Thursday, March 31, 2011

Kata kan tidak kepada FB?


Saya mempunyai lebih banyak waktu bersama blog DDD sekarang memandangkan saya telah mengambil keputusan untuk menutup buat sementara waktu akaun FB saya. Orang ada berkata kalau kita tak boleh mengubah orang lain jd kita sendir lah yang mengubah situasi itu. Gara gara agak jelik dengan sesetengah komen, post out yang agak mengedik kan membuat saya loya dengan “fake plastic tree” yang berada dalam likungan rakan rakan saya, jadi daripada saya bertambah loya dan menjadi bertambah marah, saya mengambil keputusan untuk tidak membuka FB untuk selama yang mungkin..tambahan kehidupan sebenar adalah lebih jauh menyeronokan ..jadi sekarang ini saya ingin bermula kembali menikmati erti hidup yang sebenar!! Mulai esok saya akan kepantai semula..sudah agak lama saya tidak menjenguk kan diri ini dipantai..kemudian saya nak pergi tengok wayang , saya nak layan cerita terbaru dari Johny Depp dan selepas itu saya nak pergi makan di satwa bersama member member yang masih ada di Dubai..
Saya dah penat nak feeling feeling down di sebab kan orang lain.. jadi mulai sekarang segala gal nya adalah mengenai saya!! Dan saya tak akan bagi tahi (and i don give a shit) kalau ada mereka mereka yang ingin mengata ngata mengenai saya dibelakang saya.... “ada saya kesah!!!” hahahahaha

Mungkin suatu hari nanti kalau tingkap hati ini terbuka kembali untuk melayari FB akan saya war war kan kepada teman teman sekalian (wahahahah bahasa tak boleh blah) tapi buat masa sekarang ini biar lah saya melayan hati yang sedang bergelora (lagi sekali ayat tak boleh blah) ini dengan meninta sebanyak entri yang mungkin di blog saya yang hina tapi gorjes ini.

Mungkin jika saya mempunyai kekuatan suatu hari nanti ..mungkin BeriHitam dan Lappy HP saya akan simpan sahaja dalam almari tak yah pakai pakai

*dang* macam mana nak tulis blog kalau tak pakai lappy!!! Lol

Nanti sang buaya (later alligator)

Sunday, March 27, 2011

Road to London


Sedang membuat persiapan untuk ke London tahun hadapan untuk menyaksi kan Sukan Olimpik yang akan berlangsung dari 27 July hingga12 Aug 2012, saya masih mempunyai 488 hari untuk memasti kan segala gala berjalan dengan lancar. Tiket tiket untuk menyaksi kan separuh akhir/akhir badminton (regu dan perseorangan), acara akhir keirin, Padang dan trek dan juga acara penutup akan memakan wang dirham saya sebanyak 2500, masih ada beberapa faktor lagi yang perlu diambil kira seperti tempat penginapan, wang belanja seharian sepanjang berada dikota Engeris itu nanti, untuk kos penerbangan pergi balik pula tidak ada yang perlu dirisau kerana bahagian itu awal awal lagi tidak menjadi masalah kerana syarikat telah memperuntukan tiket pergi balik kemana2 destinasi untuk saya setiap tahun.

Harapan pada atlit atlit negara yang mengambil bahagian akan memerah segala keringat bagi memboleh kan lagu negaraku dimain disetiap stadium!! Saya benar benarmengharap kan Dato’ Lee Chong Wei dapat beraksi hingga ke Final dan langsung memenangi pingat emas vagi acara perseorang badminton dan memecah kan kebuntuan pinggat emas yang kita cari cari selama ini..!! dan adalah lebih manis sekiranya pinggat emas itu datang dengan beliau menewas kan musuh tradisi nya Lin Dan!! Bagi acara Keirin pula saya benar benar teringin untuk menyaksi kan Azizul “The Flying Pocket man” berentap besama sama Chris Hoy, walaupun segala gala nya nampak mustahil ditambah pula dengan kecelakaan yang menimpa Azizul baru baru ini namum dengan semangat Harimau Melaya pasti tiada apa yang mustahil untuk diselesai kan. Bagi acara Trek dan Padang memang agak mustahil untuk menyaksikan jaguh jaguh kita beraksi dipentas final namun misi saya adalah unutk melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana rasa melihat orang terpantas dibumi untuk acara pecut 100m dan 200m siapa lagi kalau bukan Usain Bolt, dan disaing pula dengan pelari pecut dari Amerika Tyson Gay.

Diharap perancangan rapi saya ini membuah kan hasil dan juga diharap majikan saya dengan senang hati melulus kan cuti yang akan saya mohon pada awal tahun 2012.

Untuk tahun ini pula, saya akan kembali ke Malaysia, bercuti untuk Ramdhan dan juga Eid .. AKHIRNYA.....

Tuesday, March 15, 2011

Sendai


Mungkin agak terlewat bagi saya untuk menintakan kejadian ombak besar yang melanda Jepun setelah gegaran kuat ber agaran 8.9 magnitude mengoncang kan laut pasifik berhampiran daerah Sendai, Dirangkaian BBC ada menunjukan bagaimana Daerah yang kita semua tidak pernah dengar sebelum ini ditengelami oleh air laut , bangunan bangunan pencakar langit hampir kesemua nya runtuh , rumah rumah yang tidak mempunyai paksi yang kuat dan juga kenderaan kenderaan habis dihanyut kan oleh air deras yang datang dari arah laut pasifik.
Saya terpaku menyaksi kan kejadian yang dipaparkan oleh BBC ini, jam di dinding menunjukan tepat jam 2.30pm (waktu Dubai) otak sedang ligat berfikir adakan ini kejadian ombak besar yang melanda kota Acheh tidak lama dahulu? Setelah memahami tutur kata “achor” berbangsa mat saleh itu, jadi memang benar lah ini adalah kejadian terbaru ombak besar yang sedang melanda Negara matahari terbit malah saya juga terperasan notifikasi dari facebook melalui BeriHitam saya sudah menunjukan rangkaian kawan kawan saya sudah mula menempel kan tentang kejadian hebat ini di dinding facebook masing masing.

Apakah kejadian ini adalah musibah yang diturunkan oleh Tuhan bagi mengingatkan umatnya supaya tidak terleka dibuai oleh harus kemewahan di dunia? Dan malapetaka yang diturun kan ini juga adalah bagi mengingat kan kita semua bahawa Kiamat semakin hampir? Wallahualam bi shawab .

Apa jua alasan yang kita reka bagi mengaitkan dengan kejadian ini, sebagai manusia yang kecil lagi kerdil kita harus berserah kepadaNYA dan dimintakan supaya segala urusan kita didunia ini berakhir dengan kesempurnaan agar kehidupan kita di “seberang” sana nanti tidak mengalami perkara perkara kita sendiri tidak tahu betapa azab nya..

Semoga dengan apa yang telah menimpa di Sendai kita ambil lah sebagai pengajaran, keinsafan dan pedoman buat diri kita sendiri.

Rasa simpati saya tujukan buat mereka mereka yang kehilangan orang tersayang akibat dari kejadian ini….