Wednesday, April 4, 2012

Melayukah Kita?

Seorang rakan begitu bengis tatkala ramai Melayu yang bekerja dibawah pengawasan bangsa Cina di Selangor (katanya). Dari penulisan beliau terang terangan yang itu adalah kesalahan yang amat besar ..Mungkin kawan saya ni masih berpengang teguh dengan terma KETUANAN MELAYU.

Dimana kah letak nya nilai Melayu itu sekiranya kita tidak sudah sudah mencaci bangsa lain ? sifat tamak haloba, dengki sesama manusia itu seringkali dikait kan dengan kita bangsa Melayu, dan bila ada yang menegur ,sifat mentaliti lapuk terus terpacul “kau ni bangsa apa? Bukan Melayu ke?” . Salah ke kalau teguran untuk memajukan Melayu itu sendiri dibuat? Apa salahnya bangsa lain yang maju itu? Yang boleh dikata hampir 70% menjana ekonomi Negara.

Sepatutnya kita berterima kasih pada mereka mereka , kita jadi kan iktibar dan tauladan dari kejayaan mereka , berkawan dan belajar dengan mereka ini, jangan hanya disebabkan pemikiran keMELAYUan yang menebal pada diri sendiri , kita membina tembok yang kukuh supaya sentiasa berpandang serong terhadap bangsa lain, terkadang pada bangsa sendiri (Melayu)itu juga ada.

Sudah sudah melihat gelas itu separuh MELAYU!! Lihat secara purata. Buat seketika , bogel kan lah warna kulit , perbedaan bangsa yang sering wujud di dalam mentaliti kita ini..lihat kesamarataan pada setiap individu yang berada di Malaysia namun berpegang lah pada ajaran Islam dengan teguh dimana kita diseru untuk bersikap adil pada semua manusia yang ada dimuka bumi ini tanpa mengasing asingkan mereka mengikut status bangsa, warna kulit mahupun agama.

Merdeka nya rakyat Malaysia itu dulu juga dibantu dengan bangsa bangsa yang berada di Malaysia sekarang..jadi kenapa kita menidak kan hak hak mereka? Jadi tunjukkan lah sifat Melayu sejati kita dengan memberi hak sama rata buat mereka mereka ini tanpa ada sifat takut sedikit pun yang ketuanan kita akan hilang.. apa lah ada pada ketuanan kalau kita masih lagi tercari cari maksud TUAN itu sendiri.

Gambar sekadar hiasan

No comments: