Sunday, March 27, 2011

Road to London


Sedang membuat persiapan untuk ke London tahun hadapan untuk menyaksi kan Sukan Olimpik yang akan berlangsung dari 27 July hingga12 Aug 2012, saya masih mempunyai 488 hari untuk memasti kan segala gala berjalan dengan lancar. Tiket tiket untuk menyaksi kan separuh akhir/akhir badminton (regu dan perseorangan), acara akhir keirin, Padang dan trek dan juga acara penutup akan memakan wang dirham saya sebanyak 2500, masih ada beberapa faktor lagi yang perlu diambil kira seperti tempat penginapan, wang belanja seharian sepanjang berada dikota Engeris itu nanti, untuk kos penerbangan pergi balik pula tidak ada yang perlu dirisau kerana bahagian itu awal awal lagi tidak menjadi masalah kerana syarikat telah memperuntukan tiket pergi balik kemana2 destinasi untuk saya setiap tahun.

Harapan pada atlit atlit negara yang mengambil bahagian akan memerah segala keringat bagi memboleh kan lagu negaraku dimain disetiap stadium!! Saya benar benarmengharap kan Dato’ Lee Chong Wei dapat beraksi hingga ke Final dan langsung memenangi pingat emas vagi acara perseorang badminton dan memecah kan kebuntuan pinggat emas yang kita cari cari selama ini..!! dan adalah lebih manis sekiranya pinggat emas itu datang dengan beliau menewas kan musuh tradisi nya Lin Dan!! Bagi acara Keirin pula saya benar benar teringin untuk menyaksi kan Azizul “The Flying Pocket man” berentap besama sama Chris Hoy, walaupun segala gala nya nampak mustahil ditambah pula dengan kecelakaan yang menimpa Azizul baru baru ini namum dengan semangat Harimau Melaya pasti tiada apa yang mustahil untuk diselesai kan. Bagi acara Trek dan Padang memang agak mustahil untuk menyaksikan jaguh jaguh kita beraksi dipentas final namun misi saya adalah unutk melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana rasa melihat orang terpantas dibumi untuk acara pecut 100m dan 200m siapa lagi kalau bukan Usain Bolt, dan disaing pula dengan pelari pecut dari Amerika Tyson Gay.

Diharap perancangan rapi saya ini membuah kan hasil dan juga diharap majikan saya dengan senang hati melulus kan cuti yang akan saya mohon pada awal tahun 2012.

Untuk tahun ini pula, saya akan kembali ke Malaysia, bercuti untuk Ramdhan dan juga Eid .. AKHIRNYA.....

No comments: