Monday, October 24, 2011

Seantero

Lebih kurang lama juga dah tak merajin kan jari jemari yang semakin gebu ini untuk menekan pepunat komputer riba atas alasan tiada apa yang menariks untuk saya tintakan. Dan disebabkan kesanggapan yang sudah mencapai tahap boleh membuat kan minda saya berhenti berfungsi tiba tiba pada bila bila masa , adalah lebih afdal jika saya dapat menintakan sebahagia kejadian kejadian major yang telah berlaku dalam minggu ini dan juga yang bakal berlangsung .

Gadafi dan Libya
Kejatuhan Rejim pemerintah kuku besi di Libya baru baru ini memperlihat bagaimana dunia memberikan reaksi yang agak berbeza beza dengan masing masing mempunya ideologi yang berbeda, ada yang menyokong dengan kematian Kolonel Gadafi akan memberikan rakyat Libya untuk bernafas semula namun ada juga yang bersedih dengan kematian beliau dengan mengatakan Libya adalah 100 kali lebih baik dengan Gadafi menjadi pemerintah walaupun diktator tersebut dicop sebagai “Megalomaniac” namun masih mempunyai moral yang tinggi untuk membantu rakyat Libya untuk meningkatkan taraf kehidupan dan juga cuba untuk menyatukan Negara Negara Arab bagi menentang barat .. Namun entah dimana silapnya akhirnya beliau mati dibunuh oleh puak pemberontak di Libya sewaktu cuba untuk menyembunyikan diri . Semoga Libya akan dapat membentuk satu kerajaan yang akan membawa Libya kearah satu revolusi yang diingin kan oleh rakyat Libya sendiri .

Red Giant Misi 33
Semua sedia maklum The Red Giant kecundang di separuh akhir Piala Malaysia ketika berhadapan dengan salah satu Negeri dari Pantai Timur, Terengganu. Dengan kekalahan 2-0 di stadium Shah Alam dan 2-1 distadium Terrengganu (hahhaha aku tak tahu nama stadium itu) menamatkan misi Selangor untuk merangkuli kejuara berprestij itu untuk kali ke 33.. takpe lah dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan? kita jadi kan sebagai azam tahun baru untuk tahun depan la gamak nya..apa apa pun Selangor tetap the best (Nasib baik tak jadi beli flight tiket itu hari gara gara nak tengok Selangor main kat shah alam….kalau tak…haiya………)

Henam Satu
Kelmarin adalah hari unutk diingati bagi semua umat di muka bumi ini …dimana Man U telah di thrashed kan oleh Manchester City di OLD Trafford!!!! Yup…sesuatu yang amat memalukan..kalau main kat tempat lawan lepas tu kalah setaka 2 gol je takpe la..boleh dimaafkan lagi..la ni HENAM wei!!!! Satu , Dua, Tiga, Empat, Lima dan HENAM!!!!!!! Hahahahaha tak tau nak kata apa dah peminat depa…selalu boleh gak bagi alas an alas an yang tidak konkrit seperti Pengadil bodoh la…pengadil berat sebelah la…la ni depa dah tak tahu dan tak boleh nak kata apa dah..FB pula sepi dari komen komen peminat fanatik si Red Devil ini.. jadi Kelmarin saya declare adalah hari untuk mengelakkan Man U dan sekutu sekutunya (Fans) Wahahahahahahahaha Wahahahahahaha Wahahahahahaha Wahahahahahahahahah Wahahahahahaha

Metallica Live in Abu Dhabi
Weet!! Weet!! Dah tak sabar rasanya untuk memulakan road trip ke Abu Dhabi esok bagi menyaksi kan persembahan terulung buat tahun ini dari band Metal terunggul METALLICA!!! Dan dekat seminggu aku layan kosert kosert lama diorang kat youtube sebab nak dapat kat aura bila dah berada di YAS Island tu esok..siap simpan jambang ni sebab nak kelihatan sebiji macam James Heitfield.. dan yang best nya aku sanggup bergaduh ngan boss aku suruh dia release aku esok kul 3 petang !!! berkeras dia kata dia Cuma boleh lepas kan aku lepas kul 5. Kepala otak dia aku kata..tanpa member apa apa alas an aku cakap kat dia aku nak gerak dari office kul # juga ..apa nak jadi..jadi la…aku tak kira..ini soal METALLICA!! Tau… dia pun malas nak layan aku agaknya … dia pun bilang ..”ok ok..i’ll get back to you in a short while” hahahahahaha…aku pun okay kan je la… hahahahaha OBEY YOUR MASTER!!!!!


Durian..OUT!!

1 comment:

zulninarq said...

As salam...Mari bersama-sama puasa puasa sunat Muharam esok last...
Pahala nya "Di ampunkan setahun kebelakang dan setahun ke depan dosa2 kecil"

Waalahualam.