Wednesday, January 11, 2012

Undi saya bersyarat

Menonton saya di sesawang Youtube ceramah yang diberikan oleh Dato’ Sri Anwar Ibrahim sehari sebelum keputusan kes liwat beliau dibacakan..tertarik saya dengan dasar dasar yang akan dibawa oleh Parti Pakatan Rakyat sekiranya menang di PRU yang akan datang, iaitu ingin mengangkat semua bangsa yang berada Di Malaysia “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”,menghapuskan “kronism” dan membanteras isu korupsi yang semakin hari dilihat menjadi jadi di Malaysia. Saya memang dari dulu mempunyai ideologi sedemikian rupa tapi kalau cuma sorang diri terpekik terlolong menjaja kan cerita bagaimana suatu hari nanti saya nak tengok semua bangsa dilayan dengan sama rata, kronism dihapuskan dan korupsi sifar mungkin adalah sesuatu yang agak tidak munasabahnya untuk melihat perubahan itu akan terjadi.


Dasar Ekonomi Baru yang selama ini diperjuangkan oleh UMNO dilihat tidak relevan dan tidak membantu langsung dari segi pertumbuhan ekonomi bangsa melayu itu sendiri..dilihat mereka mereka (Melayu) ini menjadi lebih malas dan tidak berdaya saing..kenapa kita tidak buka kan semua peluang yang ada di Malaysia pada semua bangsa berlandaskan dasar “sama rata” ? saya yakin bangsa Melayu akan lebih berdaya saing bagi merebut sesuatu peluang kalau dibandingkan dengan hanya duduk dan tunggu sahaja sekarang ini.


Sekolah sekolah jenis kebangsaan pula ditutup terus!!! Kita bangkit sekolah sekolah yang memupuk tali persaudaraan dengan tidak mengira warna kulit, bangsa dan agama!! Bukankan kah ini menunjukan yang kita adalah 1Malaysia? yang selama ini dijerit jeritkan oleh PM kita sekarang? Tapi dimanakah bukti nya selain hanya kedai 1Malaysia diwujudkan? Universiti Universiti pula seharusnya membenarkan golongan golongan bukan bumiputra untuk meneruskan pengajian mereka sekiranya mereka mendapat keputusan yang cemerlang .. dimanakan keadilan sekiranya anak melayu yang hanya mendapat 7A dapat diterima masuk ke UITM sedangkan anak Cina/India (bukan Bumiputra) yang mendapat keputusan 2 kali cemerlang ditidakkan kemasukkan mereka di sesetengah IPTA IPTA di Malaysia..? apa yang kita sebenarnya takutkan? Apakah sebenarnya kesalahan mereka ini (bukan bumiputra) sehingga ditidakkan kemudahan yang ada dinegara mereka sendiri..? dan gologan golongan yang benar benar memerlukan bantuan daripada kerajaan juga tidak harus dilupakan, seperti fakir fakir miskin, anak anak yatim etc. bantu lah mereka mereka ini dengan sewajarnya..jangan hanya hendak mengenyangkan tempolok mereka yang sedia ada kaya sahaja!!!


Peluang perniagaan (tender) harus diberi pada mereka yang benar benar berkelayakkan , bukan hanya kerana si pemberi tender ada pertalian darah dengan mereka yang memohon, maka tender itu diberikan kepada sedara mara mereka!! Atau pun si pembida menjanjikan peratus yang akan dihulurkan kepada si pemberi tender sekiranya si pembida diberikan tender yang dimohon!! Lepas tu semua huru hara..budget awal kalau mula mula hanya melibat kat 1.2 juta , dalam proses pembikinan boleh meningkat sampai 3 kali ganda!! Tapi hasil projek macam gampang.. Ini adalah sangat keji dan jijik!!! Jadikan lah LEMBU dan KONDO sebagai titik noktah untuk permasalahan yang telah berada agak lama dalam budaya kita ini..!!

Jadi sekiranya perubahan yang dimaksud kan oleh Dato’ Sri Anwar Ibrahim ini tadi melibat kan perkara perkara yang saya sebutkan diatas, saya dengan tidak segan silunya menjerit disini; untuk Pilihan Raya yang akan datang saya dengan bangganya akan memangkah mana mana calon yang bertanding dalam tiket Parti Pakatan Rakyat!! Kerana saya ingin melihat sistem pentadbiran di Malaysia berubah sambil rakyat berganding bahu menikmati semua kemudahan dan kemewahan di Malaysia dengan adil dan saksama sekaligus membawa Malaysia sebagai Negara Maju dan bersih dari korupsi ..sebagaimana yang berlaku di Dubai sekarang!!!!


Sekian Terima Kasih!!

No comments: