Hari tu pergi tengok wayang dengan burung kakak tua…kita orang
nengok citer “The Grey” bajet citer tu
best giler la kan, sebab si Liam Neeson berlakon..lepas tu kat dalam trailer
pun tengok ada scene gaduh gaduh dengan serigala bagai .. itu yang teruja untuk
menonton citer tu berbanding citer “Chronicle” ..dan lagi satu sebab saya pilih
citer “The Grey’ ni sebab dia ada show kul 9:15 jadi sempat la untuk saya
meng-tough-kan bodi kat gym sebelum
menonton cerita yang endingnya kalau budak budak yang major dalam film akan
kata “ itu adalah abstrak…korang kena menjiwai nya baru korang boleh faham…”
dan orang orang kebanyakkan macam saya pula akan mengatakan “what the F**K!!!!”
Citer dia lebih kurang cam
gini la…sekumpulan pekerja (entah saya pun tak faham sebenarnya diorang
ni kerja apa kat gunung tu) yang bekerja kat gunung (gunung mana pun saya tak
tahu) gunung tu sejuk giler, lepas tu digambarkan yang ada banyak serigala juga
disitu..si Liam Neeson ni kerja dia bunuh serigala serigala yang suka menganggu
orang buat kerja…dia ada sniper dengan dia…dia nampak serigala dia tembak!! Lepas
tu kalau tak silap saya, kumpulan pekerja ni sekali dengan si Liam Neeson nak
balik rumah diorang unutk bercuti..so kena naik kapal terbang…pendek kan cerita…kapal
terbang diorang naik tu terhempas dan macam biasa la Hollywood , adalah
beberapa orang yang survived… ha!! Start dari sini la dimana surviver ni
memulakan perjalanan untuk mencari bantuan..dan seperti biasa citer citer macam
ni handphone 24 jam asyik tak ada line je kan..kalau ada line dah lama diaorang
call untuk bantuan dan cerita pun HABIS!!!
Masa journey ni start sorang sorang mati kena makan dengan
serigala ni…dalam pada yang sama si Liam Neeson ni juga mempunyai masalah diri
sendiri atas kematian isteri dia …balik balik flash back dia dengan wife dia, dimana saya tak dapat nak konek kan lansung dengan jalan citer ni….so bila sorang sorang dah mati kena bunuh dengan
serigala jadi tinggal sorang je yang hidup..cuba teka siapa? Ya betul dia
adalah abang Liam Neeson itu…..last scene ni lah yang saya cikidut kat dalam
youtube 5 – 6 kali sebab scene ini adalah dimana abang Liam Nelson Berentap
dengan serigala Alpha (Ketua) …sebelum dia nak lawan tu dia buat la preparation
bagai..walau pun serigala tu ada kat depan dia…saya rasa serigala tu pun nak
lawan cara adil kot, jadi dia bagi peluang kat Liam Neeson ni mempersiapkan
dirinya…dengan pisau …botol kaca dah ada kat tangan bila Liam Neeson Nak attack
Serigala tu…screen terus blank….lepas tu ada tulisan Arabic kat bawah tu yang saya faham sangat bila citer dah habis ayat Arabic tu lah yang akan keluar
dibawah screen!!! Jadi tidakkah “What
the F**k” cerita “The Grey” ini!!!?
Moral disini; cerita yang tiada kene mengena dengan serigala
jadian adalah tidak menakut kan langsung!!
No comments:
Post a Comment