Dulu masa zaman zaman college dulu, masa tengah sengket, lepak lepak minum air kosong ngan roti banjir kat kedai mamak dengan En.Shahrul Nizam a.k.a Zam Fungus a.k.a Nizam anak Cik Yusuf Suparman, kita orang selalu citer macam mana esok lepas habis study nak kerja luar negara....
11 tahun berlalu, saya kat Dubai, Zam di Bahrain....alhamdulilah apa yang dihajat kan tercapai..one thing about orang yang kerja kat luar negara ni..member member yang kat Malaysia tu nampak kitaorang ni cam best je..tapi realitinya sama je,especially first year bila menjejaki kaki di tanah asing STRUGLE beb..after few years alhamdulilah dah boleh bernafas tanpa menggunakkan tangki oksigen dah...
Untuk bekerja dengan bangsa asing pun penyumbang kenapa saya nak kerja luar dari Malaysia..belajar macam mana culture bekerja mereka..dan di Dubai saya dapat bekerja dengan pelbagai manusia yang datang dari merata tempat dan secara tak langsung dapat belajar banyak benda dari mereka meraka yang saya jumpa secara langsung atau pun secara siaran tertunda...
Apa yang saya dengar sebelum sebelum ni sama sekali jauh terpesong..contohnya dulu ada member saya kata bangsa arab ni pemalas dan saya sangkal sama sekali..tak semua mereka adalah pemalas..sama juga la macam kita orang Malaysia tak semuanya berbudi perketi, ye dak...? Dan tak semua mereka yang berkulit putih itu adalah bijak bijak belaka sebab ada juga mereka yang kurang cerdik malahan ada yang cuma pandai berkata kata tapi bekerja FAILED!!
Kelompok kawan di dubai pula memang multinational Mecodonia, Lebenon,Tunisia,Uzbekistan,Ukraine,south Africa,Kenya,India,Kazakhstan,Pakistan, UK, Negeria, Bahrain, Pilipina, Indonesia, Morroco, Argentina ..... Jenuh nak sebut yang lain lain, sebab banyak sangat..dan secara tak langsung cara pergaulan saya juga berubah, kalau dulu kat Malaysia saya adalah seorang layback bila berbicara kalau member member ada buat benda yang saya tak suka , saya lebih suka berdiam kan diri atau at least saya akan tegur secara jenaka la ni semenjak keberadaan 5 tahun di Dubai saya menjadi seorang yang straight forward, tiada istilah nak "menjaga hati" saya tak suka saya cakap depan depan..terima tak terima itu masalah mereka, sebab ada banyak lagi masalah masalah first world yang nak saya fikirkan...tapi itu tidak sama sekali mengubah saya menjadi seorang yang lupa akan budaya orang Malaysia..
Apa apa pun buat korang korang yang kat Malaysia tu..kalau ada peluang kerja kat luar negara tu..just grab the oppurtunity sebab banyak benda yang korang boleh belajar..bak kata pepatah omputih..jauh perjalanan luas pemandangan... Sebelum saya letak titik perhentian buat entri yang satu ni saya nak memetik kata kata brilliant yang entah daripada siapa ntah berbunyi begini " orang boleh curi, boleh rampas harta benda, wang ringgit dari kita..tapi orang tak boleh curi, pengalaman , pengetahuan yang ada dalam diri kita...." brilliant kan....?
No comments:
Post a Comment