Friday, November 26, 2010

City of Sail : Hari Pertama

Soalan Pertama Bilakah kali terakhir saya membloging di sini? ya betul...Setelah hapir
mencacah angka 3 (tahun) saya diDubai, saya sudah semakin biasa dengan Budaya ,keadaan persekeliling dan juga gaya hidup di Dubai..ohh untuk informasi terkini saya sekarang berkerja dengan syarikat yang berlainan tidak seperti sewaktu saya mula sampai diDubai suatu ketika dahulu..ehemmm.

Tapi saya tak nak berseloroh tentang itu, apa yang ingin saya tintakan kan adalah tentang percutian saya seminggu Ke Mission bay, Auckland, New Zealand.
Perjalanan yang memakan masa selama 17 jam memang amat memenatkan walaupun transit 1 jam di Singapura masih lagi tidak mencukupi untuk menghilang penat "duduk sahaja" diatas "burung besi". sewaktu berada di Singapura, saya telah disoal siasat oleh pegawai lapangan terbangan dengan menanyakan soalan seperti berikut :-

1) apakah perkerjaan anda DiDubai?
2)Sudah Berapa lama kah anda menetap di Dubai?
3)apakah yang membawa anda ke Auckland?
4)dimanakah anda akan menetap di Auckland?
5)Mana kah negara Asal Anda?

Setelah saya menjawab dengan sukses nya saya dibenar untuk ke boarding hall untuk menaiki pesawat yang akan membawa saya ke Auckland (untuk rekod waktu disingapura waktu itu adalah jam 8.00am, 50 minit sebelum pesawat berlepas) Tepat Jam 8.15am saya dibenarkan untuk menaiki pesawat yang akan membawa saya ke City of Sail.

Setelah berada lebih kurang 10 jam diatas pesawat saya menjejakan kaki untuk pertama kali nya di New Zealand..fasa pertama, saya harus melalui pegawai Imegresen yang akan meneliti gambar dipassport dan juga saya yang berdiri dihadapan kaunter (lulus), Fasa Kedua: saya harus dikenakan imbasan x-ray(lulus) fasa ketiga: sekali lagi saya disoal siasat , seperti mana saya disoal siasat sewaktu saya di Singapura tapi kali ini lebih lama, dan fasa keepat dan juga yang terakhir: Bagasi saya digeledah dah soalan yang sama ditanya seperti mana di Fasa yang ketiga..walau pu pesawat saya mencecah kan roda nya tepat jam 11pm waktu di Auckland saya hanya diBenar kan keluar tepat jam 2am. dan iya!! mereka benar benar meneliti setiap manusia yang ingin memasuki Negara mauri itu..

Rasa Penat, Kecewa hilang setelah terlihat kelibat rakan yang setia menuggu saya dari jam 11pm tadi..saya terus dibawa menaiki kenderaan yang berwarna merah yang tertera lambang toyota di bonet belakang. Udara nyaman di New Zealand memang benar Benar Mengasyikan..walau pun musim Sejuk telah lama berlalu dan musim Luruh sedang mengambil alih, suhu cuaca masih lagi di bawah 15 darjah celcius..dan ianya benar benar mencabar keadaan tubuh badan saya yang hanya mengenakan seluar pendek "Billabong" dan juga t-shirt polo "factory outlet store" yang mempunyai tulisan "New Zealand" di belakang. setelah 30 minit saya pun sampi di Kediaman rakan saya yang berlokasi di Patteson Avenue, Mission Bay. INDAH dan TENANG dua perkataan yang terlintas dikotak pemikiran saya setelah melihat kawasa kejiranan tersebut, terletak di kaki bukit dengan susunan setiap rumah yang berselerak tetapi sedap mata memandang dan juga berhampiran dengan pantai, lokasi ini memang benar benar mengasyikan.

Keesokan hari nya saya dibawa mendaki bukit yang terletak berhampiran dimana saya menetap agak memenat kan tetapi berbaloi


Berlatar Belakang kan gunung berapi yang tidak Aktif

Berlatar Berlakang kawasan Kejiranan di Patteson Avenue, Mission Bay, Auckland.

.....Bersambung


2 comments:

IJO said...

Kia Ora Bro! more more more! WAN FAIZUL 'Wild Wadi'

Durian said...

Ok bro coming soon