4 tahun lepas masa mula mula sampai kat Dubai, nampak pak arab pakai Jubah putih atau “Kadora”
merata rata yang perempunya pulak pakai jubah Hitam atau lebih mesra lagi
diorang panggil “Abaya” saya dengan geng geng Malaysia dulu kita orang panggil “Siti
Nurbakyah”.. masa tengok dulu rasa kesian je dekat diorang macam tak ada baju
lain yang diorang boleh pakai dan nampak macam low class sesangat!! Rupanya saya telah tersilap!! Pakaian
traditional ini memang diorang sengaja pakai setiap hari ini untuk memperlihat
kan imej dan status bangsa arab itu
sendiri melalui pemakaian tersebut!! Setelah 4 tahun di UAE saya dah terbiasa
dengan senario “Kadora” dan “Abaya” ini..kalau dulu rasa kesian sekarang rasa
diorang ni macam jenis yang arrogant dan snobbish pulak..sampai kadang kadang
saya rasa macam nak lempang lempang je diorang ,lepas tu suruh pandang dinding
selama 3 jam kalau yang perempuanya pula..
Cuba kalau kat Malaysia yang lelakinya pakai baju Melayu
setiap hari dan yang perempuan pulak pakai Baju Kurung..baru la kita ada
indentiti sendiri .. lepas tu korang pun boleh la ada attitude yang arrogant
dan juga snobbish terhadap orang luar..macam kat sini pak pak arab dan minah
minah arab (local) kebanyakkan diorang tak pedulik fasal tata terib dengan bangsa luar..yang
diorang tahu apa diorang nak buat, diorang buat ..sebab diorang ada
mindset “ Negara aku ..aku lah tuan, apa
aku nak buat sukati mak bapak aku” dan
kebanyakkan expatriate dan juga tourist agak respect kepada arab arab local ini dan jarang sekali la nak
tengok diorang dapat pijak kepala.
bukan baju melayu ini ya saya suruh buat pakai hari hari. nanti orang kata kau giler glamour pulak cari la yang simple sahaja. |
Masa saya balik Malaysia itu hari ..masa nak buka puasa kat
KLCC ada satu kumpulan awek awek pantai timur ni dah booking 2 table untuk berbuka,
lepas tu diorang semua pergi beli makanan..tak sampai 5 minit diorang tinggal
kan table, datang 3 orang Mat Salleh yang keji amik satu dari dua table
diorang..lepas tu bila awek awek pantai timur ni sampai kat table diorang
tengok table tinggal satu je..lepas tu diorang boleh diam dan tak cakap apa apa…yang
Mat Salleh yang keji tu pula boleh huhahuhahuha macam diorang puasa…kalau kat
sini dah kena perembat dah dengan pak pak arab silap silap yang minah arab pun
perembat diorang sekali…
Baju kurung moden |
Saya tak nak suruh korang kat Malaysia untuk jadi snobbish macam
sesetengah arab kat sini..Cuma kadang kadang tu korang kena fight for your
right la juga..jangan la disebabkan kita ni orang Asia senang untuk kita
dikotak katik kan!! Hanya disebabkan kemaluan korang terlalu besar (kemaluan; saya merujuk kepada si pemalu dan bukan “kemaluan”
itu okay!! Terima kasih)
No comments:
Post a Comment