Monday, July 13, 2009

تمر‎, (Kurma)

Penat giler ni, Baru balik dari training dah la kat luar tu Panas giler..berkat kesabaran dari aku yang tak penyabar ni sampai juga aku kat opis.. on PC, update report dari colleague aku semalam dah akhirnya berjaya juga aku menghantar nya..wiheeee!!!

okay dah terlajur aku aku kata panas diawal "pembloggingan" aku tadi maka ingin aku nyatakan disini, pabila musim panas mengambil alih perubahan cuaca dengan automatikali-nya musim buah kurma pun akan mengambil tempat nya sekali, disebabkan on the way aku nak ke opis ni tadi aku nampak banyak giler pokok kurma yang kat tepi tepi jalan tu dengan lebatnya telah mengeluarkah hasil nya (masih muda) dengan secara tidak langsung aku nak bercerita pasal buah Kurma...


Kebun pokok kurma, Boumalne, Maghribi
al-kesah..........

Pokok Kurma atau Tamar didalam bahasa arab nya atau pun Pheonix dactylifera dalam bahasa sains nya adalah sejenos pokok palma dalam genus atau genera (merupakan kelompok dalam pengkelasan organisma hidup yang mempunyai lebih dari satu spesies yang serupa dari segi morfologi) Phoenix, oleh kerana penanamanya yang telah berkurun kurun lamanya taburan asal atau tempat permulaan pokok kurma ini tidak lah diketahui dengan tepat...Al-kesah.....Namun disyaki ia nya mungkin berasal dari gurun Afrika dan mungkin juga dia Asia barat daya tetapi tidak lah dapat dipastikan dengan 100 % tepat nya.




Sebiji kurma Medjool (kiri) dan Khadrawi (kanan).

okay anak anak sekarang mari kita menjenguk ke alam barzakh...opsss bukan.. bukan mari kita memasuki alam sejarah buah Kurma ini.

Al-kesah...

Kurma telah menjadi makanan harian Timur Tengah untuk beribu-ribu tahun. Mereka dipercayai berasal dari sekitar Teluk Parsi, dan telah ditanam sejak zaman silam dari Mesopotamia ke prasejarah Mesir, mungkin seawal 4000 SM. Terdapat bukti arkaeologi pada penanaman kurma di Arabia timur pada 6000 SM (Alvarez-Mon 2006). Pada zaman kemudiannya, suku Arab menyebar kurma di sekitar Asia Selatan & Tenggara, Afrika utara, dan Sepanyol. Kurma diperkenalkan di Mexico dan California oleh orang Sepanyol pada 1765, sekitar Misi San Ignacio. (info ni aku rembat kat wikipedia kalau diaorang tipu makna nya aku tipu gak la)
Kurma Medjool

Kurma Khadrawi

kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut lagi pasal kurma ni sila mengclick kan diri anda di url ini http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_kurma
Ok la geng..aku nak gi makan kurma jap.....
Cheers!!!!!

No comments: