Semalam adalah hari dimana saya akan menyampah dengan Shawarma untuk selamanya.
Kronologi kes adalah seperti berikut
28 Jan 2013
5.00pm: saya melangkah keriangan keluar dari office, perut berkriuk – kriuk minta diisi
5.30pm: Sampai di stesen Mall of Emirates dan bergegas pulang kerumah
5:50pm: ketibaan saya di rumah
6:18pm: Chokri tiba dirumah
6.30pm: Kami keluar ke kedai makan
6.45pm: Kami tiba di Kedai makan, sementara si Chokri bayar parking, saya order 4 shawarma. 2 untuk saya dan 2 untuk beliau
Disini lah segalanya bermula……
6:55pm: Melahap Shawarma pertama
7.05pm: Melahap Shawarma Kedua
7:08pm : Chokri memulakan watak antagonist beliau dengan mencabar saya untuk memakan 10 Sharwarma dengan ganjaran “Dinner on him”
7.09pm: Kami menanya kepada tuan punya kedai berapa rekod paling banyak untuk seorang pelanggan makan Shawarma satu satu masa. 7 shwarma katanya
7.12pm: Order Sharwarma kedua kami, yang ini roti nya agak kebesaran dari biasa sebab kami mintak yang special
7.15pm: disebabkan saya yakin boleh, saya pun memulakan watak hero saya
7.18pm: Kami order Shawarma ketiga kami, kembai ke roti normal. Masa ni saya masih maintain dan makan mengikut kelajuan yang ditetapkan
7.23pm: Sharwarma ke-empat kami mintak, masa ni si Chokri dah mula senyum senyum jahat, tapi hero rileks je.
7.25pm: Chokri tanya kalau dia boleh order untuk yang seterusnya, saya angguk, setuju.
7.31pm: 2 Shwarma sampai tapi chokri tak makan, dua-dua tu untuk saya katanya
7.45pm: Shawarma ke-enam saya habiskan. Perut sewaktu itu dalam keaadan kurang stabil
7.46pm: Chokri sekali lagi menjalankan tugas dengan mengorder 2 Shawarma lagi
7.58pm: Lelah saya menghabiskan Sharwarma Kelima dan terus membuka Sharwarma yang ke-enam. Chokri ketika ini berpura pura memberi kata kata semangat ke saya.
8.01pm: Chokri sekali lagi menjalankan tuggasnya dengan cemerlang dengan mengorder 3 Sharwama
8:20pm: tepat saya habiskan Sharwarma yang ke-sembilan, pelayan kat restoren disitu amat kagum dengan kejituaan saya menghabiskan Sharwarma tersebut, waktu ni perut memang betul betul dalam keadaan tak selesa.
8:40pm: Sampai di rumah. Perut masih dalam keadaan hiruk pikuk. Si Chokri pula menelepon bapak beliau untuk menceritakan peristiwa tadi. Bapa beliau begitu kagum dengan saya, dia kata kecik kecik saya ni pun boleh mentadarah sampai 10 Sharwarma.
8:55pm: Muka didalam mangkuk tandas meng”uweksss –uweksss”
9:05pm:Keluar dari tandas, Chokri berdiri didepan pintu dengan telepon Samsung S3 beliau diarah kan ke saya
9.15pm: Gambar saya diupload oleh Chokri ke FB beliau
9:16pm: Saya dengan serta mertanya meng”untag” gambar tersebut
9.30pm: walaupun segala isi telah dikeluarkan sewaktu sesi making in love dengan mangkuk tandas perut masih lagi kurang selesa jadi saya mengambil langkah bijak dengan cuba melelap kan mata.
Dengan ini saya mengistiharkan yang saya tidak akan membaham Sharwarma untuk sepanjang tahun ini. Sekian terima kasih.
Tuesday, January 29, 2013
Sunday, January 27, 2013
Setelah berbelas tahun, akhirnya....
Saya adalah sangat teruja ketika ini tatkala menemui sebuah lagu yang berbelas tahun dalam carian .. Mesti korang kurang yakin kan..?
Mari kita flashback..
Masa tu saya masih dalam lingkungan muda mudi, berbekal kan kereta Nissan Sunny ber"plate" kan BBX 7004,Navy Blue kepunyaan Hajah Zainon kehulur kehilir 24 jam tatkala mempuyai lesen besar untuk memandu..standard la umur masih mentah dapat pula pakai keta hmmmm toksah cakap la bangganya...tak sedar diri..hidung tahap kembang baling bola kriket pun boleh masuk...tengah berenti kat traffik light jalan 222 yang berhampiran sekolah vivikananda tu, saya pun memintal punat radio ..hahaha dulu tak ada digital digital ni..semuanya mono dan manual..pusing punya pusing punya pusing lagu ni pun berkumandang..tak sampai 20 saat saya dengar terus habis..dan bermula dari situ la pencarian saya bermula...yang saya ingat cuma bass line accapela nya dan juga lirik penghabisannya "dan kau akan diberi, bahagia yang abadi" itu sahaja..punya lah minat sampai kan lepas beberapa tahun sesudah itu bila saya bekerja dengan sebuah kompeni yang baru dibuka, boss tempat saya bekerja buat satu competition untuk mereka cipta lagu kompeni..saya dengan otomatiknya teringat kan bassline lagu ni..terus saya ciplak..tapi lirik original yang dicipta oleh boss saya...dulu tak ada youtube.. Internet? Masa tu tak celik IT lagi...jadi adalah sukar untuk saya mencari lagu ini... Masa terus berlalu..namun bassline dan rangkap terakhir lagu masih tetap dalam kotak kepala ni...
Sehingga la tadi selepas makan malam , selepas pekena ice cream Pistachio, setelah melayan lagu lagu teacher's pet..hati tergerak untuk menaip bait bait rangkap terakhir lagu tersebut dalam enjin carian google....hasilnya...
Nahhhhhh....korang layan lah sendiri...setelah berbelas tahun akhirnya....saya puas!!!
Friday, January 25, 2013
Semalam yang produktif
Semalam deman deman pun saya tetap gigih berjimba ria dengan budak budak rumah..kehulur kehilir ber-huha-huha (kata gati bersuka ria yang sering digunakan oleh Hajah Zainon sewaktu saya muda remaja)
Against all odds kononnya saya semalam..sebab demam demam pun saya belasah makan ice cream time breakfast..lepas tu boleh lak ke beach winter winter ni dah tu ke Global Village sampai jam 1 pagi...ni tak tido lagi ni, mata dah meronta ronta minta ditutup, hati melonjak lonjak suruh berjalan lagi...jalan konon...jalan dahhhhhhhh....
Apa apa pun pagi ni saya bangun dengan keadaan yang teramat fresh malahan saya amat sihat walafiat..mungkin sebab semalam sebelum saya membuta kan diri ini, saya membelasah setengah tin red bull, 2 biji penandol dan sepeket fervex...namun saya rasa mungkin sebab ice cream yang saya belasah pagi semalam yang mengurangkan tahap kesakitan ngada ngada saya pada hari ini...Apa apa pun semua ini adalah kuasa yang maha Esa, semoga sihat senantiasa hendaknya saya, amin. ( feeling feeling imam muda sat)
So pada korang korang yang sakit...jangan dilayankan sangat sakit tu...life goes on...lets berjimba bebeh!!
Against all odds kononnya saya semalam..sebab demam demam pun saya belasah makan ice cream time breakfast..lepas tu boleh lak ke beach winter winter ni dah tu ke Global Village sampai jam 1 pagi...ni tak tido lagi ni, mata dah meronta ronta minta ditutup, hati melonjak lonjak suruh berjalan lagi...jalan konon...jalan dahhhhhhhh....
Apa apa pun pagi ni saya bangun dengan keadaan yang teramat fresh malahan saya amat sihat walafiat..mungkin sebab semalam sebelum saya membuta kan diri ini, saya membelasah setengah tin red bull, 2 biji penandol dan sepeket fervex...namun saya rasa mungkin sebab ice cream yang saya belasah pagi semalam yang mengurangkan tahap kesakitan ngada ngada saya pada hari ini...Apa apa pun semua ini adalah kuasa yang maha Esa, semoga sihat senantiasa hendaknya saya, amin. ( feeling feeling imam muda sat)
So pada korang korang yang sakit...jangan dilayankan sangat sakit tu...life goes on...lets berjimba bebeh!!
Thursday, January 24, 2013
Padan muka kau
Saya demam...arghhhh cuti panjang hujung minggu ni dimulakan dengan demam ngada ngada...al maklum lah tengah waktu puncak musim winter..dah duduk sini 5 tahun pun body masih tak reti reti nak adjust.. Rasa nya ini adalah balasan sebab buat buat sakit itu hari sebab malas ke office..orang cakap sekarang ni "God pay in cash"
Begini ceritanya...
Isnin lepas saya kepura puraan jatuh sakit sebab malas ke office...bukannya apa..sebab the day before budak IT masih tak reti reti nak siap kan desktop saya..jadi kebanyakkan masa yang terluang saya habiskan dengan mundar madir kat office tanpa buat apa apa yang ada kena mengena dengan procurement process ..jadi apakah? Manager? Account director? Telepon IT dept dibilang nya desktop saya hanya boleh siap hari Rabu..nangis..!! For sure la lepas tu kerja melambak lambak kan...yang korang gi amik Laptop saya itu hari apa kes? Saja je kan...?nak buat saya kelihatan seorang yang malas bekerja sekali gus mengurang kan komposit indeks untuk saya merangkul pekerja berdedikasi..kan..? Disebabkan desktop saya hanya akan siap pada hari rabu, pada hari isnin saya pun malas lah keoffice..saya ke klinik mintak MC, cam biasa doc fav saya menganugerahkan MC ke saya..walhal tak sakit apa pun...
