Wednesday, October 31, 2012

I'm Coming Home..(Sangat lah coming home)

Intro: Disebabkan blog ini didedikasikan  kepada kehidupan saya di Dubai jadi tajuk diatas adalah sangat bersesuaian (tersangat!! erk)

Yup!!! agak kelamaan tidak merajinkan jari yang gebu ini untuk menekan nekan pepunat papan kekunci komputer riba..gara gara sibuk mengajah kan diri di Petaling Jaya, Rembau dan seangkatan dengannya..namun, itu bukanlah alasan untuk saya tidak merajinkan diri untuk meng"post"kan entri berikut ini.. (baru lepas mentedarah nasi dengan pucuk ubi masak lemak tempoyak..woishhh BURPPPP)

Setelah lebih sebulan bermalas malasan di Malaysia tiba lah masa nya untuk sayang pulang ke tanah gersang untuk memulakan kembali rutin yang telah menjadi dari sebahagian diri ini semenjak 4 tahun lepas!! Overall percutian kali ini amat mengujakan sebab untuk pertama kalinya saya mengambil bahagian dalam ibadah Qurban pada Raya Haji yang baru sahaja berlangsung dan ianya adalah pengalaman yang amat "terbest" huhuhuhu (saya cukup menyampah bila orang type huhuhuhuh kat FB)

Tadi baru je balik dari GIANT supermarket kat Kelana Jaya, membeli belah barang barang makan untuk dibuat stock simpanan di Dubai, yang penting "MEGGI ASAM LAKSA" adalah wajib!!!  dan juga cap cap cap kicap kipas udang!!! korang hado?dan yang paling best Hajah Zainon dah packing kan Tempoyak, Ikan Sepat, Keropok dan juga Redang Tok... 

Overall sesi mengajah diri pada tahun ini adalah SUKSES!!!

Malaysia I see you again next year "LAH"

TAXI!!!!!!!


No comments: