Monday, August 3, 2009

My friend, what happened to you country?


Kecoh sekejap bila saya jumpa dengan member member yang tak sebangsa dengan saya; dia-orang tanya kenapa ada riot dekat Kuala Lumpur? Saya dengan lack-of-information face tergamam sekejap, dalam balang fikiran tertanya tanya riot apa nya? Dia-orang yang melihat ke-blur-an yang terpancar diwajah saya yang comel ini pun meng-elaborate dengan lebih lanjut tentang riot scene yang dia-orang tonton melalui Al- Jazeera….

Pagi esok nya TV saya yang telah saya set kan timing nya untuk mengejut kan saya tepat jam 6.30am pun menjalan kan tugas tanpa menunjukkan belas kasihan pada saya, Channel BBC seperti kebiasaan pagi pagi yang lain memenuhi ruangan screen “Riot, police in Kuala Lumpur have fired tear gas into a crowd of 5,000, who were protesting Malaysian security law…” said one of my fav. BBC presenter, Bill Turnbull.. Sekarang baru saya tahu kenapa ada rusuhan di KL.. gara-gara parti pembangkang mahu mendesak kerajaan untuk mansuh-kan I.S.A rupanya, saya ingat kan isu ini dah habis dah masa 1998 la ni ada lagi?

Sebelum saya ditahan atas akta mengacam keselamatan negara akibat komen komen saya, ingin saya ingat-kan I’M NOT INTO POLITIC!!! Apa yang saya tulis adalah apa yang saya rasa…

Saya Rasa niat perhimpunan anjuran kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pembela Negara (Magaran) yang pro-ISA, kelmarin bagi menyerah-kan 10 Deklarasi ISA kepada Yang di-Pertuan Agong adalah mewakili sebahagian rakyat yang ingin ISA dimansuh-kan jadi kenapa perlu ada bantahan dari pihak kerajaan mahu pun pihak berkuasa ? sekira nya kekerasan tidak digunakan saya yakin perlaksanaan memorandum dapat dijalan-kan dengan lancar, mengapa perlu adanya sekatan?

Pada pendapat 2 kupang saya ini, pihak pembangkang dan juga kerajaan harus duduk satu meja untuk membincangkan perlu atau tidak ISA ini diujud kan mungkin kita boleh tetap kan satu standard dimana kedua dua belah pihak berpuas hati antara satu sama lain, bertolak ansur la sikit…come on guys..kita semakin hari semakin tua..genarasi muda yang bakal mengambil alih takkan nak ambil alih isu yang dah lapuk ini..bagi lah mereka peluang untuk mencabar keperibadian mereka untuk isu isu yang lebih global..

Terima Kasih…

1 comment:

experiments said...

hello,
I don't understand this language but saw your profile. where you stated............

"I have learned silence from the talkative, toleration from the intolerant, and kindness from the unkind; yet, strange, I am ungrateful to those teachers. "
how do you find ungrateful and why ??