Sunday, January 17, 2010

buh bye kawan


Macam kata bro Jumain bila dah jauh dari family..member2 lah tempat untuk mengadu..gelak ketawa masa happy..lepak lepak lepas habis kerja..

Tadi petang saya baru sahaja mengucapkan selamat jalan pada kawan baik saya di dubai..yup diorang balik ke Malaysia for good..tak pernah pula terfikir jalinan pershabatan selama 20 bulan boleh jadi seakrab macam ni..rasa sedih juga la masa nak hantar diorang tadi dan tidak saya tidak hantar mereka sampai ke airport sebab? Saya tidak suka mengucapkan "goodbye".

Lepas ni dah tak ada lagi dengar lawak lawak dari en hazlan hussin..tak ada lagi dengar Syikin panggil saya "jack". Tak boleh nak kutuk kutuk si aikin dan dah tak ada partner badminton En hazrul..tapi sekurang kurang nya saya berterima kaseh kerana dipertemukan dan berpeluang untuk mengenali dengan mereka mereka ini, setiap satu nya mengajar sesuatu yang saya kurang dari hidup ini.

Macam ada satu lirik indonesia " persahabatan umpama kepompong yang berubah menjadi kupu kupu". Walaupun kekadang terasa masam dan pahit namun itu adalah salah satu "warna" yang mewarnai kanvas dan membentuk satu hasil seni yang bertittlekan "kawan"

Hilang tumbuh patah berganti..mungkin, bukan mungkin tetapi memang tidak akan sama bila bertemu yang "baru". Namun itu lah adat kehidupan yang mempunyai rantai kitaran..yang pergi akan sentiasa diingati dan pasti akan terus berhubung cuma dari fizikal nya sahaja pasti dirindui..dan yang baru dan yang masih bertahan di Dubai..semoga persahatan ini akan terus kekal sampai tak tersampai..

Akhir ..terima kaseh buat Syikin, Aikin, Azrul dan Hazlan atas peluang yang diberikan untuk mengenali anda atas tiket "persahabatan" akan saya memorikan kenangan bersama di dubai!!

1 comment:

Anonymous said...

ke mana2 saja kita pergi... berjumpa pasti ada perpisahan... tp kalo hubungan persahabatan itew kuat, insya allah akan bertemu kembali... ;)

bro, balik msia nnt bleh la jumpa kwn2 ni sume:)