Wednesday, August 26, 2009

Wanita, Sebat dan .......

A woman in the predominantly Muslim city of Banda Aceh, Indon., undergoing a caning
for having stayed with her boyfriend
. AP

Terpanggil untuk saya menulis tentang gadis yang dijatuh kan hukuman sebat gara gara meminum beer disebuah hotel di Cherating, Kecoh juga la fasal kes wanita itu diDubai, banyak komen komen yang saya dengar, saya lihat dan juga yang saya baca..
saya lihat, Kalau di siaran BBC mereka mempersoal kan kenapa Negara Islam yang moderate seperti Malaysia masih mengamalkan sikap hukuman sedemikian rupa tambahan pesalah nya pula seorang wanita? Saya dengar, Dari rakan rakan pula ada yang mempersoalkan kenapa Cuma gadis ini yang ditangkap kalau nak diikutkan banyak lagi “gadis-gadis melayu” yang berbangsa islam berpeleseran setiap malam minggu sambil Beer, wiski, cocktail ditanggan dan terkinja kinja dikelab kelab malam disepanjang jalan Tun Ismail dan juga di Jalan P.Ramlee..
dan saya baca, melalui blog Tun (Mahathir) http://chedet.co.cc/chedetblog/ dari apa yang saya fahami, beliau…cuba untuk menyatakan bahawasanya peluang ke-dua itu sentiasa ada tetapi tidak dinyatakan dengan terlalu jelas ianya lebih kepada statement yang berlapik..

Dan ini ada lah apa yang saya rasa….

Terang terangan arak telah diharam kan daripada diminum oleh islam, dan kalau dilihat ianya lebih banyak mendatang kan keburukan dari kebaikan dan disini juga saya tidak pasti apakah hukuman yang setimpal bagi seseorang yang beragama islam yang telah mencabuli hukuman tersebut dan apakah peluang kedua patut diberi pada pesalah yang pertama? Saya menyokong penuh dengan point ke-10 Tun didalam blog nya, supaya kita rujuk kepada Al-Quran bila kekeliruan berlaku..supaya kita dapat melaksanakan hukuman cara islam dengan seadil adil nya..


Di rangkaian BBC pula mereka menyifatkan Malaysia sebagai Negara Islam yang paling moden dibandingkan dengan Negara Negara Islam yang lain tetapi masih lagi mengamal kan hukuman islam secara conservative..saya memang tak faham langsung apa kena mengena dengan sebuah Negara moden dan juga cara pelaksanaan hukuman sesebuah Negara itu berkait rapat..Islam adalah satu agama yang mengamal kan konsep yang seadil adil nya jika rotan adalah hukuman yang disaran kan didalam ajaran Islam bagi kesalahan meminum alcohol jadi jalan kan dengan setimpal dan adil, lagi saya merujuk kepada blog Tun point yang ke-2, sebagai Islam kita tidak harus ambil berat pandangan orang lain terhadap Islam dalam melakukan suruhan agama


Jadi sebelum kita melatah dengan mengata kan itu ini begitu begini kita lihat dulu, kita cari dulu apakan punca nya .. telah jelas meminum arak itu adalah kesalah yang paling besar…jadi jika kita fahami baik buruk sesuatu benda sebelum kita laksanakan maka kita juga bersedia dengan apa yang bakal kita terima dengan keputusan yang telah dibuat oleh kita sendiri…

Untuk kerajaan Malaysia pula, tolong la standardise kan sesuatu hukuman itu supaya tiada kekeliruan dimasa yang akan datang dan tiada yang pertikaikan...maksud saya ada setenggah hukuman kita ikut mahkamah Syariah dan ada pula yang kita ikut mahkamah persekutuan bagaimana kita nak menjawab dengan bangsa asing jika kita sendiri tidak menetap kan pendirian kita....dan masih lagi tercari cari (walhal jawapan sudah ada didepan mata) apakah pendirian kita sebenar nya


Namun ini adalah pandangan dari saya sahaja..jika ada mana mana pihak yang rasa terguris dan terasa dengan tulisan kali ini..maaf dipinta…

Akhir kata…Cheers!!!

No comments: