Friday, January 4, 2013

Entri yang tertangguh

Mukadimah:kejadian sewaktu hari terakhir bercuti di petaling jaya last year oktober, dan adalah dinasihatkan buat anda anda yang sering travel untuk meng"check" waktu penerbangan anda dengan teliti..supaya cerita yang sama tidak terjadi, sekian terima kasih.

Bangun pagi dengan selamba rileks nya  gara gara saya ingat flight saya ke Doha pada jam 1 tghari, sedang elok tengah saya membuat on-line checking dengan terperanjat berok saya lihat penerbangan saya ke Doha  adalah tepat pada jam 10:10am  dan bukannya jam 1 tghari, jam di didinding menunjukkan jam 8 pagi!! Huh!!!? 


Kelam kabut saya dibuatnya..habis semua adik beradik anak anak buah packing kan mana mana yg belum di pack..semua plan berubah sekelip mata..menglabah saya ... Terus saya call member yang sepatut menghantar saya ke KLIA agar terus berjumps saya di KL central..on the way nak ke Kl central pulak saya call abang saya untuk bertanyakan process droping luggage disana..damn!!! Ianya adalah 2 jam sebelum berlepas..bermakna..saya harus terus ke KLIA..great!! Dengan jalan kesana saya masih belum khatam..dengan selamba merah jambunya saya meredah highway yang menuju ke airport , subang jaya ( betul ke?) setelah menelepon abang saya untuk kali ke-2 untuk bertanyakan route ke KLIA alhamdulilah saya di laluan yang betul...weet!!! Tanpa berlengah saya terus memecut 120-140 km/ sejam, saya sampai tepat jam 9 di KLIA..luggage ada excess 8 kgs ..kereta pulak saya park kat luar tu je...dengan bantuan abang polis trafic yang awesome saya dibenarkan untuk membiarkan kereta park disitu untuk seketika sementara menunggu DJ Radzi datang untuk mengambilnya..terima kasih buat abang polis trafic itu..


Sekarang ini saya berada di boarding gate menunggu memasuki perut kapal terbang...


Credit: Hajah Zainon, adik beradik, anak buah, last but not least boy a.k.a DJ radz (sesiapa nak Guest list kat zouk sila kontek beliau)

1 comment:

Nur Dihati said...

Assalammualaikum
Semoga Selamat pergi dan Selamat Kembali.