Semalam..amik kau..tak fasal fasal badan rasa dedar je..pada hal last day kerja ni sebelum cuti tiga hari...sampai rumah..tetiba berhancoooooooommmm - hacoooooommmmmmm!! ( mana mana yang bangang tu ni adalah saya bersin) Je ...lepas tu selsema pun sampai...tapi masih lagi gagah ni bila si Chokri ajak gi tengok wayang.....lepas abis tgh wayang..badan memang lesu lesi suruh si Chokri singgah super market sat beli, energy drink yang ada vitamin C...sampai rumah telah penadol 2 biji terus tido..
Tadi bagun pagi..tekak rasa separuh perit..selesema masih ditahap semalam...badan rasa tak sedap masih dedar lagi....Dan yang paling gampang adalah ini adalah hari minggu...Kau duduk la kat rumah dengan kotak tisu!!
Pada muka saya...membohong lagi..kan dah kena...
Wednesday, January 16, 2013
Kuih Ketayap dulu Crepe sekarang
Minggu lepas adik si Chokri datang melawat..jenuh layan borak dengan beliau..macam ayam dengan itik je..sebab dia cakap french saya cakap english..hahahaha lepas tu saya pun cakap la french sikit sikit sebab chokri ada ajar saya cakap french..adik beliau ingat saya boleh cakap fluently..saya pun cakap la kat beliau..jeu parel fronce ampu...( mind the spelling ) bermaksud, saya boleh cakap french sikit...hahahaha itu pun dekat sebulan practise, si Chokri asyik marah je kat saya gara gara pronunciation yang tidak mencukupi standard beliau...
Apa apa pun, apa yang saya nak merepek kat sini adalah bagaimana adik beliau ajar saya menyediakan crepe..senang je sebenarnya...dan yang paling best adalah, saya sebenarnya dah belajar pun buat crepe ni dengan Hajah Zainon masa sekolah rendah rupanya...ialah sebiji macam kita nak buat kuih ketayap...cuma yang bezanya kuih ketayap kat Dubai, France dan Tunisia adalah fillingnya boleh diletak mozerella, tuna, cili, zaiton, zaiton sameon ( nak mampos try la)...kalau nak manis boleh je nak letak nutella, strawberry dan macam macam lagi...very the kuih ketayap kan..nak glamour korang pun panggil la crepe...seriously..masa adik beliau menyediakan kuih ketayap berintikan tuna dam mozzerela...saya adalah sangat teruja sewaktu menjamahya kerana ianya adalah sangat sedap sekali...
Nak lari dari tajuk sikit, tadi masa turun dari metro saya jerit kat satu mamat ni "DO YOU MIND!!!!" sebab beliau tak sabar sabar nak turun...main tolak tolak pula...kan sia sia dijeritkan oleh saya yang bengis sewaktu itu..
Okay bebalik pada cerita kuih ketayap...hahaha tak ada apa pun...habis dah cerita kuih ketayap...
P/S: dulu Hajah Zainon jual kuih ketayap seketul 20 sen je..la ni tak pasti lah berapa harga kuih tersebut dijual diMalaysia..mungkin disebabkan namanya telah bertukar ke Crepe maka harganya juga semakin meningkat..mungkin kah...?
Monday, January 14, 2013
Terasa bagai bentang felem hari ini
Tak tahu apasal tapi pagi ni saya bangun saya rasa macam bintang felem (film) feeling feeling jadi abang tom cruise macam dalam citer "monkey business" dalam erti kata lainnya saya adalah sungguh sexy pagi tadi wahahahaha... Sepanjang perjalanan dari rumah ke metro belatarbelakang kan pula dengan musik kak eton " kabut serangkai mawar" kali ni saya rasa macam dalam felem " esok untuk siapa" di tambah pula dengan musim dingin di Dubai..perghhh sebiji saya cakap lu....dah sampai kat area office saya...di Dubai International Financial Centre saya Terasa macam sean connery dalam felem " james bond" ye la yang lalu lalang semuanya ber 3 piece suit bagai...lagu dalam BeriHitam je terkantoi sikit, sebab time tu lagu "aku anak kampung" sedang berkumandang....sampai kat office je ..saya terasa bagai didalam felem " office space" dalam erti kata lainnya..tiada apa apa yang menarik yang berlaku diopis melainkan saya telah memalukan assistant manager saya yang sengal sebab tak faham singular ngan plural...abaikan..saya tinggalkan office hari ni on the dot, malas nak stay back kerja pun semuanya dah settle...masa balik tadi , masa tengah meniti anak tangga kat metro station terasa pula macam dalam citer "rocky" hahahaha korang jeles la tu...kepala otak pula ligat memikirkan bunyi guitar lagu " eyes of the tiger" ... Dah masuk metro...sewaktu metro melintasi bangunan ikon Dubai yakni Burj Al Arab dengan berlatar belakang kan kedudukan matahari yang separuh terbenam tetiba saya terasa macam dalam citer "django unchained" tak ada kena mengena pun melainkan ada satu scene yang berlatar kan sunset..( nak juga ada movie en kuantin tarantino)....
P/s: saja je kasi entri kali ni tergantung...biar korang bengang ala ala tengok citer "the grey" yang ending nya korang pasti akan berkata what the f**k
P/s: saja je kasi entri kali ni tergantung...biar korang bengang ala ala tengok citer "the grey" yang ending nya korang pasti akan berkata what the f**k
Sunday, January 13, 2013
Beg, arab dan.....
Tadi masa dalam metro, on the way nak balik rumah ada satu mamat ni berenti kat satu station lepas tu saya perasan kat bawah seat dia ada paper beg..dia turun tapi paper bag tu dia tak amik...lepas tu saya cuak.....bajet dalam paper bag tu ada BOM... Keji kan alter ego saya..asal mamat arab dengan beg je bom...beg je bom...bom je mamat arab...apa apa pun metro yang saya naiki tu tadi tak meletop alhamdulilah...sorry la kepala hotak tak dapat register dengan betul waktu tu..ye lah mental letih la katakan baru lepas membating tulang empat kerat..free free je dapat dosa sebab bersyakwasangka terhadap insan yang turun tapi tak amik paper beg tu tadi...
bercerita fasal arab, beg dan te ba boom ni....masa saya nak fly ke Dubai 5 tahun lepas, masa member member hantar saya ke KLIA ada sorang member saya ni dia budget Dubai ni cam Afghanistan, siap boleh nak suruh saya tukar fikiran supaya duduk dan kerja je kat Malaysia...dengan alasan kebanyakan negara negara aranb ni tak selamat....saya, masa dia cerita dengan membulatkan biji matanya supaya dapat menambahkan effect "suram, takut dan seram" rasa macam nak berguling guling je kat KLIA waktu tu..bukan sebab takut tapi sebab lucu..bab yang betul betul tak boleh blah..watu dia nasihatan saya..kata beliau "nanti dah sampai kat Dubai, kalau ada orang suruh pengang kan beg, jangan amik.... Kau lari selaju yang boleh...takut dalam tu ada bom...!!" tak sampai hati nak gelak saya angguk je la....
Apa apa pun realitinya di Dubai ni....soal keselamatan adalah sungguh tight..hingga kan orang yang kerja masukkan duit kat ATM tak payah nak dikawal kawal bagai...belenggang je jalan sambil duit ribu riban kiri kanan.... Tapi apa kena mengena dengan tajuk diatas...? Tepuk dada pikir la sendiri...tak dapat juga, hantukkan kepala tu kat bucu meja...gerenti cemerlang
bercerita fasal arab, beg dan te ba boom ni....masa saya nak fly ke Dubai 5 tahun lepas, masa member member hantar saya ke KLIA ada sorang member saya ni dia budget Dubai ni cam Afghanistan, siap boleh nak suruh saya tukar fikiran supaya duduk dan kerja je kat Malaysia...dengan alasan kebanyakan negara negara aranb ni tak selamat....saya, masa dia cerita dengan membulatkan biji matanya supaya dapat menambahkan effect "suram, takut dan seram" rasa macam nak berguling guling je kat KLIA waktu tu..bukan sebab takut tapi sebab lucu..bab yang betul betul tak boleh blah..watu dia nasihatan saya..kata beliau "nanti dah sampai kat Dubai, kalau ada orang suruh pengang kan beg, jangan amik.... Kau lari selaju yang boleh...takut dalam tu ada bom...!!" tak sampai hati nak gelak saya angguk je la....
Apa apa pun realitinya di Dubai ni....soal keselamatan adalah sungguh tight..hingga kan orang yang kerja masukkan duit kat ATM tak payah nak dikawal kawal bagai...belenggang je jalan sambil duit ribu riban kiri kanan.... Tapi apa kena mengena dengan tajuk diatas...? Tepuk dada pikir la sendiri...tak dapat juga, hantukkan kepala tu kat bucu meja...gerenti cemerlang
Subscribe to:
Posts (Atom)