Wednesday, November 30, 2011

Bond



Saya tak nak marah marah pagi ini, sebab esok public holiday (hari kebangsaan UAE) la ni saya nak cita sikit mengenai Bond...bukan James Bond..tapi...

Minggu lepas saya beli Dubai National Bond, 1 unit berharga AED10, minumum mesti beli 10 unit, hmmmmm seriously saya sebenarnya kalau bab saving menyaving agak sukar sedikit untuk dipupuk..tetapi disebabkan ada perkara lain yang menarik minat saya, dengan tidak teragak agaknya saya telah membeli 300 unit national bond hahahahaah nak tahu kenapa?

Minggu sebelum minggu lepas (2 minggu lepas) lepas saya masuk office dikala pagi yang indah, mamat yang selalu deliver 7 days newspaper datang agak awal dari hari hari kebiasaannya..masa dia pass paper tu dekat saya mata terus menikmati tajuk tulisan si wartawan “Indian waiter won AED 1 000 000” , baca punya baca sampai ke akhir tulisan si wartawan ini maka saya pun mendapat kepastian yang waiter dari india ni menyimpan dengan national bond rupanya dan setiap bulan akan ada cabutan bertuah untuk pemegang pemegang sijil national bond. Untuk melayakkan diri bagi memenangi wang tunai bernilai 1 juta dirhams, jumlah minimum dikena untuk menyimpan adalah AED 3000 sekiranya kurang dari nilai tersebut anda cuma layak untuk untuk cabutan bertuah bernilai AED 10 000 setiap minggu sahaja dan bukannya cabutan bulanan. So dah alang alang nak menyimpan kononnya , sebab tu lah saya terus beli 300 unit ini sekali gus membolehkan saya untuk memasuki cabutan bertuah mingguan dan bulanan !! wee tweet!!!

Sekarang ni , di setiap kelapangan masa yang saya ada..saya cuma akan memikirkan perkara yang akan saya lakukan sekirannya saya berjaya memenangi hadiah 1 juta itu…hmmmmm hahahhahah biasa la darah tipikal melayu ada mengalir sikit kat badan saya ini nak buat lagu mana?

Dan sekarang saya sudah mempunyai sijil Dubai National Bond yang saya beli pada minggu lepas..saya berjanji akan menyimpan setiap bulan dengan Dubai National Bond ………………… agar peluang untuk memenangi AED 1 juta lebih cerah … yeah bebeh!!!!

Ha!! sebab tu la saya tertarik untuk saving menyaving …

Tuesday, November 29, 2011

Si Bangang yang Ego....

Seronok masuk kerja pagi ni, dapat bamboo budak HR yang buat kerja cam palat tu..konon Hantar email cc Sr. Manager dia saya takut la…sorry la wei “takut” tak ada dalam Dictionary saya, tau tak!!? Last last sendiri sakit bila saya reply with facts!! Baru terhegeh nak buat excuse, kononya tak dapat email yang saya hantar early this week..sangat!!! Bukan sekali dua kau tak reply sayang oii..semua email relate to HR saya simpan tau !! siap ada special folder lagi..so tak payah la nak kencing yang kau tak dapat email saya..bukan sekali dua kau tak reply..melambak lambak dah..saya tau bangsa mcam kau ni memang jenis pemalas..nak kena cc “big potatoes” baru la nak buat kerja kalau tak..nan ado!!!

Ada ke cuti sakit saya 5 hari yang saya amik bulan lepas ,yang saya dah hantar certificate nya melalui proses on-line, dimintak lagi supporting documents dari budak palat tu..dia nak supporting documents apa ke jadahnya lagi kalau saya dah kasi sick leave cert.? even dalam contract pun tak ada clause yang mengatakan saya kena sediakan supporting doc bersama sick leave cert bila nak submit ke HR, so tak payah la kau nak buat drama yang bukan bukan cik adik oii… Manager saya pun sama juga,apa yang budak HR tu nak bulat bulat ikut, bukan nak tanya dulu ke apa ke? Bingai..macam mana boleh jadi Manager pun saya tak tahu..sudah nya malu sendiri la korang bila email “Pedas” saya send dan cc ke “big pototes” korang!!

Cerita Moralnya (hahahahaha) : Kalau nak kintai kintai kan orang tengok dulu siapa orang nya itu so nanti tak terkintai kintai sendirian apabila dimalu kan.. pada sesiapa yang bekerja di HR Dept TOLONG la respect your colleagues equally .. jangan fikir anda di HR dept anda boleh lakukan sesuka hati..kerana hati yang suka itu akan menjadi duka kelak (chewah..pinjam skrip dari filem “esok untuk siapa”) and to all the Managers kindly choose your battle!!!

Thursday, November 24, 2011

Bawah tanah kadang aku rindu...

Bila naik Metro balik dari kerja, terlihat serombongan remaja remaja arab dengan seluar jeans biru koyak, rambut ada yang ala punk, skinhead, dengan boot hitam berkilat, kasut Adidas ol’ skool dan Fred Perry; seorang pegang drum stick, 2 orang gendong beg yang kelihat seperti guitar didalam nya dan seorang lagi memegang skrol kertas (vokalis group diorang la tu)..walaupun kerusi di dalam metro tidak berapa penuh dengan penumpang mereka masih lagi ingin duduk di atas lantai di penyambung gerabak , tersenyum saya sendirian melihat karenah mereka “déjà vu” bisik saya dalam hati.





Teringat saya sewaktu umur remaja, gelagat yang sama saya dan rakan rakan “band” saya lakukan sewaktu menaiki LRT menuju ke KLCC lepas tu lepak sampai petang , gerak pula ke Kelana Jaya lepak kat Syed restoran discuss nak jamming kat mana (selalunya booking akan dilakukan sehari atau dua sebelum) Rhythmix ss15, Subang Jaya ke? Jam Studio, ss2 ke? Studio kat belakang KFC (apa nama studio tu ah?) Kelana Jaya ke? Jam Studio ss15, Subang Jaya ke? Akar Karya, Damansara uptown ke? Atau Black Widow Jalan Gasing? (sebenar ada 2 -3 tempat lagi tapi saya lupa la nama studio itu, maaf) bila dah decide nak jamming kat mana, band member kita orang yang bernama Popoi akan membawa ke destinasi yang ingin dituju dengan keretanya (satria merah, tengiling –accord lama- , saga aeroback) kekadang kalau di penat dia suruh saya drive, sebab masa tu Nizam anak pak yusoff, Imran dan Aca tak boleh drive lagi (caya la!!! ari tu masa aku balik vacation zam dah boleh drive!!!dah ada keta sebiji lak tu..) selalu layan jamming sejam dua je (2 jam kalau ada gig minggu tu), dan yang bestnya bila masa jam ada je disagreement sesama sendiri lepas tu masing masing emo..hahahahahaha, lepas tu okay balik.. .. ni dengan band “KULAT” kalau ngan band “PENUMPANG GELAP” pula – Sani, Popoi (lagi), Fendi, Muiz dan saya-
dan situasi lebih kurang sama je...tapi kurang emo (Zam sila jawab!!!! lol)



Bila dah habis jamming gerai gerai menjadi tempat untuk berbicang bagaimana untuk meng-elok kan lagu yang dijamming tadi tempat makan seperti Gerai 223 PJ, Syed Kelana Jaya (tapi ari tu masa balik tengok restoren tu dah jadi tempat letak kereta), ss15, Subang Jaya (quite few places la kat sini) etc. kalau ada duit minum la teh o ice limau ngan nasi goreng ke, mee goreng mamak ke..tak ada sen air suam dan roti banjir je la jawab nya (hahahahahaa)





Nama nama band yang pernah saya tengok gig mereka atau main dalam satu gig atau pun jamming kat studio yang saya pernah kerja dulu la ni dah meletop letop dalam arena mainstream ..syabas buat mereka!! Meet Uncle Hussien, Seven Colar T-shirt, Love Me Butch (Singh, si drummer ni pernah pecahkan symbol Zildjian kat studia A, rythmix yang aku jaga dulu..lepas tak pernah datang datang lagi hahahaha) , andy flop poppy (mamat ni lucu…bangat) banyak lagi la..ngan mambai pun saya pernah berduet kat no Black Tie (layan lagu Eric Clapton –wonderful tonight) masa new year eve lepas selesai satu gig (eksen sikit)..masa tu ada satu band dari Singapore yang agak saya suka (walaupun saya tak suka Singaporean) force vomit nama band mereka…diorang memang sempoi..music ala ala ska punk gitu.. lagu mereka yang berjudul “siti” teramat la best dari susunan lirik nya.




Tapi la ni masing masing dah ada career dah, kurang masa untuk menghambakan diri untuk bermain musik seperti dulu, namun ada gak sorang dua yang masih lagi bermain musik dan persembahan “underground” cuma ianya tidak sekerap dulu setahun mungkin sekali (Zam anak pak yusof yang kata).

Nizam ngan Popoi on and off dengan band “POLARIS” ,agak memberangsang juga instrumental band ini..sampai ada article di majalah majalah meng-review mengenai diorang!! Imran, lansung aku tak jumpa.. dah tak main Bass dah dengarnya mamat ni sibuk dengan kerja ,la ni aku rasa dah dekat 4 tahun tak bersua muka ngan dia, masa balik Malaysia time raya itu hari ada gak borak tak sampai 2 minit dalam telepon, itu je lah. Aca pun dah tak ketuk drum dah, masa dia datang raya rumah mak saya itu hari dia cerita dia kerja kat Port Klang bahagian logistic kalau tak silap …(mamat ni dulu ngan dred-lock hair nya sekarang dah alim dah).

Kalau bandmates “PENUMPANG GELAP” pula, si Sani sekarang lebih cederung untuk travel ke Thailand dengan agak kerap (hmmmmmm kenapa ya?) pun dia dah lama tak slapping bass guitarnya…Fendi si Drummer dah khawin dan ada anak sorang…mamat ni khawin ngan stewardess .. lama gak tak jumpa dan berhubung..Cuma sekali sekali broadcast message melalui BeriHitam sahaja. Muiz gitar ke-2 la ni bekerja di Fat boy (syarikat si Jason Lo) dia buat sales kat sana..lama gak tak dengar citer last sekali jumpa masa saya balik Malaysia 2 tahun lepas...lepas tu masing masing senyap.





Aiseyman…Dah sampai di stesen tempat saya nak turun, tak sempat nak request lagu “Chinese Girl” kat budak budak arab tu tadi……

Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu...?


Hmmmm rasanya perumpamaan diatas tu seharusnya ditukar , sebab menurut saya dah tak relevant ..kalau hujan emas di Negara orang..pergi je la amik emas tu!! Kau duduk kat Negara sendiri yang ada hujan batu tu buat apa nanti mampus kena hempap kat kepala!!

Bukan takde rasa nak balik Malaysia, rasa tu ada juga bila difikirkan Tapi itu la….. hati masih lagi tak sudi untuk mencari rezeki di “tanah tumpahnya darahku” dengan alasan bayaran yang akan saya terima agak “ciput” berbanding dengan posisi yang sama disini tambahanan nak travel pun susah disebabkan cuti yang diperuntuk kalau bekerja di Malaysia cuma 14 hari sahaja dalam setahun berbanding disini dimana saya boleh ambil cuti dalam setahun 25 hari, itu belum ditambah dengan cuti mingguan kalau dihitung, koman koman 35 hari dah tentu !! tiket penerbangan pula disponsor oleh majikan dan yang best nya diorang bayar cash 3 kali ganda dari harga tiket yang sebenar, kalau ada majikan di Malaysia yang sudilah untuk memberikan apa yang saya dapat di Dubai memang dengan segeranya saya akan pulang dan memberikan perkhidmatan yang terbaiiiiikkkkk buat depa!!

Saya hairan kenapa Malaysia tidak boleh buat seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Dubai terhadap rakyat mereka.

1. Tiada cukai dikenakan terhadap rakyat mereka, baik cukai tanah, cukai kereta, cukai pendapatan dan segala jenis cukai la. Kalau gaji macam saya kat sini kalau kerja kat Malaysia dah tentu tiap tiap bulan kena isi borang cukai pendapatan, diDubai berapa yang anda dapat itu lah hak anda..

