Tuesday, March 15, 2011

Sendai


Mungkin agak terlewat bagi saya untuk menintakan kejadian ombak besar yang melanda Jepun setelah gegaran kuat ber agaran 8.9 magnitude mengoncang kan laut pasifik berhampiran daerah Sendai, Dirangkaian BBC ada menunjukan bagaimana Daerah yang kita semua tidak pernah dengar sebelum ini ditengelami oleh air laut , bangunan bangunan pencakar langit hampir kesemua nya runtuh , rumah rumah yang tidak mempunyai paksi yang kuat dan juga kenderaan kenderaan habis dihanyut kan oleh air deras yang datang dari arah laut pasifik.
Saya terpaku menyaksi kan kejadian yang dipaparkan oleh BBC ini, jam di dinding menunjukan tepat jam 2.30pm (waktu Dubai) otak sedang ligat berfikir adakan ini kejadian ombak besar yang melanda kota Acheh tidak lama dahulu? Setelah memahami tutur kata “achor” berbangsa mat saleh itu, jadi memang benar lah ini adalah kejadian terbaru ombak besar yang sedang melanda Negara matahari terbit malah saya juga terperasan notifikasi dari facebook melalui BeriHitam saya sudah menunjukan rangkaian kawan kawan saya sudah mula menempel kan tentang kejadian hebat ini di dinding facebook masing masing.

Apakah kejadian ini adalah musibah yang diturunkan oleh Tuhan bagi mengingatkan umatnya supaya tidak terleka dibuai oleh harus kemewahan di dunia? Dan malapetaka yang diturun kan ini juga adalah bagi mengingat kan kita semua bahawa Kiamat semakin hampir? Wallahualam bi shawab .

Apa jua alasan yang kita reka bagi mengaitkan dengan kejadian ini, sebagai manusia yang kecil lagi kerdil kita harus berserah kepadaNYA dan dimintakan supaya segala urusan kita didunia ini berakhir dengan kesempurnaan agar kehidupan kita di “seberang” sana nanti tidak mengalami perkara perkara kita sendiri tidak tahu betapa azab nya..

Semoga dengan apa yang telah menimpa di Sendai kita ambil lah sebagai pengajaran, keinsafan dan pedoman buat diri kita sendiri.

Rasa simpati saya tujukan buat mereka mereka yang kehilangan orang tersayang akibat dari kejadian ini….

1 comment:

Nur Dihati said...

As salam
Agak terlewat komen, sebab hanya akhir2 ini je saya mengenal dunia siber dgn mencuri' baca blog sesape je.
Saya pernah bkerja dgn syarikat Jepun dan hampir di hantar ke sana namun atas sebab musabab maka saya beri peluang org lain yg bersesuaian.
Dan kwn2 bukan islam bercerita ttg kebebasan dlm semua hal di sana,maka mungkin sebab itu Allahswt.
Mengingatkan mereka.Hanya Pengurusan masa dan disiplin yg patut di contohi, dlm pada musibah, kita tak melihat mereka berpusu2, atau potong barisan ketika terima makanan berbanding kt negara kita yg...alahai...
Jika waktu mendapatkan bantuan apapun ketika bencana... Tak kisah lh di sebelah itu wanita berpurdah sekalipun sanggup di redah'asalkan dirinya lebih cepat mndpt bekalan.