Thursday, January 28, 2010

~~~~hmmmm~~~~~


Dah hampir 2 minggu kesangapan melanda life saya kat dubai ni..rutin seharian mejadikan saya seperti robot..bagun pagi, mandi mandi, siap siap pergi kerja, tepat jam 6 petang pulang, mandi mandi siap siap pergi badminton court (tapi dah2 hari tak main gara gara angin yang bertiup) tepat jam 11 lampu padam siap siap untuk balik, sampai saja mandi mandi siap siap tidur… kalau di Malaysia lah dah tentu surat resign dah lama dihidangkan depan majikan…tapi disebab kan mood untuk berkerja diMalaysia masih belum muncul tiba jadi saya memaksa juga diri ini untuk bertahan sambil mencari peluang berkerja di NZ atau Europe.. harap harap bila balik Malaysia bulan 4 nanti ada perkabaran menarik yang menanti..Amin.


Drama di Dubai semakin hari semakin menjadi jadi pula, dengan karenah teman sekerja, keadaaan sekeliling kekadang sampai tak terlarat nak melayan tapi disebab dah tak boleh nak mengelak dilayankan juga. Mentali lebih penat berbanding fizikal nya melayan senandung yang tak putus putus datang, satu hal selesai disuap kan lagi dengan satu karenah, satu karenah selesai di hidangkan pula dengan satu senario…penat !!
Sekarang ini saya lebih senang membazir kan waktu dengan diri sendiri sama seperti waktu mula mula saya sampai di Dubai dulu..layan kepala sendiri..agak agak nak pergi beach, saya pergi..agak agak nak tengok perangai orang ..saya pergi city ..tak pun saya layan DVD, lagi menyenangkan hati saya..tak banyak pengaruh drama yang akan saya terlibat bila kurang pergaulan…


Januari hampir menjatuhkan langsir nya ..dengan harapan Febuari akan cepat berlalu juga…kurang sabar rasa nya untuk pulang bercuti diMalaysia…Mak mesti terkejut sebab saya bilang, saya mungkin tak balik tahun ni…


Cheers!!!

Sunday, January 17, 2010

buh bye kawan


Macam kata bro Jumain bila dah jauh dari family..member2 lah tempat untuk mengadu..gelak ketawa masa happy..lepak lepak lepas habis kerja..

Tadi petang saya baru sahaja mengucapkan selamat jalan pada kawan baik saya di dubai..yup diorang balik ke Malaysia for good..tak pernah pula terfikir jalinan pershabatan selama 20 bulan boleh jadi seakrab macam ni..rasa sedih juga la masa nak hantar diorang tadi dan tidak saya tidak hantar mereka sampai ke airport sebab? Saya tidak suka mengucapkan "goodbye".

Lepas ni dah tak ada lagi dengar lawak lawak dari en hazlan hussin..tak ada lagi dengar Syikin panggil saya "jack". Tak boleh nak kutuk kutuk si aikin dan dah tak ada partner badminton En hazrul..tapi sekurang kurang nya saya berterima kaseh kerana dipertemukan dan berpeluang untuk mengenali dengan mereka mereka ini, setiap satu nya mengajar sesuatu yang saya kurang dari hidup ini.

Macam ada satu lirik indonesia " persahabatan umpama kepompong yang berubah menjadi kupu kupu". Walaupun kekadang terasa masam dan pahit namun itu adalah salah satu "warna" yang mewarnai kanvas dan membentuk satu hasil seni yang bertittlekan "kawan"

Hilang tumbuh patah berganti..mungkin, bukan mungkin tetapi memang tidak akan sama bila bertemu yang "baru". Namun itu lah adat kehidupan yang mempunyai rantai kitaran..yang pergi akan sentiasa diingati dan pasti akan terus berhubung cuma dari fizikal nya sahaja pasti dirindui..dan yang baru dan yang masih bertahan di Dubai..semoga persahatan ini akan terus kekal sampai tak tersampai..

Akhir ..terima kaseh buat Syikin, Aikin, Azrul dan Hazlan atas peluang yang diberikan untuk mengenali anda atas tiket "persahabatan" akan saya memorikan kenangan bersama di dubai!!