Malaysia ini…


Apa apa pun tugas saya kat dalam tandas ni pun dah selesai!!! Kalau abang abang dalam gambar diatas ni ada membaca blog busuk saya ini….saya ingin menjerit buat korang semua

Muka masing masing stock macam beruk dapat bunga walau pun telah sehabis daya cuba menkiutkannya.. ada hati nak jadi Kpop Kpop bagai…apa apa pun lantak korang la…asal kan korang bahagia dan tak menganggu keharmonian rumah tangga kakak Joyah dan Normah sudah la..nanti diorang tak tulis fasal korang nanti!!! Siapa yang rugi? Korang juga!!! Sebab tak ada publisiti murahan…

“………………………………………………………………….” *bunyi cengkerik*


Sunday, January 15, 2012

Amerika dengan Labunya

Video tentera Marin US kencing keatas mayat pejuang Taliban di Afghanistan telah tersebar luas di sesawang youtube, siap korang boleh dengar salah seorang dari tentera yang banggang itu boleh ketawa sambil berkata” hope you have a nice day” . Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta pula cakap diorang akan siasat dan akan mengambil tidakkan undang undang…saya kata..BULLSHIT!!!!


sebabnya? Korang cuba tanya pada diri korang sendiri kes yang melibatkan tahanan di penjara Abu Ghraib, Iraq yang dimalukan, dengan di lucutkan pakaiannya sehingga tiada seutas benang pun dibandan dan dipukul siap bawa anjing bagai..apa yang terjadi kat tentera yang terlibat itu? Senyap sepi je kan…!!? Kes yang sama juga la yang akan terjadi dengan kes yang baru ni..tak percaya korang tengok la nanti!!




Cuba saya post kan gambar yang macam kat bawah ni!! Lepas tu saya tulis “hope you have a nice day” dan letakkan kat youtube..hmmmm silap silap FBI cari aku sampai kat Dubai!!!


Bukan saya nak membuat provokasi bangsat ala ala Amerika yang busuk itu ..tapi kalau dah saudara seagama saya dimalukan dengan penghinaan yang sedemikian rupa….apa lagi yang mampu saya lakukan selain dengan hanya jeritan luahan hati melalui blog saya ini!!

Friday, January 13, 2012

Afwan Hj Adi: Tips Nenek Kebayan

Haiyo..Ratu chantek Dubai terpaksa bangun seawal jam 7 pagi!!! dihari minggu gara gara di depan Apartment  Mek ada kerja kerja pembinaan sedang dijalankan..hanjeng sesangat tau!!! Sembab biji mata Mek bangun awal awal dihujung minggu ni..nasib baik habang habang kontrak tu can do can do!! Sejuk mata Mek memandang sejuk lagi perut Mommy diorang yang mengandungkan..MOTIP!!!!

Hokay la uols disebabkan sekarang ini musim sejuk di Dubai dan bibir Hanjilina Coli Mek ini pun selalu kekeringan + merekah, mek pun meng-GOOGLE-la untuk mencari petua Nenek Kebayan yang boleh digunakan sambil melambai lambai ala Miss Universe ke habang habang kontraktor itu tadi.. tekan, tekan, tekan akhirnya mek stop di laman www.wikihow.com (Waaa!! Abang kontraktor tu lambai balik!! Walaupun body Mek agak kegajahan pada musim sejuk ini)

Jeli Petroleum;  ini bukan lah JELI KY ye uols!!(hamboi..mengedik hadik hadik dengar KY) Juga bukan minyak petronas atau Shell hokay!! Mampos kejung uols esok harinya. Kalau uols pernah dengar Vaselin maka itu adalah jeli yang diperbuat dari petroleum dan  ianya selamat untuk disapukan ke bibir uols yang merekah itu..Kata nenek kebayan lagi , cara pemakaian nya uols sapu la setepek ke, secubit ke, segegam ke, ikut suka la itukan bibir boboy dan gegurl, sampukan pada waktu malam sebelum uols nak beradu dan juga esok paginya sesudah bersiram..ianya bagus untuk mengelakan bibir uols kering dan sekali gus kelihatan jijiks.

Madu; Ha!! Ini pun bagus juga ya!! even dalam Islam pun ada mengatakan yang madu ini adalah penawar bagi segala penyakit (Wah!!! Mek feeling feeling Ustazah pilihan di pagi yang indah ini, uols mampo?).. namun bakal menjadi penyakit sekiranya jantans uols memadukan uols.. owhh dunia sama je cara pengunaanya dengan vaselin tadi cuma jangan dibawa tidur sahaja mampus kena gigit dengan semut besok bangun bibir jadi macam hakak Negro sesat pulak!!..at least sejam dua sebelum uols nak masuk tido uols sapukan la dulu kat bibir uols ..lepas tu cuci dengan air tap yang bersuhu kan bilik,  dan kalau nak nampak hasilnya 2 kali vas uols sapukan dengan vaselin lepas tu uols boleh la beradu!! Tak nak letak vaselin pun takpe, ikut suka hati uols la..kalau ikut suka hati Mek..Mek cucuk tang sini, tang sini, tang sini, tang sini pun Mek cucuk juga…

Gula; kaedah ni uols harus letak kan gula dihujung jari uols, make sure jari itu bebas dari anasir anasir yang keji (mengunakan jari untuk mengorek bontots, adalah jari yang keji!!) lepas tu uols gosok gosok kan dipermukaan bibir uols dengan lembut dan penuh ghairah tapi diingatkan teknik ini haruslah digunakan ketika tiada sesiapa pun berada dipersekitaran uols  takut nanti mereka ini akan menyalah tafsirkan gerak tubuh uols itu..muka kalau chantek takpe..ini muka stock stock si Saiful  yang tak cando tu lepas tu klaim ada yang meliwat dia..siapakah dia? Tom cruise? Brad pitt? Aaron Aziz? Harun Salim Bachik..dik tolong lah very the jijik hokay!!Gay boy paling gampang di muka bumi ehhhh ko gi BAKO jerr JUBOR KO lahanattt Ziana Zain jadian buat orang menyampah sahajork. Pun sama juga macam madu tu tadi sekati uols la kalau nak letakkan vaselin ke tidak selepas itu, tade sesiapa pun yang akan menghajingkan uols.

Hawas uols!!! Menjilat jilat bibir uols atau bibir orang lain dengan mengunakan lidah bagi membasah kan bibir yang kering adalah NO!! NO!! NO!!, ini kerana air liur uols yang busuk itu akan membuat bibir uols bertambah kering !! dan kemungkinan besar uols akan dipijak pijak sambil di cerca cerci gara gara menjilat bibir yang bukan kepunyaan uols!!! Juga jangan lupa untuk minum air putih dengan banyak..dapat minum lima atau henam galen lagi vas!! Kalau nan hado 6 gelas pun dah hokay dah.

Semoga dengan tip Nenek Kebayan ini dapat membantu uols - uols yang baru first taim experience  musim sejuk!! Gitew ….

Thursday, January 12, 2012

Bila Siti di Dubai.....



Peminat CT di Dubai terkinja kinja sambil mendendangkan lagu penyanyi pujaan mereka apabila mendapat tahu yang CT berada di Dubai, UAE!!

Kepada cik Dato’ Siti, kalau masih di Dubai mai la jengok tengok mereka mereka ini…

Wednesday, January 11, 2012

Undi saya bersyarat

Menonton saya di sesawang Youtube ceramah yang diberikan oleh Dato’ Sri Anwar Ibrahim sehari sebelum keputusan kes liwat beliau dibacakan..tertarik saya dengan dasar dasar yang akan dibawa oleh Parti Pakatan Rakyat sekiranya menang di PRU yang akan datang, iaitu ingin mengangkat semua bangsa yang berada Di Malaysia “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”,menghapuskan “kronism” dan membanteras isu korupsi yang semakin hari dilihat menjadi jadi di Malaysia. Saya memang dari dulu mempunyai ideologi sedemikian rupa tapi kalau cuma sorang diri terpekik terlolong menjaja kan cerita bagaimana suatu hari nanti saya nak tengok semua bangsa dilayan dengan sama rata, kronism dihapuskan dan korupsi sifar mungkin adalah sesuatu yang agak tidak munasabahnya untuk melihat perubahan itu akan terjadi.


Dasar Ekonomi Baru yang selama ini diperjuangkan oleh UMNO dilihat tidak relevan dan tidak membantu langsung dari segi pertumbuhan ekonomi bangsa melayu itu sendiri..dilihat mereka mereka (Melayu) ini menjadi lebih malas dan tidak berdaya saing..kenapa kita tidak buka kan semua peluang yang ada di Malaysia pada semua bangsa berlandaskan dasar “sama rata” ? saya yakin bangsa Melayu akan lebih berdaya saing bagi merebut sesuatu peluang kalau dibandingkan dengan hanya duduk dan tunggu sahaja sekarang ini.


Sekolah sekolah jenis kebangsaan pula ditutup terus!!! Kita bangkit sekolah sekolah yang memupuk tali persaudaraan dengan tidak mengira warna kulit, bangsa dan agama!! Bukankan kah ini menunjukan yang kita adalah 1Malaysia? yang selama ini dijerit jeritkan oleh PM kita sekarang? Tapi dimanakah bukti nya selain hanya kedai 1Malaysia diwujudkan? Universiti Universiti pula seharusnya membenarkan golongan golongan bukan bumiputra untuk meneruskan pengajian mereka sekiranya mereka mendapat keputusan yang cemerlang .. dimanakan keadilan sekiranya anak melayu yang hanya mendapat 7A dapat diterima masuk ke UITM sedangkan anak Cina/India (bukan Bumiputra) yang mendapat keputusan 2 kali cemerlang ditidakkan kemasukkan mereka di sesetengah IPTA IPTA di Malaysia..? apa yang kita sebenarnya takutkan? Apakah sebenarnya kesalahan mereka ini (bukan bumiputra) sehingga ditidakkan kemudahan yang ada dinegara mereka sendiri..? dan gologan golongan yang benar benar memerlukan bantuan daripada kerajaan juga tidak harus dilupakan, seperti fakir fakir miskin, anak anak yatim etc. bantu lah mereka mereka ini dengan sewajarnya..jangan hanya hendak mengenyangkan tempolok mereka yang sedia ada kaya sahaja!!!


Peluang perniagaan (tender) harus diberi pada mereka yang benar benar berkelayakkan , bukan hanya kerana si pemberi tender ada pertalian darah dengan mereka yang memohon, maka tender itu diberikan kepada sedara mara mereka!! Atau pun si pembida menjanjikan peratus yang akan dihulurkan kepada si pemberi tender sekiranya si pembida diberikan tender yang dimohon!! Lepas tu semua huru hara..budget awal kalau mula mula hanya melibat kat 1.2 juta , dalam proses pembikinan boleh meningkat sampai 3 kali ganda!! Tapi hasil projek macam gampang.. Ini adalah sangat keji dan jijik!!! Jadikan lah LEMBU dan KONDO sebagai titik noktah untuk permasalahan yang telah berada agak lama dalam budaya kita ini..!!

Jadi sekiranya perubahan yang dimaksud kan oleh Dato’ Sri Anwar Ibrahim ini tadi melibat kan perkara perkara yang saya sebutkan diatas, saya dengan tidak segan silunya menjerit disini; untuk Pilihan Raya yang akan datang saya dengan bangganya akan memangkah mana mana calon yang bertanding dalam tiket Parti Pakatan Rakyat!! Kerana saya ingin melihat sistem pentadbiran di Malaysia berubah sambil rakyat berganding bahu menikmati semua kemudahan dan kemewahan di Malaysia dengan adil dan saksama sekaligus membawa Malaysia sebagai Negara Maju dan bersih dari korupsi ..sebagaimana yang berlaku di Dubai sekarang!!!!


Sekian Terima Kasih!!

Tuesday, January 10, 2012

Afwan Hj Adi: Hakak jadian yang chantek



Semalam Mek dengan colleague colleague Mek yang hazab perasan chatek we’ols makan kat satu Thai restoren ni…tengah belek belek menu..mata Mek terpandang segerombolan perempuan chantek melatop I tell you..even colleague Mek yang hazab perasan chantek pun terlopong biji matanya..so memang sah la chantek segerombolan wanita yang baru masuk ke restoren itu…jalan berlengang punggong nya ke kiri ke kanan ala ala merak kayangan turun menyembah..haiyo Mek terasa kan ketika itu Mek dan colleague Mek yang hazab perasan chatek itu seolah oleh hanya layak diketegeorikan dalam ketegori Cikgu bedah sahajork jika hendak dibandingkan dengan wanita wanita itu…

Maka duduk lah segerombolan wanita wanita chantek ini tadi betol betol sebelah dengan table Mek..harum sekarum baunya…kulit masing masing sawo matang, mata hado yang biru, hado yang cekelat yang hijau pun hado… kelas!!! Hidung kalau seludang tengok menangesssssssssss!!! Rambut karat ala ala Hadik Amelina “pelajar cemerlang” itew, Handbeg toksah nak kata..GUCCI, LV, COACH kau namakan je la Timah, semua itu kau cuma mampo jalan depan kedai sahajork!!! Yang penting, Tetek..mintak hampun !! colleague Mek yang hazab perasan chantek terekesima beberapa kali hokay!! Terasa tercabar gara gara diri sendiri hanya bermodalkan nasi lemak 50 sen..

Sekali lepas wanita wanita chantek ni dah mengambil tempat masing masing maka berborak lah mereka…Haiyo!!!! Hazab!!! Kenapakah suara mereka gagah perkasa..? dan lebih gagah dari suara Mek, dan mereka berbicara di dalam bahasa ibunda Mek, wah!! Mek terkedu kedan sambil mengerut kecut kan wajah Mek yang comel hado nye tat kala wanita wanita kepulauan karibean itu berbicara mengunakkan bahasa ibunda Mek!! Rupanya mereka yang mek sangka kan ratu ratu karibean itu adalah Pondan Malaysia… Mek tengok lagi atas bawah… comprem Hakak Hakak jadian Malaysia …

Wah!!! keles hakak hakak jadian lepas sampai ke Dubai…Apa Lorong Hj Taib sedang di renovate kah? Rupanya hakak hakak jadian ini bernaung dalam syarikat yang digelar “ESCORT GIRL”, masalahnya Girl ke hakak? kelas kau hakak jadian!!! Tugas hakak hakak jadian yang chantek disini agak very the hanjeng tau kalu korang dengar..they’ols hanya perlu mengikut Pek Pek Arabs ke hulu ke hilir lepas itu dibagi duit siap shopping segala bagai, meriah kennn..? itu dari telinga Mek yang curi curi denger lah..selebihnya..itu Mek no komen!! Uols jangan nak tokok tambah macam si Normah atau si Joyah hokay!!! Mek cili cili keenn tangan uols tu nanti!!!

Ni Mek nak tanya dengan uols sikit, agak agak kalau Mek join syarikat hakak hakak jadian tu tadi hokay tak..? Apa!! tetek mek tak cukup luas lagi? Hidung Mek kembang semangkuk? So awas!!! selagi tetek uols belom dioperate segala bagai, hidung kalau campak bola kriket pun muat, uols pasrah je la kerja nine to five uols itu..jangan nak berhangan nak jadi ESKOT GIRL bagai hokey..even MASKOT untuk sukan SUKMA pun uols belum tentu dapat!! Sudeh!!!! ka sana kau!!

Monday, January 9, 2012

Kuew Tiau Goreng, Nasi Lemak & Keputusan Kes Anuar Ibrahim


Semalam budget budget comel nak ke gym ..nak lari atas treadmill katanya…dah petang sikit lemau je badan..dah petang banyak terus jadi basi…on the way balik ke rumah masa dala metro tercari cari juga sumber inspirasi yang boleh membangkitkan semangat untuk belari lari anak atas treadmill bila sampai rumah nanti…tak jumpa jumpa juga..dalam kepala otak asyik terfikirkan eskrem Baskin Robin tu je…

Sampai je rumah burung kakak tua ajak pergi Lulu hypermarket dia kata nak beli barang sikit nak buat Tom Yam, TOM YAM!!!! Best memang best..terkubur terus harapan saya untuk berlari kat Gym..kasi potong cerita, Tom Yam yang nak dibuat terus bertukar kepada Kuew Tiau Goreng..lagi awesome!! Letak kerang, tahu, taugeh, sawi..dan kuew Tiau nya saya ganti kan dengan pasta ..bedal sudah janji taste kuew Tiau Goreng penang tu ada!!

Pagi ni pula bila celik je biji mata, saya masuk dapur tengok ada sambal, dengan kacang dan ikan bilis goring atas meja makan, kat kaunter dapur pula ada Nasi dengan daun pandan dalam rice cooker..buka peti ais ada telur rebus dengan timun..cuba teka binatang apakah ini? Wahahahaha Nasi Lemak wei!!! Gila la first time ber-breakfast-kan Nasi Lemak kat Dubai. La ni mata saya dah sayup sayup ke bintang dah rasa macam mat pet pun ada gak..berat je rasanya…ngantuk shial..mau surau kat tempat kerja ni sat lagi jadi cam surau surau kat Malaysia karang!!


Sempat juga saya metela’ah Berita harian on-line..terbaca berita Anuar dibebas kan dengar cerita hakim, Mohamad Zabidin menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik, dan disebabkan itu maka gugurlah segala pertuduhan ke atas Anuar Ibrahim namun pihak pedakwaraya masih ada 10 hari dari hari ini untuk membuat bantahan .. sudah sudah la tu. Lepas tu saya skrol ke bawah lagi saya terbaca ada pula bom mengebom bagai ..dengar citer 3 orang cedera..giler la korang kat Malasyia, sekarang ni dah advance shiot!! Main baling baling bom bagai!! Molokov koktail takde ke? Besok tau tau budak darjah satu pergi sekolah bawa K47, makcik makcik dalam hanbeg ada Magnum Revolver..tak puas hati sikit je terus tembak..marah sikit je baling bom tangan...baru la gangster paradise dak..?

Sebelum saya gerak gi surau , saya nak jerit kat Dato’ Lee Chong Wei!!! Caya la Dato’ you memang the best!!! Terus kan momentum kejayaan ini!!! Next target Olimpik Game gold medal okay Dato’!!!!

Sunday, January 8, 2012

Nyom..Nyom..ZzzZzz...Zzzzz




Dah dekat 2 minggu dah tak ke gym..asal masuk winter je terus jadi pasif dan malas tahap gampang pun melanda..badan ni dah terasa bagaikan labu gergasi je..kalau ada pertandingan labu gergasi kat Dubai ni confirm boleh menang!! Makan makin selera, 24/7 nak mentedarah je..tido tosah citer la bangun kul 8 breakfast, tengok TV sampai kul 12 lepas tu sambung membuta balik ..bangun kul 5 petang…lapar, makan , belek belek internet sambil makan, lepas tu tengok TV , makan lagi , makan, makan dan makan lepas tu tidor!! dah macam beruang kutub pun ada gak!! Ini lah aktiviti saya dihujung minggu..nak keluar malas sebab sejuk!!

Pagi tadi masa nak shave tengok muka dah tembam macam kuih pau, jadi saya mengambil keputusan untuk tidak shave, biarlah bulu bulu dimuka ini meng-coverkan kegemukan yang melanda..nanti kalau clean shave lagi menampakan kegajahan saya..kan? seluar ni pun dah terasa keketatanya..kancing ni kalau boleh bersuara mesti dia cakap hidup dia tengah terseksa sekarang!! Tapi tak pe hari ini balik je dari kerja saya nak pergi gym leps tu saya nak lari atas treadmill tu selama mampu…kasi pecah lemak lemak ni biar saya kembali seksi seperti sedia kala!! Lepas tu baru confident beli baju kat Fred Perry supaya boleh mintak size XS..

Semoga di berikan kekuatan mental lepas office nanti untuk ke gym.. * eskrem Baskin Robin kat dalam peti ais yang beli semalam pun macam menariks je untuk exercise mulut * daymnnnn…..!!!

Saturday, January 7, 2012

Originaliti wei!!!

Saya baru je balik dari Noodle House , Internet City supper dengan budak budak rumah ... Disebabkan dua orang dari budak rumah tu boleh pula ber argue lepas tu masing masing buat muka...kita orang pun gerak lebih awal tanpa menikmati dessert.. Dan saya teramat la kecewa...

Sampai je rumah terus saya on-line nak tengok statistik blog saya...hmmm boleh tahan juga...terus saya cari group page yang ada sangkut paut dengan blogger blogger dari Malaysia...banyak rupanya...tapi apa yang menyakitkan hati dan mata saya ...ada sesetengah blogger yang cuma cut dan paste sahaja entri mereka...contohnya mereka akan mengambil artikel dari mana mana suratkhabar on-line kemudian mereka akan pastekan ke blog mereka...dan ada juga yang meletakan lirik lagu sebagai entri mereka...apakah ni? Bukan kah mereka sepatutnya mengentrikan sesuatu subjek yang datang dari ide mereka sendiri buat tatapan peminat peminat blog dan bukan nya menciplak sesuatu entri itu.

Buat mereka mereka ini...tolong lah keluarkan ide anda atau paling tidak anda entrikan sahaja perkara yang telah anda lalui dalam hidup seharian anda, kerna saya yakin ianya lebih menarik daripada anda meng-cut and paste- kan entri anda yang tidak ori itu....kerna sekiranya saya ingin membaca tentang kenaikan harga siling ayam semasa adalah lebih baik saya klik terus ke bharian.com.my ataupun utusan.com.my...

Note: boleh je nak buat entri fasal isu semasa tapi at least gunakan lah ayat dan cara interpertasi anda sendiri...and say no to cut and paste!!!

Friday, January 6, 2012

Afwan Hj Adi: Tak nak aksi rajang katanya


“Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan USJ4, Subang Jaya, Selangor ini tidak semberono menerima tawaran berlakon yang diberikan kepadanya. Sebaliknya kata Eina, dia akan cuba menjauhi watak-watak atau adegan-adegan panas yang memerlukannya beraksi di atas ranjang.”



Mek tersimbiosis sekejap… membaca statement diatas!!

Kelas ko dik…Mek sujud sejadah kat kau… Buat statement tak nak melakon kan aksi ranjang tapi pose….? pose tonggeng pocho, ketiak terjele… uols mampo!!?..kalau Mek nak buat statement cam gitu Mek biar kan bulu ketiak Mek memanjang ala ala rambut Sahara Yaakob....baju transparent biar menampakan push-up bra Mek, lepas tu angkat tangan tinggi tinggi…statement biar sopan, appearance hazab!!! Takpe…  janji laku, puks sesangat keennn?  Lepas tu ramai lah yang nak memundeks kan Mek kat blog masing masing, espesiali si Normah dan si Joyah itew? Ko ingat Mek tak tahu…sudeeehhhh….!!! Mek ratu hokey.

Mek bukannya apa uols Mek asal terbuka ruangan gosip artis astis Malaysia kat surat khabar  hon-lain kan, hado je benda benda laghanat yang tak sedap mata Mek yang membaca..very the tak mengembangkan minda …Mek hangin hokay!! At least kalau hadik gambar diatas tu bertudung litup bagai lepas tu buat statement ala ala Mek Dara Sunti,  Mek hokey je lagi…ini ketiak kau tunjukkan kat satu Melaya, statement  nak nampak chantek sopan..motip ko dik? Kau hengat ketiak  kau tu mampo menghiptonaiz kan mek ? Haiyo …. Mek pengsan, bangun balik, pengsan,  pergi toilet muntah darah lepas tu pengsan lagi, mek terhazab hokey. Dik..sekilas vavi kat hutan tu mek dah tahu dah jantan betina dia …ni kan pulak kau yang baru baru nak naik…kau nak publisiti keennnn?  kalau ye pun kau nak publisiti dik oii tak payah la yang murah ala ala housing nokia 3210 yang terjual di PS butik tu …nan hado laku nye.. sangat keji hokey!! .

Walau bagaimana pun mek dikala ini yang hanya mengenakan hot pants , t shirt putih yang sendat dan singkat langsung menampakkan pusat Mek yang chantek namun TATAP bertudung wadina mendoakan kau dik supaya berjaya dalam bidang glamour yang kau ceburi itu.. jangan kau sekejap tengelam sekejap timbul  macam hakak Gaya Zakry sudeh...buat menyampah dek orang je..


Sudehnya hakak Gaya Zakry juga terkena tempias carutan Mek yang asid cuka ini!!!!

Thursday, January 5, 2012

“ Himpunan Keadilan Untuk Saiful” vs “Bebaskan Anuar 901”




Terbaca saya diruangan akhbar Utusan on-line dengan tajuk “ Himpunan Keadilan Untuk Saiful”. Perhimpunan yang akan diajurkan oleh Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dikatakan untuk membela nasib ex-pembantu Anuar Ibrahim ini dan akan dia sokong oleh 15 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah naungan Permas, antaranya Putra Malaysia, Pertubuhan Panel Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (Papim), Persatuan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) dan Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang. Orang kuat PERMAS mensasarkan yang lebih 5000 orang akan hadir untuk memberikan sokongan. Pihak berkuasa pula tidak memberikan sebarang komen mengenai Himpunan ini..

Persoalan saya: adakah perhimpunan ini akan diketegorikan sebagai perhimpunan haram juga?

Dalam pada yang sama juga saya terbaca pula bakal berlakunya perhimpunan “Bebaskan Anuar 901” yang akan mengambil tempat pada tarikh yang sama sebutan keputusan pengadilan ..dalam artikel Utusan itu si penulis meletakan komen dari pihak berkuasa yang mengatakan perhimpunan itu sebagai perhimpunan haram..Tan Sri Omar juga ada berkata yang method atau kaedah yang akan digunakan sekiranya pihak pembangkang masih mahu meneruskan niat untuk berhimpun itu adalah “Friendly and Flexibility” dengan seboleh bolehnya untuk meminimumkan kecederaan.

Persoalan saya: kenapa perlu ada doule standard ? dan bagaimana caranya untuk mengklifikasikan kecederaan yang minimum?

Walau apa apa pun seperti yang pernah saya jerit kan dulu, setakat ini saya tidak berminat dengan politik politik Malaysia, kerana ianya agak keanak anakan namun saya masih lagi percaya dengan equality yang sepatutnya dijalankan oleh pihak berkuasa tanpa terikat dengan mana mana parti politik!!

Dan buat organizer dan Ayahda Ayahda kat luar tu, ni saya nak tanya “Himpunan Keadilan Untuk Saiful” dan juga “Bebaskan Anuar 901” berapa duit korang berhabis..????? saya ingin cadangkanlah kat organizer dan Ayahda Ayahda kedua dua events tersebut supaya anda bantu lah mereka mereka yang benar benar memerlukan bantuan di Malaysia ..buat perhimpunan bagi membela fakir fakir miskin, anak anak yatim piatu, homeless people dan yang memerlukan bantuan kita yang selama ini kita buta kan mata dan pekak kan telinga…banyak sebenarnya yang anda semua boleh buat untuk mereka mereka yang kurang bernasib baik ini!! Daripada korang bergaduh sesama sendiri , perhabis duit buat benda benda yang mengarut dan memperbodohkan diri korang sambil “orang lain” duk ketawa terkekeh melihat kan perwatakan dan perangai anda itu…berhentilah buat perkara perkara yang bodoh ini!!!sampai bila kita nak berada di "tempat" yang sama je!!?

60 Hari tanpa Nikotin dan Tar


Terasa sedap je badan sejak berhenti dari pengambilan Nikotin dan Tar sejak dua bulan yang lalu..dan yang paling best rasa nak sedut benda tu lagi langsung tak ada, even kalau saya tengok orang hisap rokok pun saya tak rasa apa apa…semoga iya nya akan kekal untuk selama lamanya..Amin. Cuma badan terasa ada “peningkatan” sikit la..tapi tu no hal punya la…bisa di atur!! Itu je la saya nak tinta buat takat ni ..sebab so far tiada apa apa yang menarik sejak kemasukkan tahun 2012 . Ciou!! Ciou!!

Wednesday, January 4, 2012

Selamat Ulang Tahun ke-67 buat Hajah Zainon Peket




Entri kali ini saya nak tribute buat wanita besi yakni Ibunda Hajah Zainon Peket yang telah pun melewati usia 67 tahun semalam. Bukan tak nak buat Entri ni semalam tapi sebab agreement telah pun dibuat dengan En Afwan Hj Adi dimana si kertu itu akan mengentri pada setiap hari Selasa dan Jumaat…nanti tak fasal fasal dia “carut” kan saya next entri dia nanti.

