Sunday, January 23, 2011


Hahaha ye saya seorang poser..anda peduli apa? Saya baru terbaca di Berita Harian on line..sesiapa yang rasa blog yang ditulis nya best lagi “Cikidut” (korang cari la maksud perkataan ini sendiri ye) bisa menjana pendapatan RM12,000 sebulan..hahaha ni yang tengah semangat menulis ni..saya menaip sekarang sambil mendengar Valvet Wednesday yang di Upload oleh DJ Radzi di soundcloud.com ini adalah supaya otak saya bisa menjana idea yang agak semakin berkurangan semenjak 2 menjak ini..mungkin ini adalah disebab kan musim sejuk diDubai yang mengakibatkan otak saya beroperasi dengan lebih perlahan daripada kebiasaannya.. NAMUN saya ingin melihat sampai mana tahap keberkesanan nya mengenai menjana pendapatan sambil mem bloging adakah ianya sekadar omong omong kosong atau ini adalah realiti yang perlu diambil berat bagi mereka mereka yang ingin menjana pendapatan dengan cara yang agak mudah..

Rasa nya bukan susah sangat nak tulis blog ni.. yang penting korang mesti daftar dengan mana mana portal bloging setelah selesai mendaftarkan diri anda sendiri, anda boleh memula kan penulisan anda..anda boleh becerita tentang opah anda, atuk anda..mak chiks and yang cikedut ke..anak kucing anda semakin liar ke..macam macam lagi la..tapi anda mesti ada follower anda sendiri..itu adalah penting..sekiranya anda hanya menulis dan tiada follower adalah lebih baik anda menulis didalam buku sahaja dimana anda boleh membacanya sendiri atau anda boleh membaca kan hasil tintaan anda kepada adik adik anda dan juga rakan rakan nya.

Saya sendiri pernah ada blog kegemaran saya, iaitu; wongahbeng.blogspot.com secara serius nya saya bagitau kepada anda ..cara penulisan si bloger memang funny tahap cipan agak lama juga saya follow si wong ah beng the magic talk cocking cat ini, semenjak tahun 2003 tapi entah mengapa sekarang ini blog Si Ah wong ini kelihatan seperti rumah tua yang usang dan tidak terjaga malah bog yang terakhir ditinta kan nya adalah mengenai DADAH, kalau saya tidak silap. Ntah apa la agak nya yang telah terjadi kepada si ah wong tu..semoga beliau dalam keadaan selamat dan sejahtera..

Okay berbalik kepada topik diatas..jadi sekira anda tertarik dengan info yang terbaru ini..jadi mari lah kita beramai-ramai.. membloging..mana tau batu tenggelam, untug sabut timbul...

No comments: