Wednesday, February 8, 2012

Kepandaian telepon kebodohan penguna

Tweeting di tempat Ibadah. Facebooking di kelas. Bermesej ketika keluar bersosial bersama teman. Semua kegiatan ini dilakukan dengan sebuah Telepon Pandai, tapi adakah ianya sesuai secara sosial? Apakan Peraturan Etika Telepon pandai harus diwujudkan?

Kekadang risau juga dengan keghairahan syarika syarikat besar berlumba lumba meng-update-kan system komunikasi bagi menarik perhatian penguna penguna di luar, saya sendiri baru baru ini telah menukar BeriHitam Curve 8520 saya ke Tourch 9800. Namun apa yang merungsing kan dan kadang kadang membuat saya berfikir sendirian adalah tentang penguna penguna kemudahan yang semakin canggih ini, terutama nya mereka yang gemar “berborak” dengan telepon pandai mereka berbanding berinteraksi dengan manusia sebenar. “berborak” dalam erti kata lain berkomunikasi melalui applikasi khidmat pesanan yang di sedia ada didalam Telepon pandai ini.


Sebenar tidak lah salah jika anda ingin berkomunikasi dengan rakan-rakan, jiran-jiran, mak chiks makchiks anda melalui telepon pandai anda tapi harus la kena dengan masa yang sesuai..tidak semesti setiap kali telepon anda berbunyi anda perlu menjawab panggilan atau membalas mesej yang diterima melain kan ia nya benar benar perlu. Saya cukup menyampah kalau keluar untuk bersuka-ria dengan rakan rakan yang mempunyai telepon pandai tapi tak pandai langsung mengenai etika pengunaanya!! Kalau setakat nak keluar ramai ramai lepas tu masing masing sibuk picit pepunat BeriHitam atau pun Epal anda!! Adalah dinasihat kan anda untuk duduk dirumah sahaja dan bercinta lah dengan telepon pandai anda!! .

kekadang saya terfikir juga apa lah guna status status yang disediakan di dalam aplikasi khidmat pesanan sekira nya ada lagi mahluk mahluk yang tidak tahu bagaimana dan bila untuk di guna kan..contoh nya ..jika anda keluar makan malam dengan rakan nyata anda, adalah lebih wajar sekira status di tukar ke “sibuk” berbanding “saya ada” jadi rakan rakan maya anda akan lebih berhati hati untuk meng”ping” anda, dan bagi mereka meraka yang terlihat status “sibuk” rakan anda, tidak perlu lah menghantar pesanan melalui apa jua aplikasi yang disedia kan , melainkan ianya benar benar perlu!!

Jadi sesiapa yang terbaca tintaan saya kali ini..pastikan telepon pandai anda tidak berapa pandai apabila keluar bersuka ria dengan saya!!!

No comments: