Wednesday, August 12, 2009

Kata Siwartawan BERITA HARIAN..filem Yasmin Ahmad tu.....


“…Misalnya, babak seorang gadis Melayu berbaju kurung berdiri di hadapan daging babi salai di sebuah restoran Cina dalam filem Sepet, sudah tentu boleh menimbulkan tanda tanya kepada penonton kanak-kanak. Begitu juga dalam filem Talentime, babak si bapa mengangkat kakinya di hadapan anak-anaknya ketika sedang menjamu makan tengah hari, pastinya boleh mengundang rasa kurang selesa, walaupun ia mungkin dilihat sebagai komedi. Ini kerana dalam mana-mana bangsa sekalipun, mengangkat kaki ketika makan memang dilihat sebagai kurang ajar…”


Apa yang anda baca adalah sebahagian dari penulisan dari En wartawan yang bernama Zainuri Misfar (zainuri@bharian.com.my) dibawah tajuk Benarkah filem Yasmin karya filem tanah air paling hebat? ini gara gara stesen TV seperti Astro dan TV3 menyiarkan program khusus untuk mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham Yasmin Ahmad dalam industri ini sepanjang riwayatnya kemudia si wartawanan ni “mengulas” lagi, ditulis nya kalau filem filem yang melibat kan “pengadunan” kaum telah terlebih dahulu dibuat seperti pengarah pengarah tersohor Negara seperti Tan Sri P.Ramlee, Senator Jins Shamsudin dan juga dato’ Rahim Razali, itu memang tidak dapat disangkal, tetapi pernah kah si wartawanan membuka minda nya seluas luas alam atau tidak pun betul ke si wartawan ini (nama seperti diatas) pernah menonton hasil kerja arwah Yasmin Ahmad ini..?atau buta kah si wartawanan ini..?


Pada pendapatan saya yang rendah ini..apa yang cuba ditonjol kan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad sewaktu hidup beliau didalam setiap hasil kerja nya adalah KEJUJURAN!! Perkara perkara yang memang berlaku dalam kehidupan seharian kita! Siwartawan mempersoal kan babak seorang gadis Melayu berbaju kurung berdiri di hadapan daging babi salai di sebuah restoran Cina dalam filem Sepet, sudah tentu boleh menimbulkan tanda tanya kepada penonton kanak-kanak, dimanakah kesalah Arwah Yasmin Ahmad disini? Adakah gara gara kerana gadis itu berbangsa melayu dan berbaju kurung? Kalau gadis itu bangsa melayu tapi bebaju sendat dan terbuka, adakah gadis tersebut dibenar kan untuk berdiri bersebelahan dengan Daging BABI Salai tersebut? Wahai Encik Wartawan…, yang melahirkan mereka adalah IbuBapa mereka bukan nya Yasmin Ahman, Arwah hanya melahirkan filem filem yang berkualiti (pada pandangan saya yang hina ini) yang penuh dengan kejujuran dan itu adalah tugas ibu bapa untuk memperjelas kan situasi tersebut,lagi ingin saya tekan kan mengenai babak BABI yang telah dibangkit kan oleh Encik wartawan tersebut, terdapat begitu jauh jurang berbedaan antara berdiri sebelah daging BABI salai dan MAKAN BABI salai!!! Jangan buta buta menilai tanpa mengkaji setiap inci fakta dengan lebih mendalam dan tepat..lagi si wartawanan tidak senang hati dengan babak si bapa mengangkat kakinya di hadapan anak-anaknya ketika sedang menjamu makan tengah hari, dalam filem talentime..mungkin si wartawan ini dilahir kan dalam sebuah keluarga yang elit dan telah diajar adap dan tatasusila sewaktu makan, pernah ke dia terfikir untuk golongan golongan rendah dan juga pertengahan? Tahu ke dia setiap manusia mempunyai setiap gaya, perwatakan dan pembawaan yang berbeda? Dan Iya golongan golongan ini lah yang tidak pernah dilupakan oleh Yasmin Ahmad!! Dan golongan golongan ini lah yang cuba Arwah tonjol kan, gaya kehidupan mereka mereka ini yang cuba Arwah perlihat kan supaya golongan golongan yang macam Encik wartawan tidak lupa bahawasanya golongan golongan bawahan dan pertengahan itu memang ada dan wujud di Negara kita Malaysia!!!


Bukan kita mengagung-agung kan Allahyarham tapi hanyalah secebis penghargaan untuk sebuah pengorbanan beliau yang disajikan melalui hasil kerja kreatif beliau bagi generasi generasi yang akan datang untuk berfikir lebih “berwarna” dan terbuka untuk melahirkan sebuah masyarakat yang tahu menilai sesebuah kejujuran dan secara tidak langsung dapat memupuk semangat 1Malaysia yang dilaung laung kan perdana menteri kita!!!


Fikir fikir kan lah wahai En.Wartawan, kekadang apa yang kita luah kan itu harus dilihat baik buruk nya, bodoh pandai nya..jangan nanti kebodohan dan keburukan itu melantun kearah kita balik… walau-bagaimana-pun saya hormati pandangan siwartawan itu kerana saya masih berpegang pada falsafah ini "setiap manusia mempuyai satu persamaan, mereka semua berbeza" jadi saya dan anda mempunyai ideologi yang berbeda, begitu juga dengan Allahyarham Yasmin Ahmad.


akhir kata, kepada Si wartawan, sedekah kan lah Al-Fatiha buat arwah moga moga pahala anda bertambah..cukup cukup lah melihat gelas itu separuh kosong jengok jengok lah yang separuh penuh itu juga....


..Layan

4 comments:

Anonymous said...

surun Si wartawan tu amik kursus kewartawanan lagi la!!!!

Nurul Asyikin said...

agree with u Zamri. ni x... cite @ drama mlayu nowdays, serious typical malay nye story. pastu bisnes stock nak berjuta2! corporate! bored!!!

SayanKakYasmin said...

Suruh siwartawan tu aje lah buat filem pas2 suruh direview sekali pastu soh dia tgk kat wayang soghang songhag pastu syok sendiri..Hampeh!!

Psstttt....... said...

Wartawan = NATO = No Action Talk Only!!!