Saya nak cerita benda benda kecil yang bersangkut paut dengan Hajah Zainon..sebab benda benda besar yang beliau buat untuk saya terlalu BANYAK tak cukup untuk satu entri ni sahaja..

-Masa saya berumur 7 tahun Hjh Zainon bawa saya ke Jaya Supermarket untuk sesi tandatangan bersama Sudirman Hj Arshad dan juga Noorkumalasari...sayang giler buku kaler He-Man saya yang ada Autograph Arwah Sudi hilang...kalau tak ...mesti dah boleh lelong dengan nilai yang tinggi..rare tu...

-Pn Hjh Zainon mendapatkan topi keledar dan uniform Bomba yang sebenar untuk saya pakai buat pertandingan pakaian beragam (tadika) dan sewaktu saya berada di Darjah 3 pula beliau memakaikan saya ala ala Hawaiian (Topless)
..

-Terima kasih kerana memperkenalkan Teh O Ais Limau kepada saya sewaktu saya darjah 1..masa tu saya baru je habis belari Marathon kat Padang Timur, Lepas tu Hjh Zainon bawa saya pergi minum dekat kedai mamak and then beliau orderkan saya Teh O Ais Limau menurut Hjh ZainonTeh O Ais Limau ni boleh menghilangkan haus…start daripada itu lah saya akan order Teh O Ais Limau kalau saya penat sampai la sekarang…

-Setiap kali saya demam pula Hjh Zainon mesti buat Nescafe O suam untuk saya dan juga Beliau akan lumurkan serbuk kunyit keseluruh badan saya..nak redakan panas katanya dan ianya memang berkesan walaupun dikala itu saya kelihatan seperti topekong India.

-Saya drive kereta BBX 7004 Hajah Zainon masa saya form 3 … tengah malam, lepas tu terlanggar van yang diparking depan kelab dangdut…lepas tu saya park balik BBX 7004 di tempat asal..esok nya Hjh Zainon Peket ingat lampu depan kereta yang pecah itu adalah disebabkan dilanggar oleh kenderaan lain… walau pun ada orang yang nampak saya drive kereta tu dan inform ke Hjh Zainon, beliau masih tidak mempercayainya…

-Masa saya nak kena amik angka giliran untuk SPM di sekolah, disebabkan rambut saya yang panjang saya request kat Hajah Zainon untuk pergi ke Sekolah Menengah La Salle untuk collectkan angka giliran saya, sebab tak bagi nampak kat guru displin rambut saya yang rocks itu..tapi rambut saya tetap kena gunting juga

-Hjh Zainon ok je masa saya masukkan kasut sekolah saya ke dalam washing machine

-Masa saya bawa motor kawan saya lepas tu ter accident beliau yang cover semua kos baik pulih motor itu..

-Beliau akan belikan saya "Big Gulp" di 7-Eleven setiap kali lepas habis berjogging di Taman Aman

-dan paling best …. … dan yang paling saya tak boleh lupakan ..2 minggu setelah saya disunatkan saya terpaksa pergi ke hospital untuk menanggalkan bandage yang dibalut kan ke “anu” saya..disebab kan ianya telah terlekat bersama kulit jadi untuk mencabut nya adalah sesuatu yang amat memeritkan..dan Hjh Zainon telah bersekokol dengan Nurse yang bertugas di Universiti Hospital untuk menyentap kain pembalut itu tanpa pengetahuan saya… namun saya dapat menghidu konspirasi mereka berdua.

.. Apa apa pun saya ingin Mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke-67 kepada Ibunda Hajah Zainon Bte Peket semoga panjang Umur dan dimurah kan rezeki serta ceria ceria selalu.. errmmmm…Abang courier ada ketuk pintu tak semalam?

Tuesday, January 3, 2012

Afwan Hj Adi: Kau hengat kau santek?




Haiyo...hakak filipin dok sebelah mek dalam metro tadi very the hazab nauzubilah..dia hengat dia chantek la tu rambut basah basah lepas tu buat ala ala iklan shampoo Timothy ...kau ingat metro ni public bathroom kah? Mek baru nak berhangan abg harun salim bachik kau....tetiba terasa seperti ada rembesan rembesan air di muka mek..apa kah? Sudehnya kena carut dengan mek...maunya tak kena carut!! Habis lencun muka mek kena tempias bila dia budget model iklan timothy kibas kibas rambut... Tahu pulak hakak filipin tu malu...ingatkan lepas kena sound ngan mek dia nak "cat fight" ngan mek tapi tidok...pink pink vavi muka hakak filipin tu...seswai!!.

