Saturday, January 21, 2012

Siapa Ben Ashaari?



Maaf kalau headline entri saya ni agak kekurangan sivik sedikit bunyi nye atau paling tidak pun saya kelihatan seperti manusia yang jauh ketinggalan dengan fenomena blogger di Malaysia..maaf lah..saya follower pun baru ada 8 orang..pageview pun baru cecah 3k sahaja.

Saya cuma ingin tahu siapa kah gerangan empunya nama diatas tapi sampai sekarang pun saya masih kurang informasi mengenai blogger yang saya yakin memang popular sekarang ini di Malaysia..saya dah google nama blogger Ben Ashaari namun tiada wikipedia yang menyentuh mengenai blogger ini, saya cuma diberikan "link" menuju ke blog beliau.. Setelah saya mengklik kan ke URL yang diberi, page blog beliau terus terhidang didepan skrin iPad dua saya..tapi saya masih lagi tidak mendapat informasi tentang si empunya blog...paparan blog pula kelihatan agak "sibuk" dengan iklan iklan yang ditempelkan..namun apa yang pasti blog surarumah ini mempunyai follower yang ramai melebihi angka 22000' dan apabila saya klik kat salah satu follower beliau ada satu entri dimana follower beliau begitu terkejut tatkala melihat Ben Ashaari ini mengikuti perkembangan blog nya... Dalam youtube pun ada sorang vlogger yang berterima kasih kat Ben Ashaari ni sebab beliau ada melawat blog si vlogger ni... begitu sekali auranya..

Saya berasa bangga dengan perkembangan yang agak drastik scene blog di Malaysia...cuma kalau ada blogger yang diluar sudi kiranya menjelaskan kepada saya siapa Ben Ashaari ini saya bebenar berterima kasih kepada anda...nak bagi hadiah tiket penerbangan ke Dubai nanti trafik blog saya terus jammed pula..( belagak betul mamat yang cuma ada 8 followers ni)

Nak tanya jullia " karbon kopie" jukongyu  takut kena gelak berjemaah la pulak.

2 comments:

Karbon Kopie said...

heh! ko jgn tanye aku, sungguh aku tidak tahu. hahaha.. aku selalu dgr name beliau saje. tapi xtau detail pasal beliau. yg aku tau die blogger yg fofular dan pakai cap merah. haha. ko kate beliau surarumah? wahh lagi detail ko tau dr aku.. wakakaak..

yg benar,
aku blogger suam2 kuku kaki.

(mari gelakkan diri sendiri.)

p/s pulak: aku lagi suka bace blog ko dr blog beliau. sungguh. pis.

man yusoef said...

ben ashaari tu adik kepada awal ashaari..kalau kau percaya lah, dan kalau kau tau siapa awal ashaari since kau duduk dubai kan..hahaha..

dia blogger fofular..dah sampai followers berpuluh ribu tu confirm lah popular..hehe