Selesai ber-jemaah di Masjid berdekatan aku langsung pulang, tukar baju, bagi Tempang (kucing aku) makan, lepas tu letak sikit kat luar rumah sebab kucing kucing pengamen rajin juga breakfast kat depan rumah ni, aku kemudian ke dapur meratah kerepek kerepek dan biskut raya yang masih berbalang balang.
Tiba tiba aku rasa rindu pula dengan kehidupan aku di Dubai, jadi aku meng archive tintaan aku yang lepas lepas... betul la pepatah Jawa ada mengatakan.. "you'll only appreciate thing when you've lost it". bersyukur aku kerana sekurang kurang nya aku ada journal yang aku simpan sewaktu 7 tahun permaustautinan aku di-sana, at least terubat sedikit kerinduan aku tatkala membaca kembali tintaan tintaan sewaktu blog ini bernama "Durian Di Dubai".
Itu je la yang nak aku jeritkan buat waktu ini.. biarlah aku layan seketika fefelling blues di pagi Ahad, nak layan series Korea, subtitle belum ada lagi..
'till my next entry ... Cheers!!!
No comments:
Post a Comment