Mek tak faham la pompuan zaman sekarang ni...bukan dekat Dubai je...dolu dolu masa mek kat Malaysia dari zaman bas sri jaya panjang yang kaler biru tu sampai lah ke LRT bagai, yang perempuannya especiali tu kalau pagi...mintak hampun, mintak nyawa...rambut basah basah korang konfiden je keluar rumah.... Lepas tu baju basah akibat daripada lelehan air rambut korang ish....mana yang pakai baju kaler putih nampak la bra korang yang warna cekelat yang beli kat pasar malam 5 sepuluh hengget.... Very the tak semegah hokay!! Korang hengat korang vas buat cam gitu!! Haiyo..mek koma.... Toloooong lah perempuan. Mek yang gagah perkasa ni pun tahu menjaga kechantikan mek bila keluar dari rumah...lepas tu kalau ada jejans can do yang pandang kat mek instead of you...uols mula lah nak carut kan mek...walhal memang uols tu yang tidak menjaga ketrampilan diri dan tidak mengamal petua mustikaratu marta tila'a...haaaa!!!

Pelease la perempuan...mek nasihatkan keringkan lah rambut uols tu sebelum keluar umah...buruk bebenar ghupa nya..ala ala ekor kuda yang basah tau....very the ugly.... Ishhh mek yang tengok ajeh dah rimas .... Wonder how uols boleh tak rimas...tiada perasaan kah?. Hawas!!! next time kalau mek jumpa lagi perempuan yang budget keluar rumah dikala rambut basah itu adalah pesyen..memang mek hanjeng hanjengkan korang in public...biar muka korang bertukar pink ala ala vavida loca gitew...kalau uols susah sangat nak kering kan rambut tu..uols botak kan je ..buat cam sinead'o connors habis cerita..lepas mandi tak yah kering kan bagai..pakai baju terus keluar umah...tak menyusahkan mata yang memandang espesiali orang orang chatik macam mek ni..voley!!?

P/s: Mek dengar si CT I.T tu pun feeling feeling dengan Harun Salim Bachik..? Awas kau CT!!

Monday, January 2, 2012

Gigi Bongsu


Baru je sampai di tempat kerja kepala masih belum reset 2012 lagi … agak sejuk juga pagi ini..bermafla bagai saya dalam perjalanan ke tempat kerja..gigi pulak tengah sakit..gara gara gigi bongsu nak keluar…entah apa ke jadahnya dia keluar dikala umur saya dah mencecah 31 tahun pun saya kurang pasti..mungkin saya mengalami masalah “kurang penstabilan hormon” kot? rasa nak hantuk hantuk kan sahaja pipi sebelah kanan ni ke dinding pun ada juga… berdenyut denyut je dari semalam ..lepas tu kekadang rasa gatal..nak garu pun tak tahu macam mana… masa nak makan breakfast tadi mak ampun..tuhan sahaja lah yang tahu bagaimana sakit nya tatkala ingin membuka mulut dan menyumbatkan makanan ke dalamnya…rasa macam nak tercabut je gigi tu..tapi tak juga. Rancangan utama pagi tadi sebenar nya nak telepon budak office bagi tahu yang saya tak nak datang kerja lepas dok fikir fikir takkan la first day tahun baru dah ada rekod yang kurang memberahikan..so saya pun gagah kan jua diri ini untuk melangkah ..

Mintak mintak kurang lah sakit dia bila nak masuk lunch nanti..sebab takut kebulur la pulak tak dapat nak makan…terseksa zahir dan batin bila gigi bungsu ni nak tumbuh!!! Nak ke dentist memang tak dapek la..saya tak takut la Cuma saya tak suka doctor gigi je!!! Haiya…….

Sunday, January 1, 2012

Januari satu dua ribu dua belas




Bangun agak lambat dihari pertama tahun baru...masuk dapur buka peti ais then saya maka bread butter pudding...awesome... Terasa separuh hari rugi macam tu sahaja apabila terover slept gara gara berjaga agak lewat semata mata nak tengk persembahan bunga apai di Burj Al Arab dimana persembahan sama saja pada saban tahun, semalam. Original plan memang tak nak pergi mana mana pun ..budget nak stay umah je..layan buat pannacota, dessert yang baru saya belajar...last last budak rumah ajak pergi celebrate kat Burj..saya pun okay kan je la...sudah nya pukul 3 petang baru terjaga...

La ni baru je pekena snack plate dari KfC ..malas nak masak..ingat tadi tak nak keluar tapi disebab budak rumah datang lepak kat living room lepas tu ajak borak ..saya pun dengan segera mengangkat kaki ..sebab malas nak layan gosip gosip yang cuba disampaikan dan plus perut saya juga tengah kelaparan... Terbuka pula FB , mak ampun status..semuanya fasal tahun baru..semangat korang kan..nanti dah lepas satu minggu masing masing basi...alrighty then..saya pun sebenarnya lemau hari ini ye la terlebih tidur badan malas je..esok dah start kerja...disini saya nak jerit kuat kuat kat korang yang baca blog ini sepanjang 4 tahun keberadaannya di blogspot.com ini....TERIMA KASIH..dan Selamat Tahun Baru!!!