Monday, August 31, 2009

Mill-phob-enni-ia-um


Hari terakhir dalam bulan Ogos, esok dah masuk September, 4 bulan lagi sebelum kita menuju ke tahun 2010..dulu kalau masa kecik kecik, selalu terbayang kan dunia futuristic bila melangkah ke tahun millennium konon nya kereta dah tak relevant jalan atas jalan raya tapi la ni melambak lambak gak kereta yang memenuhi haighway disetiap kontinen muka bumi ini..


Dubai baru nak ada Metro by 09-09-09 macam mana nak ada kereta yang boleh terebang?
Bercerita tentang Metro yang akan dilancar kan pada 09-09-09 nanti, hari tu Balik dari menghantar tok Ipin ke airport, driver taxi yang dari India (kalau tak silap saya la) tu bagi tau kat kita orang , kalau government bayar dia 2 juta dah sedia kan 2 orang bini semata mata untuk dia naik metro pun dia tak nak..tak safe kata nya..saya, nowa dan tok Upin ketawa berdekah dekah..ingat kan dah masuk era millennium ni dah tak ada mentality sedemikian rupa, tapi saya silap. jadi bagaiman kita nak ada kereta terbang dimasa hadapan?


Jenuh la kompeni kereta memikir kan cara untuk menjual kereta terbang untuk mereka yang mengalami pteromechanophobia a.k.a Aerophobia a.k.a GAYAT!!!

Sunday, August 30, 2009

Selesema


Penat la nak layan selesema ni..rimas shial…idung dah merah merah asyik bergesel dengan tissue
Semalam aje tak sampai 1 jam dah penuh bakul sampah kat bilik…woishhh….
Dah la pagi ni kerja melambak lambak nak kena settle, kerja pula dengan minah minah arab..semua nya
Kita yang buat diorang kalau boleh nak duduk dekat kerusi tu goyang telur..(opss..lupa mereka tidak mempunyai apa yang saya ada)
Kan sia sia je separuh hari saya berpuasa tak dapat pahala gara gara maki hamun orang lain dalam hati..nak cakap kuat kuat suara tengah tak ada ni..jawab nya kening naik atas mulut tu muncung kan sikit mata tu tajam kan tanda saya tengah maki hamun sesorang dalam hati………dan sila jarak kan kedudukan anda….wiheee..lagi 30 minutes saya dah boleh gerak balik..seghonot nya….
Balik ni nak mandi…buka TV pastu tido…bangun pastu buka puasa…Amin….

Thursday, August 27, 2009

ARTIST LUCAH!!!? KAH KAH KAH


Saya dah agak dah !!mesti berduyun duyun yang click untuk entri kali ini, gara gara title “panas”, saja je saya buat macam tu..kalau title yang “menguji minda” korang semua bo layan je kan…
Jangan la marah bro and sis dibulan baik dihari baik kalau korang semua baik korang tak Klik pun kat link yang saya attach kan di FB … SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN KAREEM!!!
CHEERS....!!!


saya tgh kebosanan dan anda adalah mangsa nya!!!

Wednesday, August 26, 2009

Wanita, Sebat dan .......

A woman in the predominantly Muslim city of Banda Aceh, Indon., undergoing a caning
for having stayed with her boyfriend
. AP

Terpanggil untuk saya menulis tentang gadis yang dijatuh kan hukuman sebat gara gara meminum beer disebuah hotel di Cherating, Kecoh juga la fasal kes wanita itu diDubai, banyak komen komen yang saya dengar, saya lihat dan juga yang saya baca..
saya lihat, Kalau di siaran BBC mereka mempersoal kan kenapa Negara Islam yang moderate seperti Malaysia masih mengamalkan sikap hukuman sedemikian rupa tambahan pesalah nya pula seorang wanita? Saya dengar, Dari rakan rakan pula ada yang mempersoalkan kenapa Cuma gadis ini yang ditangkap kalau nak diikutkan banyak lagi “gadis-gadis melayu” yang berbangsa islam berpeleseran setiap malam minggu sambil Beer, wiski, cocktail ditanggan dan terkinja kinja dikelab kelab malam disepanjang jalan Tun Ismail dan juga di Jalan P.Ramlee..
dan saya baca, melalui blog Tun (Mahathir) http://chedet.co.cc/chedetblog/ dari apa yang saya fahami, beliau…cuba untuk menyatakan bahawasanya peluang ke-dua itu sentiasa ada tetapi tidak dinyatakan dengan terlalu jelas ianya lebih kepada statement yang berlapik..

Dan ini ada lah apa yang saya rasa….

Terang terangan arak telah diharam kan daripada diminum oleh islam, dan kalau dilihat ianya lebih banyak mendatang kan keburukan dari kebaikan dan disini juga saya tidak pasti apakah hukuman yang setimpal bagi seseorang yang beragama islam yang telah mencabuli hukuman tersebut dan apakah peluang kedua patut diberi pada pesalah yang pertama? Saya menyokong penuh dengan point ke-10 Tun didalam blog nya, supaya kita rujuk kepada Al-Quran bila kekeliruan berlaku..supaya kita dapat melaksanakan hukuman cara islam dengan seadil adil nya..


Di rangkaian BBC pula mereka menyifatkan Malaysia sebagai Negara Islam yang paling moden dibandingkan dengan Negara Negara Islam yang lain tetapi masih lagi mengamal kan hukuman islam secara conservative..saya memang tak faham langsung apa kena mengena dengan sebuah Negara moden dan juga cara pelaksanaan hukuman sesebuah Negara itu berkait rapat..Islam adalah satu agama yang mengamal kan konsep yang seadil adil nya jika rotan adalah hukuman yang disaran kan didalam ajaran Islam bagi kesalahan meminum alcohol jadi jalan kan dengan setimpal dan adil, lagi saya merujuk kepada blog Tun point yang ke-2, sebagai Islam kita tidak harus ambil berat pandangan orang lain terhadap Islam dalam melakukan suruhan agama


Jadi sebelum kita melatah dengan mengata kan itu ini begitu begini kita lihat dulu, kita cari dulu apakan punca nya .. telah jelas meminum arak itu adalah kesalah yang paling besar…jadi jika kita fahami baik buruk sesuatu benda sebelum kita laksanakan maka kita juga bersedia dengan apa yang bakal kita terima dengan keputusan yang telah dibuat oleh kita sendiri…

Untuk kerajaan Malaysia pula, tolong la standardise kan sesuatu hukuman itu supaya tiada kekeliruan dimasa yang akan datang dan tiada yang pertikaikan...maksud saya ada setenggah hukuman kita ikut mahkamah Syariah dan ada pula yang kita ikut mahkamah persekutuan bagaimana kita nak menjawab dengan bangsa asing jika kita sendiri tidak menetap kan pendirian kita....dan masih lagi tercari cari (walhal jawapan sudah ada didepan mata) apakah pendirian kita sebenar nya


Namun ini adalah pandangan dari saya sahaja..jika ada mana mana pihak yang rasa terguris dan terasa dengan tulisan kali ini..maaf dipinta…

Akhir kata…Cheers!!!

Thursday, August 20, 2009

Saya Lost!!!


Lucu betul la..disebab kan ramadhan sudah menghampiri Cuma waktu nya sahaja belum ditetap kan mungkin esok atau lusa,Jadi saya pun mengambil inisiatif menelepon konsulat Malaysia yang bertempat di Za’aabel Road dengan harapan mereka dapat memberikan infomasi sama ada puasa akan bermula esok atau lusa, kalau di Malaysia senang, dalam pukul 7am duduk depan TV dengar pengumuman dari penyimpan mohor mohor besar Raja.


Lepas talian saya disambung kan saya pun bercakap la dalam bahasa melayu dengan harapan yang jawab nya orang Malaysia juga..tapi lain yang diharap lain pula jadi nya, lelaki berbangsa india yang memang dari India dihujung talian dengan menutur baris baris English dengan telo india yang pekat..”English please my friend” saya terkedu beberapa saat..dalam kotak hati bersuara..”betul ke Malaysia Konsulat yang saya dial tadi?” setelah mendapat kepastian memang benar la Malaysia Konsulat yang saya dial di punat telepon bimbit saya beberapa saat yang lalu cuma yang dihujung talian itu bukan orang Malaysia..walau bagaimana pun segala infomasi yang ingin dijawab telah dilaksana kan oleh lelaki berbangsa india dengan mengatakan “we have no information yet” dan ia-nya cukup membantu..


Jadi moral nya disini jangan fikir hanya orang Malaysia sahaja yang berkerja di ke dutaan Malaysia mahu pun di Konsulat…cuba la befikir luar dari kotak…


Selamat Berpuasa!!

Wednesday, August 19, 2009

Upin dan Ipin Pulang beraya


Nampak tahun ni saya berpuasa dan beraya di Dubai tanpa rakan "UNO" saya (only Nowa), si Tok Ipin akan pulang ke Malaysia pada hari Jumaat dan disusuli oleh Tok Upin pada jumaat berikut nya pula.. (betoi, betoi, betoi) tapi takpe... agi idop agi glaban!!! Steady ko TOK!!!!

Wednesday, August 12, 2009

Kata Siwartawan BERITA HARIAN..filem Yasmin Ahmad tu.....


“…Misalnya, babak seorang gadis Melayu berbaju kurung berdiri di hadapan daging babi salai di sebuah restoran Cina dalam filem Sepet, sudah tentu boleh menimbulkan tanda tanya kepada penonton kanak-kanak. Begitu juga dalam filem Talentime, babak si bapa mengangkat kakinya di hadapan anak-anaknya ketika sedang menjamu makan tengah hari, pastinya boleh mengundang rasa kurang selesa, walaupun ia mungkin dilihat sebagai komedi. Ini kerana dalam mana-mana bangsa sekalipun, mengangkat kaki ketika makan memang dilihat sebagai kurang ajar…”


Apa yang anda baca adalah sebahagian dari penulisan dari En wartawan yang bernama Zainuri Misfar (zainuri@bharian.com.my) dibawah tajuk Benarkah filem Yasmin karya filem tanah air paling hebat? ini gara gara stesen TV seperti Astro dan TV3 menyiarkan program khusus untuk mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham Yasmin Ahmad dalam industri ini sepanjang riwayatnya kemudia si wartawanan ni “mengulas” lagi, ditulis nya kalau filem filem yang melibat kan “pengadunan” kaum telah terlebih dahulu dibuat seperti pengarah pengarah tersohor Negara seperti Tan Sri P.Ramlee, Senator Jins Shamsudin dan juga dato’ Rahim Razali, itu memang tidak dapat disangkal, tetapi pernah kah si wartawanan membuka minda nya seluas luas alam atau tidak pun betul ke si wartawan ini (nama seperti diatas) pernah menonton hasil kerja arwah Yasmin Ahmad ini..?atau buta kah si wartawanan ini..?


Pada pendapatan saya yang rendah ini..apa yang cuba ditonjol kan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad sewaktu hidup beliau didalam setiap hasil kerja nya adalah KEJUJURAN!! Perkara perkara yang memang berlaku dalam kehidupan seharian kita! Siwartawan mempersoal kan babak seorang gadis Melayu berbaju kurung berdiri di hadapan daging babi salai di sebuah restoran Cina dalam filem Sepet, sudah tentu boleh menimbulkan tanda tanya kepada penonton kanak-kanak, dimanakah kesalah Arwah Yasmin Ahmad disini? Adakah gara gara kerana gadis itu berbangsa melayu dan berbaju kurung? Kalau gadis itu bangsa melayu tapi bebaju sendat dan terbuka, adakah gadis tersebut dibenar kan untuk berdiri bersebelahan dengan Daging BABI Salai tersebut? Wahai Encik Wartawan…, yang melahirkan mereka adalah IbuBapa mereka bukan nya Yasmin Ahman, Arwah hanya melahirkan filem filem yang berkualiti (pada pandangan saya yang hina ini) yang penuh dengan kejujuran dan itu adalah tugas ibu bapa untuk memperjelas kan situasi tersebut,lagi ingin saya tekan kan mengenai babak BABI yang telah dibangkit kan oleh Encik wartawan tersebut, terdapat begitu jauh jurang berbedaan antara berdiri sebelah daging BABI salai dan MAKAN BABI salai!!! Jangan buta buta menilai tanpa mengkaji setiap inci fakta dengan lebih mendalam dan tepat..lagi si wartawanan tidak senang hati dengan babak si bapa mengangkat kakinya di hadapan anak-anaknya ketika sedang menjamu makan tengah hari, dalam filem talentime..mungkin si wartawan ini dilahir kan dalam sebuah keluarga yang elit dan telah diajar adap dan tatasusila sewaktu makan, pernah ke dia terfikir untuk golongan golongan rendah dan juga pertengahan? Tahu ke dia setiap manusia mempunyai setiap gaya, perwatakan dan pembawaan yang berbeda? Dan Iya golongan golongan ini lah yang tidak pernah dilupakan oleh Yasmin Ahmad!! Dan golongan golongan ini lah yang cuba Arwah tonjol kan, gaya kehidupan mereka mereka ini yang cuba Arwah perlihat kan supaya golongan golongan yang macam Encik wartawan tidak lupa bahawasanya golongan golongan bawahan dan pertengahan itu memang ada dan wujud di Negara kita Malaysia!!!


Bukan kita mengagung-agung kan Allahyarham tapi hanyalah secebis penghargaan untuk sebuah pengorbanan beliau yang disajikan melalui hasil kerja kreatif beliau bagi generasi generasi yang akan datang untuk berfikir lebih “berwarna” dan terbuka untuk melahirkan sebuah masyarakat yang tahu menilai sesebuah kejujuran dan secara tidak langsung dapat memupuk semangat 1Malaysia yang dilaung laung kan perdana menteri kita!!!


Fikir fikir kan lah wahai En.Wartawan, kekadang apa yang kita luah kan itu harus dilihat baik buruk nya, bodoh pandai nya..jangan nanti kebodohan dan keburukan itu melantun kearah kita balik… walau-bagaimana-pun saya hormati pandangan siwartawan itu kerana saya masih berpegang pada falsafah ini "setiap manusia mempuyai satu persamaan, mereka semua berbeza" jadi saya dan anda mempunyai ideologi yang berbeda, begitu juga dengan Allahyarham Yasmin Ahmad.


akhir kata, kepada Si wartawan, sedekah kan lah Al-Fatiha buat arwah moga moga pahala anda bertambah..cukup cukup lah melihat gelas itu separuh kosong jengok jengok lah yang separuh penuh itu juga....


..Layan