Semalam petang saya bergegas ke barbershop kat bawah rumah
ni..
Sampai je kat kedai tu saya pun masuk la, diikuti ada
seorang pak arab dalam likungan awal 50-an di belakang saya, Kedai agak full
juga la so terpaksa la saya menunggu giliran, pak arab tadi tu duduk betul
betul disebelah saya. Bila salah satu dari customer dah selesai yang pak Arab
ni tadi bergegas ke kerusi si pemotong
rambut, takpelah dalam hati saya berkata tapi akal ni lingat juga nak
menanyakan soal ke barber sama ada saya yag datang dulu atau pak arab ni? Sebab
kalau ikut kat logik memang sah sah la saya yag sampai dulu (pak arab ni dah
sampai awal tapi dia keluar alihkan kereta sebab tak nak bayar parking…), jadi
bagi menghilang kan kemusyikalan saya saya pun bertanya la kepada barber ni.
Saya: Excuse me, can I know who came first?
Tak menyempat si barber ni menjawab persoalan saya, si Pak
Arab ni terlebih dahulu menoleh kearah saya dan berkata
Pak Arab: Excuse me young men don’t be rude!!
Terkesima sekejap , saya tarik nafas panjang panjang lepas
tu saya jawab balik
Saya: which part that
am being rude? I’m just asking for clarification.
Dengan angkuhnya Pak Arab ni tadi berkata
Pak Arab: I am LOCAL and with 1 phone call I can send you
back to your country
Saya: Really? Why don’t you call the police and we settle it
for once
Pak Arab terdiam sambil mencari idea baru untuk membuat
provokasi terhadap saya.
Pak Arab: I’m a Dr. you know!! A psychologist
Saya: Damn!! Is it? Then I suggest you to act like one!!!
Pak Arab terdiam lagi..buat seketika.
Pak Arab: What is your name!!?
Saya: ZAMRI ABDUL KARIM!!! What's the problem now?
Pak Arab: where are you working?
Saya: What are you now? A reporter..?
Untuk kesekian kalinya pak arab terdiam lagi..
selepas 5 minit terdiam Pak Arab membuat provokasi yang agak
keanak-anakan
Pak Arab: What is this ? (sambil memegang telinga beliau
menandakan earing yang saya pakai ditelinga)
Saya: what is your problem with my ear ring?
Pak Arab: You are miss not mister
Lepas dia cakap macam tu saya nak terketawa sebenarnya tapi
saya control macho … sebab beliau kelihatan sudah habis modal nak ber-argue
dengan saya yang comel ini. Tapi saya layan juga la kan
Saya: Just keep your mouth shut and if you have an issue
with me or my ear ring just go and make a police report..
Sambil saya bangun dan menuju ke kerusi yang kosong disebelah
pak arab itu untuk rambut saya dipotong..dan menghabiskan ayat yang tergatung
tadi..
Saya: huh….a psychologist…. (gaya mengejek)
Pak Arab masih terdiam dan terus membisu!!! Sehingga lah
saya selesai medapatkan potongan rambut yang saya ingini..
Zamri: 1
Pak Arab : 0
Seronok juga sesekali dapat memalukan pak arab yang angkuh
dikhalayak ramai!! Biar dia tahu lain kali
NEVER MESS WITH MALAYSIAN!!
No comments:
Post a Comment