2. Gaji bagi pekerja tempatan adalah 2 kali besar dari expat tak kesah la korang Mat Saleh ke, Negro ke, Melayu ke, Batak ke, Jawa ke penduduk tempatan adalah diutamakan. Kat Malaysia pula Expat diutamakan (tidak termasuk buruh kasar!!)

3. Kereta Import murah murah contoh la Honda City kalau kat Malaysia sebiji hampir mencecah 80k kan? Kat Dubai kereta yang sama tetapi dengan harga sebiji kerta Proton Savy, 40k dah dapat dah (dirham tau!! kalau convert to RM hmmmm lagi murah) …

4. Perkhidmatan pengangkutan awam, kelas pertama; dari perkhidmatan kapal terbang, metro, teksi sampai la ke bus memang first class. Dari segi timing, kebersihan dan layanan diorang memang terbaik “customer always right” memang benar benar dipraktikan di Dubai ..kat Malaysia korang tengoklah sesetengah driver teksi yang cam gangster , bas tak pernah ada jadual yang tetap, sistem KTM yang agak lembab (pengalamam pertama cukup ngeri sewaktu pulang dari IPOH) dan sistem penyelengaraan yang teruk!! korang nak komplain!!! ? aku ketawa je la..

5. Di Dubai Kadar jenayah teramat rendah bukan tiada tetapi begitu rendah, KENAPA? ..kerana pihak berkuasa (polis) sentiasa berada dimana mana 24/7 dan mereka tak makan “suap”!! titik di Malaysia pula …..hmmmmmmm saya sedih (Fikir la sendiri)

itu belum masuk bab politik lagi...Cukup lah cuma lima poin je saya kasi..nak ikut kan hati berjela jela panjang nya.. tapi Malaysia tetap dihati worry the not..especially makanan makananya, itu memang terbaik!!! Cuma itulah…kalau poin poin diatas ni sudi kiranya kerajaan yang memerintah ambil perhatian….indahnya berada di Malaysia namun buat sementara masa saya akan terus berada di Dubai..sampai bila? Entah……

nota: jangan ingat saya tak patriotik pula..saya support Harimau Muda kelmarin..

Wednesday, November 23, 2011

Respect sama lu Ong Kim Swee!!!


Salut to the coach!!! kata kata semangat yang diberikan kepada Harimau Muda!! Ong Kim Swee Terbaik!!!

Tuesday, November 22, 2011

Bila Harimau lapar....


Semalam tempat jam 4:30 petang saya dah terpacak depan komputer riba di office bagi menyaksikan perlawan final bolak sepak sukan SEA antara Harimau Muda dan Garuda Muda walaupun live streaming nya asyik buffering je, saya begitu sabar dan teruja menyaksikan perlawanan yang bersudahan seri 1 – 1 tamat tempoh 90 minit perlawanan dan terpaksa diheret ke 30 minit masa tambahan, dan disebabkan kedua dua pasukan masih lagi gagal mencari gol akhirnya sepakan penalti diperlukan bagi mencari siapakah pemenang mutlak bagi sukan SEA edisi ke 26 ini!!!

Hahahahaha siapa lagi kalau bukan Harimau Muda kita, saya PUAS cukup PUAS menyaksikan game semalam walau pun sewaktu separuh permainan di separuh masa kedua saya berada di Metro namun saudari Elis yang berada di Malaysia dan saudara Rashdan sudi untuk meng-update saya melalui BeriHitam, korang adalah sedap (best)!!

Seperti biasa Provokasi di Gelora Bung Karno yang sudah basi dan tidak mampu mempengaruhi mental pemain negara, dijangka akan lebih bingit dan menyakitkan telinga dengan misi membalas dendam serta mengubat ‘sakit hati yang mendalam’ terhadap Malaysia akibat kekalahan di Piala AFF Suzuki tahun lalu persetankan itu semua Harimau Muda telah bukti kan dengan cemuhan dan layanan yang diberikan tidak sedikit pun mengoyangkan kepala lutut diorang..apa tah lagi bermain di Gelora Bung Karno yang konon nya cukup beraura untuk mengugat mana mana pasukan yang bertandang untuk berlawan dengan pasukan tuan rumah atau lebih dikenali sebagai Laskar Garuda. Namun kekuatan mentaliti jelas ditunjukan oleh Harimau Muda kita dengan memekak kan telinga dan memberi tumpuan kepada game yang berlangsung semalam..mungkin ada sorang dua player yang agak hampeh tapi untuk keseluruhan saya bagi 10 bintang out of 5!! Terutamanya pada barisan benteng pertahanan Apek (Khairul Fahmi) anda adalah jelamaan R.Arumugam (lagenda penjaga gawang Malaysia era 80-an)

Dengan “Bapak” emas yang kita menang melalui pasukan bola sepak Malaysia,dan patahnya sayap si Garuda apabila dibaham oleh sang Harimau kita telah mengecewakan Indonesia dalam aksi final bola sepak malam tadi– sekali gus mengajar sebahagian penyokong Indonesia yang radikal erti semangat kesukanan sebenar. Setimpal dengan "dosa" yang diperlakukan terhadap kontijen Malaysia sepanjang berlangsungnya temasya ini.

Hitam Kuning, Hitam Kuning…Go Tiger!!! RoaRRRRRRRR

SAYA PUAS!!!!!

Friday, November 18, 2011

Indonesia oh Indonesia....ada aku kesah?

Apa yang dimarahkan sangat dengan penyokong penyokong Indonesia dengan Malaysia pun saya kurang pasti..cukup tebal perasaan menyampah diorang dengan Malaysia...bukan saja atlet jadi sasaran malah pegawai, jurulatih serta wartawan Malaysia juga diejek dan dicemuh dengan pelbagai bagai "kata nama khas" yang paling best diorang panggil "maling" (pencuri)  dan dengar cerita wartawan kita ditunjukan isyarat lucah dan tidak dibenarkan mewanwancara seorang atlit disebuah vanue setelah acara renang selesai...wow!! Bagus sungguh hospitaliti yang ditunjukan oleh "mereka" itu..


Sebelum ini, perenang negara, Siow Yi Ting terpaksa ‘memekakkan telinga’ ketika naik ke podium menerima pingat emas 200 meter kuak dada kelmarin apabila ejekan, suasana riuh serta kutukan mengiringi lagu Negaraku dan upacara menaikkan bendera. Lebih kurang sopan, kebanyakan penonton enggan berdiri ketika lagu kebangsaan kita dimainkan..

Semalam saya tengok perlawanan bola sepak antara Indonesia deangan Malaysia..perghhhh...stadium keramat bung karno...merah!! Penuh dengan penyokong penyokong tuan rumah..dan seperti biasa team kita kena "boo" dengan penyokong penyokong Indonesia..masa lagu kebangsaan kita dimainkan diorang riuh rendahkan stadium supaya lagu "Negaraku" kita tidak kedengaran...sebab diorang claim lagu national anthem kita diambil dari lagu rakyat diorang yang berjudul " terang bulan"  kalau betul la kita yang curi lagu ni dari diorang..awat depa tak nak sue je goverment Malaysia? Sebab government diorang tahu yang lagu ni sebenarnya berasal dari perancis yang berjudul  "La Rosalie" dicipta oleh Pierre-Jean de Béranger (1780-1857), seorang musisi berkebangsaan Perancis. Lagu tersebut kemudian menjadi melodi yang sangat terkenal dan menjadi lebih populer pada wilayah pulau Mahé di Seychelles. Popularitas lagu tersebut sampai melintasi lautan Hindia dan mencapai wilayah nusantara pada awal abad 20. Pada tahun 1888, lagu tersebut digunakan sebagai lagu kebangsaan negara bagian Perak, "Allah Lanjutkan Usia Sultan", selama masa pendudukan Raja Edward VII.
Nada yang sama kemudian diperkenalkan oleh "Indonesian Bangsawan" (Opera), yang sedang mengadakan pementasan di Singapura pada tahun 1920. Dengan serta-merta, melodi tersebut kemudian menjadi sangat terkenal dan kemudian dinamai "Terang Bulan". Terpisah dari perannya sebagai lagu kebangsaan negara bagian Perak, "Terang Bulan" dengan segera menjadi lagu tembang "evergreen", yang sering ditampilkan pada pesta-pesta, kabaret-kabaret, dan dinyanyikan oleh begitu banyak orang pada tahun 1920-an hingga 1930-an. (Namun setelah kemerdekaan Malaysia dari Inggris pada 1957 dan lagu "Allah Lanjutkan Usia Sultan" diadaptasi sebagai lagu kebangsaan negara Malaysia dengan judul "Negaraku", lagu tersebut tidak dimainkan secara bebas lagi dan penggunaannya telah diatur oleh undang-undang.) Lagu "Terang Bulan" juga diadaptasi menjadi sebuah lagu bernuansa Hawaii, "Mamula Moon" pada tahun 1947 oleh band "Felix Mendelssohn and his Hawaiian Serenaders"... Sekarang korang fikir la sendiri siapa Maling..?

apa apa pun aku tak kesah sangat dengan gaya provokasi tipikal rakyat diorang tu.. Sebab semalam kita menang 1-0 kat stadia' bung karno...merah padam muka penyokong diorang..nak provok apa lagi pun diorang dah tak tahu...laser ke? Ultra melon ke?tepung putih ke? Bomoh ke?

Buat seluruh Malaysian..apa yang perlu kita buat sekarang pekak kan telinga dan buta kan mata bila provokasi macam ni..sebab kita tak rugi apa apa pun..kita tahu standard kita dimana dan kita masih lagi mempuyai ciri ciri sebuah masyarakat yang datang dari negara yang bertamadun dan disegani...jadi tak payah la ambil port sangat tentang perkara perkara negatif yang dilakukan oleh negara jiran kita yang " hebat" itu...kalau nak diikut kan perasaan yang membuak buak marahnya ini saya boleh terbitkan lebih dari sepuluh buku menceritakan atau menepelak balik "diorang" tu tentang banyak perkara yang "diorang" claim "diorang" betul tanpa usul periksa faktanya terlebih  dahulu..namun saya tidak akan berbuat demikian kerana ianya hanya membuang masa saya sahaja...

Dan buat buat segelintar penyokong Indonesia yang radikal yang suka sangat melemparkan cemuhan buat Malaysia....  ADA AKU KESAH

Thursday, November 17, 2011

MAAU Macam GAMPANG!



Seriously saya rasa sakit hati bila baca fasal pelari pelari 4 x 400m (Kannathasan, Yuvaraaj, Schzuan and Yunus) yang menang di Sukan Sea, Jakarta 2011 diberi layanan buruk oleh Malaysia Amateur Athletic Union (MAAU). First diorang tak yakin yang quartet ni boleh sumbang kan pingat untuk kontijen Malaysia so at first diorang dengan sedap kepala bapak diorang gugurkan acara ni..lepas tu boleh pula 2 minggu sebelum berlangsungnya Sukan Sea diorang buat test kat quartet ni..kononnya nak tengok pontensi boleh menang pingat ke tak? ( Chop....bukan test-mengetest ni sepatutnya dibuat 3 bulan sebelum berlangsungnya sesuatu acara ke? ) lepas tu dah tgk kemampuan diorang dan yakin boleh sambar pingat si MAAU ni letak quartet ni dalam atlit ketegori B, boleh pulak macam tu? Asing asing kan atlit ikut kategori!!! Wei MAAU semua atlit tu bersaing atas nama MALAYSIA!!! Jadi tak payah la nak asing asing diorang ikut standard!! Bingai!!

Lepas quartet kategori B ni menang medal boleh pula MAAU hantar diorang balik tanpa menunggu acara pemberian medal!!! Memang macam haram!!! MAAU kata tiket tak boleh nak tukar sebab semua flight full seat!!! Memang gampang MAAU ni..!!! korang letak target untuk acara olahraga 6 emas!! Korang fikir sendiri la kalau quartet ni tak bertanding!!!!? Nasib baik la coach diorang ni si K. Jayabalan fight untuk diorang, supaya diorang diberi kebenaran untuk bertanding!!! Kalau tak 5 emas je la korang dapat untuk acara olahraga!!! Dengar cerita ratu lari berpagar kita Norsheela juga tak berpuas hati sebenar tentang banyak perkara mengenai MAAU ni!!!!

Tapi apa apa pun ..untuk atlit yang telah memenangi emas untuk negara dan di tidakkan untuk berada di podium untuk menerima anugerah adalah satu penghinaan!! Diharap Majlis Olimpik Malaysia dapat melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengenakan tindakan yang sewajar nya!!!

Buat Kannathasan, Yuvaraaj, Schzuan and Yunus SYABAS saya ucapkan ..walaupun diberi layanan kelas kedua dari awal anda masih lagi memberikan persembahan yang begitu luar biasa dan iyanya amat menakjubkan!!! Salut...

Dan khas buat MAAU.....YOU’RE SUCKSSSSSSSSSSS!!!!!!!

Wednesday, November 16, 2011

Suap - Menyuap

Telinga terdengar fasal sorang rakyat Malaysia ditahan di Dubai gara gara cuba “suap” 2000 dirham kepada seorang pegawai tempatan bagi memboleh kan lesen Malaysianya di tukar kepada Lesen UAE supaya beliau juga tidak perlu menduduki kelas memandu dan juga peperiksaan. 2000 dirham!!!!? Mamat ni biar betul..depa nak suap kat Emerati 2000 dirham…? Aje…..? aduhai sebal betul!!! Ingat kan “suap-menyuap” ni depa dok buat kat Malaysia je..sampai kat UAE pun terbawa bawa juga perangai kampong korang tu.. kau nak “suap” 2000 dirhams kat “budak budak” Malaysia boleh la..terlopong biji mata kepala diorang.. kat sini tak dapat bang..nak “suap” make sure 10 – 20 k , itu pun bergantung pada “kes” yang nak di “suap” kan itu, tapi kebiasaannya diorang tak makan “suap” sebab tangan diorang dapat yang “halal”punya every month pun dah terlebih cukup .

Kalau kat Malaysia 2000 Hengget tu boleh “suap” kan “budak budak” 100 kali , ye la sekali “suap” 20 hengget je.. tak mahal nak “suap” “budak budak” kat Malaysia ..rendah nilai diorang tu…silap silap 10 hengget pun diorang kebas juga…minum petang .

Bila dah berceloteh pasal “suap” ni teringat satu kes yang pernah “terlangar” kat saya, sewaktu tu saya park kereta Nissan sunny emak saya kat belakang McDonalds section 14, PJ, lepas tu saya naik atas Jaya supermarket (sekarang dah arwah dah bangunan tu) masuk kedai arked layan street fighter jap, lepas lebih kurang sejam saya pun menuju lah ke tempat saya parking kereta tadi..sekali tayar kereta Nissan Sunny emak saya kena clamp oleh “budak budak” perbandaran dan yang best nya diorang boleh tunggu kat situ..ni tiket tak isu lagi ni..bila diorang nampak saya tergaru garu cuba menyelesai kan masalah yang Cuma boleh diselesaikan oleh mereka ini, diorang pun berjalan menuju kearah saya..direct tak ada kias mengias..seorang dari “budak-budak” ni bersuara dia kata kalau bayar kat kaunter kena 100 hengget kalau bayar kat sini 50% diskaun..hmmm makna nya 50 hengget je la, aku reply balik kat “budak budak” aku kata aku duit kertas semua tak ada kalau nak amik la siling siling yang aku ada kat dalam keta ni..aku just memain je dengan diorang tak sangka pula siling tu pun diorang nak yang nilai nya aku ingat sampai sekarang iaitu 17 hengget 58 sen .. kesian kan “budak-budak” kat Malaysia.. itu baru “budak” Perbandaran cuba kau bayangkan “budak –budak” yang pakai baju biru ngan putih tu..hmmm lagi la..kerja nak kena “suaaaaaaaaaap” je..tapi la ni tak tahu la kan kalau “budak-budak” kat Malaysia tu dah bertukar ke “taste” yang lebih tinggi ke…atau masih lagi standard “budak-budak” hingusan yang sekali makan sekupang dua je…?

Apa apa pun nasihat saya kat korang semua bila “budak-budak” ni mintak disuapkan ..korang suruh diorang “suap” sendiri..sebabnya masing masing dah besar panjang dan ada “tangan” untuk makan sendiri..dan korang korang pula..bila dah buat salah tu bayar je kat kaunter..mari lah kita memerangi genjala yang tak senonoh ni..takut nanti kalau dah terbiasa..Malaysia jadi macam Negara India tak pun macam Negara “jiran” kita… Siapa? Hahahaha cari la sendiri…

Sebelum saya meletakan titik noktah ..ni Nasihat buat “budak-budak “ yang BESAR ..rasa rasa nya pilihanraya dah semakin menghampiri …jadi jangan lah cuba “menyuap” kan rakyat untuk mendapatkan undi!!! Dan rakyat pula jangan la dibutakan hati apabila ada tangan yang ingin “menyuapkan” anda..

BERDOSA TAU!!!! .

Tuesday, November 15, 2011

Mamat Khaled adalah Wicked


Dulu saya sering melihat setiap hasil karya seorang pengarah yang bernama Mamat Khalid adalah sebagai hasil yang begitu rendah nilainya dan kekadang “bodoh” juga terkeluar dari mulut saya yang boleh diketegorikan “puaka” dalam mengeluarkan komen..haishhh..begitu lah rendah nya nilai saya yang masih menilai sesebuah karya itu hanya dengan melihat dipermukaan-nya sahaja (tanpa menonton nya terlebih dahulu).. namun setelah menonton filem komedi seram “Hantu kak limah balik rumah” persepsi terhadap ide dan produk dari pengarah ini jauh sekali berubah kerana dari situ saya dapat menghidu elemen elemen budaya, politik diserapkan begitu halus sekali sehingga kan ada yang tergelak ketawa tanpa mengetahui ianya mempunyai “maksud dua”

…lupakan special effect yang gempak gila atau hasil CGI yang halus dalam setiap filem beliau kerana pada saya filem arahannya mempunyai penanggan ala Quentin Tarantino atau pun Edgar Wright dimana jalan cerita dan skrip “maksud dua” yang mengeletek minda penonton untuk ketawa begitu kuat sekali .

Hasil tulisan nya “Tempurung Pecah” seminggu sekali di Berita harian on-line saya baca, tidak cukup dengan itu blog hasil tintaan beliau juga saya follow yang juga mengunnakan jenama yang sama under “Tempurung Pecah”..terasa bagaikan addict dengan setiap hasil coretan Si Mamat ini..percantuman perkataan begitu molek dan berwarna sehingga kan saya sebolehnya tidak mahu ianya capai ke titik noktah. Pengisian setiap entri membuat kan saya begitu kagum dengan pemilik nama ini , Beliau tahu apa yang beliau ingin dan perjuangkan , HEBAT!!. Dalam bahasa melayunya “TRUE”.

Kerana terlalu kagum dengan Mamat ni, saya sekarang ini cuba mendapat kan semua filem/tulisan atas arahan/coretan beliau ..naluri mendesak untuk melihat hasil kerja awal mamat ni…mungkin ada sesuatu yang bagus bisa saya pelajari dengan menonton dan membaca hasil produk air tangan Mamat ni..

Kalau korang tak percaya Korang boloeh follow blog mamat ni dengan mata kepala korang sendiri!!

www.tempurungpecah.blogspot.com

Mamat Khalid adalah AWESOME!!!

Bila Ahli Parlimen Menyalak...

Pagi ni bila saya bangun melambak lambak notifikasi di BeriHitam saya dan kesemuanya adalah twit dari Dato’ Tony Fernandes, dari twit beliau kelihatan beliau benar benar marah dah kecewa bila ada Ahli Parlimen mengatakan beliau “merompak” duit rakyat dengan pengusahaan penerbangan murah nya iaitu “AirAsia” .. kepada Ahli parlimen yang mengatakan sedemikian rupa, bagaimana lah anda layak jadi Ahli Parlimen ni? Saya cukup menyampah kalau orang Cuma tahu berkata kata tanpa melihat pada FAKTA!!! Sepatutnya ahli parlimen yang berlagak macam “tin kosong” tu buat homework dulu sebelum sesuka hati nak keluarkan statement yang keanak anakan itu.. walaupun saya tak pernah naik AirAsia tetapi apa yang dilakukan oleh Tony Fernandez adalah sesuatu yang sepatutnya dilihat dari sudut yang positif..contohnya kalau dulu orang kelas pertengahan dan bawahan tidak mampu untuk menaik pesawat untuk penerbangan jarak dekat gara gara kadar tambang yang agak mahal dikena tetapi dengan ideologi Tony..semuanya boleh terbang kemana sahaja dengan kadar yang agak MURAH!! Jadi kenapa ada Ahli Parlimen yang menyalak nyalak mengenai “rompakan” yang dilakukan oleh AirAsia? Rompakan dari segi apakah yang dilakukan oleh “AirAsia”? saya sendiri kurang jelas

Di Blog Tony Fernandez juga beliau menjemput Ahli Parlimen yang kecoh ini untuk bertemu face-to-face agar beliau dan team AirAsia beliau dapat menjawab segala persoalan yang ingin dikemuka kan oleh Ahli Parlimen tersebut..Haaaa!!! ada berani pergi la jumpa ngan Team Tony tu..? takkan nak tunggu print-out punya kad jemputan!!!?

Korang boleh klik kat URL ni untuk membaca dengan lebih lanjut respon dari Tony Fernandez

http://www.tonyfernandesblog.com/main.php/2011/11/05/rural-air-services

Cheers!!!

Untuk ahli parlimen bongek tu, satu soalan saya nak tanya;

Agak agak kerajaan ada niat tak untuk menurun kan kadar Airport tax pada masa hadapan? Ke masih nak “merompak” duit rakyat lagi?

Cheers lagi!!!

Monday, November 14, 2011

Memasak Sambil Bergosip: Pengat Nangka, Chokelat Kocak dan Anak Chef Wan



Semalam di tempat kerja tetiba teringin nak makan penggat nangka dan Chocolate shake, on the way balik dalam Metro..Burung kakak tua (Nowa) call tanya kalau saya nak makan apa2 tak sebab dia tgh buat grocery shoping kat lulu hyper market , apa lagi tanpa segan silu saya just request la benda yang dah saya terbayangkan waktu di tempat kerja … akhirnya termakbul juga nak makan benda yang saya ngidamkan… TETAPI!!!!! Apa yang hendak saya coretkan disini bukanlah resipi tentang penggat nangka mahupun chocolate shake yang telah selamat berada diperut saya (dah keluar pun pagi tadi) !! Apa yang hendak saya jeritkan disini adalah perkara yang diumpatkan oleh si burung kakak tua, mengenai anaknya si Chef Wan yang mengencing fasal resumenya untuk rancangan MasterChef Malaysia…, Chef Riz weet!!! Weet!!
Nah korang baca sendiri gambar di atas:


Namun setelah pihak Malaysian Insider sendiri menghubungi Restoren Babbo untuk mendapatkan pengesahan, Pihak restoren menafikan pernah mempunyai pekerja bernama Mohd Nadzri Redzwan (Ouch!!!!!!)
Setelah terbongkar tentang segala galanya , Chef Wan sendiri mengeluarkan statement di Page FB nya.
Seperti gambar di atas:

Kesian Chef Wan ….. what to do..? macam dia cakap lah Nasi dah jadi Bubuq…
Untuk cik Nowa a.k.a burung kakak tua dan juga chef chef Malaysia yang lain…jangan dok pikiq sangat fasal anak si Chef Wan sorang ni….. sebab bapak dia sendiri pun rasa malu ngan si “Chef de cuisine” itew…

Dengar citer dia nak keluar kan statement fasal isu ni? Dah ke belum ?

Monday, November 7, 2011

Diam!! Please!!!

Korang ada tak member yang bila korang tengah tengok tv dan time tu juga lah dia nak menanyakan soalan soalan yang ngarut ngarut? Tak pun sibuk nak cerita apa yang dibuat sehari suntuk kat korang? Walaupun korang dah tunjuk kan isyarat isyarat yang korang tak berminat untuk menjawab mahupun mengambil bahagian dalam mendengar celoteh " once upon a time" nya..tapi si polan masih lagi dengan muka selamba dan tidak bersalahnya meneruskan juga usahanya agar anda mengambil bahagian.. Penatkan? Bukan penat je..ada sampai satu tahap tu rasa korang rasa macam nak sumbatkan ashtray rokok depan korang tu dalam mulut depa ni..lepas tu biar tercekik kat depan tv tu ...

Kenapa saya tanya dan post kan entri kali mengenai mahkluk yang tidak faham bahasa ini? Sebab saya baru je dapat budak rumah baru yang datangya dari Mecadonia..time saya tengah nak beristirehat tengok tv time tu lah dia sibuk tanya macam mana nak submit resume through the company website? Lepas tu boleh pula berskype bagai dengan tah siapa siapa..kalau cakap macam siti nurhaliza takpe la juga ni tidak kalau boleh nak bagi tau kat jiran tetangga yang dia ni tgh bercakap ngan emak dia..walau pun tutur bahasanya dalam Mecadonia dan tiada siapa yang faham..lepas tu ada hati suruh aku perlahan kan tv..amboi cik melah...!!! Ini boleh mendatangkan kemarahan ni...!!

Tapi disebabkan nilai nilai moral seorang Asia yang begitu tebal dalam diri ini maka saya senyap kan sahaja mengenai pekara ini...buat sementara waktu ini.

....dan jangan salahkan saya sekiranya ashtray itu tidak berada diatas meja pada masa hadapan...

Sunday, November 6, 2011

Yup!! Saya Asian

Satu perkara yang cukup saya menyampah adalah diskriminasi ..atau perkataan lainnya penindasan..ditindas atas dasar warna kulit dan si-penindas- nya adalah dari warna kulit yang sama..pelik?  Tapi ianya berlaku secara berleluasa di Dubai. Terkadang tahap kesabaran saya diganggu gugat dengan begitu hebat sekali sampaikan tiada perkataan yang dapat diluahkan gara gara terlalu marah dengan mereka mereka yang melopori kelompok pemikiran yang kolot ini.

Baru baru ini sewaktu pulang dari kerja saya singgah ke carefour di Mall of the Emirates untuk membeli barang barwn keperluan harian, seperti kebiasaan barrel beg (beg sukan) akan saya bawa bersama dan tiada apa apa masalah yang saya hadapi sebelumnya, namun pada hari tersebut saya ditahan oleh sekuriti yang pada zahirnya kelihatan datangnya dari India..beliau mengarahkan saya untuk meletakkan beg saya di deposit kounter sebelum saya dibenarkan membeli belah...walhal di depan mata kelihatan begitu ramai pemuda pemuda yang datang dari negara Eropah mengendong beg yang agak luar biasa besarnya dan masih dibenarkan untuk meneruskan masuk..dengan alasan mereka membawa beg yang berlainan..hmmm? Dan saya tatkala terlalu marah dan memang tidak suka berdebat dengan mereka yang datang dan lahir dari negara yang saya sebutkan diatas, saya cuma berlalu pergi dan terus membuat laporan di kaunter khidmat pelanggan mereka..Dan ianya mengambil masa 3 hari untuk pengurusan mereka untuk menelepon saya semula..dan mereka menanyakan soalan yang benar benar membuatkan saya termanggu seketika " Mr Zamri are you Asian?" dan empunya suara yang berada dihujung talian juga Adalah seorangbyang datang dari negara "itu"

Itu adalah satu dari ratusan dari situasi dimana saya ditindas hanya kerna saya adalah seorang yang datang dari negara Asia Tenggara..kalau hendak dicerita kan ...saya yakin cerita ini kalau diterbitkan boleh mencapai hingga jilid yang ke-sepuluh.  Saya tidak hairan atau terkejut kalau diskriminasi ini saya terima dari mereka yang datagnya dari Eropah atau pun negara negara Arab namun untuk diperlakukan sedemikian rupa dari mereka yang datang dari kontinen yang sama adalah sesuatu yang menjengkelkan..benar benar busuk saya rasa.

Di Malaysia juga saya mengalami perkara yang sama sewaktu ingin menjamu tempolok saya yang sedang kelaparan di Madam Kwans KLCC host lelaki yang berbangsa Malaysia melihat saya yang sewaktu itu baru sampai di KL dengan berseluar pendek dan sandle pink fred perry seolah ingin mengemis dipremis niaga mereka..tiada senyuman, soalan yang diaju dijawab dengan perasaan kurang senang walhal bukan kan silelaki ini bekerja di industri yang memerlukan beliau untuk menjadi lebih ramah dan mesra?Jadi mengapa sikap yang begitu dingin dilemparkan oleh boboy tersebut?  Dan itu adalah kali saya terakhir akan saya jejakkan kaki di restoren tersebut dan kenapa boboy tersebut mempunyai cara pemikiran kelas ke-3? soalan yang saya ajukan terhadapa diri sendiri sambil berlalu pergi ( lagu background - Nurul , kerana terpaksa)

Disini saya hendak menjerit pada mereka yang suka mendiskriminasi atas warna kulit..suka kah anda sekiranya anda diperlakukan sedemikian rupa? Kalau tidak suka...UBAH LAH PERANGAI ANDA YANG BUSUK ITU!!! Kerana tiada siapa yang gemar untuk menghidunya...

Saturday, November 5, 2011

Bila Virus........

Jenuh kepala hotak saya berfikir untuk aktiviti hari ini..untuk rekod ini adalah hari ke-sembilan saya tidak bekerja gara gara virus seolah demam campak yang saya hidapi sejak minggu lepas. Makan, tidur, tengok tv adalah rutin seharian saya sejak dari hari dimana saya menghidap virus ini...dan iyanya amat membosan kan. .. Semua rancangan tv sudah saya khatam, semua makanan sudah saya cuba, semua blog sudsh saya baca, shout-out facebook saya update setiap hari, makan ubat setiap 4 jam ( terasa tua diri ini) dan tiada apa lagi yang boleh saya fikirkan untuk saya lakukan bagi menghilangkan kebosanan yang teramat sangat. 

BeriHitam saya yang selalu menjadi peneman setia pun agak sunyi .. Tiada notifikasi dari facebook, bbm dan juga khidmat pesanan ringkas...pelik...hati terasa rimas dengan apa yang sedang dilalui sekarang terasa kalau boleh, nak beli tiket kapal terbang lepas tu balik Malaysia sambut Eid Adha dengan famlily....oishhhhh...rendang, lemang, ketupat, lodeh, kuah kacang...... GULP!!!okay cukup.......

Dammit ..saya ada tiga hari lagi untuk dibunuh sebelum saya boleh menjalankan rutin harian gaya seorang yang normal dan bebas dari sebarang virus..ini bermakna..metro, office, gym, komunikasi dan weekly meeting yang selalu saya komplain sebab agenda yang tidak bersangkut paut dengan kerja..hehehehehehe...

Okay folks..saya nak mandi..dan sambil itu saya nak fikirkan apa kah menu makanan tengah hari saya untuk hari ini.... 

Sheeeeeetttttt!!! Baru teringat..sepatutnya pagi tadi saya ada follow-up medical check-up....dammit lagi..!!!

Mutiara Australia Barat

Najib dengan kerasnya menafikan yang isterinya si Rosmah tidak ada membeli Mutiara Australia Barat bernilai A$150,000, manakala "anak gadis Najib" membelanjakan A$60,000 ketika membeli belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia. Sewaktu menghadiri mesyuarat ketua ketua kerajaan komanwel (CHOGM) di Perth baru baru ini, malahan menidakkan yang anak perempuannya turut serta berada di Australia sewaktu itu. 

Najib juga meninta melalui laman twitternya agar jangan mempercayai tentang perkara tersebut yang dilaporkan melalui salah satu AKHBAR di Australia, sebab Akhbar kat Malaysia dah tentu tentu lah takkan keluar kan ? 

Selalunya kalau ada gosip tentang artis pasti ada yang mula menyoal "kalau tiada angin masakan pokok bergoncang" ....  Jadi dalam konteks politik pula bagaimana? Apakah dengan menulis dalam laman twitter nya  ianya dapat menepis segala persoalan yang sedang berlegar legar dalam setiap otak kepala rakyat ketika ini? 

Saya tidak mahu mengulas dengan lebih terperinci lagi kerna saya sendri tidak pasti benar atau tidak berita ini setelah kes berlian yang bernilai 24 juta pada awal tahun ini..biarlah cuma kebenaran cuma diketahui oleh , Najib, Rosmah, "anak perempuannya" dan juga yang maha ESA.. Jika beliau berada di pihak yang benar semoga akan ditunjukan juga suatu hari nanti, namun sekira sebaliknya..saya cuma berharap YANG MAHA ESA dapat memaafkan pemimpin yang memimpin negara tercinta saya sekarang ini dan membuka kan hatinya untuk lebih menjadi pemimpin yang berkelibar dimasa hadapan.

Friday, November 4, 2011

Seksualiti Merdeka?

Saya agak teragak sebenarnya untuk menyibuk untuk perkara diatas tetapi topik yang saya terbaca pagi tadi di berita harian on line amat menarik perhatian saya.

Apa yang nak dimerdekakan dengan seksualiti sesetengah individu itu? Saya sebenar keliru dengan apa yang cuba diperjuangkan oleh mereka mereka ini? Apa mereka mahu kerajaan untuk meluluskan undang undang untuk perkhawinan sesama jenis di Malaysia? Sebab selain dari perkara yang saya sebutkan saya tidak melihat mana mana diskriminasi untuk golongan homo seksual, lesbian atau mak nyah berada pada tahap yang begitu ditidas di Malaya. 

Fikir fikirkan lah wahai korang korang yang begitu radikal dalam memperjuangkan sesuatu yang bebenar tidak masuk oleh akal kita..setiap agama, saya taip sekali lagi SETIAP AGAMA melarang kita sebagai umat dibumi ini untuk mengadakan hubungan sesama jenis, namun dosa dan pahala adalaha pilihan masing masing atas alasan kubur esok adalah lain lain dan iyanya benar, namun  provokasi untuk menyuruh kerajaan menghalalkan sesuatu yang haram adalah sesuatu yang boleh saya kategorikan gila..sebuah kerajaan Islam membenarkan hubungan sesama jenis terang terangan... Dimana kredibiliti negara Islam itu sendiri apabila ada rang undang undang meluluskan perkhawinan sesama jenis itu nanti? 

Cukup cukup lah dengan apa yang telah diberikan..kelonggaran untuk bekerja, kelab kelab malam yang hanya dikhusus kan untuk golongan golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan transeksual) dan juga spa yang telah " disediakan" jadi kebebasan yang bagaimana  lagi yang kita mahu kan...?

Saya bukannya hendak menidakkan hak hak untuk sesetengah individu itu tapi kalau dilihat pada keseluruhannya permintaan atau demand ini terlalu tinggi nilai moralnya untuk dibayar dengan apa yang bakal diterima kelak.. 

Kekal kan lah dengan apa yang yang ada usah mengikut ikut dengan kaedah atau trend barat yang ingin menjadikan sesetengah negara lain sebagai boneka..Kalau betul nak kahawin dengan jenis yang sama travel je ke Holland habis cerita.. Tapi kalau setakat nak menjalankan hidup dengan status L,G,B atau G di Malaysia rasa nya tiada apa2 masalah kan...kalau korang tak percaya korang tanyalah pada sesetengah celebriti yang bestatuskan L, G, B dan G... Ada diorang tertindas selama ini.....? Saya yakin korang semua tahu siapa yang saya maksudkan...

Melakukan perkara yang berdosa satu hal namun itu hak individu dan cuma Tuhan boleh menilainya tapi meminta untuk menghalalkan sesuatu yang terang terangan haram itu adalah diluar batasan dan iyanya benar benar menjelekkan

Bagi anda yang mempunyai akal untuk berfkir..maka guna kan lah dengan sebaik baik mungkin....

Sekali lagi apa yang saya tulis ini iyanya bukan "bias" semata mata...... Don't ask don't tell 

Dan untuk rekod.. I do believe in equality